Diviya Publish time 21-3-2019 12:19 AM

Jangan kahwin lagi ya Aminah...."Kita jumpa di sana..."

Edited by Diviya at 21-3-2019 12:19 AM

Kemeja lusuh putih belengan panjang dikeluarkan dari dalam almari. Didakapnya kemeja tadi penuh erat. Bagai melepaskan rindu. Kemudian, wanita berusia 53 tahun itu mencium kemeja tadi berkali-kali seolah-olah mencium pipi suaminya seperti selalu. Rindu sungguh Aminah Uda dengan bau badan yang melekat pada kemeja tersebut. Tapi apakan daya, sudah suratan nasibnya. Kenangan manis hidup bersama Ramli hanya seketika.
Sedih! Sungguh tidak disangka pada tarikh 5 April 2013, Ramli pergi dahulu menemui Ilahi. Ketika itu Ramli yang 19 tahun lebih muda daripada usia Aminah baru tiga tahun bergelar suami. Sejak jadi janda, ramai orang bertanya kepada Aminah. Tak ada keinginan hendak bersuami lagi? Buat pengisi kekosongan hati. Aminah cma mampu tersenyum dengan soalan itu. Aminah akui, sejak menjanda buat kali kedua ini, memang ada orang yang merisik mahu memperisterikannya. Pernah seorang anak muda dan dan bebrapa orang duda meluahkan keinginan tersebut. Namun, Aminah terpaksa menolak.

Biarlah Ramli menjadi suami terakhirnya. Biarlah Ramli sahaja yang terus bertakhta dalam hati. Bagi Aminah, Ramli tiada galang ganti. Aminah masih ingat bagaimana perkenalan dengan suami keduanya itu. Selepas bercerai dengan suami pertama,Aminah tutup pintu hatinya buat mana-mana lelaki. Enam belas tahun dia hidup seorang diri, membawa gelaran janda. Pengalaman derita dan sengsara semasa berkongsi hidup dengan suami pertama dahuku membuat Aminah serik untuk berumah tangga lagi.

Namun tanpa disangka, Ramli seorang lelaki berasal dari Indonesia yang tinggal menyewa berdekatan rumah berjaya membuka pintu hati Aminah. Suatu hari, Ramli menghantar wakil untuk melamarnya. "Kalau lelaki Melayu pun aku tak pandang, inikan pila lelaki seberang. Aku tak mahu. Sudah, pergi balik!" jawab Aminah saat dilamar wakil Ramli. Saja Aminah meninggi diri brgitu, Memang niatnya mahu menolak lamaran tersebut. Aminah sudah tidak percayakan lelaki lagi.

Namun, Ramli tidak berputus asa. Rang yang tahu kisah derita hidup Aminah tidak jemu-jemu berusaha. Dia melakukan pelbagai cara untuk menambat hati Aminah. "Dik, awak kalau sembahyang hari-hari, awak doa apa?" tanya Ramli suatu petang ketika terserempak dengan Aminah. "Saya doa, minta yang baiklah," jawab Aminah. "Kalau dik doa yang baik, takkan Allah itu zalim? Dulu bagi suami jahat, takkan yang kedua pun jahat juga? Tak mungkin dik. Allah itu Maha Adil," ujar Ramli.

Sekeras-keras kerak nasi, terendam air lembut juga. Kesungguhan yang ditunjukkan Ramli padanya membuatkan Aminah membuka pintu hatinya. Akhirnya, lamaran Ramli diterima. Namun, cinta yang mahu dibina itu di tentang abang Aminah. "Kau dah gila? Tak ada lagi ke lelaki Melayu sampai kau pilih lelaki seberang tu? herdik abang Aminah dan berkeras tidak mahu menjadi wakil. Tapi, Aminah bulatkan tekad. Apa pun berlaku, Ramli akan menjadi suaminya. Lantas, Aminah dan Ramli pergi ke Thailand dan berkahwin di sana.

Selepas di ijab kabul sebagai suami isteri, Aminah di pinggirkan oleh abng kandungnya sendiri. Abangnya masih tidak dapat menerima Ramli sebagai adik iparnya. Tetapi, setahun kemudian, hati si abang lembut juga apabila melihat sikap Ramli. Dan kerana itu juga yang membuka pintu hati Aminah sebelum itu untuk menerima Ramli sebagai suami.

Ramli masih muda sewaktu berkahwin dengan Aminah. Usianya baru 30 tahun. Pun begitu, Ramli seorang suami penyayang dan bertanggungjawab. Aminah dijaga dengan baik. Dia ditatang bagai minyak yang penuh. Ya, AMinah akui sejak Ramli hadir, hidupnya lebih bermakna. Dunianya terasa ceria. Baru Aminah kecapi kegembiraan hidup berumah tangga. Ramli seorang suami yang patuh kepada perintah Allah. Setiap kali solat, Ramli akan jadi Imam. Aminah dan anak-anak jadi makmumnya. Selesai solat, Ramli akan mengajar Aminah mengaji. Dari baca tergagap-gagp, akhirnya Aminah boleh membaca al-Quran dengan lancar. Kalau Aminah terpaksa pulang lewat kerana sibuk dengan kerja, dia tak perlu risau. Semuanya Ramli sudah uruskan.

"Dik tak payah risau. Abang balik awal tadi. Kain baju abang sudah basuh. Makanan pun abang sudah masak. Dik tak perlu risau ye," beritahu Ramli yang membuatkan Aminah tersenyum. Tidak pernah suami pertama, Ramli kalau marah tak mudah naik tangan. Jika tak berpuas hati dengan Aminah, Ramli akan keluar dari rumah. Bila hatinya sudah sejuk, dia akan pulang dalam keadaan tersenyum. Aminah yakin, Ramli bersikap begitu kerana cintakannya. Rmli tidak mahu lagi Aminah hidup menderita. Cinta Ramli padanya suci dan luhur.

Pernah suatu hari, duda Aminah datang mengugut mahu membunuh Aminah. Dudanya itu cemburu melihat kebahagiaan Aminah. Apabila Ramli dapat tahu, darahnya mendidih. Ramli hidupkan enjin motor, terus ke kedai dan pulang dengan sebilah parang berkilat di dalam bakul motosikal. "Abang nak buat apa dengan parang tu?" tanya Aminah. "Kalau seurat rambut dik gugur kerana lelaki tu, abang pancung dia. Abang tak kisah abang mati di tali gantung demi cinta abang pada dik," tutur Ramli. Begitulah luhurnya cinta Ramli pada Aminah. Sanggup berkorban apa sahaja asalkan Aminah bahagia. Bukan itu sahaja, Ramli juga langsung tidak noleh berjauhan dengannya. Kalau hendak pergi memancing, Aminah akan dibawanya. Memancinglah mereka bersama-sama. Malah, hendak beli rokok di kedai yang terletak berdekatan rumah pun diajaknya Aminah temankan.

"Abang tak boleh kalau dik berjauhan," ujar Ramli tersengih apabila Aminah bertanya kenapa asyik membawanya kemana sahaja. Di awal perkahwinan, ada orang menuduh yang Ramli mengahwininya hanya kerana harta. Kononnya Ramli mahu membolot segala harta Aminah. Sukar Aminah hendak percaya. Sungguh, selama hidup bersama, tak pernah Ramli mempergunakannya. "Abang buat apa beli barang kemas ni? Membazir sahaja," kata Aminah apabila dihadiahkan barang kemas. Kerap sangat Ramli membelikannya pelbagai hadiah. "Tak apa, untuk orang abang sayang. Nanti, kalau abang tak asa atau abang mati, dik boleh gadaikan barang ini," ujar Ramli. Begitu juga kalau anak-anak mintak duit pada Aminah, Aminah hulur dua ringgit. Bila Ramli tahu, dia hulur pula sepuluh ringgit untuk anak tirinya itu sampai Aminah sendiri marah kerana terlalu manjakan anak-anak. "Tak apa. Biarlah, untuk anak-anak," ujar Ramli.
Kebaikan Ramli tidak setakat itu. Setiap hari selepas solat, Ramli tidak pernah lupa mendoakan untuk Aminah. "Ya Allah ya TUhan ku, sekiranya aku mati, engkau ampunlah isteri aku. Letakkan lah dia dalam syurga, sebab did taat kepada Engkau dan aku," doa Ramli untuk Aminah. Sikap Ramli ini benar-benar membuatkan Aminah terharu. Namun, satu janji yang dibuat sebulan sebelum Ramli meninggal dunia membuatkan Aminah tekad untuk terus menjanda. Biarlah Ramli terus menjadi cinta terakhirnya. Aminah masih ingat. Pagi itu, dalam keadaan nazak dan tidak bermaya kerana sakit misteri, Ramli mencapai tangan Aminah. Jari-jemari Aminah digenggam erat. Diciumnya tangan Aminah berulang kali. Dalam keadaan lemah, Ramli bersuara..."Dik, seandainya abang pergi dulu, janjilah...jangan kahwin lagi. Abang belum puas hidup bersama dik. Abang tunggu dik di sana. Abang nak hidup lagi dengan dik di syurga," ujar Ramli penuh harapan dan linangan air mata.

Ya! Aminah ingat lagi janji itu. Aminah akan pegang pada janji tersebut. Aminah mahu cinta yang gugur ini kembali mekar dan berputik di syurga nanti. Sebab itu setiap lamaran yang datang Aminah tolak. Bagi Aminah, Ramli tiada galang ganti. Dia akan terus setia hingga dapat bertemu suaminya itu di syurga nanti!







rosmahisham Publish time 21-3-2019 05:44 AM

Nak gal tgk avik aminah nye lawa ke?? Lelaki indon selalu panggil bini adek kan..geli geliman pulak rasa.

Laracrop Publish time 21-3-2019 11:05 AM

Kisah benarkah? Atau cerita novel yg telah d ubah suai

onexox97 Publish time 21-3-2019 02:08 PM

Mana gambar?????

onexox97 Publish time 21-3-2019 02:11 PM

https://www.mastika.com.my/jangan-kahwin-lagi-ya-aminah-kita-jumpa-di-sana-2/


Sumber asal

Mrperfect2 Publish time 21-3-2019 02:40 PM

Oh aminah.......

ikanmasin Publish time 21-3-2019 03:35 PM

oh cerita dari mastika..ingatkan ada gambar aminah.nak gak tgk

mayong Publish time 21-3-2019 04:11 PM

macam cerita dalam mastika
Pages: [1]
View full version: Jangan kahwin lagi ya Aminah...."Kita jumpa di sana..."


ADVERTISEMENT