fahdramli Publish time 31-1-2019 08:46 PM

Sempena Malam Jumaat

Renung2kan dan selamat t beramal sambil flip tudung dan baca yaasin..

friedfishsoup Publish time 31-1-2019 09:53 PM

Derma telekung, quran untuk masjid supaya org boleh solat dan mengaji. Derma telekung/quran utk org Muslim di negara miskin/perang. In Shaa Allah, bila kita meninggal dunia, pahala berterusan.

friedfishsoup Publish time 31-1-2019 09:57 PM

Bekal anak cucu kita dengan ilmu yg baik. Ajar ngaji atau hantar anak cucu gi ngaji jadi pandai baca Alquran. Semoga dia dapat sedekahkan doa utk kita. Didik mereka dengan baik.

seribulan Publish time 31-1-2019 09:59 PM

Allah SWT berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Ali 'Imran: Ayat 200)

Sampaikan sepotong ayat :)

farlis Publish time 31-1-2019 10:04 PM

Edited by farlis at 31-1-2019 10:27 PM

I teringat waris mangsa nahas mh yg kena tembak jatuh tu. Diorang dermakan semua pampasan rm3.5 juta utk bina surau. Bertuah diorang

onexox97 Publish time 31-1-2019 10:22 PM

farlis replied at 31-1-2019 10:04 PM
I teringat waris mangsa nahas mh yg kena tembak jatuh tu. Diorang dermakan semua pampasan 3.5 juta u ...

Saya tak sekuat itu

hibernation Publish time 31-1-2019 10:35 PM

Malam jumaat disunatkan baca surah alkahfi

Jom kita sama2 beramal

idakamaruddin Publish time 31-1-2019 10:57 PM

dikala malam jumaat ni i masih lg diofis sebab closing.. mgkn kul 2 pg br balik... beruntungnye sesapa dapat meluangkan masa bykkan amalan pd malam ni..mana tau malam ni malam terakhir kita


:(

adila39 Publish time 31-1-2019 11:17 PM

idakamaruddin replied at 31-1-2019 02:57 PM
dikala malam jumaat ni i masih lg diofis sebab closing.. mgkn kul 2 pg br balik... beruntungnye sesa ...

hati hati....

adila39 Publish time 31-1-2019 11:19 PM

Tak kira hari jumaat ke atau hari lain... kenalah ingatkan diri buat benda baik. tipa kali cuba sure kita akan gagal... tutur kata, perbuatan dan sebagainya.. tp kena terus cuba.. and hari jumaat harap diberkati dgn niat yg lbh baik.

Fettybombom Publish time 31-1-2019 11:54 PM

Aku terus klik dgn baca tajuk je xtgk gmbr,aku pikir ke lain..chittt..
Selamat beramal guys..

pizzahait Publish time 1-2-2019 06:50 AM

rutin bacaan saya setiap malam jumaat:
surah yaasin & almulk

rutin saya setiap hari (pagi - petang/malam)
surah alkahfi, alwaqiah, almulk & sambungan bacaan alquran

bersedekah makanan & wang. tak hadkan pada hari jumaat saja, bila2 saja ada kelapangan ataupun peluang.
semoga sentiasa berterusan

fahdramli Publish time 1-2-2019 07:52 AM

Pertama : beli cebok dan selipar letak kat mana2 masjid, toilet.
Kedua : alihkan mana2 halangan di tengah jalan, selagi org guna jalan, pahala masuk.
Ketiga: kalau kat tempat baru, tanam pokok, selagi pokok tu berguna sbg tempat perlindungan segala makhluk, pahala mengalir lagi.
Keempat: ada modal, pasang watercooler kt swkolah ka masjid ka, selagi org minum, pahala dapat.
Kelima: paling tak keluar modal, senyumlah dan senang kan hati org sekeliling kita, selagi org igt, pahala pun dapat.

eizarz Publish time 1-2-2019 08:30 AM

Malam Jumaat ini kita boleh memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT dan janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan. Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan.

Di antara amalan-amalan malam Jumaat tersebut adalah:
-Membaca Surah Al-Kahf
Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat

-Membaca Surah Yassin
-Berselawat
-Qiyamulail

sfhzuraz Publish time 1-2-2019 08:58 AM

lepas maghrib biasanya baca surah al-kahfi
pastu lps isyak baca yasin, surah ar-rahman, al-waqiah
dan al-mulk

dan sebelum tidur wajib berdoa
manatau Allah makbulkan

D.Adek Publish time 1-2-2019 09:12 AM

sempena malam jumaat semalam.. mak ajak pergi umrah bulan ni.. mcm dilema nak pergi tapi campur excited. apa agaknya hikmah nya ye? iols terfikir-fikir lagi.. mcm unplan sangat ni.. iols kan nak road to hajj tahun depan. tolonggg!

moonbug Publish time 1-2-2019 09:39 AM

Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda ;

"Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”

. (Dari kitab at-Targhib Wa al-Tarhib 1/298)

kaklong32 Publish time 1-2-2019 10:21 AM

farlis replied at 31-1-2019 10:04 PM
I teringat waris mangsa nahas mh yg kena tembak jatuh tu. Diorang dermakan semua pampasan rm3.5 juta ...

kan bagus keluarga dorg

semoga sampai utk mereka di sana insyaAllah

kuihbakar Publish time 1-2-2019 10:28 AM

Jom baca AL Kahfi Walaupun 10 ayat terawal dan terakhir. Pagi3 kita mandi sunat Jumaat. Pastu potong kuku suami dan anak2.

Jangan lupa juga baca Sayyidul istighfar pagi dan di waktu malam.

Walaupun tak pergi solat Jumaat, jom gosokkan baju solat untuk suami dan anak2 mudah2an ada ganjaran memperkemaskan pakaian untuk orang solat jumaat.


Jom beli kuih atau sediakan sirap Bandung satu balang letak kat masjid lepas orang solat jumaat boleh menghilangkan dahaga.

Kita orang perempuan jangan lupa berdoa selepas azan Jumaat antara waktu iqamat dan khutbah mustajab doa kita.


Sambil2 jalan2 di pasar tani, masukkan note biru, hijau, merah, ungu pada si peminta sedekah.

Jangan lupa sedekahkan senyuman dan banyakkan selawat

PristineOne Publish time 1-2-2019 12:43 PM

Pokchik pula selepas jemaah isyak di Al Mukminun USJ 2... rutin malam jumaat masih lagi amalkan apa yg hadis yg Pokchik pun tak pasti nas dari hadis yg sahih atau tidak.....bab dapat pahala lebih menunaikan nafkah batin pada isteri - isteri ( mengikut giliran mingguan malam Jumaat)

Mohon pencerahan kalao sapa sapa tao

:loveliness:
Pages: [1] 2
View full version: Sempena Malam Jumaat


ADVERTISEMENT