melnanzz Publish time 31-1-2019 11:10 PM

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD [Astro Megadrama: Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azi

Edited by melnanzz at 12-6-2019 06:03 AM

Setelah Terlafaznya Akad
akan datang di slot Mega Drama
Astro Ria & Ria HD







Nantikan drama adapatasi novel Setelah Terlafaznya Akad karya Anna Milia yang bakal mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Menemukan gandingan Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Drama 28 episod arahan Michael Ang.

JUDUL : SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
EPISOD : 28 episod
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris
PENULIS NOVEL : Anna Milia
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Production Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab

WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Hanan
Uqasha Senrose sebagai Nawal
Zeera Azizi sebagai Hani
Zulhemy sebagai Hairuddin
Nadya Syahera sebagai Milah
Norlia Ghani sebagai Tokma
Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah

SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya.

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.

melnanzz Publish time 31-1-2019 11:12 PM

First appearance untuk Zeera Azizi, finalis Dewi Remaja 2018/2019

Harap tidak mengecewakan

https://scontent-lht6-1.cdninstagram.com/vp/fcfffac550d667b12bc31b3a79dc543d/5CF670B7/t51.2885-15/e35/46530328_368878623681955_4670989759040515804_n.jpg?_nc_ht=scontent-lht6-1.cdninstagram.com

Abob Publish time 1-2-2019 09:42 AM

Dah baca dah novel ni, memang best terutama bila dah start cite berat

2 hari je dah khatam utk ms 500+ ...   rekomended utk bukan pecinta novel ;P


Harap drama ni best di tangan Michael Ang

kaklong32 Publish time 1-2-2019 09:56 AM

macam best je ni bleh la layan nanti

mongoose_kidz Publish time 1-2-2019 10:23 AM

melnanzz replied at 31-1-2019 11:12 PM
First appearance untuk Zeera Azizi, finalis Dewi Remaja 2018/2019

Harap tidak mengecewakan

ade iras nadiya nisa skit...

int1705 Publish time 1-2-2019 01:16 PM

bila tayangan ni

melnanzz Publish time 1-2-2019 02:48 PM

int1705 replied at 1-2-2019 01:16 PM
bila tayangan ni

Belum diumumkan lagi. Minggu depan drama Capik dan Lizzy dulu. Not sure lepas habis drama tu baru tayang drama ni ke tidak.

Abob Publish time 1-2-2019 04:16 PM

int1705 replied at 1-2-2019 01:16 PM
bila tayangan ni

Lepas raya

misssakura Publish time 1-2-2019 08:38 PM

Wau iols peminat bikash nur idris. Nak cari la novelnya.

Cekgushilla Publish time 1-2-2019 08:56 PM

Edited by Cekgushilla at 1-2-2019 08:58 PM

misssakura replied at 1-2-2019 08:38 PM
Wau iols peminat bikash nur idris. Nak cari la novelnya.

Penulis lama dah kan dia ni dulu cerita apa tah
Ok dh gugel dulu meolls baca ria qistina thn 2003
16yrs ago hahaha
Kertunyaaa meols rasa skrg

Abob Publish time 1-2-2019 09:22 PM

Dah lama menunggu slot megadrama ni buat cerita suasana kampong, dah bosan ngan cite org kaya dan kisah cinta hero jadi CEO

Hanan ni kerja pesawah je tapi tak lah miskin, yelah ada tanah bendang kan

Nawal lak gadis kampong yg ada kelulusan ijazah

Hanan dan Hani sama2 belajar di U, bercinta dan kahwin ....cuma Hanan terpaksa keje bendang duduk kampong setelah ayah dia meninggal

wallame Publish time 1-2-2019 11:12 PM

Cam.best je

nasbab86 Publish time 2-2-2019 02:36 PM

ade trbace skit awal2x bab novel ni. tp hero digambarkan berkulit cerah. kene matahari jd merah mcm udang kene bakar. kamal adli??? hahahahaah

Abob Publish time 2-2-2019 02:55 PM

nasbab86 replied at 2-2-2019 02:36 PM
ade trbace skit awal2x bab novel ni. tp hero digambarkan berkulit cerah. kene matahari jd merah mcm...

Dah berapa banyak dah Kamal adli jadi hero novel

Semua watak pun tak ikut kriteria muka or warna kulit hero dalam novel

Tapi Kamal sebenarnya cerah org dia, cuma mudah kena sunburn

melnanzz Publish time 2-2-2019 04:49 PM

I belum baca novel ni, so I will watch the drama in anticipation of not knowing the plotline.

Tertarik juga dengan tajuk drama ni: Setelah "Ter"lafaznya Akad - adakah bermaksud akad yang tidak disengajakan?

Abob Publish time 2-2-2019 04:54 PM

melnanzz replied at 2-2-2019 04:49 PM
I belum baca novel ni, so I will watch the drama in anticipation of not knowing the plotline.

Ter ...

Ye , part suspen tuh

Gi beli novel cepat hehe

Abob Publish time 13-4-2019 09:10 AM

Edited by Abob at 13-4-2019 09:11 AM

Nelydia Senrose yg uplod di igs

tak pasti ye ke idok sebab Nely ni kaki sakat gak



https://www.instagram.com/p/BwG1in5Ajwk/?utm_source=ig_web_options_share_sheet

Abob Publish time 14-4-2019 11:39 AM

Edited by Abob at 14-4-2019 06:02 PM

Kamal Adli adalah seorang yg sangat friendly dan dia rapat dengan semua heroin2 dia, sebab tuh chemistry meletop walaupun heroin dia status bini orang

Tapi kalo heroin single dia selalu dituduh cinlok n playboy ;P

Igs ni dari Nelydia senrose, mungkin hanya menyakat
https://www.instagram.com/p/BwHEvD8gav1/?utm_source=ig_web_copy_link



Abob Publish time 14-4-2019 06:38 PM

Edited by Abob at 14-4-2019 06:40 PM

https://www.instagram.com/p/BvPE4c5HKjF/?utm_source=ig_web_copy_link
BTS Setelah Terlafaznya Akad


https://www.instagram.com/p/BvPE4c5HKjF/?utm_source=ig_web_copy_link


Abob Publish time 19-4-2019 09:13 PM

BTS STA

https://www.instagram.com/p/BwYbzHUFCdr/?utm_source=ig_web_copy_link
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: SETELAH TERLAFAZNYA AKAD [Astro Megadrama: Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azi


ADVERTISEMENT