koala^bintik Publish time 19-1-2019 08:23 PM

Apa asal usul istilah 'makcik bawang'

Hi semua,

Zaman-zaman sekarang ni, muncul pula istilah 'makcik bawang'. Sebenarnya, mana asal usul istilah makcik bawang ni? Siapa pencipta istilah ni? Dan macam mana istilah ni boleh digunakan secara meluas? Ada sesiapa yang boleh sumbangkan idea atau pendapat?

Bagi pendapat koala, mula-mula muncul istilah makcik bawang ni sebab makcik-makcik yang duduk rumah kupas bawang suka bergosip. Mungkin tu salah satu asal usul istilah makcik bawang ni kan. So, I'm excited to know what is your opinion. {:mlXD:}

Owlknight Publish time 19-1-2019 09:01 PM

So far that I know istilah makcik bawang ni datang dari forum cari. Memang digunakan berdasarkan situasi sebenar semasa majlis2 rewang yang dibantu oleh makcik2 yang suka bergosip time kupas bawang.

raihaneem Publish time 19-1-2019 09:12 PM

Yg saya ingt..istilah mokcik bawang mula lepas drama fattah amin dan fazura berlakon..
Masa tu lah muncul istilah makcik bawang dan makcik airport...

Tau pun dr forum cari...sapa yg mula dulu tktau la...tp mmg kreatif la haha...adakah dr fans retis...yg juga acik forum atau acik twitter atau acik ig....

oni313 Publish time 19-1-2019 09:26 PM

jangan terkejut, kerana dalam istilah bahasa melayu, wujudnya ayat :

menggetah bawang, yakni, kata2 yang menyakitkan hati....

gelaran makcik2 bawang insipirasi dari ayat menggetah bawang ini sendiri...

koala^bintik Publish time 19-1-2019 10:40 PM

Owlknight replied at 19-1-2019 09:01 PM
So far that I know istilah makcik bawang ni datang dari forum cari. Memang digunakan berdasarkan sit ...

Oh..so memang asal usul dari forum Cari lah kan? Dah agak dah sebab first time jumpa istilah makcik bawang pun kat forum lah. Kreatip nau acik2 porem ;P

koala^bintik Publish time 19-1-2019 10:42 PM

raihaneem replied at 19-1-2019 09:12 PM
Yg saya ingt..istilah mokcik bawang mula lepas drama fattah amin dan fazura berlakon..
Masa tu lah...

I see...sebab tetiba je meletup kebabom istilah makcik bawang. Seantero malaya dah guna istilah ni kan. Tu yang curious nak tau mana asal-usul istilah ni :loveliness:

koala^bintik Publish time 19-1-2019 10:44 PM

oni313 replied at 19-1-2019 09:26 PM
jangan terkejut, kerana dalam istilah bahasa melayu, wujudnya ayat :

menggetah bawang, yakni, kat ...

Wow..very good info {:thumbo
Tak pernah tau pun wujud ayat menggetah bawang. Maknanya, istilah makcik bawang ni kira legit lah kan {:hoorayo

Suchi Publish time 19-1-2019 10:45 PM

Tau istilah ni bermula kat page KRT, iols tak follow page tu tapi selalu naik kat wall sbb ramai org share.
Satu hari tu ternampak ade story hot gaklah pastu pelik tgk komen ramai lelaki duk sebut ‘makcik bawang’ bagai.

Pastu tak lama tu kat forum ni ada bincang pasal istilah makcik bawang ni yg ada kaitan ngan acik yg dtg merewang.

Kat forum ni selama ni guna istilah ‘acik-acik kepam, ‘acik gomen tudung farida’ dan yg paling pemes ‘ pprt’

Suchi Publish time 19-1-2019 10:46 PM

koala^bintik replied at 19-1-2019 10:40 PM
Oh..so memang asal usul dari forum Cari lah kan? Dah agak dah sebab first time jumpa istilah makci ...

Bukan kat porem uols kat fb dulu yg mulakan pastu baru merebak ke forum.

Kat forum suka guna acik2 kepam, sampai skrg pun masih digunakan.

koala^bintik Publish time 19-1-2019 10:49 PM

Suchi replied at 19-1-2019 10:46 PM
Bukan kat porem uols kat fb dulu yg mulakan pastu baru merebak ke forum.

Kat forum suka guna ac ...

Laa..ye ke? Iols tak aktip kat fb..memang cari info gosip semua kat porem je hah. Sebab tu mula-mula nampak kat porem jugak. Acik kepam, pprt tu memang biasa dah nampak ;P Tapi kan sekarang ni makin merebak pulak acik bawangsss :lol:

pearl.silver Publish time 19-1-2019 11:27 PM

Ye..asal usul dari page krt
Makcik bawang ni menggambarkan surirumah tgh siang bawang kat dapur tp sempat lagi nk mencerca orang lain kat fb
Camtu laa diorg citer dulu..

oni313 Publish time 20-1-2019 09:48 AM

koala^bintik replied at 19-1-2019 10:44 PM
Wow..very good info
Tak pernah tau pun wujud ayat menggetah bawang. Maknanya, istilah ma ...

hehe... betul tu... susah sangat nak sebut perumpamaan menggetah bawang ni, terus jadi makcik bawang
di indonesia, KBBI - kamus besar bahasa indonesia mereka pun ada tertera juga perumpamaan ni dalam kamus mereka..


https://pbs.twimg.com/media/Df-QE7pU8AAE8AY.jpg

oni313 Publish time 20-1-2019 09:49 AM

koala^bintik replied at 19-1-2019 10:49 PM
Laa..ye ke? Iols tak aktip kat fb..memang cari info gosip semua kat porem je hah. Sebab tu mula-mu ...
well... dah makin merebak kpd non malays jugak, dkt tempat i, bos i yg indian pun sama, dia pun guna istilah makcik bawang, pasal ramai bos2 yg lain suka bawak cerita pasal dia dkt office :lol:

'i hate all those makcik bawangs, always got something to gossiping and spreading rumours bout me in the office' - ayat dia last week....:lol:

koala^bintik Publish time 20-1-2019 04:38 PM

pearl.silver replied at 19-1-2019 11:27 PM
Ye..asal usul dari page krt
Makcik bawang ni menggambarkan surirumah tgh siang bawang kat dapur tp...

Bila pikir balik memang ada betulnya kan. Sebab masa tangan sibuk kupas bawang ramai-ramai, mesti ada soksek gosip sana sini. Mulut pun sibuk jugak dok mengupas isu-isu tak penting ye dak? Kreatip lah ahli-ahli krt ni kan dok memfofulerkan istilah makcik bawangss :lol:

koala^bintik Publish time 20-1-2019 04:41 PM

oni313 replied at 20-1-2019 09:48 AM
hehe... betul tu... susah sangat nak sebut perumpamaan menggetah bawang ni, terus jadi makcik bawa ...

Haruslah orang nak sebut yang mudah dan ringkas. Acik bawang je senang. Usah nak menggetah-getah bagai ;P
Tapikan, bila fikir rasional di sebalik perumpamaan ni, getah bawang kan bau busuk. So, mungkin sebab bau busuk tu dikaitkan dengan kata-kata busuk yang menyakitkan hati orang lain. Iols main terjah je ni :sweat3:

koala^bintik Publish time 20-1-2019 04:42 PM

oni313 replied at 20-1-2019 09:49 AM
well... dah makin merebak kpd non malays jugak, dkt tempat i, bos i yg indian pun sama, dia pun gu ...

Wahh..takpe..istilah ni satu Malaysia boleh pakai {:thumbo

pearl.silver Publish time 20-1-2019 05:08 PM

koala^bintik replied at 20-1-2019 04:41 PM
Haruslah orang nak sebut yang mudah dan ringkas. Acik bawang je senang. Usah nak menggetah-getah b ...

Dah la busuk..
Terkena mata pedih sampai boleh menangis..
Camtu tajamnya kata2 makcik bawang mampu menghiris perasaan org lain..

WajibulGhunah Publish time 20-1-2019 05:38 PM

Sesuai ya gelaran bawangtu digunakan untuk orang yang suka mengumpat
Sebab ciri2 bawang tu sendiri berlapis2 menggambarkan acik2 ni bermuka2 depan org yg dikutuk tu baik belajang lain cerita
Dan bawang ni boleh memedihkan mata dan busuk
Sesuai la dengan mulut mereka
Bawang juga mempunyai kulit yang sangat nipis menggambarkan keimanan senipis kulit bawang dan transparent dalam berkata2 aib orang.. kiranya macam main lepas je la
Dan selalunya acik2 ni time berkumpul rewang time tu la baru jumpa masing2 dan masing2 ada cerita yang nak diumpat gitu

KelisaOren Publish time 20-1-2019 07:04 PM

Iols pun terpikir jugak Mana asal istilah makcik bawang tapi bila teringat time kenduri tengok makcik2 yg dok kupas bawang pokpek2 riuh rendah dah boleh agak la maksud makcik bawang tu:P Walaupun mata pedih time membawang tu bergosip tetap bergosip

tiramisuu Publish time 20-1-2019 07:46 PM

Tau maksud macik bawang pn bila tgk iklan. Tak tau plk original dr page KRT. The power of onioning ;P
Pages: [1] 2 3
View full version: Apa asal usul istilah 'makcik bawang'


ADVERTISEMENT