Resipi Ikan Rebus Air Asam Paling Sedap, Boleh Buat Diet Anda Hancur!
Tak perlu extravaganza sangatlah lauk orang Melayu ni. Cukup dengan ikan rebus cicah air asam sahaja sudah cukup membolehkan impian diet anda untuk hancur!Bahan-bahan:
*4 ekor ikan kembung (ikan lain pun boleh)
*2 biji bawang besar (potong dadu)
*1 biji tomato (potong dadu)
*1 biji limau kasturi
*4 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
*Semangkuk air asam jawa (lagi pekat lagi kaww rasa kuah)
*Seinci belacan yang sudah dibakar
*Gula dan garam secukup rasa
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/14/123337opbbhddpdjbmjkz6.jpgFoto: Cookpad.com
Cara masak:
1. Lumur ikan dengan sedikit garam dan rebus sehingga masak bersama sekeping asam keping.
2. Ambil air rebusan ikan mengikut kuantiti kuah yang anda mahukan dan masukkan belacan serta air asam jawa.
3. Masukkan bawang, tomato serta cili, dan gaulkan sebati.
4. Perah limau kasturi, masukkan gula dan garam secukup rasa dan gaul rata kemudian curahkan bancuhan tadi ke atas ikan.
*Kalau tak nak susah-susah potong dadu, boleh sahaja potong panjang. Lebih mudah.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/05/132350rkkz2dkukb4uz4hi.jpg
Sumber: FiezaIeda berair mulut walaupun dlm gmbr nmpk x sedap wow..sedapnye
ratah2 ngan ulam sedapnyaaaaaa Waaah sedap sangat Nampak sedapnyee.. mesti cuba. sedapnya..org utara panggil ikan temenung ayaq asam..guna ikan kembong Kalau tak nak rebus ikan,pun boleh kukus ikan tu dengan air asam yg dah dibuat..sedapnya {:spot chinta89 replied at 14-3-2019 12:55 PM
berair mulut walaupun dlm gmbr nmpk x sedap
:lol:
ko ni chinta...
tapi bila makan...pasti nasi bertambah
suka giler lauk ni, tambah kalau balik kg..opah masak..makan dengan ulam..kecur air liur.. sedap nyer.. tegugat iman iznanaziz replied at 24-4-2019 04:00 PM
ko ni chinta...
tapi bila makan...pasti nasi bertambah
jujur walaupun pahit.
kiranya ni edisi "rasa bukan sekadar rupa" :lol:
Dah masak, tq TT... cuma kita pakai ikan siakap apa yg ada.. sedap gak. adila39 replied at 15-12-2019 04:31 PM
Dah masak, tq TT... cuma kita pakai ikan siakap apa yg ada.. sedap gak.
Tak pernah cuba ikan siakap..biasa guna ikan kembung. Lepas ni boleh cuba ikan siakap pulak
Akak sangat kalah dgn lauk2 kampung sebegini.. Tp x pernah lagi rasa ikan rebus air asam gini. Akak pandai ikan asam rebus goreng style pantai timur je. Nnt boleh try ikan rebus air asam ni..
Dah pernah buat bertambah nasi dua pinggan Sedap ni..boleh cuba Menarik untuk masak2 kat umah ni, Cuba resepi baru pulak la Terima kasih share resepi {:2conggalo
Pages:
[1]