noraidil_06 Publish time 2-3-2019 03:12 AM

& pergilah

Tidak akan ada kata yang mampu redakan
Cemburu tidak bertepi memusnahkan jiwa.

Hitam dan pekat
Busuk dan hanyir.


Pergi jauh
Kau roh yang tak pernah tenteram
Jangan dicuit jiwa-jiwa yang tidur.

Kohong lohong
Jijik basuh lah.

noraidil_06 Publish time 2-3-2019 03:16 AM

4 hari itu indah.
Masih indah.
Aku mahu ia kekal indah.

Gagak-gagak jijik yang menghurung
Tak pernah sehari berehat
Terbang keliling
Memagut tanpa henti.

Aku tak mahu lagi
Pergilah, pergilah
Tolonglah pergi
Jangan manis jadi pahit.
Pergi! ku rayu pergi.

sitisenyum Publish time 11-3-2019 01:39 PM

Pergilah syg pergilah kasih...
semoga kau berbahagia di sampingnya
lupakan daku lupakan kenangan kita
agar hidupmu lebih bahagia dan ceria

pergilah dikau jauhlah melangkah
pergilah syg jangan dikau menoleh lagi
pergilah membawa sisa bahagia
tinggalkan lah duka mu disini

pergilah segala kenangan yg ada
pergilah sinar kebahagian menantimu
pantaslah susun langkah mu
hati-hati dalam setiap liku di hadapan mu

pergilah dgn senyuman tinggalkan segala tanggisanmu
pergilah.....
pergi...
Pages: [1]
View full version: & pergilah


ADVERTISEMENT