pikochew Publish time 13-3-2019 04:52 PM

PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive

PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive dapat sambutan dan reaksi positif

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/03/539734/petronas-primax-95-dengan-pro-drive-dapat-sambutan-dan-reaksi


https://assets.bharian.com.my/images/articles/-_Pix_by_Zain_Ahmed_1552297450.jpgJOHOR BAHRU: Petrol RON 95 formulasi terbaharu, dikenali sebagai PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive yang dilancarkan PETRONAS Dagangan Bhd (PDB), bulan lalu mendapat sambutan dan reaksi positif daripada pengguna.
Kebanyakkan pengguna yang sudah merasai pengalaman menggunakan bahan api yang didatangkan dengan ciri “Dual Friction Modifier” yang pertama di dunia itu dapat melihat perbezaan dari segi penjimatan, jika dibandingkan petrol sebelum ini.
Ketua Teknologi Bahan Api PDB, Mohamad Hafiz Abd Aziz, berkata PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive diuji berhasil mengurangkan geseran dalam enjin sebanyak 20 peratus berbanding bahan api sebelum ini yang didatangkan dengan modifier tunggal.“Kesannya, enjin kenderaan menjadi lebih lancar dan responsif. Kedua, ia juga hadir dengan “Double Detergent” yang berupaya membersihkan sehingga 99 peratus deposit karbon.
“Dibangunkan selama dua tahun, Primax 95 dengan Pro-Drive direka sepenuhnya di Malaysia, sebelum turut diuji di Amerika Syarikat dan ini juga kali pertama pembangunan bahan api petrol yang turut mengambil kira pemerhatian terhadap penggunaan terhadap kenderaan hibrid di dalam proses pembangunannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan tengah hari dan penerangan produk PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive bersama pengamal media di sini, hari ini.
Mohamad Hafiz berkata, petrol baharu itu juga hadir dengan ciri anti-hakisan enjin yang kini menyediakan dua kali lebih perlindungan kepada enjin.“Ujian dan pemerhatian ke atas kenderaan juga mendapati, baki tenaga bateri yang tersisa masih berbaki dua peratus berbanding penggunaan petrol biasa. Ia juga menggunakan kurang tenaga bateri dan bahan api bagi satu jarak perjalanan yang sama,” katanya.
Orang ramai kini boleh mencuba petrol terbaharu itu di lebih 1,000 stesen minyak PETRONAS di seluruh negara, termasuk 148 di Johor





pikochew Publish time 13-3-2019 04:55 PM

Salam korang, minta pendapat pasal minyak atas... Aku ada baca feedback kat forum lain... kali ni nak dgr pendapat dari warga cari pulak

AbgSalleh Publish time 13-3-2019 04:58 PM

macam vpower 97

scorpionkiki Publish time 16-3-2019 04:58 AM

I mmg pengguna petron, caltex dan bhp dan sangat kritikal dgn minyak primax petronas. Tp lepas try guna pro drive petronas i rasa ini ron95 yg terbaik. Skrg ni kereta i yg guna ron95 bila i drive terasa mcm guna ron97...banggalah pulak anak tempatan yg develop prodrive ni

palmolive Publish time 18-3-2019 01:11 PM

biar betul mcm RON97?

zulka Publish time 18-3-2019 04:30 PM

;P .. ops sory tegelak plak baca komen diatas

Ryeoki Publish time 26-3-2019 09:29 PM

AbgSalleh replied at 13-3-2019 04:58 PM
macam vpower 97

Kalau lebih kurang sama 97 aku pakai pro drive lebih baik, blh jimat wang...

wiseguys9999 Publish time 26-3-2019 09:32 PM

scorpionkiki replied at 16-3-2019 04:58 AM
I mmg pengguna petron, caltex dan bhp dan sangat kritikal dgn minyak primax petronas. Tp lepas try g ...

Petronas pro drive ni dari formula mana? Rasa hebat nya... apa berkesan jika guna selama nya? aku nak test tuakr pro drive ni...

wuhaha0000 Publish time 26-3-2019 09:33 PM

palmolive replied at 18-3-2019 01:11 PM
biar betul mcm RON97?

Aku dah cuba, rasa pro drive ni agak responsif dari bunyi enjin... semakin guna rasa perjalanan lebih lancar...

June01 Publish time 26-3-2019 09:37 PM

Edited by June01 at 4-4-2019 09:54 AM

bahan api petrol pro drive ni blh membersihkan enjin kita?? nanti nanti lah saya cuba

scorpionkiki Publish time 27-3-2019 04:05 PM

zulka replied at 18-3-2019 04:30 PM
.. ops sory tegelak plak baca komen diatas

Kenapa nak gelak bang.....? Utk kali ini..mmg i pujilah fuel pro drive ni...dulu mmg i anti giler primax dgn enjin terbatuk batuk...

zulka Publish time 27-3-2019 05:23 PM

scorpionkiki replied at 16-3-2019 04:58 AM
I mmg pengguna petron, caltex dan bhp dan sangat kritikal dgn minyak primax petronas. Tp lepas try g ...

kalau dah Ron95 rasa macam Ron97, so yg Ron97 rasa macam apa pula? tu je aku nak tanya

zulka Publish time 27-3-2019 05:24 PM

scorpionkiki replied at 27-3-2019 04:05 PM
Kenapa nak gelak bang.....? Utk kali ini..mmg i pujilah fuel pro drive ni...dulu mmg i anti giler...

aku gelak pasal ko puji melangit

scorpionkiki Publish time 27-3-2019 05:47 PM

zulka replied at 27-3-2019 05:23 PM
kalau dah Ron95 rasa macam Ron97, so yg Ron97 rasa macam apa pula? tu je aku nak tanya

Pro drive utk ron 95 saja...kereta i ygbguna Ron 97 still i guna petron...dan i dpt detect lebih kurang saja performance dia

scorpionkiki Publish time 27-3-2019 05:47 PM

zulka replied at 27-3-2019 05:24 PM
aku gelak pasal ko puji melangit

Ooo....mmg la i puji..yg i kutuk kaw kaw primax pun bnyk jugak dulu...

bbpinkie Publish time 29-3-2019 06:32 PM

Harga minyak minggu depan tu, macam akan naik lagi hidup memang susah dengan harga barang sentiasa naik.

coco.banna6699 Publish time 29-3-2019 06:43 PM

bbpinkie replied at 29-3-2019 06:32 PM
Harga minyak minggu depan tu, macam akan naik lagi hidup memang susah dengan harga barang sentiasa n ...

Memang kehidupan sekarang memang macam itu, sara keluarga tidak senang kerana semua barang sekarang inflasi tapi dengar harga minyak RON 97 yang harga meningkatkan sahaja.

onetwothree123 Publish time 29-3-2019 08:27 PM

pikochew replied at 13-3-2019 04:55 PM
Salam korang, minta pendapat pasal minyak atas... Aku ada baca feedback kat forum lain... kali ni na ...

Pandangan saya tentang minyak rasa bagus untuk pakaikan kerana 95 Pro Drive ini lebih kuat dan jalan lebih lancar atas kereta saya berbanding dengan jenama lain yang saya gunakan dahulu.

bbpinkie Publish time 29-3-2019 08:53 PM

wiseguys9999 replied at 26-3-2019 09:32 PM
Petronas pro drive ni dari formula mana? Rasa hebat nya... apa berkesan jika guna selama nya? aku...

Formula minyak ini adalah dari Petronas sendiri punya pusat kajian di negara Euro dan teknologi dengan formula mencapaikan taraf dunia memang hebat.

coco.banna6699 Publish time 29-3-2019 08:58 PM

AbgSalleh replied at 13-3-2019 04:58 PM
macam vpower 97

Memang ada sedikat serupa dengan 97 tapi 95 Pro Drive ditambahbaikan RON 95 biasa dengan keluarkan fungsi yang lebih kuat dan jimatkan untuk minyak kereta kami.
Pages: [1] 2 3
View full version: PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive


ADVERTISEMENT