Sang_Pencinta Publish time 7-2-2019 12:03 PM

Apa Istimewanya Brunei Darussalam? 7 Perkara Menarik Yang Anda Boleh Buat Di Neg

Antara 10 negara Asean, Brunei Darussalam ialah negara terkecil dan paling jarang diperkatakan di kalangan pelancong Malaysia mahupun pelancong antarabangsa. Ini kerana industri pelancongan bukanlah keutamaan negara itu dan kurang dipromosikan.




Sebab itulah, mesti ramai yang tertanya-tanya 'Apakah perkara menarik yang boleh dibuat di Brunei Darussalam?'




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/02/174445yrf7fttftbsfm8ys.jpg
Kredit foto: Carian Google


Dengan niat untuk memenuhi checklist melawat kesemua negara Asean, penulis telah meluangkan masa dua hari untuk menjelajah negara tersebut melalui jalan darat dari Kota Kinabalu. Perjalanan bas selama beberapa jam ke Bandar Seri Begawan melintasi 8 pos imigresen (4 Malaysia , 4 Brunei), jadi bagi anda yang tidak mahu turun-naik berbaris untuk berulang kali cop passport, anda digalakkan menggunakan laluan udara.




Ini7 perkara yang anda boleh buat di negara Brunei Darussalam;




1. Melawat Masjid Omar Ali Saifuddien




Masjid Omar Ali Saifuddien ialah lambang kemegahan negara ini dan sering muncul dalam poster, Instagram ataupun promosikerana keindahannya. Dikelilingi lagun atau tasik buatan manusia, masjid ini menjadi tumpuan para jurugambar di waktu malam kerana pantulan imej yang seakan simetri apabila terkena cahaya gemerlapan dari lampu-lampu yang mengelilinginya.Dibina menghadap Sungai Brunei, anda juga boleh melawatnya sepuas hati di siang hari.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/02/174535toyz3mj6ja6yfy8z.jpg
Kredit foto: Carian Google






2. Jelajah Bot Sepanjang Sungai Brunei


Sama ada ingin menyewa bot separa mewah ataupun bot bajet, pastikan anda meluangkan masa 2 jam menjelajah sepanjang Sungai Brunei. Bagi yang ingin berjimat, silalah ke dermaga Waterfront dan berunding terus dengan pengemudi bot tempatan. Sepanjang sungai, anda akan disugguhkan dengan pemandangan hutan bakau, perkampungan di atas air, hidupan liar seperti buaya dan monyet proboscis serta beberapa buah Istana Diraja.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/02/174538x7xflk47jdd4hxxd.jpg
Kredit foto: Carian Google




3. Melihat Kehidupan Warga Tempatan di Kampung Ayer


Dianggarkan lebih 13 ribu warga Brunei memilih untuk mendiami 40 kawasan perkampungan di atas air. Berbeza dengan perkampungan air di Malaysia yang sinonim dengan kemiskinan, Kampung Ayer di negara ini mempunyai nilai sejarah dan serba lengkap dengan kemudahan asas seperti kemudahan elektrik, balai bomba, kedai, masjid, hospital dan sekolah. Melirik ke dalam rumah mereka, anda pasti akan terkejut dengan keadaan hidup mereka yang serba selesa.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/02/174539qjloxw77xjthl921.jpg
Kredit foto: Carian Google




4. Jungle Trekking di Taman Negara Ulu Temburong


Taman Negara Ulu Temburong ialah taman yang pertama di negara ini dibuka pada tahun 1991, terletak di daerah Temburong. Seperti lazimnya sebuah taman negara, kawasan ini dilindungi dan dikatakan mendapat peruntukan yang besar dariapda Kerajaan untuk pemuliharaan. Pelancong yang berminat boleh menjelajah hutan dan melihat pemandangan menarik dan hidupan liar darijambatan kanopi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/02/174533x01m4mshdw13w9db.jpg
Kredit foto: Carian Google




5. Mencuba Makanan Tempatan di Pasar Malam Gadong


Setiap hari mulai jam 4 malam, Pasar Malam Gadong akan mula beroperasi. Banyak gera-gerai yang menjual menu tempatan boleh didapati di sini. Pastikan anda mencuba Nasi Katok, sejenis sajian asli negara Brunei. Sekiranya anda ingin mencuba kuih muih, bolehlH berkunjung ke Tamu Kianggeh, berdekatan Kampung Ayeryang beroperasi seawal 6.00 pagi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/02/174538l7k2kzj7950bvzv9.jpg
Kredit foto: Carian Google




6. Melihat Artifak Diraja di Royal Regalia Museum dan Muzium Brunei


Terdapat beberapa muzium yang menarik di Bandar Seri Begawan. Dua jenis muzium yang utama ialah Royal Regalia yang mempamerkan peralatan kebesaran mewah Diraja Brunei dan Muzium Brunei yang menyimpan khazanah bersejarah negara tersebut. Untungnya, hampir kesemua muzium di negara ini tidak mengenakan bayaran masuk untuk warga tempatan dan pelancong!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/02/174535rpeexjnnfzjwzouk.jpg
Kredit foto: Carian Google




7. Mencuba Permainan di Jerudong Park


Jika anda datang dengan keluarga dan membawa anak-anak, berkunjunglah ke Jerudong Park. Mula dibuka pada tahun 1994, taman rekreasi ini dahulunya adalah taman tema yang terbesar di Asia sebelum disaingi oleh beberapa taman tema negara lain.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201902/02/174537pfg2kibk4g717y4f.jpg
Kredit foto: Carian Google


Sekiranya anda ada kesempatan lebih 2 hari, anda juga boleh menambah aktiviti-aktiviti lain seperti melawat Istana Nurul Iman, berjalan-jalan sekitar bandaraya, membeli belahataupun mengunjungi pantai.Pastikanjuga anda menyewa teksi harian kerana pengangkutan awam di negara ini sangat terbatas memandangkan hampir setiap keluarga memiliki kenderaan masing-masing.


Semoga perkongsian ini berfaedah bagi anda yang ingin melihat sendiri keindahan Negara Brunei Darussalam. -CARI

moonbug Publish time 7-2-2019 12:16 PM

Betul lah, tak pernah terfikir nak melancong ke Brunei

Sang_Pencinta Publish time 7-2-2019 12:25 PM

Tips

1. Jangan pegi masa cuti, kotanya sepi-sesepi sepinya

2. Bas jarang , susah nak dapat public transport, teksi pun susah, book kereta sewa sebelum ke sana

belilies Publish time 7-2-2019 12:49 PM

Iols dh pernah keje sana. And baca dr view seorg pelancong, there's nothing interesting in any of the stated place of interests. Big duh yahamet. Tayah nak buang duit p brunei. Baek round 1mesia je.

umbut Publish time 7-2-2019 01:08 PM

Aku pun tertanya.. Apa ada kat brunei tu..
Negara kaya tapi cam sunyi

sinalegna Publish time 7-2-2019 01:09 PM

Sang_Pencinta replied at 7-2-2019 12:25 PM
Tips

1. Jangan pegi masa cuti, kotanya sepi-sesepi sepinya


Brunei takde Grab ke TT? Rakyatnye pon dok shopping sini je

Sang_Pencinta Publish time 7-2-2019 01:09 PM

Selepas jam 7 malam semua sunyi sepi ya :lol:

kecuali pasar malam tutup lewat sikit

Sang_Pencinta Publish time 7-2-2019 01:15 PM

sinalegna: Brunei takde Grab ke TT? Rakyatnye pon dok shopping sini je

Masa i pegi tak ada grab or uber

Oang sana cakap ada apps Dart Taxi tapi tak sempatcuba

syadq Publish time 7-2-2019 01:23 PM

belilies replied at 7-2-2019 12:49 PM
Iols dh pernah keje sana. And baca dr view seorg pelancong, there's nothing interesting in any of th ...

Anak ikan ramai tak sis? {:runo

Nampak ramai jgk pergi Brunei last year. Tapi kalau takde yg interesting baik pergi Sabah je.

pinkpunk Publish time 7-2-2019 01:45 PM

meriah lagi nilai 3 dari brunei tu korg..

chicozinn Publish time 7-2-2019 02:51 PM

makcik aku pun cakap xbest g jenjalan xsmpai sehari da hbis..tapi aku teringin nk keje kat sana sebab gaji asyuk..hehehehe

belilies Publish time 7-2-2019 03:13 PM

syadq replied at 7-2-2019 01:23 PM
Anak ikan ramai tak sis?

Nampak ramai jgk pergi Brunei last year. Tapi kalau takde yg in ...

Jangan dek... Baik kau pg sabah nun bagai anak ikan bilis (ramai) di sana. At least kau blh menyelam and bercikcur di tepian pantai ala pantai california.

kucingitam Publish time 7-2-2019 03:41 PM

mmg terpikir apa yang ada kat brunei..macam tak pernah dgr org melancong kat situ.

prettyuglybabe Publish time 7-2-2019 03:42 PM

belilies replied at 7-2-2019 12:49 PM
Iols dh pernah keje sana. And baca dr view seorg pelancong, there's nothing interesting in any of th ...

klu perempuan travel alone selamat tak?
brunei tak ada beach ke just for short vacay?

epis Publish time 7-2-2019 04:43 PM

Baca review pon gtau penduduk brunei x mesra pelancong.. tu yg x ramai pelancong nk ke sana tu.. ape2 pon saya teringin gak nk pergi, just sight seeing kawasan bandar seri begawan tu..

Sang_Pencinta Publish time 7-2-2019 04:59 PM

prettyuglybabe replied at 7-2-2019 03:42 PM
klu perempuan travel alone selamat tak?
brunei tak ada beach ke just for short vacay?

Perempuan travel solo sangat selamat sis

Sana kan syariah law, rakyat dia semua respek undang2

Pantai dia ada tapi cukup untuk melawat siang hari, tak ada resort atau homestay yg berdekatan pantai rasanya


Sang_Pencinta Publish time 7-2-2019 05:03 PM

epis replied at 7-2-2019 04:43 PM
Baca review pon gtau penduduk brunei x mesra pelancong.. tu yg x ramai pelancong nk ke sana tu.. ape ...

Kalau pelancong orang putih dilayan bak raja sis

Hari tu jalan2 dgn kawan satu hostel (orang putih) beliau menerima layanan bak raja daripada penjual2 dan orang ramai

Siap dijemput datang rumah lagi

Kalau muka Asian tak dilayan sangat olah orang tempatan sana (my experience lah)

vee_zara Publish time 7-2-2019 05:24 PM

Yawn bosannya. My aunt kawen ngan org brunei. N slalu ajak i p sana. After baca artikel ni pun i langsung tak teringin nak p sana.

epis Publish time 7-2-2019 07:17 PM

Sang_Pencinta replied at 7-2-2019 05:03 PM
Kalau pelancong orang putih dilayan bak raja sis

Hari tu jalan2 dgn kawan satu hostel (orang pu ...

Tula..tiap kali berangan nk g brunei, last end up ke destinasi lain...

belilies Publish time 7-2-2019 11:52 PM

prettyuglybabe replied at 7-2-2019 03:42 PM
klu perempuan travel alone selamat tak?
brunei tak ada beach ke just for short vacay?

Utk pompuan travel alone sangatttlah selamat. Tp make sure ur family tau u'r travelling gi sana, bukan nak minta, tp takut eksiden ke ape ke.. sbb yg ni sll jd kat sana sampai masuk grup miri cari next of kin those yg kmalangan. Kalu pantai nampak benteng n ombak buas tu adelah.. iols lupa dah katne. Muara brunei? Betul kata some of forummer, 1 hari dh siap jelajah satu brunei. Mcm pg labuan gak. Even labuan is more interesting than brunei. Iols kesian je tengok promo visit brunei ni. Rasa2nya royal exhibition tu je yg menarik kat sana.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Apa Istimewanya Brunei Darussalam? 7 Perkara Menarik Yang Anda Boleh Buat Di Neg


ADVERTISEMENT