OttoVonBismark Publish time 6-4-2019 07:03 PM

Hiroo Onoda - Tentera Jepun Yang Pantang Mengalah Even Selepas WWII Tamat 29 Tah

Edited by OttoVonBismark at 6-4-2019 11:22 AM

https://allthatsinteresting.com/wordpress/wp-content/uploads/2017/12/hiroo-jungle-225x300.jpg

Ini adalah Hiroo Onoda, seorang tentera jepung yang berperang habis habisan di kepulauan filifina dan tidak mahu mengundurkan diri walaupun sehingga perang dunia kedua tamat pada 2 september 1945. Pada masa umurnya mencecah 20 tahun, dia dipanggil untuk menyertai tentera jepun semasa perang dunia kedua. Beliau dilatih khusus untuk mengepalai peperangan secara geriladengan pihak musuh.
Pada 26 disember 1944, Onoda dihantar ke Pulau Lubang di Filifina. Arahan yang diterima Onoda dari pegawai komandanya sangat simple, "Korang tak dibenarkan mati, operasi ini mungkin mengambil masa selama tiga tahun, mungkin lima tahun, atau mungkin lebih. Namun walau apa pun yang terjadi, jangan bimbang, kami akan datang balik"
Haa lebih kurang macam tu la dia punya arahan. Ssimple dan padat.
Pada 28 Februari 1945, tentera amareka ( US ) mendarat di pulau Lubang. Askar askar jepun yang telah awal awal lagi bersiap siaga di Lubang menyerang dengan hebat kedatangan askar amareka ni, tapi askar askar jepun ni telah dengan senangnya ditewaskan oleh askar amareka pada masa tu.
Melihatkan kekalahan askar askar jepun yang ada di Lubang pada masa tu, Onoda beserta tiga lagi rakan beliau mengambil keputusan untuk meneruskan peperangan gerila mereka di Lubang. Dan mereka terus menerus berperang secara gerila di Lubang selama 29 TAHUN ! pergh ! dan mereka ini survive untuk meneruskan hipup dengan minum air nyior- kelapa la kan, pisang hutan dan binatang ternakan seperti lembu yang dicuri dari penduduk kampung yang berdekatan.
Selepas perang dunia kedua tamat, pihak jepun mengedarkan risalah risalah kepada tentera mereka yang berada di kawasan pedalaman hutan dan gunung ganang supaya keluar dari tempat persembunyian kerana perang telah tamat. hiroshima ngan nagasaki dah kene bom ! kita kalah ! sila keluar dari tempat persembunyian ! gitu la kot bunyinya. masa ni perang dah tamat 15 Ogos, jepun serender bulang sepuloh 1945.
Masalahnya, bagi pihak Onoda pulak, dia ingat pemplet dan risalah ni adalah permainan propaganda dari pihak musuh. Hahaha jeng !
Dalam bulan september 1949, salah sorang dari team dia surrender. dah tak tahan la kot hidup dalam hutan gitu dan mula doubt yg perang memang betul betul dah tamat.
Tahun 1952, gambar gambar dari keluarga dan surat surat dari keluarga mereka ni dilayangkan dihutan hutan sekitar Lubang bagi memanggil mereka ni keluar dari tempat persembunyian dan menyerah diri, jenuh nak bagi geng geng ni percaya yang perang dah lama habis dahhhh. Dah tujuh tahun berlalu dah masa ni. Akan tetapi tetap jugak geng geng Onoda ni pikir yang ni suma adalah trik nak kasik diorang serender jee. Punya la si Onoda ni loyal dengan dia punya gomen of japan waktu ni.
https://images.yourstory.com/cs/wordpress/2017/08/yourstory-Hiroo-Onoda.jpg
So, diorang ni yang dah tinggal bertiga ni terus menerus melakukan serangan gerila dikawasan kawasan berhampiran seumpama perang peribadi diorang bak kata orang kat sana waktu ni. tembak menembak dengan polis tempatan.
Dalam tahun 1954 dan 1972, semua geng Onoda yang tinggal mati kena bunuh dalam beberapa siri serangan keatas mereka ni. Jadi tinggal la Onoda ni sorang je meneruskan perjuangan menunggu pihak pegawai komandan dia datang dan bagi arahan suruh stop. kalau ingat ingatkan balik, masa mula mula dia masuk sini, pegawai dia bagi arahan kata tak tau bila habis, mungkin 3 tahun, mungkin 5 tahun dan boleh jadi lebih lama lagi.... maka tinggal la Onoda sorang diri tetap setia dengan arahan beliau.
Tak berapa lama kemudian,
pihak jepun telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mencari dan menjejak Onoda di pulau Lubang, Filifina. team ni dihantar kesana dan start cari Onoda dialam hutan tu, siap dengan hanjing pengesan lagi. Malangnya, Onoda ni terrrrlalu xpert dengan teknik penyamaran dan penyembunyian, hasil dari pengalaman dia sendiri dalam hutan tu selama 27 TAHUN ! hahaha you cannot beat that man with a looooootttt of experience in his own jungle dude.
Pada 20 Februari 1974, sorang student jepun name Norio Suzuki terbang ke Lubang dan berjaya jumpa Onoda. Dan as usual, Onoda tetap refuse to surrender selagi mana dia tak dapat order dari superior offiser dia. hahaha. Suzuki balik ke jepang bersama dengan gambar dia dengan Onoda.
https://external-preview.redd.it/v-VjFgB4i2WMChOXDFAJktRw8LFk2bnkMXiIz18tdXU.jpg?width=960&crop=smart&auto=webp&s=4678318328290317cbd656c2ac3ddb2b3516261f
So, bila dah dapat tau cerita dari mulut Suzuki ni yang Onoda takkan serender selagi tak dapat arahan dari pegawai dia, kerajaan jepun mula mencari balik pegawai atasan yang bagi arahan kat Onoda masa perang dulu yang mana mereka dapati pegawai Onoda masa ni dah jadi penjual buku kat kedai buku. Beliau terbang ke Lubang pada 9 March 1974 dan akhirnya jumpa dengan Onoda ni face to face.
Dan akhirnya, Hiroo Onoda secara rasminya dilepaskan dari tugas dan secara rasmi juga Onoda menyerah diri kepada kerajaan filipina waktu ni.
Sepanjang penglibatan Onoda dalam perang gerila bagi pihak tentera jepun selama 29 tahun di Lubang, secara teknikalnya beliau telah membunuh lebih kurang 30 orang yang mana ia percaya sebagai musuh. Walaubagaimanapun, beliau mendapat pengampunan penuh dari pada pihak president filipina waktu tu Ferdinand Marcos.
https://static01.nyt.com/images/2014/01/18/world/sub-onoda-obit/sub-onoda-obit-jumbo.jpg?quality=90&auto=webp
https://allthatsinteresting.com/wordpress/wp-content/uploads/2017/12/hiroo-sword.jpg
Pada tahun 1974, Onoda kembali ke Jepun dan disambut oleh rakyat jepun sebagai seorang hero. Malah, kerajaan jepun membayar gaji kepada Onoda yang tertunggak selama 30 Tahun. keh keh keh dapat back date gaji 30 tahun beb. kayoo pokcik. Namun begitu, gaya hidup dan keadaan dijepun dah terlalu banyak berubah sejak dia tinggalkan jepun 30 tahun dulu. Jepun pada tahun 1974 tak sama dengan jepun yang dia tinggalkan masa tahun 1944. Jepun dah pesat membangun dan culture juga turut berubah. Onoda rasa tak leh nak go on dengan gaya hidup masa tu, plus dia pun tinggal lama dalam hutan kat filipin.
So, pada tahun 1975, dia migrate ke Brazil, beli sebuah ladang, dan kawin. ofkos la dengan pompuan jepang jugak, takkan Brazilian kot. 10 tahun lepastu, dia balik semula ke jepun dan bukak sebuah kem untuk kanak kanak bertemakan alam semula jadi dan hutan hutan.
https://cdn.japantimes.2xx.jp/wp-content/uploads/2013/01/fl20070116jka.jpg
Dalam tahun 1996, dia melawat balik ke filipina dan kasik sumbangan derma sebanyak 10,000 kepada salah sebuah sekolah di filipina.
Pada 6 Januari 2014, Hiroo Onoda menghembuskan napasnya yang terakhir dan mati akibat kegagalan jantung pada usia 91 TAHUN.
Begitulah kisah seorang pejuang tentera jepun yang sangat taat dan setia kepada negaranya dimasa perang dunia kedua dulu. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.

- Otto Von Bismark -

winamp05 Publish time 6-4-2019 08:48 PM

Not bad for some one yang suka mencari pasal :lol: :lol: :lol:
Aku dah gugel, memang artikel ni authentic dari ko. Good job lah ye :lol:

syidasaleh Publish time 6-4-2019 09:24 PM

Hebatnya pakcik onoda. Taat setia beliau pd nipom memang A. Mati2 tak balik

Andyscenes Publish time 6-4-2019 09:27 PM

57 je mod? Tambah la lagi 10

umbut Publish time 6-4-2019 09:29 PM

Dah tau yg ni.. ada lagi 1 tenters jepun x nak balik. Dok penang masuk islam. Nama melayu pak ali:)

winamp05 Publish time 6-4-2019 10:09 PM

Andyscenes replied at 6-4-2019 09:27 PM
57 je mod? Tambah la lagi 10

Ok la tu.... nanti nanti aku kasik la lagi.

PristineOne Publish time 7-4-2019 02:48 AM

Otto...lenkali mintak 2 juta kredit...sure mods endorse 114 kredit. :lol:

Anyway...good artikel.

noraidil_06 Publish time 7-4-2019 10:44 AM

winamp05 replied at 6-4-2019 08:48 PM
Not bad for some one yang suka mencari pasal   
Aku dah gugel, memang artikel ni aut ...

He wrote this himself? Kena baca ni.

Tq otto van ace

noraidil_06 Publish time 7-4-2019 11:20 AM

Ok la, tq sbb x cari psl n the good article. I tambah la credit.

zennaya Publish time 7-4-2019 11:43 AM

nasib baik x bunuh diri dalam hutan. kebanyakan askar2 jepun diorang bunuh diri,sebaik saja tau Jepun menyerah kalah masa WW2.

winamp05 Publish time 7-4-2019 02:34 PM

noraidil_06 replied at 7-4-2019 10:44 AM
He wrote this himself? Kena baca ni.

Tq otto van ace

:lol: :lol: :lol:

aku tanya dia malam tadi, jawapan dia pun mengundang :lol:

noraidil_06 Publish time 7-4-2019 02:44 PM

winamp05 replied at 7-4-2019 02:34 PM
aku tanya dia malam tadi, jawapan dia pun mengundang

Alah mmg ace. Kite bg chance la dia nk menakal

chinta89 Publish time 7-4-2019 03:37 PM

wahhhh mmg taat setia gila2 ni {:1_273:}

dusunmind Publish time 7-4-2019 03:40 PM

great info {:1_509:}

OttoVonBismark Publish time 7-4-2019 04:00 PM

noraidil_06 replied at 7-4-2019 06:44 AM
Alah mmg ace. Kite bg chance la dia nk menakal

siapa ace ?

Lelaputra Publish time 7-4-2019 07:09 PM

Wow!!! Inspiringnya to both Onoda dgn semangat & kesetiaanya Dan Otto Von Bismark dgn penulisannya.. brao bravo {:hoorayo

nono86 Publish time 7-4-2019 07:14 PM

Bagus.. nice info

nurrlisa Publish time 8-4-2019 11:30 AM

Good writing. Enjoy baca dan seolah ada di sana.

OttoVonBismark Publish time 8-4-2019 02:19 PM

bagus lah korang enjoy... enjoy lagiii

noraidil_06 Publish time 8-4-2019 07:00 PM

OttoVonBismark replied at 8-4-2019 02:19 PM
bagus lah korang enjoy... enjoy lagiii

Buka la lg thread.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Hiroo Onoda - Tentera Jepun Yang Pantang Mengalah Even Selepas WWII Tamat 29 Tah


ADVERTISEMENT