rastaf Publish time 28-3-2019 01:09 PM

India lancar senjata anti satelit. Berjaya tembak jatuh satelit sendiri


https://assets.bharian.com.my/images/articles/INDIA-POLITICS-DEFENCE-SPACE-MODI_1553684736.jpgSEORANG rakyat India melihat ucapan Perdana Menteri India, Narendra Modi. - Foto AFP




NEW DELHI: India memusnahkan salah satu satelitnya di angkasa, ketika ujian peluru berpandu anti satelit dilancarkan negara itu, hari ini.
Perdana Menteri, Narendra Modi memuji ujian pertama teknologi oleh negara itu dan menganggap ia sebagai satu kejayaan besar, sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu kuasa dalam bidang angkasa.
“India adalah negara keempat menggunakan senjata anti-satelit selepas Amerika Syarikat, Russia dan China,”

“Saintis kami, menembak jatuh satelit terletak 300 kilometer di ruang angkasa, dalam orbit hampir dengan Bumi.
“India melakukan pencapaian tidak pernah berlaku sebelum ini. India sudah menjadi kuasa angkasa lepas,” kata Modi dalam ucapan kepada rakyat India yang disiarkan menerusi televisyen.
Kemampuan seperti itu meningkatkan kebimbangan mengenai usaha persenjataan di angkasa dan menimbulkan persaingan antara seteru.
Kementerian Luar China berkata, ia berharap semua negara ‘boleh bersungguh-sungguh melindungi kedamaian dan keamanan berpanjangan di angkasa’.
Sementara AS dan Russia enggan memberi sebarang ulasan. Pakistan juga tidak memberi kenyataan.
Senjata anti-satelit membolehkan serangan dilancarkan ke atas satelit negara musuh, merosakkan atau mengganggu komunikasi, selain memberikan asas teknologi bagi memintas peluru berpandu balistik. - Reuters

CiliPadiSedap Publish time 28-3-2019 01:29 PM

kt malaysia bomoh kelapa mampu tembak satelit guna penampar buaya..

akak suka teknologi EMF.. mungkin akhir zaman akan ada berlaku letupan skala besar EMF

rastaf Publish time 28-3-2019 02:07 PM



Smlm pd 2330Z, India telah berjaya melancarkan peluru berpandu pemintas balistik kearah sebuah satelit di orbit rendah. Tindakan dan keupayaan India ini utk anti satelit (ASAT) telah mendapat perhatian US. Sebuah pesawat pengintip elektronik RC135 (62-4128) callsign Chaos 45 telah berlepas dr pengkalan Diego Garcia menuju ke Teluk Benggal utk misi risikan. Pesawat itu telah dibantu 2 pesawat tangki KC135K callsign Fresh 53 dan Fresh 54


https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/55458223_1769316366503342_6198388164684414976_n.jpg?_nc_cat=108&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&oh=fa920b348d72f011299a8aab920a2878&oe=5D115004
https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/56252842_1769316703169975_1011606506358964224_n.jpg?_nc_cat=109&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&oh=3797bacf3b2259aff4e47809281d6240&oe=5D420FC6
https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/55448582_1769316926503286_1471634062522187776_n.jpg?_nc_cat=104&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&oh=0d8d350066ef457f69462f78abec6390&oe=5D4410C5
https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/55949111_1769320056502973_2386865875035619328_n.jpg?_nc_cat=105&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&oh=c2077c0e4cec9fb4258d583b5e50dd57&oe=5D168AC0
https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/55738282_1769320419836270_4264764553398583296_n.jpg?_nc_cat=100&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&oh=56c8dbc983d6546c7e7915e3d40c92fb&oe=5D05D2C4

rastaf Publish time 28-3-2019 02:08 PM

CiliPadiSedap replied at 28-3-2019 01:29 PM
kt malaysia bomoh kelapa mampu tembak satelit guna penampar buaya..

akak suka teknologi EMF.. mun ...



mungkin perang nuke... hancurlah bumi ni kalau semua lancar guna nuke :funk:



CiliPadiSedap Publish time 28-3-2019 02:14 PM

rastaf replied at 28-3-2019 02:08 PM
mungkin perang nuke... hancurlah bumi ni kalau semua lancar guna nuke

Percaya ckp kaka 100 tahun lg pun dunia xkan perang kecuali china dah setaraf russian dan amerika baru perang sebenar tercetus

rastaf Publish time 28-3-2019 04:41 PM

CiliPadiSedap replied at 28-3-2019 02:14 PM
Percaya ckp kaka 100 tahun lg pun dunia xkan perang kecuali china dah setaraf russian dan amerika...



china dah maju kot.US pun goyang sekarang ni :lol:



pokaibanktokyo Publish time 29-3-2019 06:52 AM

CiliPadiSedap replied at 28-3-2019 05:29 AM
kt malaysia bomoh kelapa mampu tembak satelit guna penampar buaya..

akak suka teknologi EMF.. mun ...

EMP la bongok

pokaibanktokyo Publish time 29-3-2019 06:54 AM

rastaf replied at 28-3-2019 08:41 AM
china dah maju kot.US pun goyang sekarang ni

China tak akan setaraf dengan amerika syarikat

pokaibanktokyo Publish time 29-3-2019 06:55 AM

Ayam india atau ayam china lebih hebat di malaysia ini ?
Pages: [1]
View full version: India lancar senjata anti satelit. Berjaya tembak jatuh satelit sendiri


ADVERTISEMENT