Sang_Pencinta Publish time 13-2-2019 10:45 AM

Pencinta Alam: 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahag

Sudah bosan melawat tempat yang sama setiap kali ke Sabah? Apa kata anda cuba tempat ini...

Bagi pelancong tempatan dan antarabangsa, destinasi pelancongan di Sabah seperti Taman Kinabalu, Air Panas Poring, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pulau Sipadan dan Lembah Danum mungkin antara tempat-tempat yang sudah sering dikunjungi. Jika anda penggemar aktiviti luar, fotografi, pencinta alam sekitar atau berjiwa daredevil,apa kata anda cuba melawat tempat baru ini pula.


1. Pulau Batu Supirak (Pitas)


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/25/220530tnl8nwtlt6qjlbll.jpg
Sumber foto: MySabah




Terletak di Daerah Pitas, Pulau Batu Supirak boleh dilawati dengan menyewa bot dari Kg. Malubang. Perjalanan mengambil masa sekitar 5 minit sahaja. Penggemar fotografi akan menikmati keindahan pulau kecil ini, yang menyerupai bentuk sebuah kapal. Lagenda tempatan menceritakan bahawa pulau ini berasal daripada kapal besar milik Nahkoda Supirak. Namun sama seperti kisah si Tanggang, Nahkoda Supirakjuga menderhaka kepada ibunya dan beliau serta anak kapalnya telah disumpah bertukar menjadi batu.


2. Weston Wetlands (Beaufort)



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/25/220625c5n0k453bxm4m4cn.jpg
Sumber foto: MySabah


Ingin melihat monyet Probosis dan kelip-kelip? Kawasan paya bakau di Daerah Beaufort ini mula mendapat perhatian pelancong luar kerana kekayaan semulajadi flora dan faunanya. Nak tengok buaya? Ingin melihat pemandangan senja yang menakjubkan? Tak perlu jauh-jauh. Ikut sahaja mana river cruise di sekitar Sungai Weston.


3. Rumah Panjang Rungus (Kudat)

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/25/220732i5f15n1dili226ui.jpg
Sumber: Blog Maranjak Longhouse Lodge


Tidak lengkap rasanya percutian ke Sabah jika tidak melawat ke mana-mana rumah panjangtradisi suku kaum Rungus sekitar Daerah Kudat. Di Maranjak Longhouse Lodge, anda boleh menginap dan menyaksikan sendiri budaya dan kehidupan orang Rungus, yang kebanyakannya masih mengekalkan cara hidup nenek moyang mereka.


4. Bukit Lugas (Tambunan)

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/25/221529e2wtwn0egnjjgvwx.jpg
Sumber: Keningau_twt


Bagi sesiapa yang berjiwa daredevil, bolehlah cuba menyelusuri cerunan sempit sepanjang 200 m di Bukit Lugas , Daerah Tambunan. Anda pasti akan melahirkan keterujaan apabila berada di sepanjang laluan ini kerana iamengundang perasaan takut dan gayat serta dapat melihat panorama berlatar belakangkan kehijauan Banjaran Trus Madiyang menarik dan jarang dirasai ditempat lain.


5. Balung Eco River (Tawau)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/26/113415o3ax2c1cgrrmc9rx.jpg
Sumber : Blog Diary Perantau

Jika anda ingin lari dari hiruk pikuk kota, berkunjunglah ke Balung Eco River, Daerah Tawau. Tempatini dikelilingi oleh hutan hujan tropika, dan sebaik sahaja anda membuka tingkap penginapan anda akan disuguhkan dengan pemandangan yang sempurna terutamanya apabila anda bangun pagi. Anda juga akan berpeluang untuk mempelajari lebih lanjut mengenai tanaman seperti koko, kelapa sawit, kopi , dan banyak lagi di sekitar resort. -CARI

Sang_Pencinta Publish time 13-2-2019 10:51 AM

Baguslah, ada juga option lain selain Kundasang kan?

nisako Publish time 13-2-2019 12:00 PM

wow yg PITAS tu menarik ja...........

Artemesiaa Publish time 13-2-2019 12:02 PM

Kurang promosi sebab tu ramai tak tahu adanya tempat2 sebegini

None68 Publish time 13-2-2019 12:40 PM

Mmg x jemu g Sabah ni dah la awek cun2 dan x sombong.

chicozinn Publish time 13-2-2019 03:46 PM

tapi makanan kat sabah meollss xtau nk makan pe..kalu kat sarawak tu senang skit byak makanan sdap2 tapi tu la tempat pelancongan dia jauh2 dr bandar kuching..huhu

Sang_Pencinta Publish time 13-2-2019 07:19 PM

Sabah sesuai sangat utk pencinta alam

runiadreamer Publish time 15-2-2019 02:10 PM

bestnyaa tapi tak kesampaian lagi huhu

hanisnabila Publish time 24-2-2019 03:28 AM

Semua nice view.

korokure Publish time 24-2-2019 12:31 PM

wow tak pernah dengar lagi nama2 tempat ni. memang masih banyak nk explore negara kita ni

moonbug Publish time 26-2-2019 09:51 PM

Untouched beauty

farah_raja Publish time 12-7-2019 08:33 PM

Pulau Sipadan juga di Sabah. Jika anda mahu pergi menyelam, saya cadangkan anda melawat sana

farah_raja Publish time 12-7-2019 08:40 PM

Berikut adalah senarai tempat yang baik yang boleh anda pergi ke Malaysia pada hujung minggu

Bungaapi Publish time 13-7-2019 08:31 PM

Boleh menyelusuri sungai kinabatangan untuk tgk buaya, pygmy elephant dan monyet hidung merah. Ada chalet2 yang boleh dibooking seperti di nature lodge. Sgt best untuk pencinta alam.

berakit2kehulu Publish time 14-7-2019 11:15 AM

Wahh best ni

arnova Publish time 17-7-2019 03:08 PM

cantiknyaaaa...

farah_raja Publish time 24-7-2019 08:19 PM

Kepulauan Sipadan juga cantik!

https://www.any5354.com/wp-content/uploads/2019/06/sipadan-Islands-malaysia.jpg
https://oceanscubadive.com/wp-content/uploads/2019/03/Scuba-Diving-in-Sipadan-Island.jpg

https://i2.wp.com/sipadanisland.org/wp-content/uploads/2016/06/mabul-island.jpg?fit=800%2C450&ssl=1



Pages: [1]
View full version: Pencinta Alam: 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahag


ADVERTISEMENT