Akmal_Mohamad Publish time 19-2-2019 10:56 AM

Frozen 2, Tidak Mampu 'Let It Go'

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/14/154858bteotkvoepl1vszt.jpg



Disney sekali lagi menampilkan kejutan yang semestinya akan mengempiskan poket ibu bapa yang mempunyai "princess wannabe" di rumahnya.

Mana tidaknya, selepas trailer animasi klasik dan bertaraf legenda 'Dumbo' dan 'Lion King' (remake) telah berjaya menggoncangkan kestabilan dunia Internet beberapa bulan lalu, kini trailer animasi Frozen 2 pula diluncurkan di laman YouTube beberapa hari lalu.


Sudahlah Marry Poppin 2 pun akan ditayangkan juga. Rakus betul Disney pada tahun ini ya?




suVQt0pfOLc


Semestinya OST kepada filem animasi ini pernah dijadikan siulan yang terlalu degil untuk dihalau pergi dari layar akal kita. Walaupun melodinya agak cheesy, tidak dinafikan auranya begitu menyerlah.


Laungan vokal bernada lantang 'Let It Go' yang berulang kali seni katanya dilaungkan memberikan simbolik halus demi kepuasan jiwa buat mereka yang sedang kusut dalam menghadapi konflik.


Namun, keaslian Let It Go daripada Chester Bennington, vokalis Linkin Park yang terlebih dahulu menguntaikan frasa keramat itu dalam karya masterpiecenya, Iridescent, lebih mantap kemerduan dan penuh sentimental emosinya.




xLYiIBCN9ec


Semestinya ramai peminat animasi dari studio Disney tidak sabar untuk menerjah panggung. Elemen kejutan yang akan dijadikan modal buat setiap pembikin filem secara adatnya akan diperam sehinggalah tarikh tayangan tiba.


Jadi, apakah yang akan terjadi kepada Elsa kali ini? Menerusi trailer, kelihatan Elsa suka main laut nampaknya. - CARI

RatuDunia94 Publish time 19-2-2019 11:19 AM

Filem ni keluar bulan 11. So mak bpk boleh bg reward kat anak yg dpt result cemerlang exam akhir tahun, upsr...

None68 Publish time 19-2-2019 11:57 AM

Oh lama lagi ingatkan dah on air..

chinta89 Publish time 19-2-2019 04:02 PM

ak tgu tgk yg kat youtube je hehe. lmbt lagilah yer dpt ku tengok.

annehuda Publish time 22-2-2019 02:03 PM

thread dah ade.

annehuda Publish time 22-2-2019 02:04 PM

sila rujuk sini

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1146902&highlight=frozen
Pages: [1]
View full version: Frozen 2, Tidak Mampu 'Let It Go'


ADVERTISEMENT