bawangkecik Publish time 3-4-2019 11:03 AM

Resipi Tauhu Masak Sambal Sedap, Hanya Ambil Masa 5 Minit!

Jika anda seorang yang berkerjaya dan tiada masa untuk memasak secara 'grand' buat seisi rumah, mungkin boleh cuba resipi tidak sampai lima minit ini. Selain rasanya yang sedap, ianya juga amat mengenyangkan.

Menelusuri laman Facebook Masak Apa Harini (MAHN), saudari Nur Asykeen telah berkongsi resipi tauhu masak sambal yang sangat sedap.


Kebiasaannya, tauhu akan dibuat sebagai masak tiram dan kali ini boleh cuba sedikit kelainan dengan masak sambal pula.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/03/091507t49jw323j4gf2443.png


Langkah pertama, keluarkan tauhu dari plastik, bilas dengan air dengan berhati-hati supaya tidak berkecai dan potong mengikut saiz dikehendaki. Bulat atau petak, terpulang kepada cita rasa masing-masing.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/03/092211g5jusemu58tht7md.png



Goreng dengan telur


Ambil dua biji telur, tambah sedikit perasa dan garam. Masukkan tauhu ke dalam telur dan rendam sekejap. Kemudian, goreng sehingga kekuningan. Ratah pun dah sedap!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/03/092447i5ioios8aao7vc8i.png

Resipi Masak Sambal

Untuk resipi masak sambal, mudah sahaja. Rendam 10 tangkai cili kering buat seketika. Kemudian, kisar bersama bawang merah (dalam 10 biji), bawang putih dan halia.


Kisar hingga halus dan tumis hingga minyak.Dah garing cili tersebut, masukkan tauhu yang telah digoreng sebelum tambah sedikit serbuk perasa dan garam. Kacau hingga sebati.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/03/092814gn9gzj5zfo6pyk8b.png


Siap!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/03/092930ij65yzo9rcj9rdlj.png



Dah siap tauhu goreng masak sambal. Anak dan suami pasti suka. Selamat mencuba! - CARI

ninu Publish time 3-4-2019 11:06 AM

nak try la buat balik ni

RatuDunia94 Publish time 3-4-2019 11:38 AM

Tahu ni iols selalu buat sup je.. sedap..

Indahrupawan Publish time 3-4-2019 11:50 AM

Okay boleh cuba ni

stapler89 Publish time 3-4-2019 02:58 PM

sedapnyeee

KakYien Publish time 3-4-2019 03:06 PM

Sedapnyer...selalu goreng manja2 dan masuk dalam sup sayur je

ainnidzan Publish time 3-4-2019 05:22 PM

selalu masak sambal telor je, boleh la try menu baru

Keisha_izara Publish time 4-4-2019 12:21 AM

Tauhu jepun kan orang panggil ni,hahaha..sedap ni,selalu buat sup sayur je..nanti boleh cuba resepi ni

mawar_mustika Publish time 4-4-2019 08:49 AM

nk buatlh esk..sedap plak nmpk

az20 Publish time 4-4-2019 11:33 AM

boleh cuba ni

ikanmasin Publish time 4-4-2019 01:39 PM

tq share resepi..sblm ni biasa buat sup telur jer.letak carrot dgn kentang:)

OrkedCattleya Publish time 4-4-2019 08:43 PM

Selalu masak dengan oyster sauce je..
Boleh la try lepas ni...

twinkleboo Publish time 9-4-2019 03:37 PM

Sedap nya!

kyrana_nana Publish time 12-4-2019 01:32 AM

lapar terus..kene buat ni..

yayangmama Publish time 15-4-2019 11:03 AM

wow...mcm sedapppp je...

boleh la try...da naik jemu tak tau nak msk ape

chinta89 Publish time 17-4-2019 09:46 AM

dap ermmmmmmmm

iznanaziz Publish time 22-4-2019 02:22 PM

ainnidzan replied at 3-4-2019 05:22 PM
selalu masak sambal telor je, boleh la try menu baru

kannn...

i pun baru tau...tapi kalau guna tauhu yg empat segi tu, tak sedap le kut

iznanaziz Publish time 22-4-2019 02:23 PM

Keisha_izara replied at 4-4-2019 12:21 AM
Tauhu jepun kan orang panggil ni,hahaha..sedap ni,selalu buat sup sayur je..nanti boleh cuba resepi...

i pun panggil tauhu jepun

iznanaziz Publish time 22-4-2019 03:49 PM

OrkedCattleya replied at 4-4-2019 08:43 PM
Selalu masak dengan oyster sauce je..
Boleh la try lepas ni...

cer bg resepi dgn oyster sauce pulak

OrkedCattleya Publish time 23-4-2019 03:21 PM

iznanaziz replied at 22-4-2019 03:49 PM
cer bg resepi dgn oyster sauce pulak

Bahan-bahan :
-Bawang putih
-Halia
-Sos Tiram
-Tauhu Telur (potong dan goreng)
-Cendawan Tiram
-Tepung Jagung
-Telur

Cara masak :
-Hiris Halia dan Bawang putih
-Panas kan 1 sudu minyak masak, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
-masukkan air (ikut la banyak mana nak buat kuah banyak/sikit) dan didihkan
-masukkan sos tiram
-masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air.
-Bila kuah dah likat (ikut citarasa) masukkan cendawan tiram dan tauhu telur yang dah digoreng tadi
-perasakan dengan garam
-Akhir sekali masukkan sebiji telur. jangan terus kacau. Agak dah separuh masak baru kacau dan rata kan telur.
Siap!
Pages: [1] 2
View full version: Resipi Tauhu Masak Sambal Sedap, Hanya Ambil Masa 5 Minit!


ADVERTISEMENT