tension080808 Publish time 4-3-2019 02:33 PM

PERKARA MENYEDIHKAN PANTAI TELUK KEMANG


PANTAI TELUK KEMANG YANG DAH TAK DAMAI

Mohon pihak 'DISTRICT OFFICER PD' pantau khemah yg disewa sepanjang pantai mencacatkan keindahan pantai dan kotor.
Kedai kedai usang dan kotor macam takda pengawasan dari pihak2 tertentu, tahap kebersihannya memang hancus. Jangan orang kata orang 'negeri sembilan pengotor'. Ini lambang negeri. Orang lain yang buat hal, orang negeri dapat nama.
Hari itu masa mengundi yang menang tu tak buat perubahan ataupun kerja di segi membangunkan industri pelancongan. Macam tak terbela.
'No improvement'.

Menulis kerana sayangkan keindahan pantai tercemar. Dan kebanyakan kita jadikan pantai PORT DICKSON kawasan yang agak dekat utk dilawati pd hujung minggu, bawa anak2 beriadah dan kos yang murah. Jika perlu khemah itu di selenggarankan secara bersystem dan cantik mata memandang. Terlampau banyak khemah tersangat sesak.
Jika tujuan sebagai mata pencarian, harap pihak Majlis Bandaran PD
meletakan satu garis panduan dan munculkan satu idea yang memberi manafaat buat kedua2 belah pihak.
Yang penting pantai cantik dan bersih. Harap khemah di bina jangan dipersisiran pantai, mungkin jauh sedikit dari pantai. Kalau para pengunjung hendak bermain main bola atau apa saja permainan kawasannya sudah terhad.

MERAYU AGAR DAPAT MEMULIHKAN KEMBALI KECANTIKAN PANTAI.
AGAR PIHAK YANG TERLIBAT TUNJUKAN HASIL KERJA DALAM MEMAJUKAN NEGERI SEMBILAN, LEBIH LEBIH LAGI
DALAM INDUSTRI PELANCONGAN. TAK NAMPAK BANYAK PEMULIHAN DALAM MEMAJUKAN NEGERI SEMBILAN.
ABANG ANWAR sila bangun dan lawat kawasan ...:'(

TERKINI
(keadaan yang sesak)

https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2018/10/MGF06102018_TINJAUAN-PANTAI-PD_04.jpg https://img.rnudah.com/images/79/795713013688653.jpg

MULA MULA KONSEP KHEMAH BARU NAK BERTAPAK

https://my.travelmalaysia.me/guide/wp-content/uploads/2017/08/teluk-kemang-5.jpg
DAHULU

https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2017/01/Pantai-Purnama.jpg
MANA YANG LEBIH MENYENANGKAN MATA ...

Orgkgdukobesi Publish time 4-3-2019 03:52 PM

Sapo MP Pot Deksen nih? Tak kerja kah?

senahitam Publish time 4-3-2019 04:09 PM

Setuju. semak kemah byk2 ni. sampaikan menghalang pulak orang yg xnak berkemah ni berkelah. dah semua tempat diorang pacak kan. sewa bukan murah. rm50 sekemah.

lurve82 Publish time 10-3-2019 09:12 AM

aku yg bekerja dekat dgn teluk kemang ni pun menyampah...dah lama giler aku tak g mandi kat situ...aku keje sini dh nak dkt 10thn...tp pegi situ dlm 2,3 kali je...

Vamingomia Publish time 11-3-2019 10:53 PM

Dah lama tak jejak dah
Pages: [1]
View full version: PERKARA MENYEDIHKAN PANTAI TELUK KEMANG


ADVERTISEMENT