seribulan Publish time 31-8-2020 11:35 AM

farhana008 replied at 31-8-2020 10:32 AM
masa pkpp seri ada ke mana-mana? iols nak travel naik flight pun risau. kalau naik kereta, tak ris ...

Flight xde le...kereta je...selamat selamat ni :)

farhana008 Publish time 31-8-2020 11:59 AM

seribulan replied at 31-8-2020 11:35 AM
Flight xde le...kereta je...selamat selamat ni

covid 19 benar2 mengubah cara hidup iols. kali terakhir makan luar masa penghujung februari lepas tu dah tak makan luar sampai sekarang. masa pkp 1 , bila pegi beli grocery nak balik rumah sengaja ikut jalan jauh sebab hati meronta-ronta nak pi jalan. jadilahkan jalan2 kat kwsn sendiri:D

seribulan Publish time 31-8-2020 01:15 PM

farhana008 replied at 31-8-2020 10:59 AM
covid 19 benar2 mengubah cara hidup iols. kali terakhir makan luar masa penghujung februari lepas...

Tu larr...saya xdpt Umrah Raya dan pi Europe...byr deposit dah...

Hari tu tertengok periuk masak kopi Turki...ala rugi x beli kat Turki hari tu....

farhana008 Publish time 31-8-2020 04:52 PM

seribulan replied at 31-8-2020 01:15 PM
Tu larr...saya xdpt Umrah Raya dan pi Europe...byr deposit dah...

Hari tu tertengok periuk masa ...

Sama lah kita.hajat nak repeat Turkey tak kesampaian tahun ni. Last trip beli kopi mehmet effendi kat sana.tak terfikir nak beli cezve sekali. Iols ada perasan kat Amazon.com ada jual.tapi kena minta ps yg dok oversea ship kan

seribulan Publish time 31-8-2020 04:58 PM

farhana008 replied at 31-8-2020 03:52 PM
Sama lah kita.hajat nak repeat Turkey tak kesampaian tahun ni. Last trip beli kopi mehmet effendi...

Muar bandar pelancongan terbersih di Asean
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/615568/muar-bandar-pelancongan-terbersih-di-asean

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2020 @ 8:15 PM

Omar Ahmad
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/okda_47129492_1598789709.jpg

JOHOR BAHRU: Bandar Muar pernah mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bandar Pelancongan Terbersih Asean pada Forum Pelancongan Asean 2018 di Chiang Mai, Thailand.

Bandar Diraja Johor itu turut mempunyai tarikan tersendiri baik dari sudut pelancongan domestik mahupun makanan.

Menempuh perjalanan dua jam dari Johor Bahru pasti pengalaman menakjubkan apabila singgah melawat Ladang Herba Nasuha yang terletak 19 kilometer dari Bandar Muar.

Ladang berkeluasan lebih 1,500 hektar itu mengandungi 135 jenis herba berlainan yang datang dari seluruh dunia.

Selain menjual produk tempatan seperti minuman teh herba, ada juga restoran menyajikan hidangan mengandungi herba segar dari ladang yang memberi kepuasan serta keselesaan kepada pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Muar turut dilengkapi aktiviti menyusuri Sungai Muar dengan bot dan pembelian tiket boleh dibuat di Jeti Tanjung Emas.

Katanya, perjalanan mengambil masa 45 minit hingga satu jam itu bermula di jeti dan menyusuri keindahan Sungai Muar.

";Pelancong boleh menikmati suasana pelayaran pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Manakala tiket boleh dibeli pada harga RM12 bagi dewasa warganegara, RM15 bagi bukan warganegara dan RM6 (kanak-kanak).

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/muar21_1598789712.jpg
MENIKMATI masakan asam pedas di Parit Jawa

"Selain itu, pelancong juga boleh melakukan aktiviti Muar Walking Tour yang memperlihatkan bangunan budaya termasuk peninggalan sejarah zaman penjajah sebelum perang sehingga kini. Laluan sepanjang tujuh kilometer tarikan pelancong ini boleh diterokai dengan berjalan kaki," katanya.

Melanjutkan cerita tarikan di daerah itu, Onn Hafiz berkata Laluan Budaya Muar atau Muar Culture Walk pula mempamerkan lebih 32 lukisan merangkumi pelbagai budaya, fakta, sejarah dan bangunan warisan di Bandar Maharani.

Katanya lukisan mural di laluan belakang bangunan komersial ini turut mempamerkan karya kreatif tiga dimensi seperti pawagam lama Muar serta warung satay yang turut dilengkapi lukisan seni bina prapeperangan yang pasti menggamit memori.

"Laluan budaya juga memberi nilai pembelajaran dan sejarah kepada pelancong. Salah satu mural terkenal adalah Loving Sisters karya artis mural Rusia, Julia Volchkova yang mempamerkan mural Indian Boatman yang menjadi ikonik di Pulau Pinang.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/muar22_1598789717.jpg
MUAR pasti tidak mengecewakan bagi mereka yang mahu kelainan.

"Ada juga pertunjukan buskers, pertunjukan budaya serta penjualan jalanan hasil kraftangan", katanya yang memaklumkan Muar juga popular dengan beberapa menu hidangan istimewa.

"Antaranya sarapan sate di Muar, ia hidangan unik kerana biasanya sate dinikmati pada waktu malam, tetapi di Muar, ia dihidangkan sebagai sarapan." katanya.

Katanya, ZZ Warisan Satay Muar dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula jam 8 pagi hingga 2.45 petang menjadi lokasi popular menu sarapan pagi. Sate dijual serendah 70 sen secucuk selain turut menghidangkan nasi lemak dan roti canai.

"Selain sate, mi bandung yang menjadi menu wajib dicuba ialah Mi Bandung Central Muar. Biarpun perlu beratur panjang, ia berbaloi untuk dinikmati. Mi bandung di kedai ini hanya dijual bermula tengah hari walaupun kedai dibuka seawal 8 pagi hingga 10 malam.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/muadaw_47129486_1598789714.jpg
LANDSKAP menarik di Hotel PPT Muar.

"Kopi 434 tidak perlu lagi diperkenalkan kerana pelancong pasti akan merasai pengalaman menikmati kopi ini yang terletak di Jalan Maharani. Cafe Kopi 434 memiliki keistimewaan tersendiri dengan hiasan dalaman bercirikan Norway. Di sini turut disediakan kopi istimewa, antaranya Kopi Gajah, Kopi Asli 434 dan Kopi Monalisa.

"Bagi masyarakat Cina, Muar sangat gah dengan kewujudan Gluttony Street Muar. Ia menjadi antara tarikan tertua kulinari di sini sejak 1952. Antara menu terkenal ialah tiram goreng, teh herba klasik, kuih beras air atau Chwee Kueh. Ia dibuka lewat petang dan berakhir jam 8 malam," katanya.

Onn Hafiz berkata, dengan pelbagai daya tarikan lokasi dan makanan yang di daerah ini, pastinya pelancong perlu menginap beberapa malam.

Katanya, pelancong boleh memilih bermalam sama ada inap desa atau hotel.

";Pilihan penginapan menarik di Muar ialah Homestay Galeri Seni Pop Chuco yang berkonsepkan kafe dengan ruang penginapan serta pesona tempatan dengan seni serta mural abstrak menarik. Selain itu, Hotel PPT Muar juga menyediakan penginapan dilengkapi kemudahan moden dengan harga berpatutan bermula RM98 hingga RM231," katanya.

farhana008 Publish time 31-8-2020 06:11 PM

seribulan replied at 31-8-2020 04:58 PM
Muar bandar pelancongan terbersih di Asean
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08 ...

Wahhh.my hometown ni.macam tahu je.:lol: bila seri datang sini beritahu iols:loveliness:

seribulan Publish time 31-8-2020 06:31 PM

farhana008 replied at 31-8-2020 05:11 PM
Wahhh.my hometown ni.macam tahu je. bila seri datang sini beritahu iols

Wah bagus :) ada expert ni...saya pernah pi cari.mi bandung muo yg femes kat SBP ape ke...lupa :)

farhana008 Publish time 31-8-2020 08:29 PM

seribulan replied at 31-8-2020 06:31 PM
Wah bagusada expert ni...saya pernah pi cari.mi bandung muo yg femes kat SBP ape ke...lupa
...

yang kat sm sains muar tu mee bandung central. mee bandung favorit saya mee bandung abu bakar hanifah

seribulan Publish time 31-8-2020 08:35 PM

farhana008 replied at 31-8-2020 07:29 PM
yang kat sm sains muar tu mee bandung central. mee bandung favorit saya mee bandung abu bakar hani ...

Kat mana tu?

farhana008 Publish time 31-8-2020 08:50 PM

seribulan replied at 31-8-2020 08:35 PM
Kat mana tu?

ada 2 tempat. kat jalan abdullah dan tanjung emas. iols suka makan kat tanjung emas sebab senang nak park kereta. kat jalan abdullah tengah bandar muar susah nak cari parking.

seribulan Publish time 31-8-2020 08:54 PM

farhana008 replied at 31-8-2020 07:50 PM
ada 2 tempat. kat jalan abdullah dan tanjung emas. iols suka makan kat tanjung emas sebab senang n ...

:Dhaah...parking tu penting...buatnya tgh lapo...kang gado rebut parking :)

farhana008 Publish time 31-8-2020 08:59 PM

seribulan replied at 31-8-2020 08:54 PM
haah...parking tu penting...buatnya tgh lapo...kang gado rebut parking

kat jalan abdullah tu kedai asal mee bandung abu bakar hanipah. kat tanjung emas cawangan dia. iols tak kuasa nak makan kat jalan abdullah sebab parking azab. kalau uols datang awal pagi, senang dapat parking. kedai kat jalan abdullah ada serve sate awal pagi .kat tanjung emas tak serve sate :D

seribulan Publish time 31-8-2020 09:00 PM

farhana008 replied at 31-8-2020 07:59 PM
kat jalan abdullah tu kedai asal mee bandung abu bakar hanipah. kat tanjung emas cawangan dia. iol ...

Kena awal pagi le camtu...mcm best yg situ lagi :)

farhana008 Publish time 31-8-2020 09:09 PM

seribulan replied at 31-8-2020 09:00 PM
Kena awal pagi le camtu...mcm best yg situ lagi

kalau uols turun muar, iols boleh aje tolong bawa pi sana. ada kawan iols dok shah alam gigih datang muar setiap weekend semata2 nak makan-makan kat muar

seribulan Publish time 31-8-2020 09:10 PM

farhana008 replied at 31-8-2020 08:09 PM
kalau uols turun muar, iols boleh aje tolong bawa pi sana. ada kawan iols dok shah alam gigih data ...

Wah...boleh2...jumpa @Kak-Leen geng makan2 :)

farhana008 Publish time 31-8-2020 09:15 PM

seribulan replied at 31-8-2020 09:10 PM
Wah...boleh2...jumpa @Kak-Leen geng makan2

iols pernah came across nama kak leen dalam forum. iols kadang2 sr kat board lain. kalau ada geng makan2 memang meriah!:D

seribulan Publish time 31-8-2020 09:37 PM

farhana008 replied at 31-8-2020 08:15 PM
iols pernah came across nama kak leen dalam forum. iols kadang2 sr kat board lain. kalau ada geng...

Dia orang Johor gak :)

farhana008 Publish time 31-8-2020 09:47 PM

Edited by farhana008 at 31-8-2020 09:48 PM

seribulan replied at 31-8-2020 09:37 PM
Dia orang Johor gak
kalau uols datang my hometown dalam masa terdekat,beritahu nanti. nak jumpa juga kak leen. hehe. yang ni iols beli aksesori kopi bosnia. masa balik feeling2 konon berada kat Sarajevo:lol:

seribulan Publish time 31-8-2020 10:11 PM

farhana008 replied at 31-8-2020 08:47 PM
kalau uols datang my hometown dalam masa terdekat,beritahu nanti. nak jumpa juga kak leen. hehe. y ...

Wah {:thumbo nice buy...rugi tol saya x beli yg Turki tu...

farhana008 Publish time 31-8-2020 10:21 PM

seribulan replied at 31-8-2020 10:11 PM
Wahnice buy...rugi tol saya x beli yg Turki tu...

sekarang ni dah jadi hiasan. tak puas minum kopi dalam cawan kecik:lol:
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: Lets go TURKEY...


ADVERTISEMENT