rashaqil Publish time 28-3-2019 01:49 PM

Bakal Isteri

Edited by rashaqil at 28-3-2019 06:19 PM

Boleh minta tolong admin delete post ni. Terima kasih semua.

noor2 Publish time 28-3-2019 02:25 PM

Cari orang lain......

mesmerize Publish time 28-3-2019 02:34 PM

nampaknya TT tidak la mencintai wanita itu sepenuh hati..
sebab jika TT cintakan dia pasti TT sanggup terima segala kekurangan dia..
sudi menjaga dia di kala susah dan senang, sihat dan sakit..
di sini TT mula ada second thoughts iaitu niat ingin membatalkan perancangan berkahwin dengan dia..
saya tidak la kata TT ni kejam ke jahat ke. ianya adalah normal bila ada sesuatu isu timbul dalam kehidupan sehari2 kita akan mencari jalan penyelesaian di mana salah satu penyelesaiannya adalah meninggalkan masalah tersebut agar tak memberi impact pada kehidupan di masa akan datang..
terpulang pada TT untuk membuat keputusan sebab yang nak menjalani kehidupan alam perkahwinan itu TT.. yang memikul tanggungjawap itu TT dan yang ingin hidup bahagia itu TT..

rashaqil Publish time 28-3-2019 02:44 PM

noor2 replied at 28-3-2019 02:25 PM
Cari orang lain......

Baik, terima kasih.

rashaqil Publish time 28-3-2019 02:49 PM

mesmerize replied at 28-3-2019 02:34 PM
nampaknya TT tidak la mencintai wanita itu sepenuh hati..
sebab jika TT cintakan dia pasti TT sangg ...

terima kasih atas nasihat. Tapi apekah itu cinta, kenapa kena ada cinta untuk menerima kekurangan dia? Apa cinta boleh buat dengan menjalani kehidupan masa depan? Maaf aku tak paham benda tu.

mesmerize Publish time 28-3-2019 02:55 PM

rashaqil replied at 28-3-2019 02:49 PM
terima kasih atas nasihat. Tapi apekah itu cinta, kenapa kena ada cinta untuk menerima kekurangan...

cinta tu boleh menyebabkan TT lupakan segala kekurangan si dia dan tetap kahwini dia.. menjaga dia sehingga ke akhir hayat salah seorang..
ada banyak je saya nampak kes2.. bakal suami sedia maklum bakal isteri sakit kanser.. sakit buah pinggang rosak.. namun si lelaki tetap mengahwini.. mungkin atas dasar cinta yang kuat, atau mungkin juga atas dasar simpati..
si suami tetap setia menjaga isteri tersebut.. dan akhirnya,isteri tersebut meninggal...

tapi saya tak kata kes2 kat atas ni ideal untuk semua orang..
saya faham TT pun ada keinginan untuk sebuah rumahtangga yang sempurna
mungkin kalau saya jadi TT pun, saya takkan pilih bakal suami yang tak sehat.. sebab saya tak yakin saya kuat untuk menghadapi kehidupan selepas berkahwin dengannya..
sebab tu saya kata.. TT berhak buat keputusan yang terbaik untuk TT..

msdummy.2018 Publish time 28-3-2019 03:00 PM

rashaqil replied at 28-3-2019 02:49 PM
terima kasih atas nasihat. Tapi apekah itu cinta, kenapa kena ada cinta untuk menerima kekurangan...

Sebab kalo ko xleh terima kekurangan dia. Benda itu akan jd isu setan untuk hasut ko tiap kali ada isu pergaduhan... So ko takkan ada rasa nk bersambung berjuang untuk perthnkn hubungan till jannah... Tp kalo ko boleh trima kekurangan dia, ko syg gila2...insyaallah ko akan ada rasa untuk sntiasa berusaha memperbaiki hbgn tuh...perkahwinan bukan takat nk buat seks, tp ia berkait rapat dgn tolak ansur, tangggungjawab, pengorbanan... Dengan syarat dua pihak mesti ada sifat ni sma.. Salah sorang xder... Susahlah hidup

ArnabAtasBulan Publish time 28-3-2019 03:12 PM

salam, saya dah lame jenguk forum cari ni, tapi tak penah buat akaun. ni akaun 1st saya.
kalo encik org islam saya cadangkan encik buat solat istikharah. sebab jodoh encik hanya tuhan yang tahu. solat istikharah ni tak semetinya kite dapat jawapan dalam mimpi je, tapi grak hati adelah jawapan yang tepat. saya pon pening dengan masalah saya sebab tu buat solat istikharah mintak jawapan.

tapi kalo encik jenis yg solat wajib pon tinggal, takpe, buat je solat istikharah. solat wajib tu kire lain, saya pasti kalo encik btol2 minta jawapan dengan ikhlas allah takkan mmblakangkan encik. kdg2 org takmau buat solat sunat sbb solat yg wajib pon kelaut, diorang rase allah takkan denga doa diorang. tapi sebenarnya allah suke bila orang berdoa dan meminta dariNYA.

weezerfan Publish time 28-3-2019 03:18 PM

Penyakit keturunan kau pon akan buat pompuan sehat lain xmo kawen ngan kau. Soooo.. What makes u think ure better the her??

ruffboyz Publish time 28-3-2019 03:52 PM

sy dah berkahwin masuk tahun ke-7 thun ni.. pada sy perkahwinan ni menguji kemampuan fizikal dan mental kita, kita kena jga hati semua pihak termasuk mertua, adik bradik ipar dan sedara belah kita juga. Oleh itu, kena tnya diri sndiri dlu adakah anda sudah betul2 bersedia utk mengharungi kehidupan berumah tangga, akan ada cabaran2 yg lebih besar menanti dihadapan.

Pada sy saudara belum bersedia, dan mungkin juga saudara sudah ada pilihan lain dan bertanya disini seolah2 saudara nk ckp sisi keburukan/kelemahan bakal isteri saudara. Hanya hati saudara shj yg tau apakah perasaan saudara kpd bakal isteri tu.

Pada pendapat sy, lebih baik batalkan hasrat saudara utk berkahwin dgn si dia sebelum ada antara kamu yg terluka/kecewa di kemudian hari dan mula menyalahkan takdir Allah.

prettyuglybabe Publish time 28-3-2019 03:54 PM

u have rights untuk pilih siapa bakal isteri u and macam mana perempuan yang u suka..
but kalau u betul sayang betul cinta, u akan terima apa jua kekurangan dia..
sekarang u rasa berbelah bahagi, maksudnya u tak sayang dia sepenuh hati la tu..
so please tinggalkan dia secepat yang mungkin..
she deserves someone better than u..
yang akan terima dia seadanya..
and jangan lupa berdoa la u sihat sampai mati..
supaya siapa jadi bini u nanti tak rasa u unfit untuk jadi suami dia..

rashaqil Publish time 28-3-2019 03:55 PM

ArnabAtasBulan replied at 28-3-2019 03:12 PM
salam, saya dah lame jenguk forum cari ni, tapi tak penah buat akaun. ni akaun 1st saya.
kalo encik ...

Waktu lepas solat fardu tak lepas mohon padaNya. Solat istikharah pun buat tapi taktahulah nampak macam takde apa lagi. Kena usaha lagi, tapi rasanya keputusan sendiri juga memainkan peranan dan doa tu sebagai penguat saya mungkin.

rashaqil Publish time 28-3-2019 03:58 PM

weezerfan replied at 28-3-2019 03:18 PM
Penyakit keturunan kau pon akan buat pompuan sehat lain xmo kawen ngan kau. Soooo.. What makes u thi ...

im not saying that im better than her or indirectly saying im better than her. Its matter of my choice now and i dont care pompuan sehat lain xmo kawan ngn aku tu. I'm just fine.

rashaqil Publish time 28-3-2019 04:13 PM

ruffboyz replied at 28-3-2019 03:52 PM
sy dah berkahwin masuk tahun ke-7 thun ni.. pada sy perkahwinan ni menguji kemampuan fizikal dan men ...

Saya takde pilihan lain, dan saya tak nampak perempuan lain dari dia, sbb sy lama dah kenal dia. Saya bukan nak burukkan hanya menjelaskan situasi dan mahukan pencerahan lebih terhadap situasi sebegini. Terima kasih atas nasihat.

rashaqil Publish time 28-3-2019 04:16 PM

msdummy.2018 replied at 28-3-2019 03:00 PM
Sebab kalo ko xleh terima kekurangan dia. Benda itu akan jd isu setan untuk hasut ko tiap kali a ...

Baik terima kasih, penjelasan sebegini yang saya mahukan sebab tak semua saya nampak. Ni sangat membantu, terima kasih.

rashaqil Publish time 28-3-2019 04:18 PM

prettyuglybabe replied at 28-3-2019 03:54 PM
u have rights untuk pilih siapa bakal isteri u and macam mana perempuan yang u suka..
but kalau u b ...

Kalau betul saya kena terima saya seadanya saya perlukan sokongan keatas benda yang saya tak nampak/tahu, bukan kata2 yang saya rasa seperti memerli. maaf tapi terima kasih atas nasihat.

prettyuglybabe Publish time 28-3-2019 04:29 PM

rashaqil replied at 28-3-2019 04:18 PM
Kalau betul saya kena terima saya seadanya saya perlukan sokongan keatas benda yang saya tak nampa ...

kenapa u rasa macam perli? sebab u rasa bersalah kan?kalau u rasa apa yang u fikir tu tak salah, u tak amik nasihat on negative side..
orang lain takkan sokong u melainkan u kena sokong diri u sendiri..
if u nekad untuk terima dia seadanya, why not mula dari kenali penyakit dia..
study punca, symptoms, cara bagi bantuan kalau tiba-tiba penyakit datang, anything la about penyakit tu..
u kena ingat..
untuk bersama dengan orang yang sakit, u sendiri kena kuat..
tak boleh la baru orang cakap sikit dah kecik hati..
sebab tu i cakap..
kalau dari awal u rasa tak mampu, then berpisah je la..
but berpisah dengan cara yang baik supaya dia tak down..


sarahmirza Publish time 28-3-2019 04:32 PM

Cari la orang lain yang sihat..
Fikir untuk diri sendiri juga..
Jangan terpengaruh dengan ungkapan "Cinta itu buta "..

I ada kenalan kahwin dengan perempuan nampak sihat.
Tapi bila ada anak,setahun 5-6 kali anak admitted hospital.
Sampai la budak tu umur 6 tahun..
Bila dapat anak lagi,passing baton anak kecik pulak keluar masuk hospital.
Hari tu dia merungut kat I...
Dia 5 beradik, anak saudara ada 15 orang takde pun sorang ada masalah kesihatan macam anak2 dia...
Lagipun parents dia sihat... Sakit jantung,kencing manis & darah tinggi pun takde..

Masalah ehh... So kalau awal2 dah tau dia ada masalah kesihatan,elakkan la..
BTW,orang ada asthma ni bila dah tahap kronik sampai ambil steroid boleh membulat bagai johan...Macam kawan I sorang..

Nanti TT juga sedih isteri saiz tong drum..

Apapun,jaga kesihatan, jaga makan,jaga hati & jaga perasaan...

rashaqil Publish time 28-3-2019 04:34 PM

sarahmirza replied at 28-3-2019 04:32 PM
Cari la orang lain yang sihat..
Fikir untuk diri sendiri juga..
Jangan terpengaruh dengan ungkap ...

Terima kasih atas nasihat.

rashaqil Publish time 28-3-2019 04:36 PM

prettyuglybabe replied at 28-3-2019 04:29 PM
kenapa u rasa macam perli? sebab u rasa bersalah kan?kalau u rasa apa yang u fikir tu tak salah, u ...

Okay baik, terima kasih.
Pages: [1] 2
View full version: Bakal Isteri


ADVERTISEMENT