FOTHER-MUCKER Publish time 1-2-2019 04:08 AM

Jangan buang uncang teh yang sudah digunakan.

Edited by FOTHER-MUCKER at 31-1-2019 01:30 PM

Jangan buang uncang teh yang sudah digunakanFMT Reporters -

January 30, 2019 2:50 PM





https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2019/01/ucah-teh-ohsem-30012019.jpgJangan buang baki teh yang baru sahaja digunakan untuk membuat minum pagi atau petang. Kalau dalam bentuk uncang, lebih baik dan mudah, simpan dahulu.Kami ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk kitar semula serbuk atau uncang teh yang dimasak untuk pelbagai sebab termasuk menyerap bau tidak menyenangkan dan untuk tujuan terapi.Nak tahu lebih, teruskan membaca.
1. Baja tanamanPernahkah anda melihat pasu bunga dengan serbuk teh di atas tanah tumbuhan yang ditanam? Maknanya orang rumah anda bijak dalam hal berkaitan tanaman. Teh boleh digunakan seperti baja untuk menyuburkan tanah dan memberi nutrisi kepada tanaman. Dengan taburkan serbuk teh yang telah digunakan ke dalam pasu atau di sekeliling pokok, ia akan membantu tumbuhan membesar lebih ‘sihat’.
2. Perasa tambahan dalam masakanMenurut laman kitchn.com, teh juga boleh menyedapkan makanan. Bagaimana? Sebenarnya, masakan Jepun, China dan Korea memasukkan teh dalam pelbagai jenis masakan mi, ikan dan daging. Ia menjadikan rasanya lebih kompleks selain lain daripada lain. Selain itu, ramai yang membuat makanan pencuci mulut seperti puding dan kek menggunakan teh.
3. Anti bau dalam peti sejukAda kalanya peti ais kita berbau kepam dan hanyir selepas menyimpan ‘makanan’ atau sayur tertentu, atau mungkin sudah lama tidak dibersihkan. Sebagai penyelamat, apa kata gunakan uncang teh yang sudah digunakan sebagai agen penyerap bau. Simpan dalam satu bekas kecil dan biarkan di dalam peti ais dan saksikan magisnya!
4. Elak peralatan dapur berkaratKandungan tanin dalam teh hitam mencegah besi daripada teroksida. Dengan menggosokkan permukaan kuali atau periuk yang telah dicuci dengan uncang teh yang masih lembap mengelakkan peralatan dapur berkarat.

5. Hilangkan gris dan minyak dalam sinkiApabila sesetangah masakan menggunakan minyak yang banyak, maka pinggan mangkuk anda pun turut jadi berminyak sampai susah nak cuci. Maka, gunakan uncang teh sebagai penyental. Penuhkan sinki yang diisi pinggan kotor dengan air suam, rendamkan 2 atau 3 uncang teh yang telah digunakan dan biarkan beberapa jam. Nanti minyak melekit tu senang dicuci.
6. Lembutkan daging stikTeh hitam juga boleh melembutkan daging, anda kena perap bancuhan teh hitam sebelum digril. Dapatkan nikmati daging stik yang enak.
7. Kurangkan mata bengkak dan lebamMata bengkak atau lebam, boleh diubati dengan meletakkan uncang teh di atas mata tertutup selama 20-30 minit untuk mengurangkan geleberan di bawah mata itu. Kandungan astringen dalam teh bagus untuk kulit
8. Bersihkan permaidaniTaburkan serbuk teh yang sudah digunakan tetapi dikeringkan di atas permaidani dan biarkan selama 15-20 minit sebelum divakum. Ia akan menyerap bau busuk pada permaidani atas alas kaki misalnya dengan cepat dan kembalikan semula kebersihan asal. Kalau ada teh berperisa lebih wangi jadinya!
9. Penyegar semula jadiKalau laci almari, ruang almari tertutup atau kereta yang jarang digunakan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, letakkan sahaja uncang teh kering, kalau boleh yang berperisa di dalam. Ia akan menyerap bau tersebut dan tinggalkan ruang tersebut dalam berbau segar.
10. Hilangkan bau kakiKalau gusar dengan bau kaki, jangan risau. Rendamkan kaki ke dalam air teh dan lihat sendiri keberkesanannya.Jadi lain kali, jangan buang terus uncang teh tersebut. Simpan dan gunakan sebaiknya.Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com






noraidil_06 Publish time 1-2-2019 07:16 AM

Niceee.
I move ke bod tips & pantang larang.
Tq

kaklong32 Publish time 1-2-2019 09:50 AM

good info ! {:1_132:}

sitisenyum Publish time 6-2-2019 07:22 PM

Amazing good info...

Meiizu Publish time 19-2-2019 11:53 AM

i simpan uncang teh simpan dlm peti sejuk ...
lepas siang ikan /ayam basuh tangan ...koyak uncang teh tu kluarkan hampas campurkan handwash soap. gosok tangan...hilang bau hanyir, kalau basuh dgn handwash semata tak jadi. try lah

aurorayasmeen Publish time 19-2-2019 02:57 PM

Nice info!

gorjeous Publish time 3-1-2020 10:28 PM

Nak cuba la.
Pages: [1]
View full version: Jangan buang uncang teh yang sudah digunakan.


ADVERTISEMENT