Shellyshel Publish time 27-3-2019 10:56 AM

Memang Wujud! 5 Lukisan Sumpahan Yang Misteri Dan Berhantu

Jika disebut mengenai lukisan, ramai yang mendefinasikan ia adalah sebuah karya seni yang dihasilkan individu dengan daya kreativiti tinggi, di mana setiap pelukis menzahirkan perasaannya melalui lukisan tanpa perlu diungkapkan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/27/105559k6o53a9nv6kxlikn.png
Foto: The Daily Dot



Namun di dunia ini, ada beberapa lukisan yang dihasilkan mempunyai kisah tersendiri. Ada yang menyimpan kisah misteri dan lebih menyeramkan, dikatakan bahawa lukisan tersebut berhantu.


Marilah kita rungkai lima lukisan misteri dan berhantu yang memang wujud di dunia ini.




1. Lukisan Oey Hui Lan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/26/130544htvkyotkzxtkyu77.jpg.thumb.jpg


Oey Hui Lan merupakan seorang gadis cantik berketurunan cina-Indonesia. Dia lahir di Semerang pada 21 Oktober 1889 dan meninggal di Amerika Syarikat pada 1992 di usia 93 tahun. Ayahnya Oei Tiong Ham merupakan pengusaha gula yang terkaya di Indonesia, malah di Asia Tenggara juga.


   https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/26/130559tluewbpeyzupkbpl.png.thumb.jpg


Hui Lan kemudiannya berkahwin dengan Wellington Koo dan menjalani kehidupan sederhana. Namun, Hui Lan telah terbiasa dengan kehidupan berfoya-foya kerana harta ayahnya yang kaya-raya.


Lukisan Oey Hui Lan dikatakan seram dan nampak hidup. Bayangan rambut panjangmengurai di cermin menambahkan rasa seram jika dipandang lukisan tersebut yang kini terletak di Hotel Tugu di Malang.




2. Lukisan The Anguish Man


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/26/131802icz8jj7donznhzl6.jpg.thumb.jpg


Lukisan The Anguish Man ini diwariskan kepada Sean apabila neneknya sudah meninggal. Sejak kecil lagi, neneknya pernah menceritakan padanya yang lukisan itu berhantu, namun Sean tidak percaya dengan cerita hantu itu sehingga dia sendiri yang mengalaminya apabila mengantung lukisan tersebut di ruang tamu.


Semenjak hari itu, dia sering mendengar suara tangisan dan jeritan dalam rumah. Oleh itu, Sean menyimpan kembali lukisan itu di dalam loteng dan tidak berniat hendak menjualnya.




3. Lukisan Hand Resist Him


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/26/132410txpteggtgzcjgvch.jpg.thumb.jpg


Lukisan ini dilukis oleh Bill Stoneham pada tahun 1972. Kanak-kanak lelaki di Dalam lukisan itu diilhamkan sebagai dirinya sendiri dan kanak-kanak perempuan di sisinya itu adalah pembimbing yang membawanya ke alam ghaib. Banyak tangan yang menempel di pintu cermin itu seperti bayangan yang menanti kedatangannya.


Lukisan itu dikatakan berhantu kerana pemiliknya pernah melihat penampakan misteri di rumah mereka dan mendengar kanak-kanak dalam lukisan itu bercakap-cakap. Pemilik galeri yang menjual lukisan itu telah pun meninggal dunia selepas setahun lukisan berkenaan dipamerkan.




4. Lukisan The Crying Boy


   https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/26/133150qw2zx3o3ij31f7t1.jpg.thumb.jpg


Lukisan ini dihasilkan oleh Bruno Amadio. Gambar seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menangis dan kelihatan sangat menyedihkan. Ia mula dihebahkan apabila mendapati lukisan itu satu-satunya barang yang terselamat dari sebuah kebakaran aneh. Ramai yang mengatakan gambar tersebut telahpun disumpah kerana tidak sedikit pun rosak dimamah api dalam kebakaran itu.


Beberapa keluarga yang memiliki lukisan itu pernah mengalami kebakaran di rumah mereka. Namun, ada cerita yang mengatakan bahawa sesiapa yang melihat lukisan itu akan memperoleh nasib malang di kemudian hari.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/26/133140lu0nsnpskp15ypy5.jpg.thumb.jpg


Menurut lagenda, lukisan The Crying Boy itu diinspirasikan daripada seorang kanak-kanak yatim piatu yang kehilangan ahli keluarganya akibat kebakaran. Oleh sebab kebakaran sering berlaku akibat daripada gambar sumpahan itu, pihak kerajaan memberitahu semua penduduk untuk memusnahkan lukisan tersebut secepat mungkin.




5. Lukisan Misteri Nyai Roro Kidul


   https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/26/134340vn1szgvzsrkslk99.png.thumb.jpg


Lukisan ini dilukis oleh Basoeki Abdullah pada tahun 1955. Basoeki Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Bas pernah bertemu dengan Nyi Roro Kidul dan mengilhamkannya sebagai lukisan.




   https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/26/134355e35klujlul1bw989.jpg.thumb.jpg


Menurut lagenda, Nyi Roro Kidul merupakan puteri Kerajaan Sunda yang dihalau ayahnya kerana hasutan ibu tirinya. Dia merupakan penguasa alam ghaib di kawasan laut selatan Jawa Barat.


Lukisan misteri ini dikatakan berhantu apabila merasakan kehadiran sesuatu apabila ditatap lama.


Mungkin ada yang tidak percaya bahawa gambar-gambar tersebut adalah berhantu dan mistik. Namun, percaya atau tidak, kita sendiri yang menilainya. - CARI

Mrperfect2 Publish time 27-3-2019 01:28 PM

{:childlike

MadameOnion Publish time 27-3-2019 03:40 PM

takuttttt {:1_545:}
Pages: [1]
View full version: Memang Wujud! 5 Lukisan Sumpahan Yang Misteri Dan Berhantu


ADVERTISEMENT