malaygirl Publish time 8-4-2019 09:24 AM

Pokok

Assalamualaikum....ni jadi hari Rabu baru ni. Sebenarnya MG teragak-agak nak share bimbang kena kecam. Tapi nak jugak tanya pendapat dari ahli2 forum ni.

Hari Rabu baru ni MG bawak anak2 ke klinik gigi. MG ada 3 anak. Cuma 2 orang je yang perlu rawatan gigi (cabut dan tampal) manakala yang kecik sekali (umur 2 tahun) tak perlu pun sebab gigi dia elok takde rosak. Kami ke klinik gigi milik kerajaan. Jadi faham2 lah susah nak parking. Jadi MG bawak 2 anak jumpa doktor, suami MG dengan anak kecik sekali cari parking (in case takde parking diorang nak double park je, suami tunggu kereta so kalau ada yang nak keluar boleh la alih kereta). Lepas turunkan kami, suami cari parking sampai masuk ke kuarters klinik di kediaman doktor (banglo). Banglo tu kosong takde doktor yang duduk. Dalam kawasan banglo (tak berpagar) suami tengok banyak kereta parking sebab tu dia join parking situ. Dia jumpa satu parking betul2 bawah pokok. Maka dia park la kereta disitu.

Masa parking kat situ tiba2 anak yang umur 2 tahun tu menjerit dan terus melompat atas riba suami. Peluk leher ayah dia sambil cakap "Akuttttt akutttt" (akut=takut). Suami MG pelik, tanya kat anak takut apa. Then anak tunjuk kat luar, cakap "Akut tuuuu" then terus dia pejam kan mata dan kuatkan pelukan kat ayah dia. Anak kami dah macam menggila dalam kereta. Suami MG try tengok pokok tu takde apa2 pun. Suami tutup cermin dengan tuala pun sama, anak tetap ketakutan. Last2 suami pun start enjin kereta terus pergi dari bawah pokok tu. Park tempat lain. Barulah anak diam.

Suami MG sempat ambil gambar pokok tu sebab nak tunjuk ke MG. Mula2 MG tengok pun ternampak muka manusia pada lubang pada pokok tu. Siap bertentang mata lagi. Sampai tercampak handphone MG sebab terkejut. Then MG cuba la adjust gambar tu haih naik terus bulu roma MG.

Cuba korang tengok gambar ni. Korang rasa? Atau MG je yang melebih2?


Ni gambar original yang suami MG ambil


Ni yang MG adjust brightness dengan contrast guna Picsart

Please bagitau MG apa dia tu? Kejadian dalam jam 3-4 petang. Awal lagi. Cuaca tengah panas merelip.

Rhyno Publish time 8-4-2019 09:35 AM

aah nampak mcm ada muka dgn mulut ternganga.

pearl.silver Publish time 8-4-2019 09:35 AM

Sy ni memang tak gifted bab2 cari imej tersembunyi ni.. Xnmpk kat mana muka org nya..

malaygirl Publish time 8-4-2019 09:37 AM

Rhyno replied at 8-4-2019 09:35 AM
aah nampak mcm ada muka dgn mulut ternganga.

Kan. MG nampak ada dua. Tapi entah lah. Maybe 'corak' pokok je. Pokok tu berlubang

malaygirl Publish time 8-4-2019 09:38 AM

pearl.silver replied at 8-4-2019 09:35 AM
Sy ni memang tak gifted bab2 cari imej tersembunyi ni.. Xnmpk kat mana muka org nya..

MG pun x gifted gak. Tapi entah la gamba ni macamana entah boleh ternampak pulak. Sekali tengok terus ternampak sampai tercampak hp sebab terkejut

buragazz Publish time 8-4-2019 09:48 AM

Dekat bawah cabang Y tu ker

malaygirl Publish time 8-4-2019 10:10 AM

buragazz replied at 8-4-2019 09:48 AM
Dekat bawah cabang Y tu ker

Ni MG bulatkan. Please jangan panggil MG geng bulat2 pulak. Ni yang MG nampak. Tapi xtau lah kot permainan mata je

makton Publish time 8-4-2019 10:15 AM

ntah la.. mata aku tak nampak apa2 yg pelik. yg org bulatkan kat bawah tu nampak la muka hantu mcm topeng scary movie tu.. tapi.. tu laa.. aku tak nampak apa2. huhu

Hearty_Winter Publish time 8-4-2019 10:24 AM

tak pasti la sebab tak Nampak ape pun, maybe klau snap gambar tak bape jelas kot.. wallahualam

scorpionkiki Publish time 8-4-2019 10:25 AM

malaygirl replied at 8-4-2019 10:10 AM
Ni MG bulatkan. Please jangan panggil MG geng bulat2 pulak. Ni yang MG nampak. Tapi xtau lah kot p ...

I nampak 3....dan i pun bukan dr kalangan yg blh nampak makhluk halus...cuma mata ni terimagine...

malaygirl Publish time 8-4-2019 10:25 AM

makton replied at 8-4-2019 10:15 AM
ntah la.. mata aku tak nampak apa2 yg pelik. yg org bulatkan kat bawah tu nampak la muka hantu mcm t ...

Entahlah. Maybe MG je kot yang melebih2. Mungkin anak MG just takut ke pokok berlubang kan. Sebab pokok berlubang kan, lubang dia gelap je. Maybe pokok berlubang tu je y dia takut. Nak tanya dia detail pun dia bukan boleh bercakap lagi. Setakat cakap "Akutt" je. Tanya nampak apa diulang2 sebut akutt je

kancil92 Publish time 8-4-2019 10:38 AM

x nmpka apa2..cuma nmpk pokok tu mcm dh reput je...

malaygirl Publish time 8-4-2019 10:53 AM

kancil92 replied at 8-4-2019 10:38 AM
x nmpka apa2..cuma nmpk pokok tu mcm dh reput je...

Pokok tu xreput lagi. Masih gagah berdiri daun merimbun sampai redup kawasan halaman banglo kuarters tu. Tulah mungkin anak MG cuma takut ke pokok berlubang je. Maklumlah budak tak pernah jumpa pokok berlubang.

supernaturalee Publish time 8-4-2019 11:01 AM

xde menda lah
struktur pokok tu yg buatkan kita imagine mcm ada iras penampakan


mcm iol plk klu tenung atau renung lama2 pd kain ke, jubin lantai ke, dinding ke
mmg tiba2 je blh terbygkan bentuk
sama ada manusia, haiwan, atau something scary
but mostly bentuk wajah manusia

benda ni sejak kecik lg

malaygirl Publish time 8-4-2019 11:06 AM

supernaturalee replied at 8-4-2019 11:01 AM
xde menda lah
struktur pokok tu yg buatkan kita imagine mcm ada iras penampakan



Ooo ok. Tulah sia2 je MG ketakutan. Hahaha klakar plak. Semua nak nampak hantu sejak 2,3 menjak ni. Maybe anak MG cakap takut sebab dia takut tengok struktur pokok besar berlubang gitu je.

supernaturalee Publish time 8-4-2019 11:09 AM

malaygirl replied at 8-4-2019 11:06 AM
Ooo ok. Tulah sia2 je MG ketakutan. Hahaha klakar plak. Semua nak nampak hantu sejak 2,3 menjak ni ...

pokok beringin tu kot?

kt kg meols ade 1 pokok beringin besar sgt
ada lubang besor kt bwh
nmpk mcm nk mereput
tp daun2 elok je rimbun
pnh nmpk biawak msk dlm tu
jd sarang die kot



malaygirl Publish time 8-4-2019 12:04 PM

supernaturalee replied at 8-4-2019 11:09 AM
pokok beringin tu kot?

kt kg meols ade 1 pokok beringin besar sgt


Xpasti lah pokok apa. Sebab MG xkenal jenis pokok sangat.

razman_el Publish time 8-4-2019 12:19 PM

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

buragazz Publish time 8-4-2019 12:35 PM

malaygirl replied at 8-4-2019 10:10 AM
Ni MG bulatkan. Please jangan panggil MG geng bulat2 pulak. Ni yang MG nampak. Tapi xtau lah kot p ...

Ada benarnya.. kadang2 baby atau budak kecik memang senang nampak benda halus ni.. tapi dalam gambar tu rasanya hanya bayangan atau imaginasi kita sebab bila kita tau ada somrthing kat situ fikiran kita akan proses dan cuba jelmakan perkara yang berada dalam fikiran..

Tapi meols percaya yang baby MG memang nampak sesuatu...

violetungu Publish time 8-4-2019 01:45 PM

malaygirl replied at 8-4-2019 10:10 AM
Ni MG bulatkan. Please jangan panggil MG geng bulat2 pulak. Ni yang MG nampak. Tapi xtau lah kot p ...

waaa nampak..ada lg yg mk kck3 kt situ terkjt tgk bila tenung btl3.
Pages: [1] 2 3
View full version: Pokok


ADVERTISEMENT