Pulau Socotra Yang Unik! Macam Berada Di Planet Asing
Pernahkah anda mengetahui di dunia ini ada satu pulau yang dianggap seolah-olah berada di planet asing? Memetik majalah sains dan Harian Metro, Pulau Socotra adalah sebuah pulau yang beradakira-kira 350 kilometer dari pantai tenggara Yaman.Semasa pembentukan benua masih aktif ,sebahagian kecil tanah Afrika terpisah . Ia berlaku sekitar 7 juta tahun dahulu yang membentuk sebuah gugusan-gugusan pulau . Antaranya ialah Pulau Socotra, yang ditemui sejak kurun pertama Masihi. Kesultanan Mahra pernah memilikipulau ini sebelumberalih kuasa kepada republikYaman pada 30 November 1967 .
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/04/111807d0kck96zq49lzqsq.jpg
Kredit foto:google
Pulau-pulau kecil berdekatan dengannya ialah Pulau Samhah, Abd Al Kuri dan Darsa.
Pulau Socotra ini terkenal dengan flora dan fauna yang pelik. Ia dianggap seperti sebuah tempat yang mempunyai landskap yang sangat luar biasa seolah-olah berada di planet lain. Pulau ini juga mempunyai 40 ribu penduduk yang masih mempercayai amalan kunodan mengamalkan sistem barter.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/04/111839x1x9l51dd512nqoc.jpg
Kredit foto: google
Mereka inimerupakanpenggembala kambing,nelayan ,dukun dan imam.
Pergunungan Haghiermerupakan puncak tertinggi di pulau tersebut dengan ketinggian 1.500 m dari permukaan laut dan suhu tahunan kira-kira 18 darjah celcius.
Melalui satu kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), saintis telah menemui 700 spesis endemic yang tidak pernah wujud di mana-mana tempat di muka bumi ini.
Pada Julai 2008, Pulau ini telah perakui oleh UNESCO sebagai warisandunia .Walaupun mempunyai permandangan luar biasa, ia tidak boleh dilawati buat masa ini. Banyak juga negara yang melarang untuk melawati pulau ini kerana situasi keselamatan di negara tersebut yang tidak stabil.
Mari kita susuri gambar-gambar menarik Pulau Socotra
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/04/110917d4622s4s2p4p92pl.jpg
Pohon-pohon dan bentukPulau Socotra
Kredit foto: google
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/04/111100ch8z8kmqsq0zsrqv.jpg
Antara haiwan-haiwan pelik di Pulau Socotra
Kredit foto:google
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/04/111215mvvf2n18j9xl1v22.jpg
Penduduk pulau Socotra
Kredit foto:google
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/04/111615ov13l3hjnqlnx7qg.jpg
persisiran pantai
Kredit foto: google
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/04/111651szre9j9hwvlhh4wa.jpg
persisiran pantai pulau
Kredit foto:google
Cantik bukan? Pulau ini juga dikaitkan dengan tempat kurungan Dajjal, melihat kepada lokasi Pulau tersebut yang terpencil dengan keunikan alamnya dan kawasannya tepat di Laut Yaman.Wallaahu'alam. -CARI wah..indahnya ciptaanNya baru tau ada penduduk pulau ni... pantainya cantiknyaa, dah la i suka pantai... Pulau ni laluan perdagangan gak kan? Pelik gak dari dulu sampai skg kehidupan penduduknya dikatakan masih kuno... pantainya cantik~~ Pulau ni laluan perdagangan gak kan? Pelik gak dari dulu sampai skg kehidupan penduduknya dikatakan masih kuno... pantainya cantik~~ Ketam tu nk seakan2 ketam pirates of the carribean..yg bnyak2 tolak black pearl ke laut.;P betul ke pulau ni tempat kurungan Dajjal? Sangat unik. Cantiknya pantai dia serius weyyyy lawa!!!!! x sangka masih guna sistem barter.. bagus jgk masih ada yg guna cara lama. setidak2nya kita yg dunia moden ni dpt tgk life mereka ygtak tercemar dengan arus kemodenan. pelik pokok tuu..tapi nice island..jauh dari kehidupan moden bagus la tak blh dilawati. tak ada la dicemari oleh perosak2 alam.. cantiknya pantai..msh tak tercemar lg.. pokok2 yg unique..cantik la pulau ni Uniknyaaaaaaaaaa dan cantik tempat yang menarik dan boleh menenangkan jiwa yang sedang kusut. masa saya kerja kapal dulu rasa seronok bila nampak berbalam pulau socotra dari jauh setelah dua minggu meninggalkan Penang dengan perjalanan yg membosankan tak jumpa darat. Cuma nampak sri lanka dari jauh aje masyaAllah... cantik! kan best kalau bleh gi cuti-cuti kat situ... siapa yg ada plan nak cuti jom shopping barang2 travel kat sini https://bazaraya.my/sport-goods-store/travel xyah nak pening cari sana sini.
Pages:
[1]