chacon Publish time 29-1-2019 12:27 PM

“Askar Kita Dulu Orang Luar Kagum, Main Takraw Ramai-Ramai Dalam Suhu -30°C,” Te

Edited by chacon at 29-1-2019 12:30 PM

https://sgp1.digitaloceanspaces.com/sk-bucket/2019/01/28173850/18157780_1286390351410340_5600164245488020186_n-1-e1548668349328.jpg

Tentera adalah benteng pertahanan paling hadapan negara. Bukan calang-calang yang dipilih kerana mereka perlu melepasi pelbagai ujian terlebih dahulu. Itu belum termasuk cabaran yang terpaksa dipikul dalam latihan. Hanya yang berjiwa kental mampu bergelar seorang tentera.
Perkongsian pengalaman oleh Tuan Mohd Fitri, seorang pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini cukup membanggakan. Walaupun kedengaran agak lucu, namun ini menjadi bukti sejarah bahawa askar dari tanah air ini tahan lasak dan mampu hidup walau dicampak ke mana sekalipun!

Kisah Tentera kita (kisah pertama)= Askar Melayu dengan salji.https://sgp1.digitaloceanspaces.com/sk-bucket/2019/01/29111604/50822307_610942069337635_6688502606706245632_o.jpgOleh kerana ramai minta saya cerita kejadian-kejadian yang pernah saya alami, baiklah saya akan bercerita sikit setakat yang saya boleh cerita.
1995, saya masuk latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja. Setelah 6 bulan, satu pemilihan dibuat untuk memilih antara kadet yg terbaik untuk dihantar sambung ke luar negara. Saya terpilih seorang diri ke Officer Cadets School of New Zealand selama 18 bulan di kem Waiouru, New Zealand.
Pada tahun 1996, saya sedang buat latihan perang dalam keadaan amat sejuk kerana ribut bersalji dan suhu turun sehingga -30 celcius. Sejuknya teramat amat sehingga baju seluar dan tali kasut pun beku, ramai jurulatih dan kadet dari new zealand sendiri kena ’frost bite’ dan tak sedar diri sebab ‘hypothermia’.
Saya ni bertahan sekuatnya saja. Latihan kami terpaksa dibatalkan dan kami semua diselamatkan segera oleh pihak kem Waiouru. Terlalu sejuk!
Dalam masa yang sama, ada satu latihan tentera 5 negara sedang berjalan iaitu Exercise SUMAN WARRIOR di kaki Gunung Ruapehu tak jauh dari kem kami. SUMAN itu ialah gabungan Singapore, United Kingdom, Malaysia, Australia, New zealand.. Tentera kita diwakili oleh 1 kompeni (100 orang) dari Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu DiRaja (4 RAMD).
Ketika suhu jatuh ke -30 bawah paras beku, kami di kem Waiouru mula dengar siren ambulan berulang alik keluar masuk dari hospital kem ke kawasan latihan.
Ambulan-ambulan itu ulang alik sampai 2 hari! Jadi semua tertanya-tanya, apa dah jadi? Rupanya ramai tentera yang dalam latihan itu kena hypothermia dan jatuh sakit.
Kalau tak silap saya, jumlah yang jatuh sakit masuk hospital itu=1. Askar New Zealand= 15-20 orang kena hypothermia2. Askar British = 10-15 orang kena hypothermia3. Askar Australia = 20-30 orang kena hypothermia4. Askar Singapore = 50-60 orang kena hypothermia5. Askar Malaysia = 1 orang sebab tergeliat kaki (?????)

Pelik kan? Ya, tak ada askar kita masuk hospital sebab kesejukan tapi sebab tergeliat kaki. Maka kecohlah seluruh kem waiouru itu, masing-masing nak tahu apa yg berlaku sebenarnya. Jadi esoknya, sekolah pegawai kadet buat lawatan ke kawasan latihan Exercise Suman Warrior itu.
Sampai saja di kawasan latihan di kaki gunung itu, keadaan amat sejuk, bersalji tebal, mendung, gelap dengan angin kuat. Kami pergi ke setiap tempat askar-askar itu berkhemah. Kami lihat=

1. Askar New Zealand= 5-6 orang duduk luar khemah dan kelilingi api, yg lain lagi 100 orang sedang baring kesejukan dalam sleeping bag.2. Askar British = Sama3. Askar Australia = Senyap sunyi. Tak nampak siapapun diluar, semua dalam khemah masing-masing, dalam sleeping beg, kesejukan.4. Askar Singapura = Sama macam askar Australia. Senyap sunyi. Semua kesejukan.5. Askar Malaysia?= Ramai-ramai tengah main takraw, minum kopi panas, goreng cucur, main salji, tak ada seorang pun dalam khemah! Hehehe, sejuk sangat la tu sampai tak reti nak duduk diam!Ya Allah bangganya saya waktu itu melihat tentera kita. Rupanya yang 1 orang masuk hospital terkeliat kaki itu sebab terjatuh lubang waktu main takraw! Hahaha. (Saya bukan nak malukan negara-negara lain, tapi nak cerita kekuatan jiwa kita sendiri)
https://sgp1.digitaloceanspaces.com/sk-bucket/2019/01/29111557/50875253_610942176004291_1374713684491763712_o.jpg
Pengajaran= Harap anak-anak bangsa kita tahu, bahawa dalam darah daging keturunan kita, terdapat sejarah yg mengatakan kita adalah satu bangsa yg amat tahan lasak, berjiwa kental, boleh hidup dimana pun didunia!Kita tidak lemah dan bodoh, tapi kita yg diperbodohkan beratus tahun oleh penjajah yg asyik kata kita lemah, kita malas, kita bodoh. Bangunlah dan sedarlah!




Sumber : Mohd Fitri

prettyuglybabe Publish time 29-1-2019 12:33 PM

hahahaa... kelakar amat..
apa pun, i percaya askar kita jati diri sangat tinggi..
tahniah dan salute perwira negara..

NekNgah Publish time 29-1-2019 01:24 PM

*main takraw, minum kopi panas, goreng cucur* hahaha macam kat kampong aje {:thumbo

kucingitam Publish time 29-1-2019 04:19 PM

betoi ke hasanah je ni..

pokaibanktokyo Publish time 30-1-2019 07:11 AM

Tiap tahun ada musim sejuk pun boleh hypothermia lagi ka. Dasar bangsa lembik, pemalas, hamba abdi, hamba seks sindiket bangsa lain, mak &bini masing masing pula suka main ngan anjing.Singapura punya askar pulak selalu kena kerja sambilan sebagai amah on wheels . Cuci jamban di kediaman ekspatsebab sikap pemalas rakyat singapura mengakibatkan ekspat dari negara asing jadi warga kelas pertama manakala mereka jadi warga kelas dua di negara sendiri

watatakut Publish time 31-1-2019 03:08 PM


tak pelik. kehebatan pahlawan kita dah lama terbukti sejak zaman kesultanan Melaka lagi




None68 Publish time 13-2-2019 08:33 PM

Mmg ligat kita ni walau di mana pun..senang adapt.

chip92 Publish time 6-3-2019 03:44 PM

halah halah halahhh tergeliat pasal tu rupenyee, teringin nak dapat laki tentera hahahaha ;P

pokaibanktokyo Publish time 7-3-2019 07:12 AM

None68 replied at 13-2-2019 12:33 PM
Mmg ligat kita ni walau di mana pun..senang adapt.

Betul tuh

KIM.K Publish time 22-6-2019 08:50 PM

:D:D:D bangganya saya sebagai anak melayu..
Hehehee..begitukah orang melayu diatas salji..lucu..diorg cari sesuatu nak dibuat memanaskan badan
Pages: [1]
View full version: “Askar Kita Dulu Orang Luar Kagum, Main Takraw Ramai-Ramai Dalam Suhu -30°C,” Te


ADVERTISEMENT