eimila Publish time 25-2-2019 12:41 PM

Satu Pulau, Tapi Dimiliki Dua Negara?

Pelik tapi benar! Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat satu pulau di Borneo yang dikongsi pemilikannya oleh Malaysia dan Indonesia, iaitu Pulau Sebatik.

Bahagian utara pulau ini dimiliki oleh Malaysia manakala bahagian selatannya dimiliki oleh Indonesia.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/24/175701c9hr8h2n9jm2n9vv.jpgSumber foto: Imej daripada Google



Pulau yang berkeluasan lebih kurang 452 kilometer persegi ini didiami hampir 100,000 penduduk di kedua-dua bahagian. Perjalanan dari bandar terdekat di Indonesia, iaitu Nunukan mengambil masa lebih kurang 30 minit menggunakan bot kecil. Perjalanan dari bandar terdekat di Malaysia, iaitu Tawau, Sabah mengambil masa yang lebih singkat iaitu sekitar 15 minit sahaja dengan menggunakan bot juga.


Penduduk di Pulau Sebatik lebih cenderung untuk ke Tawau bagi mendapatkan barangan keperluan harian mereka kerana ia lebih dekat dan murah kosnya berbanding ke Nunukan. Urusan jual-beli di Pulau Sebatik juga menggunakan kedua-dua matawang Ringgit dan Rupiah. Jadi, anda tidak perlu risau akan masalah kekangan bahasa dan budaya. Barangan yang dijual di sini juga kebanyakannya adalah barangan buatan Malaysia!


Yang menariknya, terdapat satu rumah yang secara geografinya terletak di kedua-dua negara kerana ruang tamunya berada di bahagian Indonesia manakala ruang dapurnya berada di bahagian Malaysia. Rumah ini sering menjadi kunjungan pelawat ke Pulau Sebatik disebabkan keunikannya.


Pemiliknya yang bernama Mangapara juga tidak jemu dengan kunjungan pelawat yang ingin merasai sendiri keadaan di dalam rumah dua negara ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/24/181952czq22iul9cqp8l60.pngRumah yang berada di sempadan antara Malaysia dengan Indonesia (Sumber: Imej Google)



Bagi yang ingin berkunjung ke pulau dua negara ini, anda tidak perlu menggunakan pasport. Pengunjung hanya perlu mendapatkan pas masuk sahaja untuk keluar dan masuk ke pulau ini. Kalau anda tidak mabuk laut dan ingin merasai pengalaman berada di pulau dua negara, apa kata anda jadikan Pulau Sebatik sebagai destinasi pelancongan yang seterusnya? - CARI

nazzse Publish time 25-2-2019 12:59 PM

Menarik, baru tau..
Boleh masuk dlm wishlist ni

eimila Publish time 25-2-2019 01:25 PM

nazzse replied at 25-2-2019 12:59 PM
Menarik, baru tau..
Boleh masuk dlm wishlist ni

Haaa..sila2..Blh amik flight direct ke Tawau :)

kucingitam Publish time 25-2-2019 02:28 PM

dengan tanah terus dia claim ni..:lol:

AyaqMeloSuam Publish time 25-2-2019 05:01 PM

Wah.. menarikkk...

giyomi Publish time 25-2-2019 06:44 PM

tp pelik gak manusia ni, rumah mangapara tu jadi kunjungan for stupid reason.

RatuDunia94 Publish time 25-2-2019 10:28 PM

Mesti byk kes penyeludupan barang2..

hagemaru12 Publish time 26-2-2019 09:20 AM

Apa yang peliknya? Pulau Borneo pun dikongsi 2 negara.. Tak gitu?

zacEfron Publish time 26-2-2019 11:03 AM

borneo.. 3 negara.. :lol:

dekmieDandy Publish time 26-2-2019 11:13 AM

pelik? borneo pon dua negara jugak

Skuau Publish time 26-2-2019 08:46 PM

zacEfron replied at 26-2-2019 11:03 AM
borneo.. 3 negara..

yup...Msia,INDON,Brunei...

eimila Publish time 27-2-2019 08:49 AM

giyomi replied at 25-2-2019 06:44 PM
tp pelik gak manusia ni, rumah mangapara tu jadi kunjungan for stupid reason.

haha..kann? Tapi Mangapara tu pun mesti suka sebab maybe dia dapat la kutip bayaran masuk :lol:

eimila Publish time 27-2-2019 08:50 AM

RatuDunia94 replied at 25-2-2019 10:28 PM
Mesti byk kes penyeludupan barang2..

Pernah tengok dlm satu video yang barangan Malaysia byk dibawa ke Indo sebab lagi murah cthnya mcm gula, beras...

reddots Publish time 27-2-2019 03:35 PM

banyak jer 1 pulau share ngan other country..

contoh:
1. Saint Martin : France & Belanda
2. Market Is : Sweden & Finland
3. Dall Is : USA & Canada
4. New Guinea: Papua NG & Indonesia

eh byk la..:lol:

eimila Publish time 28-2-2019 10:51 AM

reddots replied at 27-2-2019 03:35 PM
banyak jer 1 pulau share ngan other country..

contoh:


next article...idea ni :)

korokure Publish time 3-3-2019 05:18 PM

1st tine dengar nama pulau Sebatik ni

biozipstar Publish time 10-5-2019 11:05 AM

cantik tak sebatik tu?

Irisha Publish time 24-5-2019 11:06 AM

Menarik ni...

ShiningStars Publish time 24-5-2019 03:43 PM

Menarik juga:D baru tau kewujudan pulau ni:loveliness:

icha1905 Publish time 28-5-2019 09:12 PM

Menarik gak ni..boleh plan visit ke sana..
Pages: [1] 2
View full version: Satu Pulau, Tapi Dimiliki Dua Negara?


ADVERTISEMENT