dreziftdex Publish time 4-4-2019 03:11 PM

Seram

Aku Amy (bukan nama sebenar).
.
Bagi aku tiap orang mempunyai pengalaman seram yang tersendiri. Dah tentu bila sebut tentang seram, kita akan membayangkan 'hantu'. . Bagi aku seorang yang penakut ni, dah tentu aku nak elak dari berjumpa dengan 'si dia'.

tapi sapalah kita nak melawan takdir. kalau dah 'rezeki' jumpa tu nasib badan la kan. .
.
ok. aku nak share satu kisah (kalau korang ada pengalaman juga, boleh share sini) . kisah yang aku lalui semasa aku menuntut di salah sebuah universiti awam satu ketika dahulu. (skema tak ayat aku? haha)
.
ok macam ni. aku dulu masa belajar jauh dari rumah mak ayah. so, aku duduk dewan penginapan yang disediakan oleh pihak universiti. untuk murid tahun satu mesti la kita ni tak tau apa-apa cerita 'seram' yang pernah terjadi sebelum-sebelum ni kan. so kami sangat aman tenteram duduk di situ.

sampai la satu masa. masa kami study dalam bilik pantry. Mula-mula ramai je dalam bilik tu, tapi makin malam makin kurang orang. last-last tinggal aku berdua dengan kawan aku eza (bukan nama sebenar) dan sorang lagi student kiteorg tak kenal.

nak dijadikan cerita, kawan aku eza ni tiba-tiba je sakit perut. nak ke toilet. so tinggal la aku berdua dengan student sorang tu. Mula-mula aku ok je. tapi lama-lama rasa makin sunyi pula. Eza pon tak sampai-sampai lagi. Aku perhati je student sorang tu. Dalam hati terdetik "ishh dia ni, fokus betol. rajin study sorang-sorang".

seperti sedar diperhati, si dia toleh ke arah aku dan senyum. Aku pon buat-buat bizi. hehe. tiba-tiba pen yang aku pegang terjatuh ke lantai. Aku tanpa fikir banyak terus tunjuk ke bawah meja untuk mengambil pen yang jatuh tu.

And tau apa aku nampak dari bawah meja? ada sepasang kaki betol-betol depan aku. kaki sapa ni? Dengan rasa sikit terkejut aku terus berdiri. alangkah terkejutnya aku. rupanya kaki itu milik eza. fuhh.. lega. . aku dah fikir bukan-bukan je tadi.

Aku terus urut dada. Eza seakan faham apa yang aku rasa, terus terbahak-bahak ketawakan aku. kurang asam!

dan tiba-tiba mata aku terpandang meje student tadi. Dia tak de. erm... mana pergi budak ni (bisik dalam hati). Eza menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. tapi aku sudah hilang fokus.

ringan mulut aku bertanya pada eza. nampak tak student yang duduk meja hadapan kami tadi. eza jawab "bukan kita berdua je ke dari tadi kat sini?"
aku???


ok sambung nanti....

zzm999 Publish time 4-4-2019 03:48 PM

Huhu seramm..

dreziftdex Publish time 4-4-2019 03:58 PM

zzm999 replied at 4-4-2019 03:48 PM
Huhu seramm..

lagi plak baru lepas terkejut, terus terbayang sesuatu haha

Petunia Publish time 4-4-2019 04:08 PM

Apakah itu student.. atau.... ahaha seramm

dreziftdex Publish time 4-4-2019 04:15 PM

Petunia replied at 4-4-2019 04:08 PM
Apakah itu student.. atau.... ahaha seramm

nanti malam sambung..bru feel.

makton Publish time 4-4-2019 04:22 PM

mcm movie thai. diorang lepak kat library, then sebelah tu ada sorang pmpuan.
pen terjatuh, budak tu kutip & tgk pmpuan tu takde kaki.
bila budak tu bangun, pmpuan tu pandang ke dia & cakap "dah tahu ye?"

pinksarah Publish time 4-4-2019 04:24 PM

Mmg seram..

Tp jgn lah mudah takut..

Lg suka nyakat klu kita takut..

Akak_hazelyn Publish time 4-4-2019 04:30 PM

Akak ni penakut. Tapi suka je baca cerita hantu. Dah tu nanti memalam dok teringat. :'(
Untuk tt, sambung la ye..

dreziftdex Publish time 4-4-2019 07:40 PM

makton replied at 4-4-2019 04:22 PM
mcm movie thai. diorang lepak kat library, then sebelah tu ada sorang pmpuan.
pen terjatuh, budak t ...

yeke? sebijik macam kawan sy kene la.. .. dekat pantry tu jugak. ayoooo... seram plak nk sambung cite. haha

dreziftdex Publish time 4-4-2019 07:40 PM

pinksarah replied at 4-4-2019 04:24 PM
Mmg seram..

Tp jgn lah mudah takut..


betol... katenye kalau kita takut dia lagi suka kan?

dreziftdex Publish time 4-4-2019 07:41 PM

Akak_hazelyn replied at 4-4-2019 04:30 PM
Akak ni penakut. Tapi suka je baca cerita hantu. Dah tu nanti memalam dok teringat.
Untuk tt, s ...

adehh.. kite same la kak.. hehehe.. tapi si penakut ni penah jugak duduk rumah sorang2.. pastu bende tu menyakat..

dreziftdex Publish time 4-4-2019 07:42 PM

malam ni malam Jumaat ye kawan2.. jangan lupa bace yassin & surah kahfi. ..

nak sambung cite ni. tapi nak taip dekat word dulu.. nnti sy tepek sini. stay turn :lol::lol:

dreziftdex Publish time 4-4-2019 08:40 PM

sambungan..

rupanya ramai penghuni dewan penginapan tu dah penah terserempak dengan 'si dia'. cuma tak diheboh je. huhu. kejam kan dieorg.

ada satu lagi kesah.

dewan penginapan kami ni ada 4 tingkat. tapi pelajar junior semua kena duduk paras bawah sekali. yang orang lama-lama duduk tingkat 2-4.

nak di jadikan cerita. kami student junior kena kemas blok masa tu. jadi kami naik la sampai tingkat 4. bersihkan semua tingkat. masa. dok bersihkan tu, kami jumpa ada beberapa bilik kosong. tidak berpenghuni.

bila lalu bilik tu, kami pon tutup la pintu bilik tu. sebab pintu dia terbuka seluas-luasnya. tapi bila malam pintu dia akan terbuka semula. esok nya kami naik lagi. tutup lagi. dan dia terbuka semula.

kami jadi pelik. rupanya, pintu tu memang tak boleh ditutup. 'penghuni' bilik tu tak suka. walaupon bilik tu tak bertuan. tapi bilik tu sangat2 bersih. satu sampah pon takde :sweat3::sweat3:z (ni bilik tingkat dua)

ada satu lagi bilik kosong tingkat 3. masa tu kami dah semester 4. kami memang jenis gatal tangan. suka pulas pintu bilik tu. tapi tak boleh buka. yang jadi peliknya, bila tiba waktu malam. dalam pukul 12am gitu, selalu dengar orang alih perabut dari bilik tu. kami lancang mulut dok tegur 'sape la rajin sangat mengemas malam2 ni'. sampai kami kena siku dengan kawan2. ;P;P

pinksarah Publish time 4-4-2019 11:10 PM

dreziftdex replied at 4-4-2019 11:40 AM
betol... katenye kalau kita takut dia lagi suka kan?

Ye..

I selalu marah2 klu dia kacau..

Suka mengendap time i duk buat kerja..

Time sorang2 tu dia tegur..

Eeiii jahat..

Haaa nak kacau org kuat bebel kan..

Merasa la dgr i bombard!

dreziftdex Publish time 4-4-2019 11:11 PM

pinksarah replied at 4-4-2019 11:10 PM
Ye..

I selalu marah2 klu dia kacau..


arhhh.. serius ke?

dia muncul kan diri tak?

pinksarah Publish time 4-4-2019 11:13 PM

dreziftdex replied at 4-4-2019 03:11 PM
arhhh.. serius ke?

dia muncul kan diri tak?

Ada..

Dia in disguise of someone in my family..

When i realised i got played, i ngamok la..

Org nak tido dia nak main2 pulak..

dreziftdex Publish time 4-4-2019 11:19 PM

pinksarah replied at 4-4-2019 11:13 PM
Ada..

Dia in disguise of someone in my family..


aduhh... seramnya...

i baru hidu bau wangi/busuk pon dah meremang bulu roma.hehe.

sampai sekarang ke benda tu kacau?

koondoor Publish time 5-4-2019 02:02 AM

Universiti memang banyak hantu. Aku pernah kena kereta jadi berat lepas dating. Puncanya tegur makhluk pelik atas pokok pisang belakang kolej kediaman. Makhluk tu bentuk macam kelawar tapi muka macam beruk. Bila nak balik kereta jadi berat, aku bukak segala tingkap siap cakap tolong keluar dari kereta aku. Lepas keluar dari kawasan dia baru kereta jadi ringan. Sori kalau tak seram.

pinksarah Publish time 5-4-2019 11:44 AM

dreziftdex replied at 4-4-2019 03:19 PM
aduhh... seramnya...

i baru hidu bau wangi/busuk pon dah meremang bulu roma.hehe.


I pernah kena kiss dkt forehead tau!

Rambut dia coarse, gatal2 muka i..

U bygkan u tgh baring..

Then dr belakang kepala u tu ada yg dtg then tunduk, rambut kiri kanan yg kasar tu bergesel2 kt muka..

Then kissed dahi..

Sejuk bibir dia ok..

pinksarah Publish time 5-4-2019 11:46 AM

koondoor replied at 4-4-2019 06:02 PM
Universiti memang banyak hantu. Aku pernah kena kereta jadi berat lepas dating. Puncanya tegur makhl ...

Pernah jd masa i vacationed dkt tasik kenyir resort..

Kereta berat seberat2 mcm hapa je..

Situ kan keliling hutan dan tasik..

Siang mmg cantik..natural forest..

Mlm2 tu dia..mengacau guests
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Seram


ADVERTISEMENT