bluecathaze Publish time 30-3-2019 07:45 AM

Dark Side of the Moon

Edited by bluecathaze at 30-3-2019 07:47 AM

Assalamualaikum semua. Dah lama rasanya tak buat thread kat forum. Last masa zaman universiti dulu gamaknya. Hehehe. Anyway, hari ni nak share pasal the dark side of the moon. Kite masukkan dalam kategori ni sebab kite dah baca pasal cerita ni since dari zaman sekolah @ universiti lagi. Tak tahu kenapa cerita ni macam tak berapa nak femes kat internet. Macam seolah2 sengaja ditutup. Kite percaya cerita ni betul jadi ia adalah misteri bagi kite. Hehehe.


Anyway, korang confirm pernah dengar pasal the dark side of the moon kan? Of cos la dari cerita transformers tuh! tapi kite dah tahu sebelum tu lagi. Ceritanya sama dengan macam permulaan movie transformers dark of the moon. Ceritanya bermula dengan misi NASA Apollo 17. NASA war warkan dalam berita bahawa misi menjelajah angkasa NASA berakhir dengan misi Apollo 17 tapi seorang astronot bernama William Rutledge yang mendedahkan bahawa sebenarnya misi itu diteruskan dibawah Project Horizon dengan nama misi Apollo 18 dan 19. Dalam misi 18 dan 19, Rutledge mendedahkan yang diorang dah jumpa satu alien base kat bahagian gelap bulan. Dekat alien base tu, diorang jumpa satu mothership alien dan diorang pun explore dalam mothership tu. Mothership tu macam dah diabandonkan sekian lama. Masa diorang explore mothership tu, diorang jumpa seorang? alien perempuan yang lepas tu diorang namakan sebagai Monalisa.


bluecathaze Publish time 30-3-2019 07:47 AM

Alamak dah terpost pulak. Kejap lagi kite continue.

nobito Publish time 30-3-2019 07:55 AM

Macam manusia.

bluecathaze Publish time 30-3-2019 08:08 AM

Edited by bluecathaze at 30-3-2019 08:28 AM

Kenapa baru sekarang aku post pasal ni? AKu tiba2 teringat pasal cerita ni hari tu n cuba nak carik balik info pasal monalisa ni. Anyway, jom sambung

Abandoned mothership yang diorang jumpa atas bulan.

Keadaan monalisa dalam mothership tu korang boleh tengok kat post #1. Dia seolah2 berada dalam keadaan tidur and hidung n mulut dia macam disambungkan dengan cable.



Ada video yang diorang share pasal mission ni kat youtube tapi sesetengah video telah diedit untuk menampakkan seolah2 ada city dengan bangunan2 tinggi tapi dalam video sebenar takde. Aku percaya video tu diedit untuk menampakkan ketidak logikan video yang asal. Untuk discredit cerita ni. Diorang siap interview seseorang kononnya orang ni adalah pencipta hoax ni tapi sampai sekarang tak tunjuk pun bukti2 model mothership dan alien yang konon2 dia reka tu.

uoj5TZ99wEY

Jadi ape korang rasa? Hoax atau betul? Bagi aku betul tapi sesetengah cerita ditokok tambah supaya nampak tak logik.
Boleh baca interview WIlliam Rutledge kat sini.

http://www.angelismarriti.it/ANGELISMARRITI-ENG/REPORTS_ARTICLES/Apollo20-InterviewWithWilliamRutledge.htm






bluecathaze Publish time 30-3-2019 08:10 AM

nobito replied at 30-3-2019 07:55 AM
Macam manusia.

haah betul. macam manusia kan. adakah dia travel dari bumi juta2 tahun dulu?

najib888 Publish time 1-4-2019 07:00 AM

Hoax je ni..NASA pun deception organisation gak..
b2H3gq5odsA

Lebih kurang Ray Santilli punya video dokumentari, Alien Autopsy, published in 1995.

https://en.wikipedia.org/wiki/Alien_autopsy

Aku tak percaya alien2 semua ni even though imej spaceship tu ada iras2 sama macam Gary McKinnon punya explanation.

bluecathaze Publish time 1-4-2019 07:57 AM

najib888 replied at 1-4-2019 07:00 AM
Hoax je ni..NASA pun deception organisation gak..




Dalam website kat post #4 tu, dia ada share gambar origina dari NASA masa misi Apollo. Gambar mothership dari luar.

Aku try carik video masa diorg dalam mothership tu. Tak jumpa lg. Dalam video tuh boleh dengar perbualan time dia communicate dengan base. Sebab tu aku rasa betul sebab dia guna term2 yang memang specific utk space mission camtu.

bluecathaze Publish time 1-4-2019 08:20 AM

Edited by bluecathaze at 1-4-2019 08:27 AM

Ni lagi satu footage yang someone share kat youtube masa kapal landing atas bulan dekat dengan mothership tu.
UwLfx65WMok3VfNAc-xKeU

tapi ada orang cakap video ni adalah video sebenar yang dah diedit untuk nampak macam fake.



kurga Publish time 1-4-2019 04:11 PM

bluecathaze replied at 30-3-2019 08:08 AM
Kenapa baru sekarang aku post pasal ni? AKu tiba2 teringat pasal cerita ni hari tu n cuba nak carik...

rasa mcm hoax juga...sebab xkan kapal sebesar alam tu ade alien tu sekor jer.. yg lain mereput ke camne?

bluecathaze Publish time 1-4-2019 04:58 PM

kurga replied at 1-4-2019 04:11 PM
rasa mcm hoax juga...sebab xkan kapal sebesar alam tu ade alien tu sekor jer.. yg lain mereput ke...

Mengikut pembacaan aku diorg jumpa 2. Satu monalisa tu, satu lagi dah reput. Anggaran usia dalam 1.5million.

AwanCikDania Publish time 2-4-2019 07:23 AM

Entah lah. Yg pasti seram tgk muka alien tu.

hajimex Publish time 2-4-2019 10:15 AM

itulah space ship sentinel prime... :lol:

kurga Publish time 2-4-2019 12:19 PM

bluecathaze replied at 1-4-2019 04:58 PM
Mengikut pembacaan aku diorg jumpa 2. Satu monalisa tu, satu lagi dah reput. Anggaran usia dalam 1 ...

so, kira masa monalisa ni hidup... yg lagi satu tu dah mati masa tu.. mcm mana dorang kira umur 1.5 juta tahun tu...berapa masihi tu..

bluecathaze Publish time 2-4-2019 12:42 PM

kurga replied at 2-4-2019 12:19 PM
so, kira masa monalisa ni hidup... yg lagi satu tu dah mati masa tu.. mcm mana dorang kira umur 1. ...

Mungkin diorg ada cara nak calvulate semua tu. Kalo tak mcm mana diorg boleh identify artifak2 yg orang jumpa dsri zaman mana. Betul x?

nobito Publish time 5-4-2019 12:08 PM

Tapi cam betul je...sebab Tak semua permukaaan bulan Kita nampak Dr bumi...sebab bulan tak spinning

muggleDylla Publish time 7-4-2019 03:46 PM

manusia pergi ke bulan tu kekdahnya..betul ke idok..kenapa skrg dh x pernah buat? kalau alasan biaya mahal mcm boleh je lain2 negara jv biayai misi tu kan? sis tanya je...pelik sbb zaman teknologi dh canggih kan, kalau dlu boleh kenapa skrg x boleh.

bluecathaze Publish time 7-4-2019 03:50 PM

muggleDylla replied at 7-4-2019 03:46 PM
manusia pergi ke bulan tu kekdahnya..betul ke idok..kenapa skrg dh x pernah buat? kalau alasan biaya ...

Misi ke bulan dah ada negara pernah buat. US russia n china. Manned mission (orang mendarat kat bulan) pun pernah dibuat oleh US sebelum ni.

bluecathaze Publish time 7-4-2019 03:51 PM

nobito replied at 5-4-2019 12:08 PM
Tapi cam betul je...sebab Tak semua permukaaan bulan Kita nampak Dr bumi...sebab bulan tak spinning

Btol ke idok tu teman tak tahu la tp mmg ada satu side bulan tu takkan nampak dari bumi sbb bumi je yg berputar. Bulan tak.

muggleDylla Publish time 7-4-2019 04:24 PM

bluecathaze replied at 7-4-2019 03:50 PM
Misi ke bulan dah ada negara pernah buat. US russia n china. Manned mission (orang mendarat kat bu ...

i see..huhu..

sapeka Publish time 8-4-2019 12:59 PM

ntah la nak caya ke tak nak
tak boleh nak putuskan
Pages: [1] 2
View full version: Dark Side of the Moon


ADVERTISEMENT