Miro_Amirul Publish time 28-2-2019 08:46 PM

Cara Menabung RM10K Menjelang Anak SPM


https://media.ohbulan.com/wp-content/uploads/2019/02/hji-630x417.jpgKhas buat ibu bapa ini merupakan tips5 langkah mudah yang perlu diambil oleh mak ayah untuk memastikan anak anda mempunyai simpanan lebih RM10k dalam Tabung Haji ketika usianya 17 tahun dan ke atas.1. Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.2. Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak. Sebagai contoh, RM30 sebulan (RM1 sehari).3. Buat direct debit lebih mudahkan urusan. Apa itu direct debit? Direct Debit ini adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun anda untuk amaun yang tertentu.4. Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.5. Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k.Nilai prinsipal: RM6220Nilai dividen: RM4706Jumlah simpanan: RM10926Kiraan ini belum masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.

ItisDD Publish time 5-3-2019 05:02 PM

First akaun yg anak2 iols ada ialah LUTH sbb duit yg dorang dpt dr dlm pantang iols deposit ke situ.

Even duit raya dorang pun ke situ
Pages: [1]
View full version: Cara Menabung RM10K Menjelang Anak SPM


ADVERTISEMENT