munahjolie Publish time 25-3-2019 02:30 PM

Mak Munah pun suka cerita ni. Memang sampai menangis2. Pastu masa dah habis season 2 kat astro hits, mak paksa Munah carikan season 2 dan seterusnya kat internet. Ada kat Dailymotion.com sampai season 8. Sekarang bila ada LHOTP kat tv mak dah tak kesah sebab dah tengok puas kat internet ;P

anakkerengga Publish time 25-3-2019 03:18 PM

Suka sgt citer ni dulu

mzzenma Publish time 25-3-2019 04:23 PM

mzz dah lama tak buka hits. Kecewa sebab diorang stop tayang full house. Laki mzz tengok macgyver je kat hits.

mizruncing Publish time 25-3-2019 04:56 PM

espri6006 replied at 25-3-2019 12:41 PM
Mary dengan mak dia tu caroline cantik sangat...Laura ..walau tak cantik mana tapi best tengok dia ...

tau takpe. adore giler kot. lagi2 tang mata tu. layan jgk tgk cerita ni even cerita lama.

kucingitam Publish time 25-3-2019 05:01 PM

https://www.thevintagenews.com/2018/07/23/little-house-on-the-prairie/

aku kalau dah minat, memang pastu google habis pasal cerita2 tu..tambah2 kalau kisah benar..

ikanmasin Publish time 25-3-2019 05:52 PM

mmg minat tgk ..ari2 stanby tgk..hehehhe mary tu matanya cantik sungguhlah
bersinar2 tp bdn dah naik skt.tgk da anak dara dah mary..nellie tu 1 geng dgn
maknya.cerita diaorg ni berkisar jiran2 sekeliling diaorg jg..cuma kekdg menyampah
dgn laura jg.hahaha

willow12 Publish time 25-3-2019 06:10 PM

Citer ni masang tayang dulu aku umur 5/6 tahun rasanya. Selalu dok berangan jadi melissa gilbert, rambut tocang dua. Pastu minta baju raya gown cotton bunga kecik2. Haha. Tp yg plg legend ialah kalau pegi park, mesti lari konon turun bukit tangan buat mcm sayap kapalterbang mcm kat bwh ni. :P
2tFP9aEN1G8

mamiayu Publish time 25-3-2019 10:41 PM

LHOTP ni mmg sangat nostalgik. Saya baca buku The LHOTP ni lepas tengok siri kat TV masa kecil.

Penceritaan dalam buku tu sangat detail. Saya masih ingat sampai sekarang, mcm mana Charles buat rumah dia dari awal, tebang pokok, dll macm mana dia buat notch pada log kayu supaya kayu tu boleh lekat tak payah pakai paku. dan pada suatu masa sebelum xmas dia ke bandar dan bawa balik sekeping cermin tingkap sebagai hadiah xmas utk family dia. best betul

aku_best Publish time 25-3-2019 10:45 PM

Memori sungguh la bila tengok lagu tema ni...tringat saudara mara yg sudah arwah sama2 melayan drama ni...huhu....

jazaa100 Publish time 26-3-2019 02:32 AM

espri6006 replied at 25-3-2019 01:20 PM
Anak saya tak berapa nak layan sangat begitu juga dengan isteri tapi bila ayah/hasbend dia hari2 d ...

Scene ni yg ingt sangat.....
Mak budak tu kurung laura....pastu dis bukak tocang rambut laura....cantik laura bila rambut mengerbang, ada iras mary...

espri6006 Publish time 26-3-2019 06:40 AM

ceritanya LHoTP ni kisahnya simple je...Takde kisah yang complex, kisahnya kadang2 meruntum jiwa, kadang ada lucu. Setiap episod akan dikembangkan menjadi menarik untuk di tonton walaupun ia sekadar seekor rakun. Kita tengok bagaimana susahnya mereka hidup dizaman 1800 semuanya manual (tiada mesin), air juga pakai telaga atau air sungai. Walaupun sekadar lakonan, pengaranhya iaitu Micheal Landon berjaya menghidupkan set/prop dizaman 1800. Sudah tentu tiada adegan sex yang merapu...

Nenolen Publish time 26-3-2019 07:01 AM

I peminat setia series nie...menonton dlm tv color coz family I ada tv color since thn 80...bila main2 dkt bukit dan pdg lalang...selalu berlari2 depa tangan ala2 Laura...me mmg bertocang pun dulu2 ;P

Nenolen Publish time 26-3-2019 07:05 AM

Lagi satu series yg I suka....Heidi :loveliness:

Nenolen Publish time 26-3-2019 07:07 AM

Bila remaja...suka tgk series Anne of Green Gables :loveliness:

Kak-Leen Publish time 26-3-2019 07:50 AM

LittleHouse on The Prairie.. Siri yg paling akak suka zaman kecil sampai remaja dulu. Time tu tv kotak kayu kat rumah Atok. Dari Atok akak sampai la cucu2 ni dok bergolek tengok depan tv ramai2. Zaman tu dah ada eletric dan tv atok tv yang paling besar dalam kampung time tu. Akak pernah berangan nak pakai topi mcm watak2 perempuan dlm cerita ni pakai. Thanks sebab bagi info siarannya.

Kak-Leen Publish time 26-3-2019 07:54 AM

kucingitam replied at 25-3-2019 02:22 PM
budak yang mati tu nama Ellen.

Paling geram dgn adik beradik Oleson tu, terutama Nellie..


Nellie tu sombong betul! Suka buli budak lain.Time akak kecil, ada sorang budak mcm Nellie kat kampung. Kitorng panggil dia Nellie walau wajah kerak. Walau miskin tapi sombong mcm si Nellie ni!

espri6006 Publish time 26-3-2019 08:16 AM

Kak-Leen replied at 26-3-2019 07:54 AM
Nellie tu sombong betul! Suka buli budak lain.Time akak kecil, ada sorang budak mcm Nellie kat kam ...

ha ha..ada juga versi Nellie kat merata tempat kan..lagi2 zaman sekarang ada media sosial...beratus2 nellie boleh nampak di situ..menayang harta bende, memuji kecantikan diri......

kucingitam Publish time 26-3-2019 08:54 AM

mak nellie pun contoh acik bawang yang berlagak sbb kaya...ahaha..

espri6006 Publish time 26-3-2019 09:19 AM

kucingitam replied at 26-3-2019 08:54 AM
mak nellie pun contoh acik bawang yang berlagak sbb kaya...ahaha..

Kesian Nellie kerana di benci melalui watak nya. Alison Arngrim telah melakonkan watak Nellie telah berusia 57 tahun (2019). Ramai yang menonton siri LHOTP sangat benci dengan Nellie tapi ramai je ingin melihat Laura dan kawan2nya membuli balik si Nellie.

kucingitam Publish time 26-3-2019 09:27 AM

ahaha...memang watak jahat kan selalu dibenci.. mula2 dulu tak suka dgn Laura sbb tak lawa...ahaha..lama2 tgk , ok juga la takde buruk sgt....ahaah
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: LITTLE HOUSE ON THE PRAIRIE


ADVERTISEMENT