hanglipolopo Publish time 20-2-2019 09:50 AM

Tips Dan Cara Memilih Atau Mengetahui Sotong Segar

Sotong yang selalu menjadi pilihan adalah jenis sotong putih ataupon dikenali sebagai sotong cumi. Sotong jenis ni banyak dijual di pasar malah terdapat juga pasaraya besar yang menjualnya. Harga pasaran sotong ini adalah sekitar RM12 sehingga mencecah RM50 mengikut saiz dan juga kesegarannya. Memilih sotong segar memerlukan sedikit ilmu dan juga ketelitian. Antara tips untuk memilih sotong adalah seperti berikut.


https://iluminasi.com/img/upload/sotong-segar.jpg

Tips Pilih Sotong Segar
[*]Struktur badan sotong segar lebih pejal, badannya kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
[*]Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
[*]Matanya bulat,tidak berkedut dan juga bersinar.
[*]Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Apabila dibiar terlalu lama kulit sotong akan bertukar menjadi warna kemerahan serta keunguan.
[*]Sotong segar biasanya masih berlendir dan juga tidak berbau hanyir.
[*]Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
[*]Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian dalam sotong.
Ini diantara tips-tips untuk anda memilih sotong yang segar. Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Sotong yang segar rasanya manis dan sedap apabila dimasak. Selamat mencuba.



https://iluminasi.com/img/upload/panduan-pilih-sotong-segar.jpg

https://iluminasi.com/img/upload/cara-nak-tahu-sotong-segar.jpg


chinta89 Publish time 20-2-2019 10:01 AM

sedapnya Sotong Celup Tepung dan Sotong Kuah Hitam

cpnor Publish time 25-5-2019 10:07 PM

Thanks share tios pilih sotong..Sedap ni buat celup tepung x pun masak sambal..

kuchibambam Publish time 19-3-2021 11:16 PM

KAlau byk ungu kiranya tak segar lha ek
Pages: [1]
View full version: Tips Dan Cara Memilih Atau Mengetahui Sotong Segar


ADVERTISEMENT