NmeeraR Publish time 30-1-2019 12:51 PM

Glasier Ini Mampu Buat Anda Terbeliak Mata. Sungguh Luar Biasa!

Edited by NmeeraR at 1-2-2019 12:56 AM

Glasier adalah salah satu fenomena alam yang paling luar biasa. Ia adalah sungai ais yang bergerak perlahan dalam saiz yang besar. Fenomena ini terbentuk dari salji yang turundari pergunungandan membeku menjadi ais dan turun ke kaki bukit, ke arah cerun, lembah atau badan air.

Pergerakan glasier juga tidak boleh dilihat dengan serta merta, tetapi jika anda melihatnya sekali lagi selama beberapa dekad, anda dapat melihat perubahan dramatik dalam landskapnya.
Glasier Kaki Gajah/ Elephant Foot Glacier, Greenlandhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/232851o65yan566woomqy7.jpgKredit Foto : GoogleKelihatan seperti mangkuk adunan yang telah dicurahkan di atas kuali. Ia adalah tekanan berbilion tan ais yang menembusi gunung dan tumpah simetri ke laut berdekatan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/233002li59brvihjhiizbv.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/233002o3yey33q31ue6nu3.jpgKredit Foto : Google

Biafo Glacier, Pakistanhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/032644m0rv0113mwlbe3le.jpg
Kredit Foto :matadornetwork.com

Glasier ini terletak di pergunungan Karakoram di Pakistan dengan panjang 36 kilometer, ketinggian lebih dari 5000 meter.Biafo dan Hispar bergabung sehingga membentuk sistem glasier terpanjang di luar Kawasan polar.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/023119oysflyf45x2soaw5.jpgKredit Foto : Google
Bagaimanapun , glasier ini tidak begitu popular kerana pendakian yang sangat sukar dan pengangkutan yang kurang maju untuk ke sini.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/023130wvzb0iblwvvveltb.jpgKredit Foto : Google
Perito Moreno Glacier, Argentinahttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/224907mwod8phx84h9804w.jpgKredit Foto : GooglePembentukan ais 250 km2 (97 batu persegi)ini adalah tarikan pelancong di Patagonia, Argentina. Tidak seperti kebanyakan glasier, ia sebenarnya makin bertambah, bukannya menyusut.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/225032vbkibv8px2128gxu.jpgKredit Foto : Google
Glasier ini juga merupakan salah satu yang paling mudah diakses di Patagonia yang memiliki tiga kawasan tontonan yang membolehkan pelancong mendekati dengan sebeberapa dekat.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/225148ohaeaekwhkuzwwwe.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/225157k77y8dwzhy77baaa.jpgKredit Foto : Google


Margerie Glacier, Glacier Bay Alaskahttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/231317h33otxotxch6tt88.jpgKredit Foto : Google
Alaska dikenali kerana mempunyai beberapa glasier terbesar dan paling popular di dunia dan Margerie Glacier pasti salah satunya. Di 34 kilometer, ia adalah salah satu daripada glasier terbesar di luar Antartika dan merupakan destinasi pelancongan yang sangat popular untuk orang di seluruh dunia.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/231830njttiui8jzdjt8u8.jpgKredit Foto :earthnworld.com

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/231428w3lr8b7kdnnnj2pr.jpgKredit Foto : Google
Ia terletak Taman Negara dan Pemeliharaan Glacier Bay yang didedikasikan untuk memelihara ekosistem Arktik.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/231554t8ntye0euy8nkykk.jpgKredit Foto : Google

Vatnajökull Glacier, Icelandhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/235358bc2toigocsst4rx4.jpgKredit Foto : Google

Vatnajökull Glacier merupakan salah satu glasier yang terbesar di Eropah. Ia juga terletak di kawasan dikatakan sebagai "wild wonderful of a landscape" keranadikelilingi oleh gunung berapi aktif, gua ais dan mata air panas.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/235744jtzi88ts07jz8imi.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/28/235806djjtkumudeiji4qd.jpgKredit Foto : Google

Ia juga disenaraikan dalam Guinness Book of Records, sebagai "object of the world's longest sight line". Namun sayangnya, glasier ini kian surut dan belum dipastikan bagaimana ia mampu mempertahankan status itu.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/013810rm74potwaxd6wdpv.jpgKredit Foto : Google

Canada Gracier, Antarticahttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/012026k6mnqhljlm4hnu4h.jpgKredit Foto : Google

Antartika memiliki glasier terbesar di dunia yang mana salah satunya adalahCanada Gracier.Ia terletak berhampiran Taylor Valley, Victoria Land dan menerima salji yang sangat kurang.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/012143rf8mn9rmcetk8ocw.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/012151zxbwwtomimzopxm1.jpgKredit Foto : Google

Kawasan ini memiliki ekosistem padang pasir dengan tumbuh-tumbuhan dan kehidupan haiwan yang sangat sedikit.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/012200is4nsbsedbnlnak4.jpgLake Fryxell. Kredit Foto:Google
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/012205umsv2y42z2o1a12q.jpgLake Hoare . Kredit Foto:Google



Jostedalsbreen Glacier, Norwayhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/015720uerjrea4ae2j52ov.jpgKredit Foto : Google

Merupakan salah satu glasier yang paling luar biasa di dunia dan terbesar di Eropah. Glasier ini mempunyai 60 kilometer panjang, tebal 600 meter dan tersebar di kawasan seluas 486 kilometer persegi.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/021426dsj1j2jujjk1usjx.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/020045uwza4ob2224a2zge.jpgKredit Foto : Google

Terdapat beberapa formasi ais yang luar biasamengalir melalui gunung dan secara beransur-ansur bercampur dengan hutan sekitarnya.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/020125v5aeemjaa5cmex7d.jpgKredit Foto : Google

Fox Glacier Dan Franz Josef Glacier, New Zealandhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/030830vvt6r36t5oo2ltxd.jpgKredit Foto:earthnworld.com

Sepasang glasier ini unik kerana ketinggiannya rendah yang mana kurang daripada 300 meter atas paras laut di antara hutan hujan sederhana, dan bukannya batu tinggi di puncak gunung. Ia juga merupakan sebahagian daripada Taman Tapak Warisan Dunia Te Wahipounamu, yang merupakan rumah kepada pelbagai hidupan liar yang unik dan dijangka akan menyusut pada tahun 2100.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/031039jorbovho7m5j7pjr.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/031115gqpzelewmeqc1dpq.jpgKredit Foto : Google

Jika anda tidak mahu berjalan kaki, anda boleh melakukan perjalanan dengan helikopter dan melihat pemandangan luar biasa dari udara

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/031150w20wzxbe0x308bw2.jpg
Kredit Foto : Google






Furtwängler Glacier Mount Kilimanjaro, Tanzania
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/034901vb64lwvb4vnlyjvt.jpgKredit Foto : Google
Puncak Gunung Kilimanjaro mempunyai salah satu glasierpaling menakjubkan di dunia. Glasier ini telah merosot dengan cepat sejak abad lalu dan hari ini, hanya 18% daripadanya kekal utuh. Dianggarkan akan mencair sepenuhnya menjelang 2020.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/035203barzd5r6gcra5kp5.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/29/035207jlbc3licbfpdb5vi.jpg


Apa kata anda? Adakah ia cukup menakjubkan? -CARI


Sumber : https://earthnworld.com/top-10-most-beautiful-glaciers-in-the-world/,https://www.bookmundi.com/t/vatnajokull-glacier-in-iceland,https://nge-baca.blogspot.com/2015/11/gletser-kaki-gajah-di-greenland.html,https://www.hostelbookers.com/blog/travel/weird-and-wonderful/ten-amazing-glaciers/

Megikari Publish time 30-1-2019 12:54 PM

Subhanallah....

chempaka.ayu Publish time 30-1-2019 01:19 PM

Subhanallah cantik sangat

EvieWanKenobi Publish time 30-1-2019 01:21 PM

Subhanallah.. Allah Maha Pencipta..

raihaneem Publish time 30-1-2019 02:16 PM

Cantik sgt2..

puanbintang Publish time 30-1-2019 02:20 PM

tengok dalam gambar pun dah tergangga, ni kan kalau dapat tengok real....subhanallah..

makton Publish time 30-1-2019 02:21 PM

subhanallah.. cantiknya. teringin nak pegi lihat sendiri

kaklong32 Publish time 30-1-2019 02:38 PM

subhanallah memang cantik {:1_132:}

chinta89 Publish time 30-1-2019 02:45 PM

mmg cantik. kagum dengan ciptaan ALLAH.

Catpaw Publish time 30-1-2019 02:48 PM

Subahanallah alhamdulillah , indahnya dunia ini

kucingitam Publish time 30-1-2019 03:22 PM

cantiknya..tak sangka argentina pun ada glacier..ku pikir argentina ala2 brazil

Artemesiaa Publish time 30-1-2019 03:40 PM

Dah kalau alam semula jadi semestinya amat cantik

wallame Publish time 30-1-2019 09:30 PM

Gunung Kilimanjaro ni yg olg sukar utk didaki kan

moonbug Publish time 31-1-2019 11:22 PM

Sayangnya yang puncak Kilimanjaro dah tinggal seciput je glacier. Suhu dah makin tinggi la tu kat situ

carisha Publish time 5-2-2019 05:24 PM

Pernah hike Vatnajökull Glacier. Stunning view everywhere!

citytooursz Publish time 17-3-2021 04:52 PM

carisha replied at 5-2-2019 05:24 PM
Pernah hike Vatnajökull Glacier. Stunning view everywhere!

AbuDhabi is the capital of the United Arab Emirates (UAE) yet the city regularlycity tour Abu Dhabi gets eclipsed by it's a lot bigger and glitzier neighbor Dubai only 1 hour asit were.AbuDhabi, in any case, is an extraordinary spot to put in a couple of days as itcan frequently be a lot less expensive than Dubai, in addition to there areincreasingly more vacation destinations opening constantly.

Chimicuri Publish time 18-3-2021 02:27 PM

Cantik nya!! Kena hati2 juga sbb licin kn..
Pages: [1]
View full version: Glasier Ini Mampu Buat Anda Terbeliak Mata. Sungguh Luar Biasa!


ADVERTISEMENT