lanesra Publish time 22-1-2019 04:34 PM

Barbie di tangan Erpha Ahdayani

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/patung1a1_1548116162.jpg
Kuala Lumpur: Erpha Ahdayani Othman, 41, yang minat menjahit sejak kecil bijak mengambil peluang dengan menjadikan hobinya itu sebagai mata pencarian utama dalam bidang rekaan dan jahitan fesyen pakaian anak patung Barbie.
Lebih membanggakan, hasil kreativitinya bukan saja menjadi perhatian pelanggan dalam negara, malah pengumpul dan penggemar fesyen vintaj Barbie dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Hong Kong.
Erpha yang menetap di Bintulu, Sarawak berkata, dia bukanlah pengumpul tegar Barbie, namun ilham mengusahakan pakaian Barbie tercetus apabila dia mengenang minat zaman kanak-kanaknya yang gemar menjahit pakaian anak patung berkenaan.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/jahigtas_1548116169.jpg“Saya suka sangat dengan warna dan fabrik cantik, tekstur dan corak pada renda serta reben aksesori rambut sampaikan saya sanggup simpan kain-kain perca yang emak sudah gunakan.
“Perincian halus ini sangat menarik hati saya dan masa kecil dulu, anak patung inilah tempat saya kembangkan idea dan kreativiti saya.
“Ketika emak tiada di rumah, saya curi-curi menjahit bermula dengan jahit tangan kemudian menggunakan mesin jahit emak hingga ada ketikanya ia rosak menyebabkan saya dimarahi emak,” katanya dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, kesibukan sebagai pelajar sekolah dan penuntut universiti menyebabkannya meninggalkan seketika hobi itu sebelum menyambung kembali mengusahakannya selepas berumah tangga.
“Selepas melahirkan anak sulung pada 2004, saya sambung kembali hobi lama dan mula mengambil tempahan pakaian orang dewasa dan patung Barbie.
“Ketika itu, saya masih menggunakan playline Barbie dan pada masa sama mula mengambil tempahan pakaian kanak-kanak, cekak rambut bayi dan kolar kucing.
“Sepuluh tahun kemudian, saya beralih pula kepada silkstone Barbie dan menumpukan jahitan pakaian Barbie khas untuk pengumpul dewasa dengan memilih rekaan fesyen klasik era 60-an,” katanya.
Katanya, meskipun zaman berubah, permintaan terhadap fesyen vintaj untuk anak patung berkenaan masih tinggi dan ada nilai tersendiri.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/dool1_1548116179.jpghttps://assets.hmetro.com.my/images/articles/dool2_1548116188.jpghttps://assets.hmetro.com.my/images/articles/dool3_1548116197.jpg
“Saya lebih suka sesuatu lain daripada lain sebab itu saya memilih rekaan fesyen barat era 60-an.
“Lagipun, tidak ramai yang buat fesyen ala-ala vintaj untuk pakaian Barbie, namun di luar negara masih ada peminat dan pengumpul yang minat.
“Pelanggan saya biasanya dari kalangan pengumpul dewasa dan mereka yang lebih gemar dengan fesyen vintaj berbanding moden,” katanya yang menjual hasil produknya menerusi atas talian dalam platform antarabangsa ETSY.
Erpha berkata, antara cabaran yang dilalui adalah mendapatkan aksesori tambahan untuk pakaian Barbie dan kekangan peralatan selain pesaing dari luar negara.
Sepasang pakaian Barbie dijual antara RM90 dan RM250.
“Hobi ini boleh dikatakan agak eksklusif di Malaysia jadi, saya terpaksa cari bahan berkualiti dan hanya dijual di luar negara.
“Bagi peralatan pula, sebahagian daripadanya saya dan suami fikirkan idea dan kami buat sendiri.
“Saingan memang banyak sebab ramai orang luar negara buat hobi ini, tetapi saya tidak mahu mengalah dengan hasilkan produk bermutu dan kemas mengikut cita rasa pelanggan,” katanya.

dua_chzy Publish time 22-1-2019 05:42 PM

Pergh Barbie sheols vintage hokeh!

meisapoya Publish time 22-1-2019 06:39 PM

Cantik!            

munchkin Publish time 22-1-2019 07:06 PM

Fesyen vintage. Parisian chic

multinicky Publish time 22-1-2019 07:18 PM

kenapa x ditutup aurat tu..jahitlah pakaian muslimah..berhijab..kenapa nk kene design n jahit baju2 pesen yahudi macam ni.. inilah jarum dan agenda yahudi yang sedang merebak dalam masyarakat skrg ni...


































#donetazkirah:lol::lol:

*meols jeles dgn org yg reti menjahit ni..antara kemahiran yg meols nk sgt kuasai..:loveliness:

Beribear Publish time 22-1-2019 07:51 PM

Cantikk.. Mesti dia ada buat baju kurung, kurung kedah utk barbie ni jugakk. Iolss suka barbie ni but mutakhir ni rasa mcm semacam je tengok patung2 ni ;P neway barbie dia dasat eh pakai aisedow tu.. Tengok mcm villain dlm 101 dalmations cartoon si cruella tu

sinalegna Publish time 22-1-2019 08:23 PM

multinicky replied at 22-1-2019 07:18 PM
kenapa x ditutup aurat tu..jahitlah pakaian muslimah..berhijab..kenapa nk kene design n jahit baju2...

Pakai la.. tudung duck lagi tau ;P

https://www.marketing-interactive.com/barbie-and-vivy-yusofs-duck-scarves-partner-to-inspire-creativity-among-young-girls/

multinicky Publish time 22-1-2019 11:35 PM

sinalegna replied at 22-1-2019 08:23 PM
Pakai la.. tudung duck lagi tau

https://www.marketing-interactive.com/barbie-and-vivy-yusofs ...

sbnrnye dlm dunia barbie duck tu WHOREYUSSSSS sgt:lol:

sinalegna Publish time 23-1-2019 09:05 AM

multinicky replied at 22-1-2019 11:35 PM
sbnrnye dlm dunia barbie duck tu WHOREYUSSSSS sgt

Whoareyuss pon rege yahudi jua

multinicky Publish time 23-1-2019 01:53 PM

sinalegna replied at 23-1-2019 09:05 AM
Whoareyuss pon rege yahudi jua

harge yehudi rebutan para dakiesssss sekelian alam;P

leyassi Publish time 29-1-2019 03:32 PM

bestnyeee pandai menjahit. suke sgt dgn kraftangan miniature cmni. mg minat tp skill xdok. haha. x kretif plk tu.
Pages: [1]
View full version: Barbie di tangan Erpha Ahdayani


ADVERTISEMENT