CARI-MAMS Publish time 7-2-2019 06:19 PM

8 Tahun Menanti, One Drop Perfumes Tampil Dengan Gold Edition Yang Lebih Memikat

Setelah 8 tahun penantian, One Drop Perfumes kini kembali menggegarkan pasaran minyak wangi Malaysia dengan keluaran set terbaru, Gold Edition yang merangkumi 8 jenis wangian yang paling baru di pasaran.


"Gold Edition ini adalah gabungan dari kesemua wangian yang paling terkenal, eksklusif yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dari penggemar minyak wangi,” ujar Zetty Ismail, Pengarah Eksekutif, One Drop Perfumes.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/07/181549eplo9enyll8bksb8.jpg



Dari segi harganya, One Drop Perfumes sememangnya mampu milik. Dengan hanya berharga RM55.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM65.00 (Sabah/Sarawak), peminat minyak wangi akan memiliki 8 jenis wangian yang berlainan dalam Gold Edition ini.


Menurut Zetty lagi, “Baru-baru ini, sebagai tanda terima kasih untuk para ejen telah banyak memberikan sokongan kepada One Drop Perfumes, kami telah melancarkan GOLD EDITION ini eksklusif hanya untuk para ejen sahaja sebelum kami warwarkan kepada pengguna. Hanya dalam masa dua hari sahaja, sebanyak 8,000 set pesanan telah diterima dari para ejen dan ini merupakan sambutan yang sangat memberangsangkan.”


Dapatkan One Drop Perfumes hanya di hujung jari anda. Layari dan 'shopping' secara online di laman sesawang ODP atau di Facebook One Drop Perfumes.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/07/181549w336kgoi37b7hhcc.jpg





SENARAI WANGIAN GOLD EDITION:


1. Inspired by BOMBSHELL, Victoria Secret (Fruity and Sweet)
2. Inspired by CHANCE, Chanel (Musky and Floral)
3. Inspired by FLOWERBOMB BLOOM, Viktor & Rolf (Fruity and Floral)
4. Inspired by GOOD GIRL, Carolina Hererra (Floral and Cocoa)
5. Inspired by GUCCI FLORA, Gucci (Floral and Citrus)
6. Inspired by INCANTO SHINE, Salvatore Ferragamo (Sweet and Fruity)
7. Inspired by LA VIE EST BELLE, Lancome (Sweet and Vanilla)
8. Inspired by WONDERSTRUCK, Taylor Swift (Fruity and Floral)

AyaqMeloSuam Publish time 7-2-2019 06:55 PM

Semua bau fav iolss lah.. haiishhb..

CiliPadiSedap Publish time 7-2-2019 07:17 PM

One drop vokuru ada x?

LostStar Publish time 7-2-2019 07:29 PM

Dia mmg akan bau sama yg real Perfume ke?

epis Publish time 7-2-2019 07:55 PM

Olympea xde ke?? Huuhuu.. la vie est belle one of favourite..

munchkin Publish time 7-2-2019 09:17 PM

Moga dimruahkan rezeki dan berjaya dalambisnes. Amin yrb

buapakperut Publish time 8-2-2019 12:18 AM

wow.. semua best blako

fliphair8 Publish time 8-2-2019 11:15 AM

Wangi ke? Testimoni dari poromers yg telah guna please....

chinta89 Publish time 10-2-2019 04:43 PM

ODP ni pelopor kpd peniaga2 lain nk jual perfume harga rm10 utk btl kecik2.

tp kalau uols kira2 blk harga sebotol kecik tu dlm ml ngn RM yg ditawarkan, harga dia x murah sgt jgk. sama ngn beli produk ori.

cuma kalau org yg btl2 nk guna tanpa was2 opkos beli la produk mcm ni.

iols sangkakan ODP dah xde tau dlm psrn since byk lambakan produk yg ala2 ODP ni n mcm xde je jual kalau iols ke mana2.

skg DeXandra tgh in jgk kan. tp blm ada satu produk yg boleh tandingi kehebatan ODP yg meletus satu masa dulu. hehe.

URUHA Publish time 12-2-2019 11:24 AM

Hamboiii semua bau yg best2 belaka {:childlikeo please buat ODP inspired by Coco Mademoiselle jugak{:runo

Ingatkan ODP ni dah berkubur. Rupanya masih wujud lagi {:smileo

aminsaniah Publish time 28-2-2019 04:40 PM

dah beli dah..memang best bau dia

tri-max Publish time 8-3-2019 10:17 AM

zety ni zaman remaja tomboy abis,
rambut boycut semedang
tak sangka skrg jual product feminin yg laku keras
semoga terus succes ya, kasi kick perfume che ta yg ntah hapa2 tu

seramado Publish time 8-3-2019 12:14 PM

ok la try...mmg sdp...semua bau enak2...beli kt online je..harap kuarkan versi jantan lak camni

bazarayamy Publish time 16-4-2019 03:27 PM

x pernah try pun ODP ni walaupun dia femes dulu.. tapi bila tgk hampir semua perfume dlm list tu yg fav ataupun dlm wishlist terjatuh minat la plak... siapa dh try... ok ker? sama mcm ori?

akuni Publish time 16-4-2019 10:55 PM

Boleh2 la jugak baunya...tapi,opkos la x bertahan lama wangi tuh

biozipstar Publish time 8-5-2019 03:43 PM

aku ingatkan dah xde jual ODP dah.. merata cari x jumpa bebeh.... skang dah pakai avon. manis je bau dan tahan lama
Pages: [1]
View full version: 8 Tahun Menanti, One Drop Perfumes Tampil Dengan Gold Edition Yang Lebih Memikat


ADVERTISEMENT