chanteksekali Publish time 3-4-2019 09:35 AM

Acikgomen replied at 3-4-2019 09:21 AM
Hamaigawdddd chuols ni anak sape
Mesti acik kenal bapak chuols

Rahciewwwwww haha but theyre in the same team im very sureeee

chanteksekali Publish time 3-4-2019 09:36 AM

noraidil_06 replied at 3-4-2019 09:14 AM
Tq korang, korang sambung la. I bz pagi2 ni

Bg la tacang susterr

chanteksekali Publish time 3-4-2019 09:38 AM

xtahumenahu replied at 3-4-2019 08:59 AM
My fren punya cousin...nama x diketahui..ikut reunion..gather2 kawan2 sekolah...pegi pulau...then..s ...

Ada news coverage ke yg ni? Byk yg hilang tp tak diketahui umum pun kan

chanteksekali Publish time 3-4-2019 09:42 AM

Tapi kes Amri Che Mat ni ada fishy sikit kan, teringat masa tu jugak pasal Pastor Raymond, possibly kena abduct, ala ala macam kes Kamal Rashoggi sikit ah, ada vibes2 tu

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/31/suhakam-closes-inquiry-into-disappearance-of-amri-che-mat/

Acikgomen Publish time 3-4-2019 09:42 AM

chanteksekali replied at 3-4-2019 09:35 AM
Rahciewwwwww haha but theyre in the same team im very sureeee

Anak sapa ni:curse:
Acik pun persatuan mendaki mesia gak
Ko jgn ckp bapak ko nama ghazali
Kirim salam acik kat mama awak yg cantik tu:loveliness:

namieamuro Publish time 3-4-2019 09:47 AM

thread ni sedih mengenangkan ending sedih..i doakan ashraff tak termasuk dlm list ni lg secara rasmi..sedeh.

Kurex Publish time 3-4-2019 10:07 AM

Teringat member hilang. Jumpa dekat bukit area yg selalu orang cari dia.
Sebagai hamba Allah, bagi yg masih percayakan keEsaan Allah dan kerasulan kekasihNya Nabi Muhammad,kita kena percaya, makhluk tu pun ada keupayaan nak bawak kita pergi alam dia dengan izinNya.
Masa jumpa kawan aku, dia dah tak bermaya, dia cerita, dia masuk kampung yg entah muncul dari mana, puas dia tanya orang, mana jalan keluar, tapi sorang tak jawab. Lepas tu ada yg tarik dia, bawak pergi terowong, sebelum tu dia cakap "Aku takut Allah tak redha atas perbuatan kami".

yoppoy Publish time 3-4-2019 10:08 AM

Hari tu ada terbaca sorang tourist dari Ireland ke England camtu, jejantz hilang kat salah satu tourist spots kat mesia. Lepas google, selamat jumpa dah rupanya

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/03/01/missing-irish-man-found-after-2-months/

Kurex Publish time 3-4-2019 10:21 AM

Ot jap..

Dulu member aku hilang dekat kolej.
Masa tu kitaorang ada paper, tetiba member yg teman member yg hilang ni datang dekat kelas kitaorang cakap member tu hilang tetiba je.
Puas cari, jadi ostad kitaorang cakap kena azan 4 penjuru lepas tu cari balik.
Sekali jumpa dalam bilik yg memang dah berkunci dari dalam. Lecturer pun dah cari dalam bilik tu tapi tak nampak apa. Member tu pun dalam keadaan lemah (period).
Malam tu jadilah histeria, yg perempuan menjerit, ketawa.. Yg lelaki pulak bersilat.. Yg kitaorang bengang, kena buat paper balik. Soalan pun bertukar dah. Ceittttt

noraidil_06 Publish time 3-4-2019 10:23 AM

chanteksekali replied at 3-4-2019 09:36 AM
Bg la tacang susterr

Nanti sis bg ye. Muah skit

miss_strangers Publish time 3-4-2019 11:05 AM

Kira hutan Kita kat Malaysia ni mmg banyak penunggu nya la kan..Anker la kan..agaknya apa nasib penunggu hutan kalau buat hutan Tu diratakan utk buat pembangunan Kan..

yoppoy Publish time 3-4-2019 11:12 AM

Kan selalu dengar kalau hutan2 anker ni diratakan untuk pembangunan, sama ada bangunan baru tu tak laku atau misteri nusantara bersambung ke penduduk setampat. Pastu panggil ustaz hembus apa patut repeat rinse repeat sampai AJM

tri-max Publish time 3-4-2019 11:33 AM

yoppoy replied at 3-4-2019 11:12 AM
Kan selalu dengar kalau hutan2 anker ni diratakan untuk pembangunan, sama ada bangunan baru tu tak l ...

hahaha sampai AJM = sampai Abang Jamil Mamposs gittew ke? ;P



Acikgomen Publish time 3-4-2019 11:54 AM

Kurex replied at 3-4-2019 10:21 AM
Ot jap..

Dulu member aku hilang dekat kolej.


Sama la mcm kes sorang jejanz tu yg balik rumah sbb mc demam. Bini dia pun balik kejap jengok tok laki. Lepas tu laki dia ckp nak balik kg dgn kakak ye. So bini pun pi lah opis balik. 10 menet kendian kakak lakinye call ckp tak jadi bawak balik adik laki tu, so bini dia pun patah balik rumah nak kabo kat tok laki. Tgk2 tok laki takde dlm rumah. Tapi henpon wallet seme ada. Sampai skang dah 10 thn ke apa jejanz tu tah kemana
Bininye pun dah meninggal. Yg tinggal anak dorang je dua org. Kesian bebudak tu:'(

Indahrupawan Publish time 3-4-2019 12:02 PM

Banyak juge yang hilang sampai sekarang belum jumpe. Mh370 ape cerita eh? Sama juge ke macam kes orang hilang ni

akies Publish time 3-4-2019 12:03 PM

Harap dia ditemui..sian lak :L

MissVixen Publish time 3-4-2019 12:05 PM

Acikgomen replied at 3-4-2019 11:54 AM
Sama la mcm kes sorang jejanz tu yg balik rumah sbb mc demam. Bini dia pun balik kejap jengok tok...

Ohmaii. Nak salahkan diri sebab merayau dalam hutan pon tak boleh. Hilang dalam rumah sendiri.

Red_gem Publish time 3-4-2019 12:19 PM

Ramai jgk yg kes2 org hilang rupenye...

kaoru44 Publish time 3-4-2019 12:24 PM

Bagus thread ni dibuka..nk jgk tahu cter2 org hilang ni..
Sbb ksian n maintain misteri..hnya empunya dri diaorg je tahu apa berlaku..

Acikgomen Publish time 3-4-2019 12:30 PM

Dan2 hari ni ada berita pasal inkues kehilangan amri:(
Dulu zaman projek everest 97, acik rapat dgn amri and sorang lagi jejanz nama aimy sbb umo weols lebih kurang jek


Suhakam : Polis terlibat kes kehilangan Koh, Amri.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas (SB) bertanggungjawab terhadap kehilangan paksa membabitkan pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Kesimpulan itu dibuat susulan inkuiri yang dijalankan terhadap kehilangan kedua-dua individu berkenaan.

"Panel menganggap bahawa kehilangan paksa Amri Che Mat dilakukan oleh ejen-ejen kerajaan.

"Dengan menamakan Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur dalam takrif Artikel 2 Konvensyen Antarabangsa Bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED)," kata pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai ketika membacakan laporan siasatan .

Mah, yang mengetuai prosiding siasatan, kemudian membaca kesimpulan yang sama terhadap Koh.

"Setelah membaca dan mempertimbangkan nasihat bertulis peguam bagi pihak keluarga, pegawai penasihat Suhakam, peguam Majlis Peguam, pegawai yang mewakili polis.

"Dan setelah mendengar penyampaian secara lisan pihak-pihak (dan) selepas mengadakan perbincangan dan pertimbangan yang panjang, panel berpendapat bahawa Raymond Koh adalah mangsa Kehilangan Paksa sebagaimana ditakrifkan dalam Artikel 2 ICCPED," katanya.Koh, Amri.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas (SB) bertanggungjawab terhadap kehilangan paksa membabitkan pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Kesimpulan itu dibuat susulan inkuiri yang dijalankan terhadap kehilangan kedua-dua individu berkenaan.

"Panel menganggap bahawa kehilangan paksa Amri Che Mat dilakukan oleh ejen-ejen kerajaan.

"Dengan menamakan Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur dalam takrif Artikel 2 Konvensyen Antarabangsa Bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED)," kata pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai ketika membacakan laporan siasatan .

Mah, yang mengetuai prosiding siasatan, kemudian membaca kesimpulan yang sama terhadap Koh.

"Setelah membaca dan mempertimbangkan nasihat bertulis peguam bagi pihak keluarga, pegawai penasihat Suhakam, peguam Majlis Peguam, pegawai yang mewakili polis.

"Dan setelah mendengar penyampaian secara lisan pihak-pihak (dan) selepas mengadakan perbincangan dan pertimbangan yang panjang, panel berpendapat bahawa Raymond Koh adalah mangsa Kehilangan Paksa sebagaimana ditakrifkan dalam Artikel 2 ICCPED," katanya.

Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Misteri orang hilang


ADVERTISEMENT