easicircle Publish time 23-1-2019 04:46 PM

Kadar Bankrap Rakyat Malaysia Membimbangkan. Apa Puncanya?

Setiap orang mempunyai cara masing-masing dalam mengurus kewangan. Namun, jika tiada ilmu dan kesedaran tentang pengurusan kewangan maka seseorang itu boleh terbeban dengan masalah hutang. Tabiat hutang yang tidak terkawal akhirnya akan menjadi punca individu diisytiharkan muflis. Ini kerana tahap kesedaran kewangan rakyat Malaysia masih rendah. Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh kerajaan dan badan-badan berkaitan untuk meningkatkan kesedaran kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Pelbagai senario berlaku yang membuktikan tahap celik kewangan rakyat Malaysia di paras rendah. Menurut laporan akhbar Berita Harian sikap berhutang golongan belia amat membimbangkan. Golongan berusia antara 35 hingga 44 tahun paling ramai muflis iaitu 34.4 peratus daripada keseluruhan. Hutang kad kredit, pinjaman peribadi, kereta dan perniagaan antara punca mereka diisytiharkan muflis.

Kurangnya ilmu pengurusan kewangan boleh membawa pelbagai kesan buruk di masa akan datang. Sebaiknya amalan celik kewangan perlu dipelajari dan diamalkan diusia muda supaya boleh dipraktikkan hingga tamat tempoh persaraan. Menurut data yang dikeluarkan oleh KWSP, 70 peratus ahli yang mengeluarkan simpanan mereka pada usia 55 tahun menghabiskan wang tersebut kurang daripada 10 tahun selepas bersara.

Pendedahan awal tentang bijak kewangan terhadap golongan muda perlu dilakukan sebagai pencegahan. Pendidikan ini perlu dipupuk dan dipraktikkan supaya mampu mengukuhkan kewangan anak muda. Antara perkara-perkara yang perlu ditekankan adalah seperti berikut:

1. Mulakan simpanan sebaik sahaja anda telah mempunyai pendapatan tetap dengan lakukan secara ‘Force Saving’. Ketepikan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan sebagai simpanan tetap. Paling baik jika anda berjaya mempunyai simpanan bersamaan 6 bulan gaji atau lebih.

2. Mempunyai sekurang-kurangnya perlindungan insurans takaful atau konvensional. Hal ini kerana peratusan penduduk yang mempunyai pelan perlindungan masih di tahap rendah iaitu 54%. Melindungi diri bermaksud jika berlaku apa-apa musibah terhadap anda maka insurans akan membantu meringankan beban kewangan yang bakal ditanggung waris atau anda sendiri.

3. Elakkan hutang jahat iaitu hutang kad kredit dan pinjaman peribadi. Mengapa ia dipanggil sebagai hutang jahat? Kerana kadar faedah yang dikenakan tinggi.

4. Tetapkan keinginan jangka masa panjang seperti ingin memiliki rumah, memiliki kereta, dan bebas hutang. Sediakan beberapa tabung untuk merealisasikan semua sasaran anda. Amalkan belanja mengikut atau di bawah paras kemampuan bukan melebihi pendapatan.

5. Mulakan amalan menabung sejak dari kecil kerana amalan tersebut dapat membantu untuk anda mendapatkan momentum hingga dewasa. Lebih mudah untuk mempratikkan sesuatu jika ia telah menjadi suatu amalan dan kebiasaan.

6. Kawal perbelanjaan dengan mementingkan keperluan berbanding kehendak. Anda perlu mempunyai displin dan tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan anda di landasan yang betul. Langsaikan segala komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta, pendidikan dan bil-bil berkaitan yang jauh lebih penting berbanding menukar telefon bimbit baharu.

7. Sebaik-baiknya elakkan tunggakan komitmen bulanan yang hanya akan menjerat diri anda dengan bebanan hutang. Tunggakan dua hingga tiga bulan hanya akan menyukarkan anda untuk melangsaikan jumlah keseluruhan hutang.

ninja boy Publish time 23-1-2019 06:13 PM

Menulis semudah abc

adila39 Publish time 24-1-2019 11:27 AM

TT takde suggestion ke...would be even great kalau boleh bagi input how and what to do

tagas Publish time 24-1-2019 12:14 PM

antara faktor utama coz

kos hidup makin tinggi

kenaikan kadar gaji tak selari dgn kadar inflasi setiap tahun
(depends on gaji individu tu sendiri coz salary setiap org tak sama)

tp mostly prob camni

1. habis study nak byr ptptu

2. nak kawen

3. beli keta

4. beli umah

5. dpt anak kena expences anak

6. kos tinggi nak membesarkan anak

7. berterusan smpai pencen

ape pun kena control la lifestyle

dah taw gaji 1k tu buat la cara 1k

ni gaji 1k tp lifestyle 4k mati la nakkk

sampai bila nak wat overlap personal loan utk top up lifestyle :L

noor2 Publish time 25-1-2019 09:59 AM

Hiduplah ikut kemampuan diri.....bila kita lebihkan kehendak melebihi kemampuan tu akan menyebabkan terjadinya muflis. ..

Malu?..jangan bandingkan diri dengan kehidupan orang lain dan ingin seperti orang lain yg lebih mampu atau mereka juga kemampuan X seberapa tapi nafsu kehendak lebih....pedulikan masyarakat sekeliling yang nampak.lebih mewah. ..

Biar papa asal bergaya. ...

Last2muflis...hidup depress. ...

leylapple Publish time 25-1-2019 10:12 AM

tagas replied at 24-1-2019 12:14 PM
antara faktor utama coz

kos hidup makin tinggi


agreed so much on ur statement...

tadi dah type pepanjang sekali katanya iols tak masuk content. nyampah:curse:

easicircle Publish time 28-1-2019 03:08 PM

ninja boy replied at 23-1-2019 06:13 PM
Menulis semudah abc

umpama menambah hutang juga semudah abc

easicircle Publish time 28-1-2019 03:10 PM

noor2 replied at 25-1-2019 09:59 AM
Hiduplah ikut kemampuan diri.....bila kita lebihkan kehendak melebihi kemampuan tu akan menyebabkan...

Saya sangat setuju dengan pandangan anda. Hidup ikut kemampuan diri.

easicircle Publish time 28-1-2019 03:19 PM

adila39 replied at 24-1-2019 11:27 AM
TT takde suggestion ke...would be even great kalau boleh bagi input how and what to do

Semuanya terpulang pada diri individu itu sendiri. Perlu ada perancangan kewangan yang baik. Jangan suka menambah hutang terutama sekali hutang kredit kad dan pinjaman peribadi. Anda masih boleh membuat pinjaman peribadi dan hutang kad kredit tapi perlu konsisten membayar tanpa outstanding. Seeloknya elakkan outstanding segala komitmen bulanan jika tidak ingin terbeban untuk membayar. Ukur baju di badan sendiri. Terutama sekali untuk golongan muda. Jika ingin beli kereta jangan ingin bergaya namun papa di akhir bulan. Perlu tahu kos penyelenggaran bulanan berapa ikut kemampuan gaji bukan kemampuan gaya. Segalanya perlu ikut kemampuan diri atau di bawah kemampuan diri untuk lebih selamat. Kadar muflis seseorang juga telah dinaikkan daripada RM30 ribu ke RM50 ribu ini kerana untuk membantu ramai golongan yang terbeban peluang untuk menyelesaikan masalah hutang mereka sebelum diisytiharkan muflis.

easicircle Publish time 28-1-2019 03:22 PM

tagas replied at 24-1-2019 12:14 PM
antara faktor utama coz

kos hidup makin tinggi


Sangat setuju dengan pandangan anda. Belanja ikut kemampuan diri atau di bawah kemampuan. Umpama gaji mampu pakai myvi tapi beli honda city. Tidak lagi masuk kos maintenance kereta. Jadi perlu bijak mengatur kewangan masing-masing supaya tidak terbeban dengan hutang.

ninituck Publish time 3-2-2023 01:26 AM

Saya rasa Malaysian ni kena expose dengan job yang bergaji USD, MYR ni tak boleh harap

mieyrasfea Publish time 9-2-2023 11:06 AM

The recent bankruptcy announcement has created a great deal of uncertainty and fear in the global financial markets

koko12 Publish time 9-2-2023 11:38 AM

Many investors are concerned about the impact the bankruptcy will have on the economy and their portfolios

bbi25 Publish time 12-2-2023 07:58 AM

The bankruptcy has raised questions about the stability of the financial system and the security of people's savings

khukhu Publish time 12-2-2023 08:34 AM

The world is watching closely as the bankruptcy proceedings unfold and its effects ripple through the global economy.

cle256 Publish time 12-2-2023 09:30 AM

The bankruptcy has already resulted in job losses and economic uncertainty, leaving many people worried about their financial future
Pages: [1]
View full version: Kadar Bankrap Rakyat Malaysia Membimbangkan. Apa Puncanya?


ADVERTISEMENT