monolog Publish time 18-2-2019 10:18 AM

Sedapnya Cucur Kembung Pelbagai Ni, Boleh Tabur Cheese Atau Cecah Nutella Tau!

Lama tidak menjamah cucur pada waktu minum petang, sedap juga kalau dapat dimakan sambil berborak atau menonton drama.


Jika anda tercari-cari resepi cucur kembung viral, mari kita cuba resepi sedap cucur kembung ini.



Bahan-bahannya:


1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Air mendidih - 2 cawan
3. Gula -3 sudu besar
4. Secubit garam




Cara-cara:

1. Gula dan garam digaul bersama tepung gandum.
2. Kemudian, masukkan air panas dan gaul sehingga sebati dan boleh dibentuk.
3. Bagi membolehkan ia mudah dibentuk, sapu tangan dengan minyak sebelum menguli adunan menjadi bentuk bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Dibalik-balikkan ketika menggoreng.
5. Nah! Siap untuk dihidang.



Anda juga boleh mengubahsuai cucur kembung ini dengan menabur gula setelah digoreng atau menabur cheese ke atasnya.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/16/085047cdxbmxhh8xnbkzxd.jpgkredit foto : google





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/16/085325rlfhe6h51nmef51m.jpgkredit foto : google




Selain itu boleh juga menggantikan gula dengan 1/2 cawan susu pekat.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/16/085133cuuqezqsoemiqqok.jpgkredit foto : google




Jika anda mahu cecah dengan sambal, seeloknya cucur ini tidak perlu diletak gula. Sedap juga! Eh, nak cecah Nutella pun boleh tau.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/16/085220vjpky2uuozk31t3z.jpgkredit foto :google




Apa lagi, cuba lah! Hidangkan untuk minum pagi atau minum petang anda. Selamat mencuba! - CARI

leogirl8902 Publish time 18-2-2019 02:08 PM

dah buat. sedap.

MadameOnion Publish time 18-2-2019 04:55 PM

kalau letak udang/ikan bilis masih kembung sebegitu rupakah?

kroit92 Publish time 18-2-2019 06:06 PM

adakah ianya benda bergoreng? :lol:

taburkan, atau celup cheese dan nutella.
tabur kelapa sikit. terus femes ;P

tapi aku pun suka yang simple macam ni. pisang goreng cheese, pisang goreng coklat tak berkenan kat tekak

monolog Publish time 19-2-2019 12:15 AM

MadameOnion replied at 18-2-2019 04:55 PM
kalau letak udang/ikan bilis masih kembung sebegitu rupakah?

Cubalah..mana tau..jadi..

mbhcsf Publish time 19-2-2019 08:21 AM

ooo...ini rupa macam dough ball pizza express..

hanisnabila Publish time 24-2-2019 04:22 PM

Tq, boleh Cuba nnt

jazaa100 Publish time 25-2-2019 09:19 AM

Tgok mcm padat je.....

Klu letak baking soda, mgkin lebih sedap....

ninu Publish time 22-3-2019 03:22 PM

allah sedapppnyeeeeee!!!

Daisy01 Publish time 27-3-2019 04:49 PM

Sama rupa dgn mini donut... dan macam lagi mudah buat dari donut sbb tak perlu tunggu adunan naik...

Indahrupawan Publish time 2-4-2019 07:07 PM

Alamak. Lapar pulak tengok ni

bunga_durian9 Publish time 4-4-2019 08:41 AM

Sedapnya... boleh cuba buat ni :loveliness:

ailies Publish time 4-4-2019 08:59 AM

Alamak lapar la pulak.. bahan ada ke ni?? Jom pg beli..:drool3:

OrkedCattleya Publish time 5-4-2019 01:22 AM

Macam best je.. Boleh la cuba nanti..
Tq share resepi..{:thumbo

violetungu Publish time 16-4-2019 02:32 PM

Thanks share resepi nnti nk cuba minta halal ye

uda Publish time 18-4-2019 11:33 AM

Letak air panas - tak masak ke tepung tu nanti?

iznanaziz Publish time 18-4-2019 04:28 PM

jazaa100 replied at 25-2-2019 09:19 AM
Tgok mcm padat je.....

Klu letak baking soda, mgkin lebih sedap....

ltk baking soda la jadi gelembung tu.

melati00 Publish time 12-6-2019 09:26 AM

Cepat dimasak sedap dimakan..tq bagi resepi..

CikB Publish time 20-6-2019 12:04 PM

sedapnya nampak

Lengkong Publish time 29-6-2019 01:55 PM

Dah cuba resepi ni. Letak gula dah cuba, letak susu dah cuba..elok jadi kembungnya

Pages: [1] 2
View full version: Sedapnya Cucur Kembung Pelbagai Ni, Boleh Tabur Cheese Atau Cecah Nutella Tau!


ADVERTISEMENT