fahdramli Publish time 7-3-2019 09:14 AM

THE PRECIOUS MOMENT IN LIFE

Kongsikan momen2 bermakna anda yang anda ingat sampai bila2. Momen indah, busuk, masam pun boleh...

seribulan Publish time 7-3-2019 09:45 AM

https://media2.giphy.com/media/w82VCczHtPMnjQ2l4H/200w.webp?cid=3640f6095c8076f1312f64356bea9b8e
{:smileo


seribulan Publish time 7-3-2019 09:45 AM

with bffs

https://media2.giphy.com/media/38VohO4MYwxIk/200.webp?cid=3640f6095c8077a73767562f410c6b5c

seribulan Publish time 7-3-2019 09:46 AM

https://media2.giphy.com/media/krENJ3aA39Os8/giphy.webp?cid=3640f6095c8077a73767562f410c6b5chttps://media1.giphy.com/media/Jhsn167SMRl5u/giphy.gif?cid=3640f6095c8077a73767562f410c6b5c


chempaka.ayu Publish time 7-3-2019 12:03 PM

Moment bermakna chemp adelah sewaktu melahirkan ketiga2 anak.. setiap anak ada medical issue masa mengandung.. tapi ada miracle Allah yg berlaku masa bersalinkan ketiga2 mereka.. alhamdulillah..

bondeh Publish time 7-3-2019 01:19 PM

Moment bermakna I bila genap 6 tahun berkawan & bercinta dengan bf (now husband) dia terus masuk meminang masa tarikh hati lahir dia & sebulan lepas tu terus kahwin{:loveo

And dia rela hari convert to Islam & berusaha belajar agama. Alhamdulillah walaupun terkial2 gigih dia berusaha nak jadi Muslim yg diredhai:$

fahdramli Publish time 7-3-2019 02:23 PM

bondeh replied at 7-3-2019 01:19 PM
Moment bermakna I bila genap 6 tahun berkawan & bercinta dengan bf (now husband) dia terus masuk mem ...

Alhamdulillah. Bimbing lah elok2 aset nak masuk syurga tu... InshaaAllah

bondeh Publish time 7-3-2019 02:35 PM

fahdramli replied at 7-3-2019 02:23 PM
Alhamdulillah. Bimbing lah elok2 aset nak masuk syurga tu... InshaaAllah

Inshaa Allah... Famili dia kahwin campur. Abang sulung dia pun convert Muslim. Ada pakcik dia bukan convert utk berkahwin tapi dapat hidayah:)

I ada bgtau nak masuk kelas mengaji yelah bacaan pun tak betul sgt dgn tajwid terabur;P then dia cakap pergi sama2 dgn dia before puasa ni. Mula2 convert usaha dia baca tafsir Quran je nak fahamkan.

Tapi dia buat kelakar lah lepas dia mengucap kalimah syahadah kat JAWI, dia call I dia cakap "sebelah kaki i dah masuk syurga";P

fahdramli Publish time 7-3-2019 02:39 PM

bondeh replied at 7-3-2019 02:35 PM
Inshaa Allah... Famili dia kahwin campur. Abang sulung dia pun convert Muslim. Ada pakcik dia buka ...

Hahaha, maknanya dia faham lah yg islam itu indah.. Untuk muslim, setiap muslim tetap dijanjikan syurga walau sejahat mana pun dia. Selagi dia boleh mengucapkan syahadah.

bondeh Publish time 7-3-2019 02:51 PM

fahdramli replied at 7-3-2019 02:39 PM
Hahaha, maknanya dia faham lah yg islam itu indah.. Untuk muslim, setiap muslim tetap dijanjikan s ...

Ye. Alhamdulillah rezeki i walaupun dia asal non muslim tapi dia tak minum (arak). Mula kenal dulu I pernah tanya soalan bodoh "u still virgin?" Then dia gelak dia cakap "hey of course ingat I social ke" then I cakap ok good sebab ex bf I (zaman habis sekolah) byk kali terlanjur dgn ex gf dia, that why I break je walau kenal dari sekolah (handsome anak orang berada tapi keji). Dia ada jugak bgtau masa zaman u dia duduk rumah sewa dia bengang dgn kawan dia (Melayu Islam) tapi tiap2 malam bwk balik gf sampai satu tahap dia dah tidur tiba2 member dia kejut suruh tidur luar sebab dia bawak gf. Pernah je dia gaduh dia cakap "aku yg bukan Islam pun tahu dosa tu and tak kesian mak bapak kau ingat kau belajar elok2".

Dia cakap sepatutnya kawan dia tunjuk contoh baik pada dia ini tidak. Dia cakap sebenarnya awal masa belajar dulu nak convert Muslim tapi yg Muslim sendiri pun tunjuk perangai tak elok huhu.

munahminah Publish time 7-3-2019 03:02 PM

Precious moment.... tajuk ni lah yang keluar msa munah spm dulu.. munah jawab tajuk ni.. dan munah dapat A2.. boleh la untuk dibanggakan. Ank kmpung yg bcakap melayu setiap masa. Tahu bi bila dalam kelas je... :$

farlis Publish time 7-3-2019 03:34 PM

Edited by farlis at 7-3-2019 03:35 PM

Momen yg akan saya kenang sampai bila2.. Pernah tinggal rm100 ja dlm tgn utk survive.. Apa sy dan hsbnd buat, beli brg2 dapur, beras telur n few brg2 asas.. Tiap2 hari masak nasi goreng.. Alhamdulillah, syukur dpt lalu kesusahan tu tanpa menyusahkan org lain.betul lah apa org cakap, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. Smpi skrg, kami kenang momen2 ni..

fahdramli Publish time 7-3-2019 04:04 PM

farlis replied at 7-3-2019 03:34 PM
Momen yg akan saya kenang sampai bila2.. Pernah tinggal rm100 ja dlm tgn utk survive.. Apa sy dan hs ...

In deed, saya pernah alami masa2 tu masa awai2 kerja. Gaji masa tu sikit, potong utk buat rumah bagi mak ayah duduk, adik belajar dekat u kena sara, komitmen bulanan lagi, gaji kosong tinggai.. Saya ni suka mempelam, hari2 saya akan makan buah mempelam tu sebagai alas perut, makan nasi sehari sekali. Bestie saya tiap2 minggu akan ajak saya keluar dan dia mmg bayar makan tengahari saya. Petua org, kalau laapar bacaan yaasin blh mengenyang kan, alhamdulillaH mmg jadi. Masa tgh baca yaasin tu, kawan call bagitau dia dh transfer 125 duit baalnce saya ajar tusyen sebelum tu. Menangis saya, purse saya kosong kot.ada jugak rezeki saya hari tu. Takkan nak mintak mak dgn apak kan, apak saya masa tu lumpuh. Cakap pun tak boleh sepenuhnya.. Lepas tu pak lah naik kan gaji 10% utk gomen tahun 2007 tu, masa tu baru boleh bernafas sikit. Sekarang haaaa ambek kau,,, makan tak mau2 sampai dok fikir mcm mana nakkkuruskan at least jari dari
Dok asik typo saja.. Haha

fahdramli Publish time 7-3-2019 04:06 PM

munahminah replied at 7-3-2019 03:02 PM
Precious moment.... tajuk ni lah yang keluar msa munah spm dulu.. munah jawab tajuk ni.. dan munah d ...

Tajuk ni kalau essei,,, memang blh mengarang sbb topik dia luas..

bondeh Publish time 7-3-2019 04:14 PM

fahdramli replied at 7-3-2019 04:04 PM
In deed, saya pernah alami masa2 tu masa awai2 kerja. Gaji masa tu sikit, potong utk buat rumah ba ...

Indahnya perjalanan hidup awak. Tahniah syukur ya rezeki.:)

seribulan Publish time 7-3-2019 04:40 PM

https://previews-videohive.imgix.net/files/255403399/photo-gallery-happy-family-moments-1080p.jpg?auto=compress%2Cformat&fit=crop&crop=top&max-h=8000&max-w=590&s=6d2fd30101050f91cd443a705e5fdde7

seribulan Publish time 7-3-2019 04:42 PM

Edited by seribulan at 7-3-2019 03:47 PM

zaman murid

http://2.bp.blogspot.com/-aBzVc2tt3dI/Vm-8YPP215I/AAAAAAAAH7w/H7z--KYkFpo/s1600/lawak-cuti-sekolah.jpg



fahdramli Publish time 7-3-2019 07:10 PM

seribulan replied at 7-3-2019 04:42 PM
zaman murid

Saya seminggu awai syoq dok bilang cuti.. Haha

little_sis Publish time 7-3-2019 08:35 PM

precious moment ofcoz ada yg happy dan sedih kan.. this time nak cite yg sedih.. kenangan dgn mak aku bbrp hari sblm meninggal dunia.. cite ringkas je la.. aku baru tukar kereta, merasa bawak mak aku jalan2 dekat2 kampung, cuma kitorg berdua je.. then aku belanja mkn semua.. otw blk tu aku tanya, mak seronok tak? mak aku jawab.. seronok la..

next weeknya mak aku meninggal.. lepas bertarung nyawa beberapa hari.. komplikasi pelbagai penyakit.. aku sendiri tatap mak aku saat2 dia hembuskan nafas akhirnya..
semoga mak tenang2 di sana, rehat.. jauh dari dunia ni..

aku xpandai bercerita..

sehirkedi Publish time 7-3-2019 09:00 PM

Momen yang agak masam dan lawak..
Waktu umur 7 tahun pakai cheongsam pink. Ecehh.. Lagak konon paling comel la.. Hari terakhir di kampung nak balik KL, jadi salam semua pak & mak saudara. Jalan menuju ke kereta, kepala toleh belakang sambil lambai tangan kat sedara mara.
Tiba2 jatuh terjelepuk dalam lopak air yg kalerkeruh macam teh susu.. Cheongsam sampai terkoyak rabak tepi peha.. Lutut bedarah sampai sekarang parutnya.. Adoiii malu betol.. Menangis sakan sebab malu.. Bukan sakit punya pasal.

Yang lagi bikin malu, sampai sekarang sedara mara ingat dan dok up cerita jatuh lopak dengan cheongsam pink tu.. Hahahahahaa..
Pages: [1] 2 3
View full version: THE PRECIOUS MOMENT IN LIFE


ADVERTISEMENT