snipersnake Publish time 6-2-2024 02:27 PM

Nasik

Cuti sekolah lepas, Man dan adiknya Joi balik ke kampung. depa berdua je balik sebab parents kerja.
Man 8 tahun, adiknya 6. duduk kampung bukan duduk saja, tolong2 juga la tok dan opah depa
kerja kedai makan. amik2 order, cuci2 pinggan gitu lah. kisah nih jadik tahun 89.

satu hari, depa berdua balik dari kedai makan dalam pukul 7pm gitu. sempat la layan cerita kartun kat tv2.
dek kerana lapar, opah depa hidangkanlah nasik dan lauk pauk. budak2 bertuah tuh bantai makan lauk je banyak, nasiknya tak makan sangat.

then Joi, dengan nasik tak abisnya, decide nak buang je nasik tu. steady je abangnya juga nak buat benda yang sama.
opah depa nampak niat depa tuh, dia siap cakap "ampa jangan nak buang nasik tuh....kang dia teriak malam kang ampa tau lahhh"

dak aihh...kata Man. Line clear ja, depa dua beradik buang je nasik tu kat belakang rumah, terjengket2 sebab nak stealthy.
lepas pukui 11pm macam tuh, depa pon masik bilik tido.

Masa Joi tidur, Man kejutkan dia. Man tunjuk kat tingkap dia. Joi tanya apsal..Man kata dia dengar bunyik org teriak kat luar tingkap
tapi tingkap bertutup, tapi tingkap cermin tun kan..nampak la macam ada kelibat orang kat luar tuh.

Joi kata, ha aku dah kata..jangan buang nasik tadik..hang degil..Man pulak mcm muka sedih...
depa dua2 diam je tgk kelibat kat luar tuh teriak..mendayu2...man kata lepas nih aku tanak buang nasik dah..
kelibat tuh siap ketuk2 tingkap tu pelan2 sambil teriak.. depa berdua diam ja..beberapa minit lepas tuh, mencakar pulak...
Joi panik....dia siap cakap..ya ya kami tak buang nasik lagi dahhhh.. Man terdiam sambil mengigil... kelibat kat luar tu kali ni
siap tersedu2 teriak... Man kata..masa tuh dia rasa buang nasik tuh macam boasa besar yg tak boleh diampunkan..dia beradik tuh berpelukan menggigil2..

entah pukul berapa, dua2 beradik tertidur sampai pagi.


Inezkhalidi Publish time 8-2-2024 06:53 AM

TT, kalau ada masa sambunglah cerita. Punya lama benang ni, baru hari ni terjumpa.

Perawankota Publish time 8-2-2024 02:13 PM

Best jugak layan

imanamsyar Publish time 19-2-2024 08:49 AM

best..best..nak lagi...

s@s@ Publish time 19-2-2024 04:53 PM

opah depa nyakat ka?
Pages: 1 2 3 [4]
View full version: Himpunan kisah2 aku.


ADVERTISEMENT