m.manis Publish time 11-3-2019 03:59 PM

Cara Buat Kentang Putar Rasa Macam KFC

Anak-anak kalau pergi KFC mesti order mashed potato kan? Kadang-kadang harga add-on side dish pun dah cecah RM5. Cuba bayangkan mereka order add-on sampai 3 bekas, mau lari juga bajet kita kan?


Kalau macam tu, apa kata mak-mak practice resipi bawah ini. Tak perlu dah beli dekat KFC kalau anak-anak mengidam nak makan mashed potato KFC.


Bahan-bahan kentang:


*5 biji kentang
*Secawan susu penuh krim
*1 sudu makan mentega
*1 sudu teh garam
*Sedikit serbuk lada hitam


Cara masak:


1. Rebuskan kentang sehingga empuk, tos dan lenyek sehingga hancur.


2. Panaskan susu penuh krim dan mentega, kemudian masukkan kentang. Kacau rata, jika mahu lebih lembut lebihkan susu dan mentega.


3. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.






Bahan-bahan kuah lada hitam:
*6 sudu makan mentega
*1 bawang holland
*4 sudu makan tepung gandum
*2 kiub pati ayam
*4 cawan air
*Sedikit serbuk lada hitam
*sedikit bancuhan tepung jagung
*Sedikit kicap pekat (beri warna pada kuah)


Cara masak:


1. Panaskan mentega dan masukkan bawang holland yang sudah dipotong dadu.


2. Selepas bawang berwarna keperangan sedikit, masukkan tepung gandum (berkala).


3. Masukkan kiub pati ayam, air, lada hitam dan air bancuhan tepung jagung untuk kepekatan kuah.


4. Masukkan kicap (cukup sekadar warna) dan biarkan kuah mendidih. Tutup api dan sejukkan kuah sebelum dikisar sehingga halus.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201903/06/131156im6b78zrz5zplhkb.jpgKredit foto: Recipe 4 Living




**Kalau nak sejuk boleh simpan sekejap dalam peti sejuk, kalau nak makan suam-suam panaskan sekejap sebelum hidang.


Senang sahaja kan? Lepas ini kalau anak-anak request, masak sahaja. Lebih jimat. - CARI

epis Publish time 11-3-2019 06:20 PM

Suka sgt kentang putar ni tapi harga makin mahal...

Bilissey Publish time 11-3-2019 08:53 PM

Saya pernah try buat. Memang rasa dia sebiji kentang putar kfc {:run

belilies Publish time 11-3-2019 09:06 PM

Kentang putar kepsi tak sesedap kentang putar sugarbun

chinta89 Publish time 12-3-2019 10:24 AM

adik ai pandai buat mmg sedap gila lbh sedap dari kfc.

onexox97 Publish time 16-3-2019 11:03 PM

Nanti try buat

AppleJack Publish time 22-3-2019 02:38 AM

boleh try:drool3:

ninu Publish time 22-3-2019 03:23 PM

tiba2 rasa lapar kfc plakkk dah....{:yameteh

PasuDurian Publish time 2-4-2019 01:09 PM

Sedap ni{:iwant

ailies Publish time 2-4-2019 06:57 PM

nak try lah resepi ni nanti...

Indahrupawan Publish time 2-4-2019 07:03 PM

Wah. Boleh cuba ni. Tq ye

aries_08 Publish time 4-4-2019 12:33 AM

Boleh try ni. Tq

ainahakimi Publish time 24-12-2019 01:06 PM

kegemaran saya ni....

Lengkong Publish time 24-12-2019 08:38 PM

Sedapnya...buat sendiri boleh makan banyak2





i_is_kennot Publish time 27-12-2019 05:19 AM

Kuah lada hitam tuh,nak buat sos lamb chop jugak,hehe
Pages: [1]
View full version: Cara Buat Kentang Putar Rasa Macam KFC


ADVERTISEMENT