nazrullah Publish time 22-1-2019 08:47 AM

Misteri Tulang Mawas

Edited by nazrullah at 22-1-2019 07:50 AM

segala info saya kredit kepada sang empunya badan...

Info Teknologi Besi Tanah Melayu- dicatat berusia lebih 2600 tahun dahulu.- catatan usia tidak termasuk penemuan baru
teknologi besi di Sg Batu,Merbok Kedah yg
lebih tua.- ada berbagai teknologi pembuatan
berasaskan besi utk senjata, alat2
pertukangan,perhiasan dan berbagai lg.Antaranya yg terhebat:•Senjata dari campuran Besi tulang mawas
- mengikut catatan ianya teknologi org melayu
yg berusia lebih 1000 thn dahulu.- bukti menunjukkan kemajuan ilmu2 kimia &
fizik dlm kaedah percampuran Besi- teknologi bukan shj mengukuhkan ikatan
antara atom2 besi,lebih kuat,padat & takat
lebur lebih tinggi,tidak melekat magnet malah
menjadikan nya berbisa sepanjang masa
selagi molekul2 dlm ikatan tidak diubah/
dikeluarkan.- takat lebur senjata/item yg dicampurkan besi
tulang mawas memerlukan suhu sehingga
3000°c. Dua kali peningkatan suhu dr takat
lebur besi biasa.- tempoh penyejukkan slps dileburkan juga
adlh lebih cepat.- teknik pengasingan bijih2 besi yg diambil drp
SUMSUM TULANG MAWAS perlu dilakukan
dgn teliti & cermat kerana ianya beracun. Ia
sememangnya ada kaedah khusus yg perlu
dipelajari.KAEDAH PERCAMPURAN- teknik yg digunakan adlh sama seperti
pembuatan aloi hari ini malah lebih ADVANCE
dan RARE. Paling menarik ianya MISTIK.- semasa pemanasan/pembakaran item, ia
perlulah dibt didlm kebuk wasap supaya tidak
terhidu asap yg dikeluarkan semasa
melakukan proses. Menghidu asap(warna
ungu kebiruan) beracunnya sahaja walau pun
dlm kuantiti yg kecil mampu membuat
individu sesak nafas dan pengsan.- satu lg keistimewaan senjata org melayu ialah
rata2 ianya campuran lebih drp 3 jenis besi.
Yg cukup popular adlh 7 jenis besi & 3 jenis
meteor.7 jenis besi ini adalah besi "PA"& tidak
termasuk Besi tulang mawas td.- langkah terakhir bg sesetgh senjata terpilih/
khas utk perajurit,raja2 & pembesar adlh
disepuh dgn emas,perak,tembaga @ ditindik
dgn beberapa jenis permata tertentu sprti
delima,zamrud & kecubung sbg pengadang
"PANAS" item dr mengena kpd tuan. Ada jg
sbg fungsi peluntur ilmu kebal musuh &
penaklukan jurus ghoib.- Selain itu,ianya jg bg menunjukkan status
pemiliknya.• Dibawah ini adalah contoh manuskrip Melayu
lama dalam pembuatan keris & yg
menggunakan campuran besi tulang mawas.
Masih tersimpan rapi bersama beratus2
manuskrip lama lain di MUZIUM SIMPANAN
AL-QURAN LAMA NUSANTARA, KOMPLEK
PONDOK AHMADIAH ISLAMIAH, DESA SALA
ANAK AYAM, NARATHIWAT THAILAND.- di situ tersimpan 72 al-quran tulisan tangan
kuno dan kitab2 agama selain kitab
perubatan,astronomi,arkitek dan senireka yg
ditulis dlm tulisan jawi yg berusia sehingga
700 tahun.credit FB: Badbisa Takluk Jagat

nazrullah Publish time 22-1-2019 08:52 AM

Mawas = Big Foot. Makhluk mistik. Bukan manusia mahupun binatang. Mcm mna trhasil masih lg misteri, yg pasti ada trdpt byk besi diseluruh sumsum tulang mawas. Yg paling byk di lengan yg selalu digunakn utk buat senjata.

MrSenbe Hafiz

nazrullah Publish time 22-1-2019 08:55 AM

Mitos mengatakan mawas memiliki parang dilengan kanan dan batu asah dilengan kiri ( mungkin tulang lengan yang menonjol keluar ) tapi ianya cukup tajam menetak sehingga putus dahan-dahan kelubi,.. sejenis binatang dalam keluarga monyet.. tapi tak tercatat dalam mana2 buku.. cuma cerita dari mulut-mulut pencari rotan dan hasil hutan.. mawas ini memang tak pernah ditemui.

Harris Aris

nazrullah Publish time 22-1-2019 08:57 AM

besi tulang mawas di extract daripada sumsum tulang seekor makhluk misteri bergelar mawas.

Dikatakan berbisa kerana apabila mula dileburkan.. Bahan bahan lain yang terdapat dalam sumsum tulang mawas itu juga turut terbakar.. Unsur unsur asing selain besi itulah yang memberi bisa kepada besi leburan sumsum tulang mawas tadi.

Diperkatakan antara unsur lain yang terdapat dlm sumsum tulang mawas adalah sulfur

Gedung Warisan Jawi

nazrullah Publish time 22-1-2019 08:58 AM

Bak kata pepatah. Membujur lalu melintang patah. Dibujur tangan mawas hanya lalu sahaja di sisi pokok. Dilintang tangan mawas habis patah semua pokok. Wallahualam

Syed Miqdad Al Kherid

nazrullah Publish time 22-1-2019 09:00 AM

Edited by nazrullah at 22-1-2019 08:07 AM

Aku penah la nengok tulang mawas,memang betul la ikut lukisan tu,mcm tu la rupanya..nampak seakan2 besi,aku nak sentuh,tak berani..terpikir jugak,mcm mn mawas ni boleh bertulangkan besi?..

Encik Fitri

nazrullah Publish time 22-1-2019 09:08 AM

Alat besi ini dipercayai digunakan oleh pelombong atau dalam kerja pembuatan kapal.

nisako Publish time 22-1-2019 10:19 AM

mawas………….

KILL_NANCY Publish time 22-1-2019 10:31 AM

nazrullah replied at 22-1-2019 08:52 AM
Mawas = Big Foot. Makhluk mistik. Bukan manusia mahupun binatang. Mcm mna trhasil masih lg misteri,...

maaf pembetulan saudara mawas itu spesis.mawas bukan merujuk pada bigfoot, bigfoot itu diklasifikasikan sebagai mawas atau hylobatidae atau hominidae kebanyakannya seperti ungka, cimpanzi orang utan dan lain2.manakala monyet pula kebanyakannya diklasifikasikan sebagai cercopithecidae, baka tertua seperti mandrill, babun dan sebagainya.

nazrullah Publish time 22-1-2019 12:52 PM

KILL_NANCY replied at 22-1-2019 09:31 AM
maaf pembetulan saudara mawas itu spesis.mawas bukan merujuk pada bigfoot, bigfoot itu diklasifika ...

ooo ye ke...tq bro {:1_551:}

jebatmaspunyer Publish time 22-1-2019 01:19 PM

iolls ingat alatan tu just letak nama jer "tulang mawas" cam alat bertukang lain kan ada nama masing2 tapi mmg asal buat dari tulang mawas rupanya... menarik..

nazrullah Publish time 22-1-2019 02:24 PM

jebatmaspunyer replied at 22-1-2019 12:19 PM
iolls ingat alatan tu just letak nama jer "tulang mawas" cam alat bertukang lain kan ada nama masing ...

yup kuasa tuhan :)

raihaneem Publish time 22-1-2019 02:44 PM

Mawas masih ada lg ka populasi mereka?
sungguh menarik info ini..
Tambahan pulak pepatah..membujur lalu melintang patah..


Hrp ada lg info2 {:thumbo

nazrullah Publish time 22-1-2019 03:05 PM

raihaneem replied at 22-1-2019 01:44 PM
Mawas masih ada lg ka populasi mereka?
sungguh menarik info ini..
Tambahan pulak pepatah..membujur ...

wallahualam...haiwan ni dalam golongan spesis rare jugak,payah nak jumpa...kaki2 pemburu hutan pon jarang jumpa menda alah ni...kalau tidak ramai yang ambik n jual besi dari haiwan ni....ada sorang hamba allah ni citer dia dapat besi tulang mawas (sikit je) dari kawannya yang jumpa mati dalam hutan ketika menburu...saya pon tak berapa ariff hanya buat posting je,ilmu x banyak haha....

brego Publish time 22-1-2019 04:33 PM

info menarik. thanks {:1_132:}

awaynepian Publish time 22-1-2019 06:02 PM

ntah2 dah pupus mawas ni saudara..dah beribu tahun rasanya dia wujud kan?

KILL_NANCY Publish time 22-1-2019 06:26 PM

nazrullah replied at 22-1-2019 12:52 PM
ooo ye ke...tq bro

no problem bro.{:1_132:}

nazrullah Publish time 22-1-2019 06:35 PM

awaynepian replied at 22-1-2019 05:02 PM
ntah2 dah pupus mawas ni saudara..dah beribu tahun rasanya dia wujud kan?

Tu saya xpasti pupus atau tak, sekarang pon ada yg claim dapat besi dari tilang mawas, sahih atau tak wallahualam... Yang setahu saya yg peminat/pembuat keris senjata ni mesti tahu bab2 ni sebab main ngn besi... Nak kena byk berkawan lagi ni haha.. Benda2 rare mcm ni org x bnyk citer kat public... Bro tau ke info2?

nazrullah Publish time 22-1-2019 06:58 PM

Ok, info ni saya share dari tuan empunya blog aisbatu (keturunan tok kaduk).

Di daerah Lambor suatu ketika dulu dilaporkan wujudnya suatu kehidupan binatang bernama "Mawas". Mungkin sekarang dipanggil "Big Foot", ada perbezaan dari segi fizikal dan cara kehidupan kedua-dua binatang ini. Mawas di daerah Kampong Lambor Kiri ini, iaitu disebelah darat menghala ke laut, terdapatnya tanah berpaya dan pamah atau rata. Mawas yang wujud suatu ketika dulu disini adalah menyerupai bentuk fizikal manusia yang tinggi sekitar 5 kaki 3inci atau lebih rendah sedikit,badan berbulu dan tidak begitu tebal, dikepalanya terdapat damar atau lilin dan warna kulit agak kehitaman. Tapak kakinya terbalik,iaitu berjalan menggunakan tumit kedepan,oleh itu pergerakannya agak perlahan kalau dibandingkan dengan kita manusia.

Cara binatang ini berjalan sebagaimana manusia, cuma nampak terbalik kerana tumit disebelah depan dan seolah-olah seperti manusia berjalan kebelakang.Dia tidak berjalan sepertimana orang hutan atau beruk,kera apabila berjalan diatas tanah tapi menyerupai berjalannya seperti kita.Dia tidak ada ekor sebagaimana kera atau beruk. Aktiviti memanjat pokok terutama pokok bayas agak kurang kerana dia sering menggunakan lengan yang bertulangkan besi untuk menebang pokok-pokok kegemarannya. Mungkin binatang ini Allah jadikan tulang lengan dan kirinya dari besi dan kepupusan binatang ini juga hasil dari pemburuan manusia kepada besi tulang lengan mawas ini, lihat foto lembing yang dibuat dari besi tulang mawas dibawah.

Umbut pokok adalah makanan utamanya, umbut pokok bayas,pucuk daun kayu serta beberapa pokok hutan yang berada dihutan paya. Dilengan kiri dan kanannya bertulangkan besi.Bersuara seperti suara manusia (cuma tidak boleh bertutur atau bercakap seperti manusia). Kehidupan dihutan paya bakau atau dikelilingi dengan pokok bayas,mengkuang rubai serta hutan belukar yang agak sederhana dan sering bersendirian menerokai hutan-hutan berkenaan adalah kegemarannya serta hidup dengan selesa.Terdapat tabiat buruk pada kehidupan binatang mawas ini,iaitu kehidupan mereka tidak membiak kerana mawas betina seringkali memakan anaknya sendiri.Mungkin disebabkan sedemikian binatang ini telah pupus dan disamping kitaran kehidupannya telah berubah dan punca makananya sudah tidak ada lagi. Kehidupan sering bersendirian terutama mawas betina, jadi diwaktu itu amatlah susahnya untuk menemui ianya sepasang atau tidak langsung berkumpulan, mungkin masa mengawan boleh ditemui sepasang jantan dan betina. tapi pula siapakah yang berani menemui mawas ini kerana khabarnya binatang ini buas dan ganas

nazrullah Publish time 22-1-2019 07:00 PM

Gambaran penulis rupa mawas sepertimana yang digambarkan orang yang pernah menemuinya dihutan Lambor Kiri.Damar atau lilin yang diatas kepala mawas ini menurut mereka sepertimana sangai (tudung saji) terbalik.Manakala gigi taringnya tidak begitu menonjol keluar dari mulutnya tapi ianya kelihatan apabila ia melihat manusia dan menyeringai. Faktor damar atau lilin inilah yang mawas ini takut jika terdapatnya api atau unggun api berdekatan dengannya dan dah pastinya binatang ini lari dari unggun api tersebut kerana takutkan damar diatas kepalanya mencair
Pages: [1] 2 3
View full version: Misteri Tulang Mawas


ADVERTISEMENT