sikatkutu Publish time 4-3-2019 04:29 PM

Siapakah Wahabi Khawarij Di Tahert?

https://2.bp.blogspot.com/-qk1Y2uL-6Lo/W1KoA_6_IXI/AAAAAAAAGME/HUhsJndAr1cuz4YbqXFf7cRQaC70VaEEQCLcBGAs/s400/1.jpg


OLEH: Ibnu Yaakub

Soalan: mengapakah salah seorang pemimpin Daulah Khawarij Ibadhi (aliran ini memisahkan diri dari daulah Abbasiyyah dan berpusat di Tahert dari tahun 761M sebelum dijatuhkan oleh kerajaan Syiah Fatimiyah pada 909M) bernama Abdul Wahab bin Abdurrahman bin Rustum dinisbahkan kepada gerakannya al-Wahabiyah?

Jawapan: perkara ini berlaku apabila ayah Abdul wahab pemimpin daulah Rustumiyah bernama.Abdurrahman bin Rustum cuba mencontohi Sunnah Saidina Umar al-Khattab memilih 7 orang tokoh politik atau tokoh ulama khawarij cuma yang berbezanya beliau memasukkan sekali anaknya yang bernama Abdul Wahab untuk dipilih secara musywarah. Diskusi yang berlaku antara kelompok ink berlarutan sehingga Satu bulan lamanya dan berakhir dengan pemilihan Abdul Wahab sebagai pemerintah seterusnya. Apabila Abdul Wahab menjadi pemerintah, muculnya kelompok yang menuntut ditubuhkan sebuah dewan tetap yang mengawal pemerintahan para pemimpin, idea bermula dari seorang yang gagal mencalonkan diri sebagai pemimpin Daulah Rustumiyah iaitu Yahya bin Fundin. Idea ini ditolak oleh fuqaha' khawarij sehingga mereka melancarkan pemberontakan. Hal telah memisahkan dua kelompok

1. Pro imam Abdul Wahab digelar kelompok Al-Wahabiyah
2. Pro penentang digelar kelompok An- Nakariyah

Pergaduhan menyebabkan berlakunya peperangan yang berakhir dengan kemenangan kelompok al-Wahabiyah. Abdul Wahab berjaya mengembalikan keamanan dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin khawarij Ibadhiyah. Baginda berjaya memperkuatkan kerajaanya dengan menyerang wilayah dinasti Aghlabiyah (merupakan dinasti di Ifriqiyahyang mengakui kedaulatan dan di bawah naungan kerajaan Abbasiyyah) sehingga pemimpinya Ibrahim bin al-Aghlab membuat perjanjian dengan bersedia menyerahkan wilayah2nya ke Daulah Rustumiyah sebagai ganti Daulah Rustumiyah akan akan membiarkan Tripoli dan wilayah di persisiran di bawah kekuasaan Aghlabi.


Pecahan2 kerajaan yang berpisah dari Kerajaan Abbasiyyah    berfahaman khawarij dan Syiah kecuali Umawi di andalus. Kedua mazhab ini dapat menyebarkan akidah mereka ke kawasan Afrika Utara.

Mazhab khawarij Ibadhi dan Shufriyah berjaya meyebarkan fahaman mereka ke beberapa kawasan maghrib (Tripoli, pergunungan Nafusah, Qairuwan, ifriqiyah,Tahert). Hal ini berpunca kepada 2 perkara:

1. Kedudukan kawasan Maghrib yang jauh dari pusat Daulah Abbasiyyah
2. Meraih simpati kaum babar yang merasakan diri mereka dizalimi dan tidak dihargai bangsa Arab.

Faktor ini menyebabkan golongan khawarij berjaya menubuhkan kerajaan yang diidamkan oleh mereka iaitu
1. Mazhab khawarij Ibadhi menubuhkan daulah Rustumiyah (761M-909M)menjadikan kota Tahert sebagai pusat pemerintahannya
2. Khawarij Shufriyah menubukandaulah Midrariyah (757-909M) yang berpusat sijilmasa

Namun golongan khawarijini memiliki kemajuannya, tersendiri. Kerajaan Rustumiyah membangunkan kota Tahert sebagai pusat ilmu pengetahuan, ekonomi, pembanggunan yang maju. Bahkan pemimpinnya bernama Abdul wahab bin Rustum (wahabiyyah) terkenal drngan sikap membaca dan sentiasa membeli buku2 dari baghdad. Kota Tahert juga memiliki perpustakaan yang terkenal dengan koleksi lebih kurang 300 ribu jilid buku sebelum dibakar oleh Syiah Fathimiyah. Daulah Rustumiyah membangunkan perdangangan di lautan dengan Andalusia dan perdagangan di darat dengan Sudan, Ghana dan Sijilmasa.

Kota Sijilmasa di bawah kerajaan Midrariyah berubah menjadi sebuah tempat perniagaan yang besar dan pusat dakwah khawarij Shufriyah


Nota dari penyunting: Wahabiyah ini lah yang sering orang awam terkeliru. Istilah gelar 'Wahabi' pada hari ini sebenarnya tidak dinisbatkan kepada Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab, tetapi sebenarnya 'Wahabi' ialah sandaran kepada nama Abdul Wahab Al-Rustum. Wallahualam.

rastaf Publish time 11-3-2019 04:20 PM


pening aku pasal wahabi ni

Kilokahn Publish time 18-3-2019 04:36 PM

Kerajaan yang bermanhaj Ibadhi sekarang adalah kerajaan Oman.
Pages: [1]
View full version: Siapakah Wahabi Khawarij Di Tahert?


ADVERTISEMENT