KILL_NANCY Publish time 3-4-2019 12:50 AM

[Takwil Puisi 013] Beautiful Life

https://i.ibb.co/2d2B3dQ/cfeb3b2ad6837f577f397364cadec5c6.png

Tahniah kepada pemenang Kuantan, @fahdramli, @meisapoya, @sapeka, @shashalala, @mirmo_19 dan @Ipo kerana berjaya mentakwil puisi tersebut - hampir tepat.

https://i.ibb.co/mcp6FyG/fc973bd40b27777ee4774443bd7c2a85.png

Jawapan Takwil Puisi Kuantan

Wawa ni dulu kami duduk berjiran di kuartes tempat ayah saya bekerja di kuantan. kemudian ayah pindah semula ke kampung dan kami terpisah. saya selalu terkenang kenangkan dia, masa itu umur kami baru enam, tujuh ke lapan tahun.. kami sangat rapat dan selalu bermain pada setiap petang. sampai sekarang saya tak pernah jumpa dia lagi. ingatan saya pada dia selalu ada hingga kadang bermimpi sampai ada bayangan buaian pada satu pohon besar. jalan menghala ke kuantan itu ialah pandangan mata saya dulu mengikut ayah yang selalu berulang alik dari kampung ke kuantan; saya selalu memandang ke luar tingkap kereta merenung ke kawasan hijau berhutan pada pohon pohon besar itu

itu kenangan saja.. mungkin saya rindukan dia..

*Wawa adalah nama rekaan penulis menggantikan nama sebenar subjek.

Puisi untuk minggu ini

https://i.ibb.co/6mDD200/22abe4499403b6238936282749acb43f.png

Beautiful Life
Lihat awan biru lembut menikam kalbu
Angin sepoi sepoi
Tatkala menyentuh kulitku sejuk bagai salju

Beautiful Life
Lihat kanak kanak kecil berlari riang
Ketawa itu bagai irama yg paling indah
Tatkala sanubari menari lesu

Beautiful Life
Lihat ibu ayahku masih seperti dulu
Mungkin jerit pekik itu tanda sayang
Tatkala hati mula resah apa erti sayang
Aku tau kini apa itu erti kasih dan sayang
Beautiful Life
Lihat sahaja amarah yang datang
Senyum dan mengusap dadaku tenang
Tatkala gelora ingin bangkit seakan bisikan syahdu meredakan hati

Beautiful life
Lihat indahnya hidup aku
Walau masih sama nadinya masih sama lenggoknya
Tatkala semakin rapuh harapan itu tetap berdiri teguh

Beautiful life
Lihat sekelilingku..ada hitam ada putih
Masih bergerak sama dan masih mengarah kiblat yang sama
Tatkala semakin jauh dekatkanla hatiku padaMu

Lihat!! tengok langit tu.. dan lihat bintang... ah! mana ada lagi bintang bintang! bodoh! bintang akan tetap ada. Ia kekal dihati dan bukan mata kasarku.

karya oleh https://i.ibb.co/Vqp7qkJ/0a89a20e2f18b552e469a0fa9ac92256.png

KILL_NANCY Publish time 3-4-2019 12:52 AM

@seribulan

@adila39

@syukrihashim

@m.rajoli

KILL_NANCY Publish time 3-4-2019 12:53 AM

Tahniah para pemenang!!!

{:mlturn:}

KILL_NANCY Publish time 3-4-2019 12:57 AM

https://s2.gifyu.com/images/tenorb6121225117ae6dc.gif

fahdramli Publish time 3-4-2019 07:58 AM

Sat lagi saya terai....

fahdramli Publish time 3-4-2019 09:11 AM

Tamsilan mengikut versi saya.
Penulis menggambarkan betapa indahnya hidup kerana dia masih di kelilingi ibu ayah yang sentiasa melindungi dapam apa keadaan sekali pun.
Tatkala resah dan amarah menyapa tiba, penulis mampu berada dalam keadaan tenang dan membiarkan perasaan amarah berlalu pergi kerana dia percaya kasih sayang keluarga terutama ibu san ayah adalah azimat berharga.
Adakala penulis berasa lemah dan rapuh dengan tujuan hidup, dia tetap kuat dan teguh, kerana sia percya hidup ini indah dan perlu diteruskan. Penulis percaya kasih sayang dah rahmat Allah sentiasa memandunya ke arah yang betul.
Penulis sangat menghargai kehidupan yang dia miliki. Kerana pada nya setiap apa yang berlaku telah tertulis dan dia tidak pernah berasa menyesal. Padanya apa yang berlaku kekal dalam hati, bukan kekal pada mata kasarnya kerana penulis, mahu ia menjadi pengajaran bukan kenangan.

adila39 Publish time 3-4-2019 10:54 AM

terima kasih @KILL_NANCY

pilih ni. Kita as usual spontaneous je tulis... dah lama puisi ni.. sbb dgr lagu korea beautiful life ni.

mekasih semua. @fadhramli
topik awak semua awesome!

sapeka Publish time 3-4-2019 11:19 AM

Beautiful Life
Lihat awan biru lembut menikam kalbu
Angin sepoi sepoi
Tatkala menyentuh kulitku sejuk bagai salju

-penulis sedang menikmati keindahan awan biru dilangit sambil ditemani oleh angin sepoi2 yang mengasyikkan.

Beautiful Life
Lihat kanak kanak kecil berlari riang
Ketawa itu bagai irama yg paling indah
Tatkala sanubari menari lesu

-sambil menyaksikan kanak2 berlari riang dan ketawa tanpa masalah,penulis juga merasakan dikala jiwa dalam kesyahduan,ketawa adalah ubat jiwa yang paling baik.

Beautiful Life
Lihat ibu ayahku masih seperti dulu
Mungkin jerit pekik itu tanda sayang
Tatkala hati mula resah apa erti sayang
Aku tau kini apa itu erti kasih dan sayang

-penulis melihat bahawa sikap ibu ayah nya tetap sama sehingga ke hari ini
sentiasa memarahi/menasihati anak dengan nada suara yang tinggi demi kasih sayang mereka kepada anak.Penukis mula memahami semua itu,mungkin keranapenulis telah menjadi ibu ayah.


Beautiful Life
Lihat sahaja amarah yang datang
Senyum dan mengusap dadaku tenang
Tatkala gelora ingin bangkit seakan bisikan syahdu meredakan hati

-kadang-kadang, penulis diserang amarah,tetapi penulis senyum dan bertenaang menghadapi situasi

Beautiful life
Lihat indahnya hidup aku
Walau masih sama nadinya masih sama lenggoknya
Tatkala semakin rapuh harapan itu tetap berdiri teguh

-inilah keindahan kehidupan yang penulis lalui sedari kecil hingga dewasa

Beautiful life
Lihat sekelilingku..ada hitam ada putih
Masih bergerak sama dan masih mengarah kiblat yang sama
Tatkala semakin jauh dekatkanla hatiku padaMu

-walau apa yang berlaku,penulis tidak berpaling dari mengingati Yang Maha Esa,sentiasa berdoa untuk tetap teguh berdoa dan berusaha mendekati diri kepada tuhan yang satu, ALLAH.

Lihat!! tengok langit tu.. dan lihat bintang... ah! mana ada lagi bintang bintang! bodoh! bintang akan tetap ada. Ia kekal dihati dan bukan mata kasarku.

-penulis merenung lagi ke langit,berfikir untuk melihat kecantikan bintang yang bersinar.Tetapi memikirkan mana ade lagi bintang2 yang cantik di langit,yang ada hanya kenangan dan tersemat di hati penulis sendiri.

bianglala Publish time 3-4-2019 12:46 PM

Lihat awan biru lembut menikam kalbu
Angin sepoi sepoi
Tatkala menyentuh kulitku sejuk bagai salju

Beautiful Life
Lihat kanak kanak kecil berlari riang
Ketawa itu bagai irama yg paling indah
Tatkala sanubari menari lesu

Beautiful Life
Lihat ibu ayahku masih seperti dulu
Mungkin jerit pekik itu tanda sayang
Tatkala hati mula resah apa erti sayang
Aku tau kini apa itu erti kasih dan sayang

Beautiful Life
Lihat sahaja amarah yang datang
Senyum dan mengusap dadaku tenang
Tatkala gelora ingin bangkit seakan bisikan syahdu meredakan hati

Beautiful life
Lihat indahnya hidup aku
Walau masih sama nadinya masih sama lenggoknya
Tatkala semakin rapuh harapan itu tetap berdiri teguh

Beautiful life
Lihat sekelilingku..ada hitam ada putih
Masih bergerak sama dan masih mengarah kiblat yang sama
Tatkala semakin jauh dekatkanla hatiku padaMu

Lihat!! tengok langit tu.. dan lihat bintang... ah! mana ada lagi bintang bintang! bodoh! bintang akan tetap ada. Ia kekal dihati dan bukan mata kasarku.

Puisi ini menceritakan tentang penyajak yang mensyukuri nikmat kehidupan yang ada di sekelilingnya, daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara. Apa yang disebutkan dalam puisi tersebut, adalah rezeki. Keindahan alam, keriangan kanak-kanak, kasih sayang keluarga. Biarpun ada perkara yang menjentik hati dan membuatnya hiba, merasa "penat" dengan apa yang berlaku. Penyajak akan terus cuba bertenang, malah percaya semuanya akan baik-baik sahaja. Everything will be okay. This too shall pass.

adila39 Publish time 3-4-2019 01:59 PM

bianglala replied at 3-4-2019 04:46 AM
Puisi ini menceritakan tentang penyajak yang mensyukuri nikmat kehidupan yang ada di sekelilingn ...

aaa this too shall pass... @bianglala

puisi awak teror terror

AlterEgo Publish time 3-4-2019 02:46 PM

Nukilan penulis yang 'menyandar' seketika untuk menjengah kehidupannya sekarang.. bersyukur masih punya ayah dan ibu dan terkenang suatu saat dulu sebagai anak dan sekarang berada di tempat mereka sebagai seorang ibu.. letih, bahagia, suka dan duka datang berganti tapi semua itu hilang tatkala melihat jauh lebih banyak nikmat yang perlu disyukuri dalam kehidupan penulis sambil memohon petunjuk dan kekuatan dari Rabb..

Yes, what a beautiful life you have.. Keep your head high {:1_152:} @adila39

kuihbakar Publish time 3-4-2019 09:47 PM

Cantik nya puisi. Nanti saya takwil ya. Indah sekali ayatnya. Tulus juga

ipes2 Publish time 3-4-2019 10:53 PM

sapeka replied at 3-4-2019 11:19 AM
Beautiful Life
Lihat awan biru lembut menikam kalbu
Angin sepoi sepoi


sedap puisi nih

chesfa Publish time 4-4-2019 10:19 AM

ipes2 replied at 3-4-2019 02:53 PM
sedap puisi nih

Takwil please dr ipes ;P

chesfa Publish time 4-4-2019 10:20 AM

adila39 replied at 3-4-2019 05:59 AM
aaa this too shall pass... @bianglala

puisi awak teror terror

Tahniah kak dila. Nanti dah tak busy depan oven saya try takwil

adila39 Publish time 4-4-2019 11:51 AM

ipes2 replied at 3-4-2019 02:53 PM
sedap puisi nih

mekasih...sambil sambil tu takwil la dr ipes

adila39 Publish time 4-4-2019 11:52 AM

chesfa replied at 4-4-2019 02:20 AM
Tahniah kak dila. Nanti dah tak busy depan oven saya try takwil

mekasih...takwil sambil bake ler

meisapoya Publish time 4-4-2019 10:32 PM

Penulis menggambarkan kehidupan bahagia dia bersama2 keluarga. Kalau dulu penulis tak faham perasaan ibu bapa beliau, sekarang beliau faham memandangkan penulis sendiri telah menjadi ibu. Walaupun ada sekelumit marah & kesal di dalam hati terhadap anak2, tapi kebahagiaan bersama mereka mengatasi segalanya.

Ujian hidup ada juga datang, namun penulis masih tetap berdiri teguh, tabah menghadapi ujian dan berdiri di atas landasan hidup yang benar.

sapeka Publish time 5-4-2019 05:51 AM

sapeka replied at 3-4-2019 11:19 AM
Beautiful Life
Lihat awan biru lembut menikam kalbu
Angin sepoi sepoi


tq kaka dan semua
tak sangka mampu jadi winner
macam pencapaian terhebat pulak rasanya dalam diri ni
kikiki

Kakngahmuna Publish time 5-4-2019 11:07 AM

Puisi yang penuh makna.
BEAUTIFUL LIFE.

- Tajuk dua perkataan saja tapi dah menggambarkan keseluruhan kehidupan kita di dunia ni. This is our LIFE. Our Beautiful life. Ujian, rintangan, dugaan, keluarga, kasih sayang - itulah corak corak yang memaknai kehidupan kita.

- Penulis secara keseluruhannya ingin mengajak kita mensyukuri setiap detik dalam kehidupan kita - saat kita dimarah ibu bapa, saat gembira kita bermain di waktu kecil. Detik-detik itu membawa makna yang amat besar dalam hidup kita. Kita hidup dalam memori itu.

- Kasih sayang ibu ayah. Penulis mengolah kisah kasih sayang ibu ayahnya dalam satu ayat yang ringkas tapi bermakna. Masa kecil kita sering tak faham kenapa mak ayah nak marah, dan hati kita memberontak. Tapi bersyukurlah kerana marah mereka itu tanda kasih dan sayang mereka kepada kita. Garangnya mereka itu yang menjadikan kita apa adanya sekarang.

- Penulis mengajak kita, walau berat mana ujian, walau jauh mana kita tersasar, kembalilah semula kepada DIA. kerana kembali kepada Tuhan adalah fitrah jiwa kita sebagai hamba.

Sekian:$
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 013] Beautiful Life


ADVERTISEMENT