annamz Publish time 4-4-2019 01:29 PM

waktu fleksi gomen

pdgn korg. baik waktu fleksi ke atau yg sebelum ni. utk keje 8-5ptg je.. utk shift xdpt den nak nolong.hehe

seribulan Publish time 4-4-2019 01:47 PM


BERITA|MALAYSIA

Waktu kerja fleksibel untuk penjawat awam

Astro Awani |Published Februari 27, 2019 14:00 MYT

Mulai 1 Mac, semua penjawat awam di bawah kementerian dan jabatan persekutuan di seluruh negara akan bekerja mengikut masa fleksibel. - Gambar hiasan
Mulai 1 Mac, semua penjawat awam di bawah kementerian dan jabatan persekutuan di seluruh negara akan bekerja mengikut masa fleksibel. - Gambar hiasan

PETALING JAYA: : Kerajaan menetapkan semua penjawat awam di bawah kementerian dan jabatan persekutuan di seluruh negara bekerja mengikut masa fleksibel bermula 1 Mac ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Borhan Dolah, langkah itu bertujuan menyeimbangkan masa bekerja dan masa bersama keluarga bagi pekerja sektor awam.

Menerusi satu pekeliling, beliau berkata, waktu kerja fleksibel akan diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta semua jabatan persekutuan di Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak mulai Jumaat ini.

"Projek rintis ini akan melaksanakan waktu kerja anjal di mana pekerja boleh tiba di tempat kerja dan pulang dalam tempoh masa tertentu, selagi tempoh waktu bekerja untuk satu hari itu telah dipenuhi.

"Ia akan diperkenalkan di jabatan tersebut terlebih dahulu dan sekiranya ia berkesan, akan dilaksanakan di agensi kerajaan yang lain," kata Borhan di dalam pekeliling itu, menurut laporan The Star.

Langkah ini bertujuan untuk menyeragamkan empat jenis waktu kerja berperingkat sedia ada, yang diperkenalkan oleh JPA pada 1998.

Pekeliling tersebut juga menyatakan bahawa waktu kerja fleksibel hanya terpakai untuk pekerja yang mengikut waktu pejabat, dan tidak termasuk pekerja di sekolah atau institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan.

Menurut pekeliling tersebut, untuk jabatan yang mempunyai kaunter perkhidmatan, ketua jabatan haruslah memastikan operasi kaunter tidak terjejas apabila melaksanakan waktu kerja fleksibel.

Ketua jabatan harus mempunyai prerogatif untuk mengarahkan kakitangan datang ke pejabat pada waktu yang diperlukan.

Wanita hamil dan suami mereka dibenarkan untuk pulang sejam lebih awal seperti yang diamalkan dalam skim waktu kerja sebelum ini.

Mengulas perkara itu, Pegawai Advokasi dan Komunikasi Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Tan Heang-Lee memuji langkah kerajaan.

Tegasnya, Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan pindaan untuk Akta Pekerjaan yang merangkumi peruntukan untuk pengaturan kerja yang fleksibel.

Selain itu, Tan juga berharap langkah tersebut dapat mendorong majikan sektor swasta menawarkan waktu kerja yang fleksibel untuk kakitangannya dan supaya pindaan Akta Pekerjaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

annamz Publish time 4-4-2019 01:59 PM

seribulan replied at 4-4-2019 01:47 PM
BERITA|MALAYSIA

Waktu kerja fleksibel untuk penjawat awam


{:1_132:}

zzm999 Publish time 4-4-2019 02:11 PM

Kalau ikutkan waktu kerja fleksibel ini ok lah.. untuk:
elak trafik jam
elak lif penuh sesak dan
menyenangkan staf yg memang datang awal sbb hantar anak sekolah,terus gi keje tapi balik tak boleh balik waktu yg sepatutnya, atau
sekiranya ade hal nak uruskan waktu petang..

Bila boleh punch awal tak perlulah nak isi borang keluar sbb memang boleh balik sbb dtg dah awal..soal kerje kenalah positif sbb bila dtg awal memang kena siapkan kerja awal lah.. itu yang sepatutnya.. yang penting kena lengkapkan waktu kerja 9 jam.. waktu masuk kerja mestilah antara 7.30-8.30..wallahualam..

annamz Publish time 4-4-2019 02:16 PM

zzm999 replied at 4-4-2019 02:11 PM
Kalau ikutkan waktu kerja fleksibel ini ok lah.. untuk:
elak trafik jam
elak lif penuh sesak dan ...

ya btl la tu.myenangkn ibu bapa yg htr ank p sklh ..sbb kalo da htr ank mmg awl la smpai opis.hehehe. tp yg htr awl tu mmg kompom la ambik jam7.30 msk kn..eheheh.... tp kalo wktu cuti la best. ibu bapa boleh la lmbt asalkn 9jam.. hheheh. cuma 4jam awl tu la. kalo nak ke klinik awl pg tu.kna msk opis punch dlu. kalo x.konsider msk 8.30am.. so plg pon 5.30. heheh

zulka Publish time 4-4-2019 02:24 PM

kami dah 10 tahun amalkan keje flexi hours ni....sgt memudahkan, yg penting almost 0% kedatangan lewat

annamz Publish time 4-4-2019 02:25 PM

zulka replied at 4-4-2019 02:24 PM
kami dah 10 tahun amalkan keje flexi hours ni....sgt memudahkan, yg penting almost 0% kedatangan lew ...

yela..ada kebaikan gk wktu fleksi ni..

Akak_hazelyn Publish time 4-4-2019 02:28 PM

Time management tu penting kan..
Kalau waktu flexi boleh ibu bapa nak atur masa hantar ambik anak sekolah, nursery. Kurang jam waktu puncak. Akak sokong je.

annamz Publish time 4-4-2019 02:30 PM

Akak_hazelyn replied at 4-4-2019 02:28 PM
Time management tu penting kan..
Kalau waktu flexi boleh ibu bapa nak atur masa hantar ambik anak s ...

yes.. kira memudahkan la jgk utk ibu bapa n bujangan. kikikiki

yuki812 Publish time 4-4-2019 02:30 PM

fleksi lah
tp kena punchncard gak..cukupkan 8 jam kerja.
pastu xde alasan nk ngular lagi..nk kuar japhal anak bagai.
no choice..kena productive lah gitu.

annamz Publish time 4-4-2019 02:31 PM

yuki812 replied at 4-4-2019 02:30 PM
fleksi lah
tp kena punchncard gak..cukupkan 8 jam kerja.
pastu xde alasan nk ngular lagi..nk kuar...

yeahh.. :D:D

supernaturalee Publish time 4-4-2019 02:55 PM

so far alhamdulillah

bln ke dua perlaksanaan dh
xdgr org bising lg


next month dh start bln puasa
rsnya perlu mention blh balik awl stgh jam je kot
masa dtg remain 7.30 pg - 8.30 pg


annamz Publish time 4-4-2019 03:01 PM

supernaturalee replied at 4-4-2019 02:55 PM
so far alhamdulillah

bln ke dua perlaksanaan dh


aah.. posa mmg awl stgh jam cut waktu rehat..

syidapink88 Publish time 4-4-2019 03:07 PM

Wktu flexi lg baik.. Dpt elak jam... Nmpk cm xbyk beza sjam.. Tp meaningful ble dh pnh merasai.. Smpt wat mcm2... Smpt isi minyak.. G psraya jap bli brg dpur xyh bratur ngn org crowded.. Sbb cm area umh dkt ngn psraya mini ada brg dpur..

So usually mak2 blk keje akn singgah sna bli brg dpur jap sblm blk.. Klu mse blk kul5.. Mmg rmai la.. Lemah sbb kna tgu mse byr... So ble blk sjam smua tu dipermudahkn.. Smpai umh bru 4.45settle smua.... Sgt happy

browniesazzy Publish time 4-4-2019 08:56 PM

Waktu flexi ni bagus...untuk parents yang ada anak nak kena hantar pegi sekolah, nak elak jem jugak.. & i prefer masuk awal balik on time sebab bila balik on time (means tak stay back), i boleh buat benda lain macam baca buku, exercise, masak, tengok movie etc.. So ada work-life balance.. Work-life balance is important to me, kalau takde.. Rasa burnt out.

Arizan71 Publish time 4-4-2019 09:59 PM

Seharusnya waktu flexi ini diperluaskan kepada sektor swasta dan semua syarikat. Setakat ini nampaknya banyak syarikat yang kurang menerima pakai waktu flexi atas pelbagai faktor. Antaranya disebabkan kekangan teknologi sistem kehadiran yang sangat rigid dan tak mampu di sesuaikan dengan konsep flexi. Nam ubah sistem kena ada kos pulak, jenuh.

Norav Publish time 5-4-2019 01:08 PM

Saya sangat setuju waktu fleksi ni... Boleh urus masa sendiri..

annamz Publish time 5-4-2019 01:15 PM

Norav replied at 5-4-2019 01:08 PM
Saya sangat setuju waktu fleksi ni... Boleh urus masa sendiri..

yes.. sangat fleksibel kan.. kdg2 ni kt pandai gak terlewat kan. so adanya masa fleksii ni. kalau kt terlambat pon xde la punch warna merah.heheheh.. sbb xde terikat dengan waktu yg kita masuk tu. hehe..

chyain Publish time 5-4-2019 01:31 PM

Sy pilih waktu flexi..

Faktor rumah jauh dan anak2 bsekolah..

hantar ank awl pg, die sorg2 je kt sekolah, bahaya lak..

Mak n ayah kena korban skit la..hntr anak lmbt skit..amik waktu flexi..

muggleDylla Publish time 5-4-2019 01:48 PM

Waktu fleksi la best tp buat kategori kan..so boleh pilih nak yg mana janji 8 jam..ala2 masa bulan puasa punya waktu tu..
Pages: [1] 2
View full version: waktu fleksi gomen


ADVERTISEMENT