Miro_Amirul Publish time 27-2-2019 10:33 AM

“Wanita Yang Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami” – Kata Prof

http://www.limaumanis.com/wp-content/uploads/2019/02/aq-678x381.jpg

Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. “SALAH MEMILIH SUAMI”. Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya “padan muka aku”.Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga..”Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-semata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Nampak remeh hal ni tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT.Ranjau rumah tangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.Wahai sang suami, jika kau merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah..” inshaAllah.Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang mendatang, kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang, kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru hara pula yang menjelang. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah…Adakalanya jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti di sebaliknya.Hakikatnya kita memang tidak pernah tahu apa yg sedang MENANTI kita. Namun YAKINLAH, indah atau tidak, pasti ada kebaikan kedua-duanya. ALLAH hanya memberikan yang terbaik kepada hambanya..

Meiizu Publish time 27-2-2019 04:51 PM

ko tunggu jap lagi kelab wanita kecam hahahah
dia ni ada kes sampai orang takleh terima pendapat dia yg telalu positip.

Meiizu Publish time 27-2-2019 04:53 PM

talkshow tv pa tah dulu..ada caller kena dera suami..prof muhaya suruh muhasabah diritengok diri balik instead of bagi pendapatkat caller tu report polis& mintak bantuan perlindungan.
ada sape2 boleh sahkan?

sarahmirza Publish time 27-2-2019 08:45 PM

Apa la yg susah hati sangat..
Dah terasa salah pilih suami,cerai aje la..
Salah pilih suami ni bila suami tak berguna kan..
Fail cerai fasakh atau taklik..
Yang susah kat part layan mahkamah syariah & mulut makcik pakcik bawang... .
Lawyer cari makan, hakim yang suka tangguh bicara, makcik pakcik bawang mulut longkang...

jazaa100 Publish time 28-2-2019 01:01 AM

Meiizu replied at 27-2-2019 04:53 PM
talkshow tv pa tah dulu..ada caller kena dera suami..prof muhaya suruh muhasabah diritengok diri b ...

Betul...

Aku pernah dgr ada sessi soalan dari pendengar....org tu ada masalah dgn mertua...mintak pendapat dia...blh dia hentam org tu kata hati org tu hitam lah....berkeladak lah. ..

Hish....aku tak blh lah dgn dia ni.....

True-X Publish time 28-2-2019 09:29 AM

hahaha.. macam penah dengar kt porem nianak pompuan dia dulu la kan... yg bercerai berai tuh\?.. ade sesape leh sahkan

anyway dulu ade org tanya pasal kenape pompuan ade yg tak kawen2 wpon dah nampak sempurna.. dia kata maybe ade hati pompuan tuh yg gelap... amboiiiiii...


rain2169 Publish time 28-2-2019 09:44 AM

prof..... tak semua orang beruntung seperti anda... :(

Meiizu Publish time 28-2-2019 10:01 AM

Edited by Meiizu at 28-2-2019 10:03 AM

True-X replied at 28-2-2019 09:29 AM
hahaha.. macam penah dengar kt porem nianak pompuan dia dulu la kan... yg bercerai berai tuh\?.. a ...
Waaaaa sedih I baca :'(
Yelah smua salah kita..hati gelap

want2bhappy Publish time 1-3-2019 01:16 PM

sikit2 hati berkeladak... mula2 dulu syok jugak dengar dia kat radio ikim... lama2 takle gi la...

MissCarcosa9753 Publish time 1-3-2019 04:05 PM

Untung la sangat prof ada kehidupan sempurna

sesedap hati nak kata orang tu mallang

selalu didik hati supaya positif

napa dalam hal ni takleh positif

Menakautau Publish time 1-3-2019 04:06 PM

Manak rasa muhaya ni fokus pada rawat mata pesakit dia lagik pekdah.....

:lol::lol:

Menakautau Publish time 1-3-2019 04:08 PM

sarahmirza replied at 27-2-2019 08:45 PM
Apa la yg susah hati sangat..
Dah terasa salah pilih suami,cerai aje la..
Salah pilih suami ni ...

Hang dari hari pertama kawen sampai dah beranak pinak masih jadi lembu laki kena kuar bekerja....Tak tersalah pilih laki kah?

Bila nak ceraikan dia odah????

:shutup:

Menakautau Publish time 1-3-2019 04:11 PM

rain2169 replied at 28-2-2019 09:44 AM
prof..... tak semua orang beruntung seperti anda...

bulannya terang sebab seorngdoktor....gaji masyukkkkkkkkk...laki dapat tempias...cuba dia belajar pun Tak lepas hidup setakat beri Syarah an macam ni..mau kena cerai dgn laki Kan?

;P;P

leylapple Publish time 1-3-2019 04:19 PM

Menakautau replied at 1-3-2019 04:06 PM
Manak rasa muhaya ni fokus pada rawat mata pesakit dia lagik pekdah.....

manak...

mana lebih payah.. nak celikkan mata penglihatan atau mata hati?

Menakautau Publish time 1-3-2019 04:30 PM

leylapple replied at 1-3-2019 04:19 PM
manak...

mana lebih payah.. nak celikkan mata penglihatan atau mata hati?

Manak belum have this luxury...diuji dgn takcelikpenglihatan dan buta hati....

Maybe robin boleh jawab kegundahan hang ini...sebab robin dah lalui kedua dua scenario ini.....

yuhuuuuuuuu robin...you are wanted.......

{:1_552:}

leylapple Publish time 1-3-2019 04:50 PM

Menakautau replied at 1-3-2019 04:30 PM
Manak belum have this luxury...diuji dgn takcelikpenglihatan dan buta hati....

Maybe robin...

eleh manak....merendah diri lah pulakkkk;P

sarahmirza Publish time 4-3-2019 10:19 AM

Menakautau replied at 1-3-2019 04:08 PM
Hang dari hari pertama kawen sampai dah beranak pinak masih jadi lembu laki kena kuar bekerja....T ...

Ada susahkan hidup sesiapa ke?
Hidup Manak jadi susah ke?
Kalau takde kesan, jangan membabikan diri sendiri pulak..
Leceh nak kena samak..

:D

juruterra Publish time 4-3-2019 10:40 AM

bosan dgr muhaya ni, semua kena relfexi diri. apa jd semua kita yg kena muhasabah… ermmm akak xleh nk positif tahap gaban gitu

Genkidesuka Publish time 4-3-2019 02:35 PM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Akak nak membebel ni.Lama tak membebel.Last membebel masa anak2 kecik dulu2.Akak ni tak familiar dgn Dr ni, tp ada la nmpk org share kata2nya di FB.


Betullah apa yg Dr tu ckp.Korang baca ke tidak artikel kt atas tu?Korang ingat hidup Dr tu takde ujian langsung ke?Korang ingat org yg cool all the time tu, yg tak pernah stress tu tak pernah dpt musibah ke?Korang ingat hidup dia smooth sailing saja ke?Korang saja la yg hidup stress, susah sokmo, ada je ujian berat datang kan?


Check balik aqidah.Tanya sama hati korang tu, korang ni beriman kan?Allah berfirman dah kan dlm Surah Al Baqarah ayat 286.Kalau tak tahu, ha cari ayat tu, cari sekarang.Buka window tab lain.Ni zmn moden jgn nak kata tak reti nak cari.Ha, apa Allah kata situ?

Dr tu entah2 pernah alami musibah jauh lebih berat dari kita.Dia jatuh, dia bgn, dia jatuh lagi, dia bgn lagi, dia jatuh lagi tp dia bgn lagi.Dia belajar dari musibah itu.Dia dah dpt jawapannya.Semua ada sbbnya.Kdg kita tak nmpk pun hikmahnya sekarang tp akan2 dtg nanti nampaklah.Allah bg ujian sbb nak test iman kita.Kita org awam ni - yg RAJIN membaca ni, yg RAJIN nak belajar ilmu fardhu ain yg 3 iaitu tauhid, feqah dan tasawwuf ni - tahu apa?Tahu nak salahkan org aje.Suruh muhasabah diri, koreksi diri, disalahkannya org tu balik, APA INGAT NAK POSITIF SEMUDAH 1 2 3?!


Mmg tak mudah.Lebih tak mudah lagi kalau hati tu tak mau dgr nasihat org.Org bagi nasihat sbb dia nak share.Boleh aje dia stay jd doktor mata tu kan, tp dia nak share ilmu yg dia dah tahu. Salah ke?Salah ke dia nak berdakwah pd kita2 ni?Salah ke bila dia tegur hati kita ada tompok2 hitam?Kalau kita tak mahu terima katanya tu, mmg betullah hati kita ada tompok2 hitam.Cuci hati tu.


To be continued kalau ada yg nak bangkang.


Genkidesuka Publish time 4-3-2019 04:29 PM

Edited by Genkidesuka at 4-3-2019 04:31 PM

Sambungan sikit... sikit je.

Siapa sini nak nikmat jiwa tenang?Takde stress2, takde tension2, takde melatah, takde sebal, jengkel dan lain2 perasaan yg negatif2 tu?   Baca ni baik2.Baca, jgn malas baca.Kita mesti keluar dari kejahilan.

Benar, kita mmg takkan boleh ubah perangai org lain.Kita mmg takkan boleh ubah situasi buruk yg kita rasa tak tertolong lagi.Maka, satu2nya jln yg kita boleh buat ialah muhasabah dan koreksi diri.Dekatkan diri dgn Allah.Gantung harap kpdNya, 100%.Kita yakin seyakin2nya bahawa hanya Allah dgn sifat2 wajibNya itulah yg boleh membantu kita (ilmu tauhid/aqidah).Kita wajib beriman bahawa usaha kita tu pun dari Allah jua.Doa makbulatau tidak, dua2 itukehendak Allah.Kalau Allah kehendaki begitu, begitulah.Kalau Allah kehendaki begini, beginilah.

Tp nak beribadat, jgn main langgaq pi.Ada waktu haram solat, ada hari haram puasa, rukun2 kena ingat semua tu (ilmu feqah).Nak ibadat sah, wajiblah belajar feqah.Lebih2 lagi kaum wanita.Basuh kain ada najis mcm mana.Jenis2 air mcm mana.Mop rumah tu guna air apa, air mutlak atau air musta'amal.Kita nak solat ni, sucikah baju dan tmpt kita solat itu?Dah ada ilmu tu, amalkan.

Bila kita istiqomah dgn amalan soleh, Insya Allah bila Allah dtgkan mcm2 bentuk ujian, kita akan hadapinya dgn fikiran yg terbuka, dgn berlapang dada.Tu la jawapannya kpd jiwa tenang lifestyle.Dr Muhaya tu nmpk stress free je kan?Tak nak mcm dia ke?Org katalah apa pun, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Sbb apa?Sbb pergantungannya hanya kpd Allah.Dia tahu hanya kpd Allah sajalah tmpt yg layak dia berharap tatkala ditimpa kesusahan.Dgn sendirinya, the heartwill be reassured.Setiap ujian disambut dgn senyuman dan ucapan

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Bestnya hidup tenang.Duit sikit tp rasa cukup.Org kata2 kita, kita doakan keampunan dia.Org bagi tahi kita bg bunga la pendek kata.Bukan being a pushover, no.Kita buat utk diri kita.Kan best tu, org pot pet pot pet tp kita rilek je, senyum je dgr, mendoakan dia lagi.Tu la yg Dr dan org2 lain yg fhm ilmu tasawwuf buat.Berilmu dan beramal niatkan hanya utk mendpt rahmat dan redho Allah.Jiwa tenang tu bonus je.Mudah kan?

Tp bila dah berilmu, JGN sombong dan angkuh pulak.Sbb bila dah ada masalah hati mcm tu, bertompok hitam semula la hati tu.Dan ini ialah lebih teruk keadaannya dari org yg jahil.Wallahua'lam.
Pages: [1]
View full version: “Wanita Yang Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami” – Kata Prof


ADVERTISEMENT