puanshah Publish time 30-1-2019 10:06 PM

Gugup melampau. Guys please help me

Hi semua...

I ni ada masalah komunikasi. I know dah banyak thread pasal masalah ni. Dah banyak nasihat dan tips yang i baca tapi stil tak boleh overcome masalah ni. I gugup, nerveous, worried dan macam2 perasaan kalau nk speak in front of public. I dah baca doa, dah praktis depan cermin, dah prepare sebelum presentationtp tak berjaya jugak. I malu,segan,rendah diri dan rasa sangat tak berguna sebab tak yakin pd diri sendiri. Setiap kali attend meeting, i terkial-kial nak present. Bila head of depart tanya, terus i mati akal nak jawab. Bila meeting bersama staf dari branch lain, i risau dan nerveous sangat2. Sampaikan dtg migrain dan tak boleh tidur, takde selera makan. Sebab i tahu wakil dari branch lain tip top diorang punya skil presentation. Komunikasi sangat bagus. Ada di kalangan diorang yg lbh junior dari i. I rasa dah mati akal macamana nak buang perasaan gugup yg melampau ni dan nk improve skil i dalam komunikasi Sekarang i ambik cuti 2 hari sebab nak tenangkan diri. Baru je selesai meeting last week. Kaw2 i kena bantai sebab ntah hape i bentang report dari department i. I salahkan diri i sebab tak mampu kawal perasaan nerveous.. Forumers please help me. I rendah diri sangat2 ni......:'( :'(

PristineOne Publish time 30-1-2019 10:32 PM

Tak tao nak cakap apa...Pokchik punya method pelik sikit... Pokchik selalu membayangkan atasan atasan Pokchik bertuala macam nak masuk jamban... Kira Pokchik membayangkan diaorang dalam keadaan lawaklah...
Kira macam diaorang pun immortal macam Pokchik juga walaopun pangkat dan kuasa diorang lebih dari Pokchik..

But its work...trully works...Pokchik selalu confident jer masa bagi taklimat depan atasan Pokchik.

**No bodyshaming....but most of my atasan...perut dah kedepan...so membayangkan mereka bertuala nak pergi mandi adalah satu keadaan yg lawak bagi Pokchik.

:lol::lol:

ease Publish time 30-1-2019 11:30 PM

Kesiannya.. I feel you... Since you kata dah cuba bermacam2 cara...Cuba kali ni u tell urself.. Kalau bukan aku yang control diri aku..sampai bila? Fikir juga takkan sampai nak resign..g mana2 pun sama juga as long as u need to present..

Takkan nak bg org gelakkan kita or humiliate kita sewenang2nya.. Tell yourself.. Jgn degrade diri sendiri... Write what u need..Script details.. Face them.. face off.. Kalau lupa points jangan kalut..refer back to ur scripts..Once you overcome this..you will be okay..

Kalau tak boleh sgt..do urself justice..cari kerja lain yg tak perlu for u to present.. I wish you well..

onexox97 Publish time 30-1-2019 11:53 PM

Baca zikir
HLailahailla anta Subhanaka inni kuntu minazzolimin

Hasbiyallahu wani'malmaula wani'mannasir

Star_el Publish time 31-1-2019 12:19 PM

affecting your daily life tak?
maybe ada anxiety ke leh g jumpa psychiatry amek ubat

nuhanis Publish time 31-1-2019 12:19 PM

Faham...

Aku pun jenis kalau kena present / interview takut. Kadang siap pakej sakit perut nak termuntah bagai..tapi nak buat camne kan, memang kena hadap gak. Tapi nasib baik aku sejenis confident (acah sebenarnya), hahaha, so x nampak la yang aku tengah terketaq2.

Ada sekali tu aku kena paksa jadi pengacara majlis dinner kecik kecikkat ofis aku, nak tak nak kena jadi jugak..ok je sebenarnya, awal2 ja rasa nak pengsan. Cuma eye contact ke laut dalam la...dah sapa suruh paksa aku kan..hahaha.

Tips ke apa xdak, cuma nak tak nak kena lalui je..redah jelah konsepnya.

puanshah Publish time 31-1-2019 12:28 PM

Star_el replied at 31-1-2019 12:19 PM
affecting your daily life tak?
maybe ada anxiety ke leh g jumpa psychiatry amek ubat

Yes sgt affect my daily life. I jadi migrain, berdebar2. Kadang2 sukar lelapkan mata sebab i risau sangat.

hanie_z Publish time 31-1-2019 01:35 PM

I pun macam tu, i sedar i ada problem to present myself at public masa i masuk uni. Bila i berdiri depan orang ramai i jadi gugup. Sampai xboleh cakap, paling teruk sampai menangis. Seriously, bukan nak nangis, tp the tears just come out. Memang i just cant.

Then, if ada presentation i choose to prepare myself dengan slide yang lengkap. Which i akan agak ape org nak tanye, paling penting kena ada notes kat tangan. It helps a lot i guess. sekurang2nya i still can present walaupun setiap kali ada presentation memang i rasa xmacam present pun, macam robot bcoz i memang akan baca on my notes je.

Mujur la masa kat uni dulu banyak group presentation, so thats help me. I banyak buat keje2 on preparation, presentation memang orang lain. And, Im lucky that my frenz n lecturer paham.. Now, dah keje and lucky me, i got job yang xperlu nak presentation2 ni..
{:teatimeo

Ketypurry Publish time 2-2-2019 03:07 PM

same problem ni. boleh aje jumpa psychiatric. mungkin tt ada SAD atau GAD.
saya seorang yang diagnosed with SAD. sekarang tengah dapatkan rawatan kat hospital. saya ada join komuniti kat situ pun. bagus komuniti tu, ada social skills training untuk counselling pun ada. nak keyakinan diri ni mungkin tt kena exposed. so if practice depan orang ramai mungkin membantu.

mialunar Publish time 2-2-2019 04:08 PM

Kalau ikut sejarah mr bean .. dia seorang yang gugup sejak dari kecik .. bila dia besar dia cuba jadi penyanyi .. masih lagi gugup.. kemudian dia sedar kalo dia berpura2 berlakon sebagai watak lain .. gugup dia ilang ..cer tt cuba anggap tt tengah pegang watak sesapa .. ilang x?

clarizsa Publish time 3-2-2019 01:37 AM

Takut ke
I ni introvert
I hate people and i hate small talks

Tapi bila perlu untuk bentang apa2 utk hal keje (masa i masih keje dulu)
I anggap semua yg perlu dengar tu seolah dorang sangat berminat dan penting bg dorang utk i sampaikan dgn baik jelas dan terang apa yg perlu

Mcm depan students/kanak2 cmtu ;P

Confident pun masa tu je
Mcm kalau ada yg tegur kata eh salahlah
Pstu jawabla balik , oh ye ke salah
Thanks tolong betulkan

Lpas siap keje
Balik kpd diri sndri yg takmau ada even eye contacts dgn sesiapa pun
:lol:

larra89 Publish time 14-2-2019 12:39 PM

Erm kalau pasal presantation ni normal lha kalau kita rasa gugup sebab terpaksa berdiri dekat depan ramai orang. Banyak mata yang memandang.Saya rasaa awak boleh cuba untuk lebihkan 'mesra alam' awak. Maksudnya, awak kena lebih have fun time study ke. Banyakkan bersuara. Buat lawak biar orang rasa awak ni fun orangnya. Boleh diajak bergurau. Bila dah lama2, awak akan terbiasa ceria. Dan terbiasa ngan kawan2 awak tu. Bila awak nak presantation ke, awak buat la joke2 sikit untuk hilangkan gugup awak tu sebab bila dah smua tgah senyum gelak, awak x kan rasa tetekan sangat.

Kalau setakat nak bercakap depan cermin tu, awak x kan rasa sngat sebab cermin tu lebih kepada orang yang nak hafal skrip. Cakap sorang2 mmng x gugup lha.

misssakura Publish time 26-3-2019 10:43 PM

iols dah nk masuk 5 tahun kerja dan perasaan gugup utk bercakap depan org masih x hilang. nak bentang apa2 dlm meeting pon iols x berani. iols akan terketar2 dan muka nampak sgt gugup. sampai satu tahap boleh jadi blank, tak tahu nak cakap apa. bila jadi gitu iols akan rasa sgt malu dan down. rasa mcm nak hilangkan ingatan perkara yg memalukan tu.

ninja boy Publish time 26-3-2019 11:19 PM

Rutin harian macamana, adakah ada internal meeting atau meeting sesama staf. Boleh diatasi dgn biasa kan hidup bekerja meeting sana sini ckp depan staf bawahan pekerja2 Dan bos2. Lama2 boleh ja bercakap santai bersahaja Tanpa skrip.

puanshah Publish time 6-4-2019 11:02 PM

Sori u all. Dah lama i tak jenguk forum. Busy la. Tak sangka masih ada yg respon

puanshah Publish time 6-4-2019 11:03 PM

hanie_z replied at 31-1-2019 01:35 PM
I pun macam tu, i sedar i ada problem to present myself at public masa i masuk uni. Bila i berdiri d ...

Kat uni dulu, i sebolehnya elak dari jadi presenter. I akan rela hari utk prepare semua benda utk presentation, asalkan i tak present. Mungkin dari situ i tak expose so bila kerja,i jadi gugup sebab less experience.

puanshah Publish time 6-4-2019 11:11 PM

Ketypurry replied at 2-2-2019 03:07 PM
same problem ni. boleh aje jumpa psychiatric. mungkin tt ada SAD atau GAD.
saya seorang yang diagno ...

I pun terfikir nak jumpa psikitri. Sebab semua ni timbul disebabkan masalah dalaman i yang takut,kurang yakin,rendah diri. I rasa mungkin itu antara penyebab utama masalah ni
I pernah join seminar ala-ala macam public speaking ni.khas utk yg ada masalah dalam communication skill.,tp semua peserta yang join tu tak ada masalah pun.ye lah di mata diorang mungkin skill of presentation tu kurang,tp dibandingkan dengan i diorang dah cukup baik dari segi skill tu. End up, i tak habiskan course tu sebab i rasa tak sesuai i duduk dlm kalangan peserta2 tu. Nampak tak skill ni sgt subjektif. Mungkin peserta yg join tu rasakan diorang lemah dan cuba utk improve communication skill. I pulak level yg lower than them. So i cuba nk cari course yang btl2 target org2 seperti i ni

puanshah Publish time 6-4-2019 11:12 PM

mialunar replied at 2-2-2019 04:08 PM
Kalau ikut sejarah mr bean .. dia seorang yang gugup sejak dari kecik .. bila dia besar dia cuba jad ...

I rasa si mr bean ni genius. Bijak dlm akademik dan berbakar dlm seni.i tak rasa i sebegitu bertuah :P

puanshah Publish time 6-4-2019 11:13 PM

clarizsa replied at 3-2-2019 01:37 AM
Takut ke
I ni introvert
I hate people and i hate small talks


I terlampau kurang keyakinan diri. Kalau tiba2 i tersalah, terus down dan kesalahan tu effect my whole presentation. Aduh sedih sgt bila fikirkan balik. Stress sbb i masih tak dapat ubati masalah ni

puanshah Publish time 6-4-2019 11:17 PM

larra89 replied at 14-2-2019 12:39 PM
Erm kalau pasal presantation ni normal lha kalau kita rasa gugup sebab terpaksa berdiri dekat depan...

I bukan jenis yg peramah or suka buat lawak. I memang jenis serius dan i pun tak banyak cakap. Bila nervous, i bertambah pasif dan lagi takut nk buat joke. Kalau masa presentation i feel a bit ok. Tp bila ada sesi soal jawab, i jadi makin nerveous dan gugup. Sebab soalan bos ni soalan yang tak terjangka. Nak fikir pun dah jadi blank. Kesian i terpaksa haring kepayahan macam ni kan. Tp sebab nk cari rezeki,i terpaksa menahan semua ni.huhuhu. Kalau ikutkan suami i suruh berhenti kerja. Tapi i blm bersedia utl jadi full time housewife
Pages: [1] 2
View full version: Gugup melampau. Guys please help me


ADVERTISEMENT