fahdramli Publish time 5-2-2019 07:37 PM

TAHUN baru Cina DULU dan SEKARANG

Sempena Tahun Baru Cina, apa beza tahun baru cina dulu dan sekarang yang korang pernah alami,

Qwerty007 Publish time 5-2-2019 09:28 PM

Dulu beraya rumah neighbour cina, time CNY jer dpt makan kacang2 mahal mcm pistachio, gajus.. macam biaselah dapat buah limau. Angpau dulu pernah dpt RM50, zaman dulu2 kira banyak sgt mcm RM100 skrg. sekarang ni yillek sbb dah kahwin.

meols ramai neighbour chinese, kecik2 dulu dalam satu hari dapat tgk 3-4 lion dance sekitar taman perumahan. Skrg ni mcm dah xde dah chinese yg buat lion dance maybe dah mahal sgt kot kos jemput lion dance tu.

Yang meols suka time tgk lion dance,part bakar mercun merah yg tergantung kat luar rumah tu. Tapi 4hari lepas meols tgk lion dance dah advance, tak main bakar mercun, pakai party poppers je {:3_80:}

seribulan Publish time 5-2-2019 11:24 PM

Saya suka kuih bakul dan kuih bulan {:2gd9o

kuzaime Publish time 5-2-2019 11:55 PM

Aku ramai jiran chinese..raya depa skrg mcm x ada apa dah. Lebih kurang mcm hari2 biasa jugak kecuali adalah nampak muka anak menantu yg hari biasa jrg2 nampak muka.

1 paling ketara bab2 bakar mercun. Skrg adalah jugak yg bakar mercun tp x serancak zaman dulu. Dulu2 janganlah harap mlm depa raya kau boleh tidur dgn aman2, sampaikan kat tepi tingkap bilik kau mercun tu terbang meletup2 ;P

Lion dance pun skrg susah dah nak tengok, dulu2 boleh dikatakan hampir setiap rumah akan ada lion dance. Skrg kalau ada rumah yg panggil lion dance, sah2 dia kaya:lol:

Catpaw Publish time 6-2-2019 12:08 AM

selarang ni yang iols tau ramai yg pergi melancong masa cuti raya cina, ada tu isteri ja balik kampung makan besar, yang laki dan anak2 pergi melancong. Bila tanya kenapa tak balik raya, tiket sudah beli awal, ha gitu jawabnya :lol:

ninja boy Publish time 6-2-2019 01:47 AM

Edited by ninja boy at 6-2-2019 01:49 AM

Dulu byk lion dance, compny dapat limau byk berkotak2,
Skrg sudah kurang, mercun pun kurang, perumahan sunyi sepi.

fahdramli Publish time 6-2-2019 07:36 AM

Dulu klu pergi kedai c8na, mesti dapat bbyk kuih bakul dan air kotak free e jenama drinho. Kedai cina kalau raya waktu dulu mau semimggu tutup. Sekarang tutup pagi, petang dah buka, kt kampung aku lah..

finn Publish time 6-2-2019 08:17 AM

Iols pernah menyewa atas satu rumah kedai d borneo... Stiap kali raya cina meriah betul dengan tarian singa ni setiap buah kedai dia pegi menari.. Iols paling suka dgn gendang dia. Meremang remang stiap kali dgar dia punya ketukan.. :lol::lol:

sfhzuraz Publish time 6-2-2019 09:21 AM

dulu2 masa raya cina mmg rasa macam kt medan perang
sana sini bunyi mercun, kt atas rumah tu rasa berterbangan mercun sana sini
ialah masa kecik2 dulu sy duduk kt salak selatan
memang kawasan kaum dia lah
skrg ni ada juga bunyi mercun tp dah tak byk mcm dulu2

ada juga pegi beraya rumah kawan2
masa tu budak2 lg jd main belasah jer makan apa pun
tp mostly yg jenis kudap2 jer la
macam biskut raya dan kacang2
air pulak mesti air kotak
angpow memang dapat tp tak banyaklah isinya
takat 2-3 ringgit jer
kira oklah tu
zaman budak2 kira dah banyak jgk tu

tarian singa dulu2 mmg byk
hampir setiap rumah ada buat
(duduk kawasan perumahan)
bila ada tarian singa ramailah yg berkerumun tengok
skrg ni rasanya hanya org2 kaya dan syarikat2 jer yg buat
mungkin kos upah dah semakin mahal

Cicisweets Publish time 6-2-2019 09:29 AM

Rumah aku dulu dekat dgn tokong cina,kalau time nak Raya mesti ada tarian singa kami masa kecik kecik ikut belakang singa tu sampai nak masuk dlm tokong sekali dpt tau dekat mak berbirat la kena:lol:

kellykemah Publish time 6-2-2019 10:19 AM

Iolls dulu kat kg mmg duduk kg cina so keliling rumah cina. CNY mmg meriah dgn mercun pg ptg siang malam tgh malam pagi subuh bagai...xkesah lah setaun skali. Tp pastu rumah pun meriah jugak sbb jiran2 semua bg limau kuih kacang air gas () air kotak. Nasib dia xbg skali telinga ke ekor kerbau pendek tu .
Rasanya dulu2 kita lebih hidup harmoni antara berlainan bangsa. Cina2 muda sekarang ni dah lebih kiasu mcm singaporean. Budak2 melayu muda pulak dah hilang identiti. X cool jadik melayu kot?

seribulan Publish time 6-2-2019 10:38 AM

Ramai keluarga Cina bawa makpak beraya di panggung hari pertama CNY, tengok filem Jackie Chan :)

fahdramli Publish time 6-2-2019 10:43 AM

Betul, dulu kita dok seronok ja, tak kelai. Aman harmoni, sekarang ni pantang cuit semua nak melenting. Kan syoq kalau mcm zaman dulu2, meriah. Orang cina datang beraya rumah melayu, melayu pegi ja umah cina masa cny. Sekarang, masing2 bawaklk hal. Tapi aku baik ja dgn bekas2 kawan sekolah aku. Even baru ni, kawan call suh pi amek limau mandarin. Indah nya kalah boleh harmoni mcm dulu.

shashalala Publish time 6-2-2019 11:33 AM

Rindu sgt CNY kecik2 dulu. Jln2 umah jiran, time tu lah merasa nk minum air kotak. Dulu2 mak x bg sgt minum air kotak ni jd bila pegi rumah jiran masa cny ni, baru dpt merasa. Selalunya air kotak soya, air teh bunga, tebu or kundur.
Kalau makan pulak biasanya kuih kapit, puding and kacang2. Limau tu dekat2 cny mmg jiran2 akan bagi. Puas mkn limau. Dulu2 kalau dpt limau mesti manis2. Lps tu dpt angpau hehehe.. tak ingat amaun tp seronokla.
Dulu jiran mesti bgtau kami yg nnt dorang nk bakar mercun. Siap say sorry in advance sbb nnt bising. Kami okay je, siap kumpul skali dpn umah dorang nk tgk dorang bakar mercun hahahaha..
Sekarang bila dh ada keluarga sendiri, nk bg anak2 merasa beraya umah jiran during cny x dpt sbb mostly dorang pun xde kat rumah. Ada la sebuah dua rumah tp sebab anak menantu semua ada, jd segan pulak nk ganggu family time dorang. Tp bab bagi limau, air kotak, angpau, masih dpt merasa. Bab bakar mercun pun still ada.
Yg plg i rindu... dulu senang je nk tgk tarian singa.. skrg, ikut nasib..

eizarz Publish time 6-2-2019 11:42 AM

masa kecik2 dulu kat kg mmg duduk berdekatan kawasan cina.kawan sekolah pun ramai budak cina and amoi2.CNY mmg meriah dgn mercun,dia mcm mlm raya jugak..lepak rumah kawan cina,diorang bagi mkn kacang ngan nyin dan air kotak. Lepas tu diorang bakar mercun dan kitaorg ronda2 naik motor.
Petang sebelum raya cina,Geng2 cina dah start prepare lembu pendek diorang atas meja,dihias lak tu..hahaha
Dulu2hidup lebih harmoni dgn bangsa lain,tak macam sekarang

mamakylekelvin Publish time 6-2-2019 12:32 PM

Kalau dulu masa chinese New Year meriah.. Dgn suasana mercun dan bunga api.. Ngabang ke rumah jiran.. Now sunyi jer jalan.. Main mercun pn kurang.. Mcm org cina skrg ni lebih suka pergi ke hongkong utk celebrate CNY..

dua_chzy Publish time 6-2-2019 01:23 PM

Qwerty007 replied at 5-2-2019 09:28 PM
Dulu beraya rumah neighbour cina, time CNY jer dpt makan kacang2 mahal mcm pistachio, gajus.. macam...

Betul tu. Duit angpau semakin sedikit. :lol: Makanan mahal pon semakin kurang dihidangkan. Ummah sekarang lebey suka berjimat.

None68 Publish time 6-2-2019 01:56 PM

Dulu acik kecik, bila raya cina merayap sekampung g beraya nak angpow. Now dah tua, mmg xde dpt angpow la kan..frust tol.

cikkittydiva Publish time 6-2-2019 03:18 PM

Dulu2 masa raya cina paling susah ati..sebab kedai banyak tutup.. sbb kt pekan byk kedai cina je. Jadiknya sebelum raya cina kena topup bahan2 makanan..keprluaan asas byk2.
Pastu suasana raya cina dulu pun seronok. Ikut kawan2 pegi beraya dpt la limau angpau..kuih kacang..dulu dpt air kotak tu kira mcm dah best sgt tau... Tu cina2 tokeh je yg bg.

meisapoya Publish time 6-2-2019 04:21 PM

Kejiranan i ramai cina. Malam makan besar tu, memang bunyi mercun je memanjang. I tido2 ayam je malam tu.. kucing i pon tak boleh tido, kacau i tido pulak :huffy

Pagi raya cina, bunyi mercun & ada lion dance. Meriah bak hang. Petang i keluar pergi mall, ramai cina pergi mall. Kedai of course banyak tutup maa.

Jiran cina i balik kampung, x sempat nak wish gong xi fa cai kat mereka. Ni pon tak balik lagi ni...
Pages: [1] 2
View full version: TAHUN baru Cina DULU dan SEKARANG


ADVERTISEMENT