NmeeraR Publish time 28-2-2019 12:14 PM

Dahulu Dan Kini. Gambar Air Terjun Niagara Tercantik Di Dunia Yang Cukup Menakj

Edited by NmeeraR at 28-2-2019 05:38 PM

Air Terjun Niagara adalahantara air terjun yang tercantik dan terpopular di dunia. Ia terletak kira-kira 27 km dari barat laut Buffalo, New York dan 120 kmdari tenggara Toronto, Ontorio.


Air terjun ini terbahagi kepada 3 bahagiaan yang mana bahagian utama dipisahkan oleh Goat Island adalah air terjun Horseshoe (Canada Waterfall) dan America Waterfall.


Berikutnya air terjun lebih kecil iaitu Bridal Veil Waterfall yang bersebelahan dengan Amerika Syarikat dan dipisahkan dari air terjun utama oleh Pulau Luna.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/202708uirfp5ufu7tizgtn.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/202947yhfdu4jq3383d414.jpgKredit Foto Google



Walaupun tidak terlalu tinggi, air terjun ini adalah air terjun paling terpanjang dan terlama di dunia. Lebih daripada 168,000 m3 padu air jatuh dari garis rabung bagi setiap minit dan dikenali sebagai air terjun paling banyak di dunia. Bahkan ia cukup terkenal dengan pelangi indah yang melintas di tengah-tengah air deras.


Namun begitu tahukah anda keadaan dan sejarah sebenar air terjun ini pada suatu ketika dahulu?


Memetik dari beberapa artikel yang berkongsi mengenai sejarahnya,


Sejarah awal pembentukan air terjun Niagara bermula sejak 12500 tahun yang lalu, apabila glasier merosot pada akhir glasiasi Wisconsin (zaman ais terakhir), dan air dari tasik besar yang baru dibentuk mengukir jalan melalui Niagara Escarpment dalam perjalanan ke Lautan Atlantik.


Tahun demi tahun, pembentukan ini berterusan dengan pembekuan dan pencairan dari Sungai Niagara bersama-sama hakisan yang beransur-ansur.


Memetik dari BandNiagara,


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/185604t0pkzkji9zbg523k.jpg




Air terjun Niagara di jumpai oleh penjelajah Perancis, iaitu Father Louis Hennepin pada Disember 1678.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/211224nontx7bw3ppmxvnp.jpg
Kredit Foto: Wikipedia


Air terjun Niagara juga pernah dijadikan kubu kuat orang Perancis dan jugaadalah sebagai loji janakuasa hidroelektrik. Hari ini loji kuasa di kedua-dua bahagian America dan Canada Falls menghasilkan hampir 2.4 juta kilowatt elektrik.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/173557k16hmmco83gc9870.jpg
Janakuasa Hidroelektrik,1910. Credit Foto: Wikipedia

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/173903l9gatzfj6kjjkr0a.jpgJanakuasa Hidroelektrik yang terkini. Kredit foto: Wikipedia


Untuk itu ini perkongsian foto-foto air terjun Niagara dulu dan kini.


Lelaki dan wanita di sisi Kanada Niagara Falls, sekitar tahun 1858
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/174311wuo4duvcc4o0hz44.jpgKredit foto:Wikipedia


Tahun 1869https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/175256z1bdqzznhpzrurfz.jpg


Air yang mula mengalir dengan sendirinyahttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/175607ksasv1hhha0yhf1w.jpg


Air yang mula mengalir deras
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/175802szggq895ks59sh0h.jpg



America Falls pernah "ditutup" semasa usaha kawalan hakisan pada tahun 1969https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/175011taz9z4han09nna8h.jpg



Air terjun Niagara yang membeku, tahun 1910https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/180012lavbgzn5ujll07rl.jpg


Terlihat ramai orang mula menjelajah Air Terjun Niagara
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/180257hnxvq4hy4vqymhy4.jpg


Air terjun Niagara terkinihttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/202123vblt868eaaj3aezj.jpgKredit Foto:Google




Air terjun Niagara , Canada Waterfallhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/182649h9uez0gh82hu2ra2.jpgKredit foto: Google

Air terjun Niagara , America Waterfall
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/202352we5eboplkyixbl85.jpg


Pelangi yang sentiasa dinanti-nantikan pengunjunghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/183338i8eejiic80im4s0j.jpgKredit foto: Google



Air terjun Niagara yang membeku
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/183220lymem330yey2md7h.jpgKredit foto: Google



Dihiasi dengan pancaran lampu warna-warni
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/183443w22bjvhzp22jijj9.jpgKredit foto: Google

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/27/183521jp69ir79n4v7qckv.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/28/121244nqshnaf7pqh3dnaf.jpgKredit foto:Google



Menarik bukan? -CARI

RatuDunia94 Publish time 28-2-2019 01:43 PM

Takut tgok air terjun tu

moonbug Publish time 28-2-2019 02:14 PM

Cantiknya yang belah Canada

mizruncing Publish time 28-2-2019 02:19 PM

subhanallah cantiknyaaa

farlis Publish time 28-2-2019 10:08 PM

Cantiknyaaaa..{:love

faraway1 Publish time 1-3-2019 04:29 AM

kalau boleh naik heli, patut jangan lepas peluang,
cantik gila tengok niagara dari udara...

puanbintang Publish time 8-3-2019 08:50 AM

cantiknya kejadian...

korokure Publish time 9-3-2019 10:43 PM

air terjun yang terkenal diseluruh dunia.

gorjeous Publish time 17-3-2019 02:01 PM

Cantik giler..bila laa nak sampai sana...

bazarayamy Publish time 15-4-2019 11:50 AM

cantiknye.. tapi tahu diri sendiri x berani nk pergi dekat... seram. haha
Pages: [1]
View full version: Dahulu Dan Kini. Gambar Air Terjun Niagara Tercantik Di Dunia Yang Cukup Menakj


ADVERTISEMENT