seribulan Publish time 10-4-2019 12:54 PM

[Takwil Puisi 014] Tenets of Humanist

Edited by seribulan at 10-4-2019 01:44 PM

https://i.ibb.co/2d2B3dQ/cfeb3b2ad6837f577f397364cadec5c6.png

Tahniah kepada pemenang , @fadhramli, @sapeka, @AlterEgo, @Kakngahmuna @chesfa, @krimkraker dan @bunga_durian9 kerana berjaya mentakwil puisi tersebut - hampir tepat.

https://i.ibb.co/mcp6FyG/fc973bd40b27777ee4774443bd7c2a85.png

Jawapan Takwil Puisi


Penulis tu sedar life ni sebenarnya sgt indah. Dalam situasi apa.. kena yakin persepi dan minda yg akan lead and mencorakkan kehidupan yg mcm mana kita nak. So in other words walau dalam keadaan sedih ke cabaran ke life akan tetap indah kerana kita hidup berlandaskan harapan dan Allah.

Puisi untuk minggu ini

Tenets of Humanist


Its not only ....
The lizard's tail.

Selfishness, injustice and hate,
And the devil's will.

That have the power,
To thrive in a place,
Filled with greedy desires.

Slightest vibs of ....
A human heart, even old,
Or failed!

Although buried under,
Tones of hard ....
Stone rocks.

Has the power to turn,
Every molecule of a mountain,
Into ashes.

You are yet to believe,
How goodness is pure,
And Godly.

And how heart in chest ....
Of men,
Is God's unequivocal resting place.

karya oleh

@KILL_NANCY


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201904/03/005020m323zm7s6jce72c7.gif

KILL_NANCY Publish time 10-4-2019 01:01 PM

saya dedikasikan puisi ni untuk @chesfa

kat mana awak berada sekalipun, jaga diri, jaga kesihatan .... jangan lupa yang Satu.

KILL_NANCY Publish time 10-4-2019 01:03 PM

@AlterEgo

@NamaKuMawar

@lil_honey

@hibernation

@sapeka

@matkpop

@foxey

@sitisenyum

@MeghanK

@idakamaruddin

@noor2

@adila39

AlterEgo Publish time 10-4-2019 01:25 PM

thank you for tagging, will try takwil puisi ni..


somehow terasa "dekat" {:childlikeo

take caresahabat kami,Cik Pah

sapeka Publish time 10-4-2019 03:20 PM

Tenets of Humanist


Its not only ....
The lizard's tail.

Selfishness, injustice and hate,
And the devil's will.

That have the power,
To thrive in a place,
Filled with greedy desires.

Slightest vibs of ....
A human heart, even old,
Or failed!

Although buried under,
Tones of hard ....
Stone rocks.

Has the power to turn,
Every molecule of a mountain,
Into ashes.

You are yet to believe,
How goodness is pure,
And Godly.

And how heart in chest ....
Of men,
Is God's unequivocal resting place.


takwilan:

puisi ini berkisarkan tentang kisah hati manusia

hati adalah tempat terkumpulnya pelbagai perasaan dan keinginan manusia

samada untuk keinginan yang baik atau sebaliknya

disebalik hati manusia tiada siapa yang dapat menelah apa rahsia disebaliknya

hati manusia boleh membawa bahaya sekiranya pemilik seorang yang berkeinginan kemusnahan kepada dunia

mampu kucar kacirkan keadaan disekeliling dan mampu bawa kemusnahan

samada boleh diterima akal atau tidak

sebaiknya dalam hati kita perlu ade perkara yang baik2 je

sentiasa ingat kepada tuhan


sekian percubaan dan repekan saiya

krimkraker Publish time 10-4-2019 03:59 PM

Terima kasih @seribulan sbb bole menerima jawapan yg xseberapa tu. 1st tem try buat...

sitisenyum Publish time 10-4-2019 05:46 PM

Tq tag saya.....sy Akan Cuba nnt
Puisi berkenaan persahabatan yg kekal ku merindui mu wahai kawan yg telah berpisah di dunia ini....ku mengharap dikau kembali bersama kami kembali

fahdramli Publish time 10-4-2019 11:12 PM

Baru perasan ada tag. Saya terai oke. InshaaAllah

Kappa8990 Publish time 10-4-2019 11:17 PM

Apa yang penulis cuba sampaikan adalah tentang hati, jiwa dan perasaan manusia yang sering berbolak balik

Sekiranya hati sudah tercemar dengan anasir-anasir negatif, maka hilanglah nilai perikemanusiaan yang akan menimbulkan perasaan negatif yang tidak baik seperti perbuatan kejam, zalim dan penuh rasa dendam sehingga sanggup melakukan kekejaman.

Waktu ini, semuanya tampak benar dan matlamat menghalalkan cara sehingga sanggup melakukan apapun waima halangan tersebut sebesar gunung.

Walaubagaimanapun, setiap orang perlu sedar Tuhanlah yang maha berkuasa ke atas setiap hati ini. Ketahuilah juga bahawa hati yang diberi olehNya merupakan satu rahmat yang besar. Maka jagalah dan sentiasalah sucikan hati kita dengan perkara yang baik-baik.

“Ketahuilah bahawasanya di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan apabila ia rosak maka rosak pula seluruh jasadnya, ketahuilah dia adalah hati.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sekian, takwil berdasarkan kefahaman. {:hoorayo

seribulan Publish time 11-4-2019 08:12 AM

@Kakngahmuna @chesfadan @bunga_durian9


sila klaim hadiah {:1_152:}

Kakngahmuna Publish time 11-4-2019 09:28 AM

Wah. Festaim try takwil. Tq @seribulan :$

Seronok mentakwil puisi ni, meneroka dunia bahasa dan sastera penuh puitis.

fahdramli Publish time 11-4-2019 09:59 AM

Tamsilan mengikut view saya.

Puisi indah ini berkisar tentang seketul darah dalam tubuh manusia yang kita panggil hati.
Di sini tempat berkumpulnya semua, segala perasaan buruk apatah lagi perasaan baik.
Hati seperti yang diketahui adalah tempat di mana terkumpul perasaan seperti perasaan tidak puas hati, kebencian malah perasaan pentingkan diri sendiri. Maka di sini lah office utama penghasut manusia berkumpul dan berusaha menyesatkan manusia di isni.
Perasaan yang terdapat dalam hati sebenarnya tidak boleh dihilang sampailah kita mati. Pepatah, memaafkan tapi tidak pernah sesekali melupakan adalah benar wujud.
Apabila yang berkuasa mengikut sangat kata hati, tidak ada apa yang boleh diselamatkan lagi walaupun sebesar zarah.
Walau apapun yang terkumpul dalam hati, sebenarnya hati ini dicipta Tuhansebagai satu tempat setenangnya untuk manusia bercinta.

Ps: Kan jatuh jatuh cinta melalui hati bukan melalui tangga, ye dak

AlterEgo Publish time 11-4-2019 02:23 PM

Percubaan untuk mentakwil:

Peperangan yang sentiasa berterusan dalam hati – between nafsu yang baik atau nafsu yang buruk – semua ni tergantung what we feed rongga hati kita. Kalau baik, maka baiklah ia.. kalau buruk, maka buruklah ia.. jangan berputus asa untuk menjadi lebih baik! No matter how hard.

Dalam hati ada satu rongga, jika kita masukkan DIA maka tiadalah yang lain boleh bersama di dalam rongga yang sama.

seribulan Publish time 12-4-2019 07:50 AM

@bunga_durian9

krimkraker Publish time 12-4-2019 01:12 PM

Tenets of Humanist...berkisarkan tentang pegangan hidup seseorang manusia.

Hati secara dasarnya adalah anggota dalaman manusia. Namun dari sekeping hati itulah membentuk akhlak dan sahsiah diri manusia.

Hati yang mudah tergoda dengan nafsu mudah sekali hanyut ke dalam kemungkaran. Segala kebaikan dinafikan manakala segala kejahatan diagungkan.

Bersifat mementingkan diri, tamak haloba dan berkelakuan kejam, sadis sudah menjadi mainan manusia yang terlalu alpa dengan duniawi.

Oleh itu, manusia sering diajar agar hidup berlandaskan Al-quran dan hadis nabi. Penuhi ilmu di dada agar dapat membezakan mana yang baik, dan mana yang buruk. Yang buruk kita jauhi, yang baik kita hampiri.

Tepuk dada tanya selera, apa yang kita mahu, kita hajati, di dalam kehidupan ini. Biarpun kita pernah membuat kesilapan, tak bermakna kita tidak boleh pulang ke pangkal jalan. Biar kaya dengan iman, jangan kaya dengan kemungkaran.

Berpeganglah erat dengan agama Allah, untuk menjadi pedoman hidup kita.

Maafkan saya jikalau ada tersalah kata dan bahasa di sini. Biarpun puisinya ringkas dan pendek, namun mendalam maksudnya. Bergantung pada pemahaman masing-masing. Begitu jugalah dengan ayat-ayat Al-quran. Sepatah ayat sudah memberi banyak pengajaran kepada umatnya.

adila39 Publish time 13-4-2019 12:21 AM

tq tag..

sy cuba.

puisi ni tentang someone yg berhati keras.. dia tau apa dia nak..

dia tau apa yg dia harus buat, dia ada his own ideology in life

strong, independent and believe in himself.

aleX-S Publish time 16-4-2019 05:43 PM

My interpretations:

Memula baca, macam refer to buku In the Heart of the Sea, mewakili Chase dan Pollard. Tapi dalam buku tu tak de gunung, allusions to Brokeback Mountain? :funk:

Baca balik, like describing a phoenix, burst into flames, bangkit balik from its ashes?

Baca lagi, this poem 'talked' to me, punched me right in the stomach, buat saya jatuh terbaring, dramaticnya :'( mengingatkan saya kepada surah Ali-Imran ayat 26:

Katakanlah: Ya Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Engkau berikan kekuasaan kepada barang siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari barang siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan barangsiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu adalah Maha Kuasa.

Kesimpulan dari puisi ni, hati kita Dia yang pegang. Terus berdoa semoga diberikan hati yang redha, dan doakan yang baik-baik saja. Insan, tua muda sihat sakit senang susah, semua ada tujuan hidup, semua adalah hamba Allah dan khalifah

My ustazah said, “Kalau ... tidak menjadi hamba kepada Allah, ...akan menjadi hamba kepada perkara lain”.
:)

Semoga semua diberikan kemudahan dan ketenangan :loveliness:

sitisenyum Publish time 16-4-2019 08:22 PM

Ke egoan seorang manusia

Mengisahkan kehidupan penulis yang perlu dihadapi dalam seharian untuk meneruskan kehidupan. Dalam urusan penulis perlu berjumpa dengan pelbagai ragam manusia untuk menunjukan kuasa yang mereka ada...

Sikap manusia yang sering ongin berkuasa dan ingin sentisa dihadapan dan tempat pertama. Demi mencapai tujuan mereka, mereka sanggup buat apa sahaj termasuk menindas manusia yang lemah. Demi berkembang pengaruh mereta sanggup mengetepikan nilai2 kemanusian. Mereka terlalu rakus dalam mengejar nama,pangkat dan darjat. Mereka lupa yg suatu hari nanti semua manusia akan di hasab antara kebaikkan dan kejahatan. Sikap tamak dalam diri mereka membutakan hati dan fikiran mereka. Demi kepuasan diri dan kelangsungan hidup semua nilai2 manusia dipandang sepi.

Mereka terlupa bahawa kuasa yang sebenar2 nya hanyalah SATU. Mereka lupa tiap2 perbuatan manusia di muka bumi akan di hasab. Mereka lupa pada nilai2 kebaikan akan membantu mereka suatu hari nanti...

seribulan Publish time 17-4-2019 08:01 AM

closed




.
Pages: [1]
View full version: [Takwil Puisi 014] Tenets of Humanist


ADVERTISEMENT