noor2 Publish time 17-2-2019 10:45 AM

kisah Misteri Semasa Memancing

Jom share.....

noor2 Publish time 17-2-2019 11:04 AM

Kredit buat :-
http://lagendapulaurahsia.blogspot.com/2017/04/himpunan-kisah-seram-kaki-pancing.html?m=1

Di bawah ni aku cerita kisah2 di ambil dari lagenda pulau rahsia blogspot. ...tentang kisah2 misteri beliau ketika memancing. ..sesiapa yg ingin mengikuti kisah beliau boleh klik link yang aku bagi di atas. ...

noor2 Publish time 17-2-2019 11:09 AM

DI TUNJAL MAHLUK HALUS DI SUNGAI ULU SEDILI

Berberapa pengelaman misteri yang pernah saya lalui sewaktu melayan minat memancing.Antara nya yang masih segar di ingatan,ketika itu cuaca amat baik dengan Langit cerah bersama awan kebiru-biruan menambahkan lagi keghairahan melayan keganasan ikan dalam sungai.Dari rumah sekitar pukul 12 lebih tengahari walaupun seorang diri saya tetap juga pergi dengan harapan dapat bertarung dengan ikan lebih-lebih ikan sebarau yang pastinya mempunyai saiz sederhana tetapi mempunyai kelicikan yang tidak boleh dipandang mudah.

Melalui jalan kota tinggi mersing,saya memasuki sebuah jalan tanah merah sehingga lah lebih kurang lima minit kita akan tiba disebuah sungai besar.Ketika tiba saya perhatikan berberapa buah kelong tidak berpenghuni begitu juga sepanjang tebing sungai yang biasa menjadi tumpuan kaki pancing melayarkan tali pancing mereka kelihatan sunyi sepi tanpa pemancing.Suasana begitu membuatkan perasaan terkobar-kobar melabuhkan mata kail ke permukaan air semakin membara disamping kocakan air dari libasan ikan belida seakan-akan mencabar untuk didaratkan.

Berumpankan udang hidup saya melontar mata kail buat kali pertamanya.Sungai ketika kelihatan tenang.Baru nak cucuk umpan kedua,mata kail mula diusik-usik ikan sehingga kelihatan melentik ditarik kedasar.Senyuman kegembiraan mula terpancar dibibir walaupun cuma seorang diri.Rel dipusing sambil melayan henjutan ikan yang belum dikenal pasti.Semakin di tarik semakin dilawan.kurang lima minit keceburrrr.....lambungan seekor ikan sebarau sebesar lengan dewasa mula menunjuk kan diri.Dalam berberapa minit sahaja ikan sebarau sebesar lengan berjaya didaratkan.Keanehan pada ikan tersebut membuatkan saya mengambil keputusan membelanya,dimana sisik ikan tersebut berwarna kuning keemasan dengan warna jalur melintang dari bahagian kepala ke bahagian ekor berwarna kebiruan pekat.

Amat berbeza dengan ikan sebarau yang pernah saya temui sebelum ini,kebiasaan nya sebarau bersisik putih dengan sirip berwarna merah dengan jalur hitam kelihatan menegak dibahagian badan,berbeza dengan yang baru saya perolehi dengan sisik berwarna kuning keemasan berserta sirip juga berwarna emas dengan garis jalur yang pelik kelihatan membujur dari kepala ke bahagian ekor.Saya meletakkan ikan tersebut dalam baldi dengan berbekalkan oksigen melalui motor yang berkuasakan bateri dengan harapan ikan tersebut hidup dan akan dipelihara dalam akuarium.

Selepas itu saya menerukan memancing,Namun selepas mendaratkan ikan tersebut umpan langsung tak terusik.Sehingga berberapa jam disitu langsung seekor pun tak dapat.Kali terakhir saya melontar umpan dimana mata kail tersangkut pada akar atau kayu didasar sungai.Saya terpaksa memotong tali kerana payah untuk diputuskan (benang 80lb).selepas memutuskan tali pancing,saya melihat seketul batu besar berada betul-betul berhampiran dengan kaki,saya ingin duduk diatas batu tersebut.baru saja punggung hendak berlabuh,tiba-tiba saya terasa dengan begitu ketara tangan seseorang menunjal bahagian punggung.Saya hairan kerana tiada ranting mahupun kayu apalagi seseorang diatas batu tersebut.

Dengan keadaan marah dan hampa saya menolak batu sebesar tong cat 10 liter ke dalam sungai memandangkan batu tersebut betul-betul berhampiran tebing.Sekali batu tergolek namun tehenti dipertengahan tebing,dan yang pelik nya batu sebesar itu tidak terjatuh kedalam air.Ketika itu secara tiba-tiba terbit rasa takut dan seram seolah-olah ada mata yang memerhatikan saya.Begitu juga dengan tubuh tiba-tiba menjadi panas membahang walaupun ketika itu saya diuduk dibawah pokok besar dan terlindung dari cahaya matahari.Merasakan ada yang tak kena,saya mengambil keputusan untuk balik.sewaktu hendak melangkah pergi,Ikan sebarau berwarna emas melompat-lompat dalam tong saya seolah-olah hendak kembali ke sungai.Namun saya tetap meneruskan perjalanan menuju kekereta.

Dengan keadaan sejuk panas,saya menggagahkan juga memandu sehingga kerumah.Dirumah saya menangkap ikan sebarau yang saya perolehi tadi untuk dimasuk kan kedalam akuarium,namun ternyata ikan tersebut dah mati,Saya menyimpan ikan tersebut kedalam peti ais.Sehingga lah malam,keadaan saya semakin teruk dengan panadol pun seakan-akan tak bermakna dalam perut.Saya hanya terbaring dengan tubuh terasa bagai dipanggang atas bara api.Kebetulan seorang rakan saya datang ,di mana rakan saya juga mempunyai hobi sama dengan saya.Setelah melihat keadaan saya,rakan saya memberitahu yang saya bukan lah deman biasa.Dengan bantuan rakan saya dibawa menemui seorang pakcik.

Pakcik tersebut memberitahu saya telah membuat kesalahan disungai siang tadi,dimana saya telah menangkap ikan milik mahluk ghaib yang berada disungai tersebut.dan Juga saya telah duduk diatas kepala seseorang sehingga mahluk tersebut menepuk pinggang saya,Dalam erti lain saya telah disampuk.Pakcik tersebut memberitahu saya supaya memulangkan kembali ikan dan membetulkan semula kedudukan batu yang saya tolak ketempat asal serta memohon maaf ketika berada disitu.Dengan bantuan rakan,malam tersebut juga kami kesungai dengan membawa bangkai ikan sebarau yang saya bawa balik siang tadi.

Setengah jam dalam perjalanan berberkalkan lampu suluh kami tiba disungai,pada awalnya saya menarik batu tersebut bersama rakan kerana batu tersebut menjadi berat seolah dua tiga kali ganda beratnya.Kami berjaya menegak kan batu tersebut ketempat asalnya sebelum saya meminta maaf.Disaat ikan sebarau emas dicampak kesungai,sekali lagi perkara pelik berlaku dimana ikan yang kejung dikeluarkan dari peti ais tiba-tiba hidup kembali.Selesai urusan disitu,kami balik kerumah.Sewatu dalam perjalanan saya rasa tubah dah mula sejuk dan tidak lagi berbahang seperti sebelum memulangkan apa yang telah saya usik.


http://lagendapulaurahsia.blogspot.com/2017/04/himpunan-kisah-seram-kaki-pancing.html?m=1

noor2 Publish time 17-2-2019 11:18 AM

Hey ...kalau korang ada kisah misteri. .jom share. .nanti akak bagi kredit ok:loveliness:

bondeh Publish time 17-2-2019 12:01 PM

I takde pengalaman memancing. Tapi ini diceritakan oleh abang I sendiri. Sekitar tahun 2001 macam tu, abang I pergi bercuti di Port Dickson (sorry tak sure area mana sebab dia just cerita pengalaman dia je huhu) bawak bini & sorang anak dia masih kecil. Dia menyewa di chalet. Dia memang kaki pancing pergi mana2 mesti bawa alat kelengkapan mancing. Satu malam tu anak & bini dia dah tidur lepas keluar makan2 then dalam pukul 1 tengah malam dia keluar pergi mancing dekat2 depan chalet dia katanya waktu2 macam tu ikan banyak sebab sunyi smpi. Dia pun mancing hampir 2 jam tapi dapatlah juga ikan kecik2 je. Masa dia tengah kemas2 alat kelengkapan dia tu dia macam perasan diperhatikan (oh lupa dia mancing di jeti) perempuan pakai serba putih rambut putih tengah duduk jarak tak jauh dari dia (duduk yang macam juntai kaki kat jambatan). So abang I pun buat taktau jelah jalan masa dia melintasi kelibat perempuan tu abang I ditegur "abang banyak dapat ikan?", abang I terus jawab "adalah sikit" (menurut abang i kalau kena tegur macam tu kena jawab nanti benda tu ikut entah betul ke tidak). Masa abang I jalan ke chalet dia toleh sekali imbas tempat tu then takde kelibat perempuan tu. Then dia balik bilik macam biasa mandi2 terus solat takut juga kalau2 terikut sebab anaknya masih kecil. Esoknya tu check out dia saja2 tanya pada staff situ pasal perempuan dia nampak tu, staff tu kata alah dah biasa ikut cerita orang situ perempuan tu mati lemas kena hanyut tengah2 laut jatuh area situ. Wallahuallam.

noor2 Publish time 17-2-2019 01:05 PM

bondeh replied at 17-2-2019 12:01 PM
I takde pengalaman memancing. Tapi ini diceritakan oleh abang I sendiri. Sekitar tahun 2001 macam tu ...

Menakut kan. ..pontianak kut. ...huhu

noor2 Publish time 17-2-2019 01:18 PM

MISTERI JELMAAN PUTERI BUNIAN TUJUH BERADIK DISUNGAI WAKTU MEMANCING

Misteri jelmaan puteri tujuh beradik ini berlaku secara tak sengaja akibat meninggalkan kewajiban.Terjadi secara kebetulan keatas diri saya.Dimana ketika itu heboh dikata kan musim udang galah besar-besar walaupun hanya berumpankan cacing.Ketika itu tengahari sekitar 12.40 tengahari menghampiri pukul 1 dimana kebetulan hari Jumaat dimana sepatutnya saya bersiap-siap menunaikan kewajiban seorang Muslim.Namun entah kenapa hari tersebut seolah-olah terpanggil-panggil pula untuk memancing udang Galah bersepit biru.Dengan berbekalkan tiga batang jorang udang saya melangkah meninggalkan kereta ditepi jalanraya untuk turun kebawah jambatan untuk memancing.

Situasi yang amat baik kerana tiada sesiapa yang memancing selain saya ketika itu.Dari satu kawasan lapang yang menjadi tumpuan kaki pancing saya mula mencangkuk cacing pada mata kail sebelum melemparkan umpan kedasar sungai yang mana ketika itu air mula surut dengan warna air seakan coklat jernih pasti menjanjikan udang.Melalui petua orang tua-tua,ukuran jorang dan jarak mata pancing juga cukup sempurna.Sedikit tepukan diatas permukaan air konon nya memanggil udang turut dilakukan.Namun lain pula jadinya apabila seekor udang malah anak ikan pun langsung tak menjamah umpan.

Dari jauh kedengaran sayup-sayup Azan Kedengaran menandakan masuknya waktu sembahyang Jumaat.Sambil mendengar alunan Azan,tiba-tiba lamunan saya terhenti apabila terdengar kocakan air bertalu-talu di bawah jambatan.Saya mengintai dari tempat dimana saya melabuhkan mata pancing.tiada ikan besar yang kelihatan kecuali kocakan air seperti ada sesuatu yang besar berada didasar sungai.Sememangnya sungai tersebut terkenal dengan kehadiran buaya.namun hati kecil mengatakan itu bukan nya buaya.Setelah memerhatikan kawasan kocakan air tersebut dari jauh serta perasaan ingin tahu membuatkan saya beralih tempat ke bawah jambatan.

Saya menyasarkan balingan mata kail kearah kocakan air tadi.Kali pertama umpan bersama batu ladong dibaling entah kenapa boleh terkena tembok jambatan.Kali kedua sehingga kali keenam juga begitu.Entah apa yang menghalang saya pun kurang pasti.Sehingga lah berlaku sesuatu yang luar biasa serta pelik disaat balingan ketujuh.Ketika itu saya membali secara mengiring dari kanan kekiri.Dengan lancar batu ladung bersama umpan menuju kearah kocakan air.Namun apabila batu ladung menghampiri permukaan air tiba-tiba secara tak sengaja,Batu ladung seolah-olah dibaling kembali kearah saya.bagai ada spring diatas permukaan air sehingga mata kail berpatah balik kearah saya.

Kira bernasib baik lah ketika itu saya memakai seluar jean.Secara tiba-tiba bagai dikawal seseorang,mata kail terlekat dikaki seluar.Kalau lah saya memakai seluar pendek pastinya betis saya terkoyak akibat mata pancing.Ketika itu saya mula rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan sungai.Sekali lagi saya cuba melabuhkan mata kail di kawasan tersebut,namun tetap sama.Saya menebang sebatang pokok kecil yang mengganggu rembatan kail saya.Setelah itu saya melontar kearah hadapan tanpa sebarang halangan.Kali ini saya rasakan dan saya yakin pasti ada sesuatu yang mengganggu saya.Saya kembali ketempat asal saya memancing.dimana ketika itu pandangan mata saya mula kabur dan seperti berputar-putar.Bimbang kalau-kalau terpitam disitu,saya mengambil keputusan untuk balik.

Dikereta saya cuba melelapkan diri,namun terhalang kerana cuaca yang panas.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk balik.Dengan sehabis perlahan saya memandu dengan kepala memusing timbul pula rasa mual hendak muntah namun saya terus kan perjalanan.Akibat tak tertahan saya memberhentikan kereta ditepian jalan dan memuntahkan isi perut.Dengan pandangan berpinar-pinar kaki tangan tiba-tiba mengeletar saya tiba dirumah dengan selamat.Baru nak keluar dari kereta tiba-tiba saya rasakan kaki menjadi besar dari biasa.Entah kenapa kaki saya tiba-tiba bengkak tanpa ada cedera atau tersandung!.

Merasakan situasi diri yang berubah secara tiba-tiba,dengan kepala memusing,perut mual,ditambah kaki pula bengkak secara tiba-tiba saya nekad memandu sekali lagi menemui seorang pakcik untuk mendapat nasihat.setelah hampir empat biji panadol saya telan masih tiada kesan.Dirumah pakcik tu saya menceritakan apa yang saya lalui.Entah apa yang dibaca oleh pakcik tersebut sambil menghulur air putih untuk diminum.Selepas itu saya mengambil keputusan untuk balik kerana dah tak tertahan mual.Sampai dirumah sekitar lima petang saya baring untuk menghilangkan sakit dan mual.Ketika itu nyata kelihatan dalam mimpi saya,

Apabila saya melihat tujuh orang anak gadis bersama kecantikan serta raut wajah luar biasa sedang mandi dan berenang dibawah jambatan.Dan ketika itu juga saya lihat dirisaya sedang berusaha membaling umpan kearah mereka sehingga terkena kepala salah seorang dari mereka.Ketika itu gadis yang kelihatan agak berusia membaling kembali batu ladung kearah saya sehingga lah saya tersedar dari mimpi ketika terdengar suara azan Maghrib mula kedengaran.Ketika itu saya bangun namun satu perbezaan berlaku keatas diri saya apabila kepala tidak lagi memusing bersama perasaan mual hilang begitu sahaja.Saya bangun dari baring dan jelas terasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.Kepala,mual serta bengkak dibahagian kaki surut serta merta.


http://lagendapulaurahsia.blogspot.com/2017/04/himpunan-kisah-seram-kaki-pancing.html?m=1

bondeh Publish time 17-2-2019 01:43 PM

noor2 replied at 17-2-2019 01:05 PM
Menakut kan. ..pontianak kut. ...huhu

Mungkin juga huhu. Dulu masa abang cerita rasa macam alah nak takut ape. Bila dah berusia ni ingat2 balik terus meremang hehe. Btw thanks for the credit TT ;)

noor2 Publish time 17-2-2019 01:45 PM

bondeh replied at 17-2-2019 01:43 PM
Mungkin juga huhu. Dulu masa abang cerita rasa macam alah nak takut ape. Bila dah berusia ni ingat ...

Welcome. ...share lagi cerita cik bondeh....ada cerita...ada kredit ..nanti cepat naik level. ...

noor2 Publish time 17-2-2019 01:51 PM

MISTERI PUTERI MAHLUK HALUS MENJADI PENEMAN MEMANCING


diceritakan oleh rakan saya,ketika itu mereka berlima sedang leka memancing disebatang sungai yang sememangnya terkenal dengan ikan baung dan lampam,namun penuh dengan misteri.Ketika itu mereka berlima sedang seronok memancing dimana kebetulan musim kemarau dan air agak cetek.Dari satu kesatu ikan baung kuning sebesar lengan dan ibu jari kaki dinaik kan dengan berumpan kan udang mati,Setelah puas memancing di lubuk tersebut,seorang rakan mereka yang dikenali sebagai Lan berpidah tempat dengan memancing dibahagian hulu,Rakan-rakan yang lain hanya membiarkan saja Lan berpindah tempat kerana tidak jauh dari mereka.

Semakin lama semakin seronok melayan ikan baung sehinggakan mereka terlupa tentang Lan yang jauh dari mereka.Sehingga lah suasana hampir gelap dimana mereka mengambil keputusan untuk balik,Namun sesuatu perkara pelik telah berlaku dimana Lan tidak ditemui walau pun namanya dipanggil berkali-kali.akhirnya mereka mensyaki Lan telah tersesat kerana suasana bertukar menjadi gelap sedangkan Lan langsung tak membawa apa-apa kecuali joran dan baldi umpan udangnya.Setelah puas mencari akhirnya mereka mengambil keputusan untuk melaungkan Azan agar Lan dapat ditemui.

Setelah Azan dilaungkan,Kelibat Lan masih belum kelihatan sehingga lah rakan saya mengambil keputusan untuk menjemput seoranc Ustaz agar dapat membantu mencari kedudukan Lan.rakan saya balik bersama seorang rakan nya menemui Ustaz Ramli untuk meminta bantuan,Sebelum membawa Ustaz masuk kedalam hutan,rakan saya singgah sebentar dirumah Lan kalau-kalau Lan ada disitu dan balik secara senyap-senyap.Namun ternyata melalui keterangan mak Lan,dia dah keluar dari pagi tadi lagi sehingga ketika itu.

Rakan saya merahsiakan kehilangan Lan dari pengetahuan ibunya agar ibu Lan tak risau.Setelah itu rakan saya bersama Ustaz Ramli meneruskan perjalanan ke Sungai dimana kali terakhir mereka melihat Lan.Setelah Ustaz Ramli memerhatikan kawasan tersebut,Ustaz memberitahu Lan bukan nya hilang cuma disorokkan oleh penunggu sungai dan berada di sekitar kawasan tersebut.Ustaz Ramli melaungkan Azan sekali lagi dan ketika itu baru lah mereka melihat Lan sedang bercakap-cakap seorang diri dibalik pokok yang tumbang sambil menjulurkan kaki ke air.Rakan saya memanggil Lan dengan kuat sehingga Lan terkejut dan memarahi rakan saya kerana terperanjat.

Mereka memberitahu Lan dah hilang,Namun dibalas dengan dekahan ketawa sambil memberitahu dirinya memang berada disitu bersama Siti !! Siti????.Mereka terpingga-pingga mendengar nama yang disebut oleh Lan.Ustaz Ramli menuruni tebing dan berdiri disebelah Lan sambil membaca satu surah sebelum menepuk bahu Lan.Ketika itu baru lah Lan terkejut apabila melihat suasana gelap gelita dan hanya diterangi oleh lampu suluh yang Ustaz bawa.Lan di suruh minum air mineral yang dibawa oleh Ustaz.sebelum mereka kembali kerumah.Keesokan harinya Baru lah Lan menceritakan apa yang berlaku kepadanya semalam.

Dimana sewaktu leka menunggu umpan diragut ikan,Seorang gadis cantik berasal dari kuala Lumpur datang seorang diri untuk memancing di sungai tersebut,dan kebetulan dia duduk berhampiran dengan Lan,Dalam berberapa minit saja Lan dan Siti begitu mesra sambil melayan pancing bersama,Lan akui saat Ustaz menepuk bahunya baru lah dia nampak wajah sebenar siti yang menyerupai lembaran daun besar.Dan ketika itu baru lah Lan tahu waktu telah menunjuk kan sepuluh malam.Jika tidak pasti Lan akan berada ditempat yang terang serta redup sambil berbual-bual dengan Siti,Jelmaan gadis KL yang memancing bersama nya.

http://lagendapulaurahsia.blogspot.com/2017/04/himpunan-kisah-seram-kaki-pancing.html?m=1

noor2 Publish time 17-2-2019 02:00 PM

Seterusnya. ..kisah dari blog cikgu emmet. ..di link
https://cikguemmet.com/2017/12/niat-mahu-memancing-ikan-tapi-dapat-benda-lain/


Niat Mahu Memancing Ikan, Tapi Dapat ‘Benda Lain’


Saya pernah meminati aktiviti memancing. Kalau di Semenanjung biasanya memancing puyu, sepat dan haruan di tali air. Kadang-kadang menanguk ikan laga dengan tapis di tepi parit.


Bila bertugas di Saratok Sarawak saya mula mengail udang galah di tepi jeti di sungai Krian Saratok, sungai Nyabor dan di muara Sungai Gerigat. Waktu itu udang galah yang kami panggil ah pek memang mudah mengena kail. Buaya pun jarang nak muncul sebab tahun 90an laluan sungai masih aktif dengan bot-bot nelayan. Selain mengail saya turut memukat. Seronok sangat masa tu.

Tambahan pula saya berkawan baik dengan Cikgu Zulle dari Melaka yang juga ‘gila’ memancing. Pantang dengar lubok baru…sanggup di redahnya.


Dia pernah mengajak saya ke satu lubok udang galah di sungai Malupa…kami parking motorsikal tepi jalan dan meredah kebun orang Iban hingga melalui kawasan yang banyak pondok-pondok kecil diatas binaan batu konkrit.

Akhirnya lepas 30 minit kami jumpa lubok tu. Memang banyak udang. 1 jam mengail hampir sebaldi kami bawa udang pelbagai saiz. Dah sampai rumah baru saya tahu pondok-pondok kecil itu ialah kubur atau pendam orang Iban. Rasa nak demam lepas tu.

bondeh Publish time 17-2-2019 02:05 PM

noor2 replied at 17-2-2019 01:45 PM
Welcome. ...share lagi cerita cik bondeh....ada cerita...ada kredit ..nanti cepat naik level. ...

Hehe tq2 nanti ingat balik cerita dari arwah ayah I pun ada. Malam sikit I masuk sini semula. Baru seram2 kuku agitchew

noor2 Publish time 17-2-2019 02:05 PM

Sambungan tajuk "Niat Mahu Memancing Ikan, Tapi Dapat ‘Benda Lain’"

Namun peristiwa paling sadis bila saya dan cikgu Zulle diekori hantu laut. Ia berlaku selepas kami yang ketagih mengail ni pergi ke jeti obor-obor di Gerigat pada waktu rembang dan air tohor. Sememangnya suasana agak lain..sunyi…takda bunyi bot…hanya kami berdua melabuhkan mata kail.

Lama juga tak tunggu akhirnya seekor ikan pun tak dapat didaratkan. Saya mengajak Cikgu Zulle balik. Namun sebelum balik, saya cuba menebar jala di tepi pantai muara yang agak cetek kerana air surut. Tiga kali tebar hanya seekor ikan gelama sahaja yang dapat. Kami pun balik.

Malam tu di kampung saya tak dapat tidur. Kelihatan suasana diluar rumah terang dan kemerahan. Macam ada cahaya matahari. Saya dengar bunyi burung tekukur di sangkar besar bawah rumah riuh rendah. Jam baru 3 pagi dan dari jauh kedengaran bunyi orang menjerit kearah rumah kami.

Saya dan isteri turun kebawah. Semasa nak turun kedengaran bunyi benda terbang melanggar daun pokok pokok mangga. Sampai dibawah rumah ada 3 orang kampung yang menegur ada nampak api berlegar-legar dibawah rumah dan betul-atas atas bumbung kereta kancil saya.

Bila menyedari orang kampung datang, bola api itu terbang lari. Dan yang menakutkan semua burung tekukur kami mati, ada lubang di dada burung-burung itu.

Esok pagi saya ditanya apa yang saya buat sehari sebelum itu. Saya beritahu bahawa saya mengail dan menjala di gerigat.

“Kitak ada cuci jala sik?” Tanya jiran saya.

“Sik”…jawab saya ringkas. Bila saya keluarkan jala memang nampak kotor sangat jala saya, penuh tulang-tulang ikan dan kulit udang, ketam dan daun daun kayu. Sedangkan seingatkan saya jala tu tak lah kotor sangat masa saya bawa.

Rupanya adat kalau menjala, lepas menjala mesti cuci jala bersih bersih. Sebab kata orang kampung kadang-kadang kita tak sedar kita jala makanan ‘benda lain’.


Seram pulak saya …lepas tu saya bawa ke tali air dan cuci semua kulit dan tulang ikan saya kumpul dalam plastik dan saya ‘hantar’ kembali di muara gerigat.

Selepas itu barulah agak tenang rumah mertua saya.

Walau pun sehari selepas kejadian masih ada ‘benda’ datang mencakar dinding rumah.
Sejak itu saya tak lagi berani menjala dan mengail di laut atau muara. Terus gantung pancing huhu.

Kejadian ini dalam tahun 1996. Sejak itu hinggalah sekarang saya tak turun memancing lagi.


https://cikguemmet.com/2017/12/niat-mahu-memancing-ikan-tapi-dapat-benda-lain/

noor2 Publish time 17-2-2019 02:06 PM

bondeh replied at 17-2-2019 02:05 PM
Hehe tq2 nanti ingat balik cerita dari arwah ayah I pun ada. Malam sikit I masuk sini semula. Baru ...

Ok cik bondeh....akak tunggu ...

noor2 Publish time 17-2-2019 02:12 PM

Hantu air?...

noor2 Publish time 17-2-2019 02:33 PM

Berikut adalah kisah dari saudara Hakimi shaari di blog beliau di http://ceritahantuasia.blogspot.com/2016/12/pengalaman-memancing-di-pantai-klebang.html?m=1

"Pengalaman memancing di Pantai Klebang"


Cerita bermula apabila Azmi(bukan nama sebenar) telah pergi memancing di suatu tempat di Melaka, atau lebih tepat lagi di Pantai Klebang. Kebiasaannya, Azmi pergi memancing bersama-sama dengan ayahnya dan pak cik yang juga kaki pancing. Tetapi, pada malam itu Azmi terpaksa pergi seorang diri kerana ahli keluarga mereka pulang ke kampung dan beliau tidak ikut serta kerana bertugas.

Setibanya Azmi ke port memancing, dia mula merasa tidak selesa walaupun sudah berkali-kali datang memancing di sana. Port yang beliau maksudkan berada di gereja lama yang sudah tidak digunakan lagi dan kawasan sekelilingnya dipenuhi lalang dan semak samun. Azmi tidak endahkan perasaan yang beliau rasakan dan terus memasang peralatan memancing dan terus memancing.

Seperti malam-malam sebelumnya, Azmi mendapat hasil yang agak lumayan. Ikan gelama dan sembilang hampir 8 ekor sudah berjaya dinaikkan oleh Azmi. Sedang beliau menunggu umpan dimakan ikan, beliau seperti perasan ada seorang perempuan sedang berjalan menuju ke arah gereja yang terbengkalai itu.

Pada awalnya, dia tidak hiraukan hal itu kerana memang ada satu kumpulan lagi yang memancing tidak jauh dari tempat dia berada. Secara tidak semena-mena, kumpulan itu bangun dan tergesa-gesa mengemaskan pancing.

Azmi sememangnya sudah beberapa kali melihat meraka memancing di situ berjalan dan menegur mereka. " Awalnya balik, xdapat ikan ke bang?". Lelaki itu menjawab, " Dia dah datang, baik ko balik." " Siapa yang dah datang bang?" Lelaki itu hanya memandang ke arah bangunan yang di kelilingi lalang yang tinggi. Azmi pun turut sama menoleh, dan terpandang ke arah perempuan tadi. "Itu orang rumah abang ke?" "Bukan dik, itu bukan orang." "Ish abang ini, xkan hantu berjalan bang".

Lelaki itu sambil mengemas barang yang terakhir dan meletakkan dalam bonet kereta dan berjalan menuju ke Azmi. Dia berbisik " Kalau orang, xkan berjalan lalang tu sikit pun xbergoyang." Azmi baru tersedar, semasa dia melihat wanita itu berjalan, lalang yang dia lalu sikit pun tidak bergoyang atau bergerak seperti orang melanggarnya.

Azmi melihat lelaki itu dan meminta mereka menunggu sekejap. Azmi berlari ke arah pancing beliau dan berkemas. Semasa dia hendak mengangkat ice box yang berisi ikan, Azmi berasa pelik,tetapi tidak mengendahkan hal itu. Terus dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Dia memberi signal untuk kereta itu bergerak dahulu dan dia mengekori dari belakang. Azmi tidak berani hendak melihat cermin belakang, takut 'benda' itu mengikut.

Mereka singgah di satu warung untuk minum. Di sana, Azmi berkenalan dengan lelaki tadi dan rakan-rakannya. Mereka bercerita tentang satu kes lama dahulu tentang seorang lelaki membunuh kekasihnya akibat cemburu dan membuang mayatnya di tepi laut.

Polis menjumpai mayat gadis itu di tempat mereka memancing sebentar tadi. Kata mereka, kisah itu sudah lama berlaku hampir 30 tahun dahulu. Semenjak itu, kadang-kadang ada pemancing akan nampak 'benda' itu datang tetapi tidak setiap malam. Azmi hanya terdiam dan berdoa 'benda' itu tidak mengikut ke rumah. Ketika mereka hendak balik, Azmi hendak memindahkan barang ke bonet kerana tadi beliau tergesa-gesa mengemas.

Azmi berasa ice box nya ringan seperti tiada ikan di dalamnya, lalu dia membuka ice box itu untuk melihatnya. Alangkah terkejutnya Azmi, ikan yang dipancing malam tadi hanya tinggal segumpal rambut di dalamnya. Azmi terus membuang bekas itu dan pulang ke rumah.

noor2 Publish time 17-2-2019 06:15 PM

Kisah seterusnya dari blog shidafzan di link
http://shidafzan.blogspot.com/2017/02/kisah-seram-pemancing.html?m=1


Kisah Seram 1: Memancing di Parit Kudus


Kalau korang nak tahu,kawasan Pt Kudus dan Pt Selangor ni memang banyak orang memancing pakai joran, pakai batang buluh dan pakai tangan pun ada, sekadar memegang tali. Mana tak nya, bila air laut di Pontian tu pasang,parit parit buatan sejak zaman tok nenek ni akan di genangi air laut + longkang+ hujan. (ini deme kata la)

Ikan keli,haruan dan penah juga ada anak pari sesat. Macam aku,selalu dapat ikan haruan dan keli. Apa aku buat? Jual. Dapat la RM5-RM15 untuk beberapa ekor,lepas la duit topap, dapat wechat awek kan?

Hal seram ni terjadi awal tahun lepas, 2016. Time tu bukan musim cuti sekolah. Kalau cuti sekolah, memang setiap malam paling tidak ada 10 orang casting (letak mata kail) dekat parit yang sama.

Malam tu patutnya aku berdua, tapi kawan aku demam.Sebabkan aku dah berjanji dengan Wak Basiron nak tangkap haruan untuk menantu dia berpantang,aku gagahkan jugak!

“El, kau dapat haruan 3-4 ekor, Wak bayar kau RM50. Ha..nak ambil baldi kecik ni. Kau penuhkan separuh pun aku bayar jugak” sambil ketawa Wak Basiron berjanji dengan aku 2 hari sudah. Tapi Wak ni siak Masjid, mana menipu, lagipun penah juga bebudak lain amik job bersih kebun Wak ni, memang dia akan bayar ikut perjanjian.

Jam 10pm. Lepas mintak izin dengan ibu bapa aku, aku pun gerak la naik C70. Motor kebun, tapi well maintance. Tak leh nak speed pun, paling laju 60kmj, tu pun gegar !

Aku singgah beli burger dekat Pt Selangor dan langsung ke kawasan Pt Kudus.
Bekas umpan aku dah siapkan dari siang. Umpan aku simple je.
Cengkerik, cacing, belacan+roti dan umpan tipu.
Sure dapat punya la!
Misi aku malam tu nak cari belut dan haruan. Teringin nak makan sup belut.

Casting. Dekat setengah jam umpan tak berusik
Then hampir jam 11pm, tu pun setelah aku beralih tempat baru la mengena.
Tangkapan pertama aku keli dan malam tu dekat 3 ekor keli naik. Ikan haruan mengena sekitar jam 12 tengah malam

Aku kira dekat 4 ekor dah haruan aku dapat, semua besar tiga jari ! Syukur rasanya

Aku cadang nak blah jam 130am.


“Hoi! “
Tetiba ada yang menyapa aku!
Aku pandang sekeliling, takda orang pun!

Serta merta merinding la bulu tengkuk ni. Cepat2 aku siap kemas!

“HOIII!”bunyi orang bertempik!


Tak boleh jadi, cepat cepat aku kemas secepat mungkin. dan bergegas ke motor. Joran batang buluh tu aku tinggalkan terus!
Masa aku nak blah. aku sempat toleh belakang, sebab kene ‘hoi’ lagi!


Hampir aku nak pengsan bila tengok ada mahkluk bertenggek atas tiang letrik tepi jalan tu! Berdiri tegak! Kalau dar jarak aku lihat. rambut nya panjang mengurai, muka aku tak nampak

Ikut logik. takda orang la nak panjat! Dah tu pulak, berdiri pulak!

Start motor. aku pulas minyak!
Side mirror aku kebetulan tertancap ke atas (akibat letak helmet kat side mirror)
Ya Allah....
Elok je benda tu ikut belakang aku terbang perlahan.
Dalam 20 saat macam tu,lepas tu aku tengok
Dah takda.

Mujur la takda jadi apa apa. Ikan pun sempat aku ambil.
Tapi, ini bukan pengalaman pertama aku.
Ada lagi !

noor2 Publish time 17-2-2019 06:17 PM

............

noor2 Publish time 17-2-2019 06:21 PM


Kisah Seram 2: Memancing di Laut.


Satu hari, ada pakcik tu ajak Ismail pergi memancing ke tengah laut.
Seronok bukan main si Mail ni. Datang bawak joran je. Bab bab sewa bot tu takpayah. Dorang akan pegi satu malam, esok Subuh baru gerak ke darat.

Pakcik yang bawak Mail tu nama dia Karim. Dia seronok tengok passion si Mail dalam bab mancing, jadinya Karim pun decide la nak bawak Mail tour naik bot.


Mail tak penah naik bot ke laut, sungai tu penah la

Dorang bergerak jam 10pagi.
Macam biasa la, Mail pening pening dan muntah ringan. Badan tak biasa. Dek kerana tu, selamat la Tekong ada bawak ubat mual + asam jeruk

Oh ye.atas bot ada 9 orang termasuk Mail
Usai pulih dari mual (tidor selama 2 jam)

Mail pun mula la casting untuk umpan hidup
Seronok Mail dapat merasai pengalaman macam tu.

Dari memancing terus ke mencandat sotong, Ismail betul betul live the moment la mat salleh cakap !


Jam 130am+


Dari 9 orang
Hanya 4 orang je yang berjaga, termasuk Mail.
Yang lain nak bangun jam 4am macam tu.
Sedap tengah melayan mata kail, di selang seli lawak lawak orang lama, ketawa mereka terhenti.

Mana tak nya... Ada lintasan atas bumbung bot !
Berapi api!!

Wooooshhh!!!

Banyak! Dekat 10 biji bebola api!

“Aduh, ni nak roket ikan aku la ni!” tempik salah sorang kawan Pak Karim

Sebabkan terlalu takut dan kaget, Mail terlepas joran di ke laut.

“Acik. tolong saya. joran saya terlepas!” tempik Ismail


Ikut hati Mail memang dia nak biar je batang pancing dengan rapala tu tenggelam, tapi kata Mail Set joran dia tu harga dekat RM400+, pemberian bapak dia lagipun, sebab menang GP Joran dulu !

“Nah Nah! Amik ni g sauk!” Pakcik Karim hulur sauk panjang

Terkais2 si Mail ni nak selamatkan joran dia. selamat la tak tengelam terus.

Yang lagi 3 orang ni jenuh menghalau entiti yang di katakan Penanggal tu.


Woooshhhh! Sesekali macam bunyi ayam belanda pun ada
Krohh kroooh!!

Usai dapat joran. Mail terus nak berlari masuk dalam tempat tekong!

Belum sempat buat .

Doooooookkk!! Kepala Mail di baling sesuatu.

Dia dongak.
Ada objek berkepala saja. Menjelirkan lidahnya!
Mail cuba nak mendongak dengan tertib, tapi seolah kepalanya di tekan dari atas!



ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Terdengar laungan azan!

Salah sorang dari bertiga melaungkan azan
Kemudian di sambung pula oleh pakcik Karim!

Reda. keadaan reda.
Ismail tak perasan mana pegi penanggal tu.

Yang dia tahu, kepala nya seakan sengal dan lenguh.

Masa otw ke darat, Pakcik Karim hanya ketawa je bila Ismail tanya hal malam tadi


“Selalu dah, biasa la tengah laut” pendek je jawapan Pakcik Karim

Bila dia cerita dengan yang lain, dorang memang tak sedar apa pun !

“Memang selalu macam tu! Yang berjaga je, yang tidor memang lena!” celah pakcik Karim dan di sudahi dengan ketawa oleh yang lain.

Ismail hanya terkedu je di tepi enjin bot.


**********************

semua di atas adalah dari forum cari naaaa
akak copy paste kat blog akak untuk senang anak2 akak nak baco

Posted byshidafzanat5:22 PM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels:kisah seram



http://shidafzan.blogspot.com/2017/02/kisah-seram-pemancing.html?m=1






Laaaa. ...dari forum cari rupanya. ...adeh....amponn tuan punya story. ..tapi tetap kredit untuk blog shidafzan dan juga tuan punya story ni :loveliness:

noor2 Publish time 17-2-2019 06:24 PM

.................
Pages: [1] 2 3
View full version: kisah Misteri Semasa Memancing


ADVERTISEMENT