kakyungpilah85 Publish time 19-2-2019 08:46 AM

Muflis Di Usia Remaja

Edited by Syd at 26-8-2019 01:23 PM

*sumber : Harian Metro
“Saya berusia 26 tahun dan baru tiga tahun bekerja. Sekarang, bayaran ansuran saya kepada pihak bank teruk disebabkan penggunaan kad kredit tidak terkawal,” pengakuan Azri (bukan nama sebenar).
Seorang lagi, Izatul (bukan nama sebenar), 25, pula mengaku dia terpaksa membuat pinjaman peribadi bagi membayar balik hutang dan kini menanggung komitmen kredit yang tinggi, selain membantu keluarga.
Azri dan Izatul antara golongan muda yang sempat memberi komen ringkas dan mengaku gagal menguruskan kewangan mereka sehingga berdepan masalah bayaran ansuran pembiayaan kepada pihak bank.
Percaya atau tidak, di Malaysia wujud individu yang berusia 18 tahun diisytiharkan muflis. Demikian menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia pada November tahun lalu.
Malah, seramai 64,632 rakyat Malaysia direkodkan muflis dalam lima tahun lalu, membabitkan usia semuda itu hingga 44 tahun. Sebagai tambahan, seramai 13,338 individu berada di dalam belenggu itu pada September 2018.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/muplis1_1550358289.jpg
PENGURUSAN wang yang baik ketika muda bantu ke arah kehidupan lebih selesa pada masa depan.
FOTO Zulfadhli Zulkifli

Hakikatnya, tidak kira membabitkan kadar jumlah muflis atau usia, kedua-dua angka itu membimbangkan kerana ia boleh memberi kesan negatif bukan saja terhadap aspek sosiomasyarakat, malah berpotensi merencatkan pertumbuhan ekonomi makro dalam jangka panjang.
Membincangkan dari segi usia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan, mereka yang berusia antara 30 hingga 40 tahun paling ramai merujuk kepada agensi berkenaan berkaitan pengurusan kredit.
Aktiviti pengurusan kredit yang dikenali sebagai Program Pengurusan Kredit (PPK) yang dijalankan sejak 2006 sehingga Disember 2018 sudah membantu 256,579 peserta yang berhutang atau pengurusan kredit membabitkan 19,345 kes hutang dengan nilai tunggakan RM777.1 juta.
Berdasarkan statistik AKPK, seramai 246,041 peserta program itu direkodkan setakat tahun lalu dan 100,543 orang atau 40.9 peratus membabitkan golongan berusia 30 hingga 40 tahun.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/muplis3_1550358390.jpg
AKTIVITI beli-belah yang tidak terkawal disebabkan pengurusan wang yang lemah.
FOTO Salhani Ibrahim

Menurut Pengurus Besar Bahagian Operasi AKPK, Nor Fazleen Zakaria, saban tahun kumpulan usia itu mendominasi jumlah peserta pengurusan kredit berikutan beberapa faktor antaranya perancangan kewangan lemah dan kos sara hidup yang tinggi.
Beliau berkata, isu pengurusan wang yang lemah menjadi punca paling popular dalam kalangan peserta PPK kerana mereka mula mengumpul masalah kredit bermula usia antara 20 hingga 30 tahun.
“Pada usia 20 hingga 30 tahun, kebanyakan mereka masih ‘lembut’ dan leka dengan aktiviti perbelanjaan. Contohnya, sebaik saja tamat pengajian dan mula bekerja, senario membeli kenderaan menjadi perkara biasa.
“Ketika itu, mereka tidak ada masalah untuk membuat pinjaman kerana tiada komitmen lain dan membuat keputusan membeli kereta yang diidamkan dengan kadar bayaran bulanan agak tinggi.
“Pada masa sama, perbelanjaan menggunakan kad kredit tanpa kawalan juga berlaku kerana mereka yang baru bekerja ini, mudah mendapatkan kad berkenaan kerana komitmen kredit setiap bulan masih berada di tahap mampu diselesaikan,” katanya.
Jelasnya lagi, mereka yang berusia dalam kelompok 20 hingga 30 tahun juga mudah untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan perbelanjaan ke atas sesuatu aset tidak kekal seperti membayar hutang kad kredit, gaya hidup dan perbelanjaan perkahwinan.
“Dalam tempoh 10 tahun itu pelbagai komitmen kredit yang perlu ditanggung dan mungkin pada masa itu masih mampu dibayar kerana tidak mempunyai tanggungan lain seperti isteri atau anak,” katanya.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/muplis2_1550358334.jpg
NOR Fazleen mendedahkan mereka berusia antara 30 hingga 40 tahun paling ramai dapatkan khidmat pengurusan kredit.
FOTO Rohanis Shukri

Dari segi statistik mengikut status, 78.1 peratus atau 192,122 peserta PPK adalah mereka yang sudah berkahwin dan jumlah itu jauh meninggalkan status bujang yang menyumbang pada kadar 14.9 peratus kepada 36,708 peserta.
Menjelaskan lagi berkenaan perkara itu, Nor Fazleen berkata, selepas berusia 30 tahun, ramai sudah mula memiliki keluarga dan masalah pengurusan hutang mula timbul ketika itu kerana terdapat pelbagai komitmen tambahan perlu ditanggung.
Katanya, komitmen tambahan perbelanjaan seperti ansuran bulanan rumah, perbelanjaan dapur, bil hospital, wang persekolahan anak dan perbelanjaan gaya hidup keluarga serta diri sendiri.
“Secara ideal, komitmen hutang kepada bank tidak boleh melebihi 40 peratus daripada pendapatan bersih setiap bulan bagi memastikan perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik.
“Maka, perkara utama di sini ialah pada usia 20 hingga 30 tahun adalah tempoh waktu yang paling penting bagi memastikan kita bijak menguruskan wang dan tidak terperangkap dengan bebanan hutang tambahan apabila usia meningkat,” katanya.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/muplis4_1550358436.jpg
PRIVASI setiap pelanggan di AKPK dijaga dan tidak didedahkan.
FOTO Rohanis Shukri

PPK diwujudkan bagi membantu individu yang berdepan masalah kredit untuk menyelesaikan hutang menerusi pelan pembayaran balik yang sesuai dengan keperluan peminjam secara khusus.
Menerusi program ini, AKPK menjadi pihak ketiga antara peminjam dan pihak bank bagi menyelesaikan pembayaran hutang individu berkenaan. Langkah menstruktur semula pembayaran tertakluk kepada budi bicara pihak bank. Khidmat ini diberikan percuma kepada orang ramai tanpa membabitkan pihak lain.
Nor Fazleen berkata, orang ramai diingatkan tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menjadikan PPK sebagai batu loncatan untuk menyelesaikan masalah itu kerana AKPK bekerjasama erat dengan semua bank dan sentiasa memantau sebarang aktiviti yang cuba mengambil kesempatan.“Sebelum kita membantu mereka menstrukturkan semula pembayaran, individu itu perlu menunjukkan secara jelas aktiviti kewangan mereka kepada kami.“Mengikuti program ini bukan sesuatu yang amat menggembirakan kerana nama mereka sudah disenaraikan sebagai peserta AKPK di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).“Perkara ini bermakna, pihak bank sudah mengetahui sejarah pembayaran semula individu itu dan agak sukar untuk mendapat kelulusan bagi permohonan pembiayaan kewangan yang baru,” katanya.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/muplis5_1550358461.jpg
AKPK sentiasa menyediakan perkhidmatan pengurusan wang yang diperlukan orang ramai secara percuma.
FOTO Rohanis Shukri

Dari tahun ke tahun, jumlah permohonan PPK sentiasa meningkat dengan rekod 8,172 individu pada 2006 kepada 256,579 individu pada tahun lalu.Nor Fazleen berkata, kadar pertumbuhan itu tidak mencerminkan perkara yang negatif sepenuhnya kerana perkara itu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang berdepan dengan masalah kewangan semakin berani tampil untuk menyelesaikannya bagi mengelakkan sebarang masalah lebih buruk pada masa depan.
“Maksudnya, kini rakyat di negara ini kian peka dengan berusaha cari jalan untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka. Mereka tahu jika tidak mengambil sebarang tindakan seperti mendapatkan bantuan daripada AKPK, mereka mungkin bakal berdepan tindakan undang-undang oleh pihak bank.“Seperti kita tahu, sekiranya gagal melunaskan bayaran semula daripada pihak bank, pelbagai masalah lebih rumit akan mereka hadapi dan paling mengerikan tentu jika diisytiharkan muflis,” katanya.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/muplis6_1550358484.jpg
KAUNSELING pengurusan wang wajib diikuti semua peserta.
FOTO Rohanis Shukri


tagas Publish time 19-2-2019 11:49 AM

gaji ciput kos sara hidup makin meningkat saban tahun

dgn persaingan sosial setiap hari berlawan lifestyle

keta travel tudung baju etc

so pndai2 la nak manage n kawal nafsu tu :$

prettyuglybabe Publish time 19-2-2019 12:20 PM

sendiri yang tak pandai manage..
sibuk sangat nak menunjuk paling have-have..
sendiri la yang salah..
but apa pun, kalau ada masalah nak bayar balik ke bank, better pi deal terus kat bank..
tak yah la gi akpk ni.. buang masa je..

sitisenyum Publish time 19-2-2019 09:59 PM

Ukur baju di badan sendiri.n klu size L maka beli L jgn beli double XL....
Semua terletak dkt diri sendiri control nafsu nk bergaya..

sambaldurian Publish time 24-2-2019 04:30 PM

Isytihar muflis klu xboleh byr hutang rm50k kn, amboi kad kredit n personal loan smpai rm50k ke. Sbb tu ak amek loan asb x berani amek bnyk, rm10k je, ok fine x untung le, tp bolehlah nk paksa diri menabung dgn kaedah berhutang gitu. Cpt la lg 2 thn, nk guna duit tu.

sambaldurian Publish time 24-2-2019 05:13 PM

sambaldurian replied at 24-2-2019 04:30 PM
Isytihar muflis klu xboleh byr hutang rm50k kn, amboi kad kredit n personal loan smpai rm50k ke. Sbb ...

Btw ak pun amek personal loan, yela nk kos pergi balik g keje lg, umah xde public transport. Jln pun bertol. Tp cc n personal loan try guna minima yg mungkin. Buat byr insurans, petrol - ni dpt rebate.kemahuan yg teringin sgt. PL yg suku tu buat letak dlm TH ke, asb ke, buat investment cm CWA ke, public mutual ke. Zmn skg nk xnk kena meminjam jgk tp berhati2. "Pesanan utk diri sendiri".

mamarock Publish time 14-5-2019 06:33 PM

Peranan ibubapa penting dalam mendidik anak-anak celik kewangan ni.

Nampak remeh tapi didikan belanja apa yang perlu sahaja mengikut keperluan (berjimat), menabung secara berterusan dan hasilnya kita monitor setiap tahun. Keuntungan daripada simpanan itu, kita laburkan pula untuk dapatkan lebih keuntungan.

Katakan kawan-kawan baru mula menabung diusia 20an, ketika mula bekerja, berbanding dgn anak-anak yang sudah diajar menabung daripada awal (biasiswa/elaun pama/kerja part time dll). Beza kan? Samada drp jumlah wang yang ada dan juga sikap berbelanja.

Jika bernasib baik, ketika awal bekerja, guna aje kereta mak bapak. Tak perlu beli kereta baru. Kalau tak de, simpanan dah ada sedikit, gunakan utk beli kereta terpakai. Kalau boleh, elakkan berhutang.




rje Publish time 27-5-2019 12:50 PM

setiap org ada dugaan masing2..

Lengkong Publish time 17-6-2019 07:48 PM

Ye kalau rasa tak mampu rasanya tak perlu beli kereta yg boleh jadi bebanan untuk dibayar bulan2. Pastikan kita mampu dari segi bayaran bulanan servis dan insuran. Tak perlu kita terikut2 dengan cara org lain.

Lengkong Publish time 17-6-2019 07:50 PM

mamarock replied at 14-5-2019 06:33 PM
Peranan ibubapa penting dalam mendidik anak-anak celik kewangan ni.

Nampak remeh tapi didikan be ...

Setuju..tak perlu terus beli kereta awal2 keja. Bagi yg di bandar lagi senang public transport banyak

Violettaa Publish time 18-6-2019 01:30 PM

Muflis selalunya berpunca daripada diri sendiri, contohnya, kawan ada kereta lambang H atau B atau M, kita pun nak sama tanpa memikirkan kos kos sampingan seperti service, minyak, cukai jalan dan insurans yang luar daripada kemampuan gaji. Nak tinggal pula tempat have have, tak mau apartment biasa harga setaraf gaji, kena tempat high standard baru ada kelas, segan kat orang kampung nanti tapi mentality begini la yang membuatkan orang kita terutamanya muda mudi cepat terjelepuk dengan masalah hutang.


Selain tu, kawan update dalam facebook group travel, kita pula eh, I nak jugak la, kad kredit kan ada beli tiket dan travel, nanti boleh bayar. Tempat ni menari tempat tu menarik. Nak selfie nak tunjuk I pun mampu pergi lah. Endingnya, hutang kad kredit menimbun terpaksa cover cari kambus pendapatan yang ada. Boleh travel tapi pastikan wang atau belanja yang digunakan travel dari hasil simpanan khas untuk travel sahaja. Travel secara educated bukan secara pprt nak tunjuk kat soc med segala.

Skala gaji pula susah nak naik, kalau ya pun lambat mcm siput. Nak cepat naik kena pindah randah tapi selesa ke asik pindah randah tempat kerja, demi mengejar sejumlah wang.

Apapun, cuba berusaha didik anak kita dari skrg waktu kecil agar kesilapan remaja yang ada sekarang tidak berulang.

ultramant Publish time 19-8-2019 11:57 PM

ramai sangat berhutang ni. masalah kewangan teruk skrg ni

ultramant Publish time 19-8-2019 11:59 PM

Lengkong replied at 17-6-2019 07:48 PM
Ye kalau rasa tak mampu rasanya tak perlu beli kereta yg boleh jadi bebanan untuk dibayar bulan2. Pa ...

betul tu pastu buat loan dengan ahlong pulak lagi cari nahas

ultramant Publish time 19-8-2019 11:59 PM

Lengkong replied at 17-6-2019 07:50 PM
Setuju..tak perlu terus beli kereta awal2 keja. Bagi yg di bandar lagi senang public transport ban ...

orang skrgni tak nak naik public transport nk buat mcm mna

chicozinn Publish time 20-8-2019 10:48 AM

sambaldurian replied at 24-2-2019 05:13 PM
Btw ak pun amek personal loan, yela nk kos pergi balik g keje lg, umah xde public transport. Jln p ...

kalu rebat tu bukan ke kita still lagi kena bayar interest utk cc?so berbaloi ke idok tu?sbab meollss xpnah ade cc n somi pun xbagi buat cc

chicozinn Publish time 20-8-2019 10:50 AM

ultramant replied at 19-8-2019 11:59 PM
orang skrgni tak nak naik public transport nk buat mcm mna

aku kalau kat johor ni public transport cm kat kl aku sanggup gi keje naik bas n tren..kat sini bas pun xsume tempat dia gi acaner tu?

sambaldurian Publish time 20-8-2019 12:41 PM

chicozinn replied at 20-8-2019 10:48 AM
kalu rebat tu bukan ke kita still lagi kena bayar interest utk cc?so berbaloi ke idok tu?sbab meol ...

Klu sejenis byr on time and mmg jenis byr full payment , sejenis mmg guna cc bkn utk berhutang tp kemudahan malas nk kuar duit ke berbaloi. Tp skg ni ada sst rm25, tu x best sikit. Tp sejenis ak, mmg guna utk berhutang byr on time tp x full pmt, x la. Sbb dia ada finance charges, interest lg. Tp ak guna xde la byr minimum, byr lebih sikit. Hutang dlm cc tu bertambah sbb ak buat autodebit insurans, and terbeli handphone aritu. Huhu. Tp ak ni sejenis terkawal la. Klu nk amek cc, baca dulu promo dia, takut teramek yg ada annual fee.

fidra Publish time 20-8-2019 05:38 PM

Hasben penah alami benda yang sama, maklum la masing - masing muda lagi. Tak berapa paham sangat. Bila nak buat loan emergency dah tak lepas. Sebab ada rekod.

fidra Publish time 20-8-2019 05:41 PM

ultramant replied at 19-8-2019 11:59 PM
betul tu pastu buat loan dengan ahlong pulak lagi cari nahas

Yang cari ahlong dah kenapa? memang mati lah. Banyak syarikat n institusi lain boleh bagi loan. Takyah nak amik yg berisiko.

burhanudd90 Publish time 20-8-2019 09:35 PM

fidra replied at 20-8-2019 05:41 PM
Yang cari ahlong dah kenapa? memang mati lah. Banyak syarikat n institusi lain boleh bagi loan. Ta ...

pinjaman berlesen tu dah mcm ahlongmksd dia
Pages: [1] 2 3
View full version: Muflis Di Usia Remaja


ADVERTISEMENT