melnanzz Publish time 3-4-2019 09:27 PM

PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH [Astro MegaDrama: Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul H

Patah Sayap Bertongkat Paruh
setiap hari Isnin hingga Khamis, 10 malam
saluran Astro Ria & Ria HD



Malam ni start drama baru di slot MegaDrama. Adaptasi dari novel, Patah Sayap Bertongkat Paruh karya Hana Ilhami yang sedang ditayangkan di saluran Astro Ria & Ria HD. Menampilkan gandingan Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Zarul Husin. Drama arahan Along Kamaluddin, terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

JUDUL : PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : April 2019
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Hana Ilhami
PENGARAH : Along Kamaluddin
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Jasmin Hamid, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem

WATAK PELAKON
Aaron Aziz sebagai Talhah
Fasha Sandha sebagai Aliah
Zarul Husin sebagai Hisyam
Amelina sebagai Maznah
Jalil Hamid sebagai Pak Osman
Elly Mazlein sebagai Senah
Aman Aziz sebagai Irsyad
Haziq MacQuistan sebagai Din
Amira Othman sebagai Ros

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH
Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya.

Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

melnanzz Publish time 3-4-2019 09:29 PM

Drama ni clash dengan TV3's Nur 2 pada slot yang sama.

myakayina Publish time 4-4-2019 09:16 AM

melnanzz replied at 3-4-2019 09:29 PM
Drama ni clash dengan TV3's Nur 2 pada slot yang sama.

tula..tak tau nak tengok yg mana satu..dua2 mcm menarik jer..

chinta89 Publish time 4-4-2019 09:36 AM

nk pilih nur atau patah sayap ni?

saje buat masa sama lps tu bandingkan rating.

kiyudi Publish time 5-4-2019 12:09 PM

best patah sayap nih

i love pasah & aaron muka kesian dia tu



nur 1 i x tgok...so nur 2 memang x layannn ( X MInat amigha ghosli)...sowi

amyza82 Publish time 5-4-2019 01:04 PM

best citer ni.. dah lama tak tgk aaron. macam matching je ngan fasha. cuma zarul tu je tak suke , kayu ;P

malas nk layan nur 2, konsep citer same je...

cycra Publish time 8-4-2019 05:31 PM

ooo ni drama adaptasi dari novelist forum cari eh,,memula baca kat thread bakat tu,,pastu beli novel dia,,cepat pula diorang adaptasi ke drama eh...

kena tengok la ni..suka novelnya

JiEunTak Publish time 11-4-2019 10:45 AM

Zarul tu kayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu yakmattt....suka watak Aaron as org kampung ja........and fasha nampak cantik sgt as usual. Suka drama ni sbb jalan ceta nya x stereotype........

masterudeng82 Publish time 11-4-2019 02:05 PM

Tengok sebab ada elly mazlein je. Fasha dengan aaron tu layan jelah walaupun tak berapa nak suka, part zarul dengan wife dia lagilah, terus fast forward je. Nasib tengok yang record punya. So boleh lah skip mana yang tak perlu.

kiyudi Publish time 11-4-2019 05:32 PM

JiEunTak replied at 11-4-2019 10:45 AM
Zarul tu kayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu yakmattt....suka watak Aaron as org kampung ...

aaron debab sket...pastu buat muka kesian gitu kan....

seswai la ngan pasah....

bini muda zarul kayu kayan....


emelia1509 Publish time 14-4-2019 07:50 PM

Baru je abis layan episod 1-6..

Not bad drama ni.
Lawa fasha dalam ni, serius lawa sangat.
Zarun n wife tu x best sangat lakonan.
Aoron ok, poyo2 gitu.
Amelina n elly best.

Part sedih fasha tu sedu sedan jugaklah.

kiyudi Publish time 15-4-2019 03:07 PM

emelia1509 replied at 14-4-2019 07:50 PM
Baru je abis layan episod 1-6..

Not bad drama ni.


i suka elly mazlein...

kelaka muka dia wat2 mengada dpn talha..nk hempuk2 jerr

kalo xde senah tu mcm sendu jgk drama nih...


puteribaya Publish time 16-4-2019 04:03 PM

kiyudi replied at 5-4-2019 12:09 PM
best patah sayap nih

i love pasah & aaron muka kesian dia tu


i plak x tenguk sbb suka sgt pd Amira..x sanggup tenguk dia diapa2kan..muka dia iras anak sulong meols..sedih plak

puteribaya Publish time 16-4-2019 04:06 PM

masterudeng82 replied at 11-4-2019 02:05 PM
Tengok sebab ada elly mazlein je. Fasha dengan aaron tu layan jelah walaupun tak berapa nak suka, pa ...

samaaa i layan sbb Elly..(fav word-stresssss laaa) geram dan lawak..ngan bapak dia tu pun iols suka ..pandai pakcik tu..i iols penah tegnuk dia belakun jadi ustaz dalam keluarga iskandar,,dlm citer tu bila mak Jah minta tolong ubatkan anak dia..si Azlan..ustaz tu mintak pengeras milo ais..lepas tu bila Azlan bercerita ustaz tu bantao tido (apa aku merepek OT..citer lain..sori TT)

nasbab86 Publish time 17-4-2019 08:34 AM

aku suke smua pelakon dlm drama ni. bdk pmpuan yg jd ank sulung fasha tu. pndai blakon. yg kayu adela seketul dua mcm pekerja aaron & madu fasha tu. huhu

masterudeng82 Publish time 17-4-2019 08:43 AM

puteribaya replied at 16-4-2019 04:06 PM
samaaa i layan sbb Elly..(fav word-stresssss laaa) geram dan lawak..ngan bapak dia tu pun iols suk ...

Haha, betul sis. Ustaz tu tido pulak time mak Jah explain untuk ubatkan Azlan. I pun tengok. Untuk tak OT, Elly bila dengan Fasha kemain garang, bila datang Aaron, alahai, lemah gemalai sungguh.

puteribaya Publish time 17-4-2019 09:17 AM

masterudeng82 replied at 17-4-2019 08:43 AM
Haha, betul sis. Ustaz tu tido pulak time mak Jah explain untuk ubatkan Azlan. I pun tengok. Untuk ...

haa..suker bila ada Talhah...yg best bila budak Aman tu (pmbantu talhah) ngorat dia,,siap tunjuk muka nak muntah..lawak la si Elly ni..i folow ig dia..kelakar betui dia ni

puteribaya Publish time 17-4-2019 09:19 AM

nasbab86 replied at 17-4-2019 08:34 AM
aku suke smua pelakon dlm drama ni. bdk pmpuan yg jd ank sulung fasha tu. pndai blakon. yg kayu adel ...

aku jarang terpengaruh ngan pelakun..tp madu fasha ni pehal aku annoying sngat..aku skip bila part dia ngan kawan dia..atau amsa dia gediks ngan laki dia ..benci aku pada zarul gak..melayan lembik sgt

puteribaya Publish time 17-4-2019 09:26 AM

emelia1509 replied at 14-4-2019 07:50 PM
Baru je abis layan episod 1-6..

Not bad drama ni.


jangan lupa pak Jalil Hamid..terbaik selalu..rimas lak aku asik nak cari puteri dia..

paz Publish time 17-4-2019 10:17 AM

Menariknya cerita ni. Lain lah sikit dari cerita yang sedia ada.
Pages: [1] 2
View full version: PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH [Astro MegaDrama: Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul H


ADVERTISEMENT