melnanzz Publish time 17-1-2019 07:24 PM

MISTERI DILAILA [Zul Ariffin, Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan]

Edited by melnanzz at 18-1-2019 12:26 AM

Akan datang ke pawagam pada 21 Februari nanti ialah filem arahan Syafiq Yusof bertajuk "Misteri Dilaila" yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, NamRon, Mas Khan, IZ Sulaini dan ramai lagi. Terbitan Astro Shaw dan Skop Producions.

Sinopsis
Dua pasangan muda, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati Isterinya sudah hilang. Jefri menjadi risau dan menghubungi pihak Polis Fraser Hill untuk mengesan isterinya. Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan bahawa isteri Jefri sudah di jumpai serta dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isteri beliau kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz itu adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri kepada Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini? Saksikan “MISTERI DILAILA”



melnanzz Publish time 17-1-2019 07:29 PM

Official trailer

_Dvyrf6dU6M

bedahmenjuyah Publish time 17-1-2019 10:25 PM

Baru baca sinopsis. Patutla sasqia tu mirip lizzy. Nampak mcm best tp mak takut nak. Mcm mn nak pergi tgk

Nana_Man Publish time 18-1-2019 08:34 AM

bedahmenjuyah replied at 17-1-2019 10:25 PM
Baru baca sinopsis. Patutla sasqia tu mirip lizzy. Nampak mcm best tp mak takut nak. Mcm mn nak perg ...

Nana pun takot... ari tu masa trailer mula2 kuar, tgk lah sblm tdo.. mlm tu jgk mimpi seram..

annehuda Publish time 18-1-2019 08:57 AM

tetiba terkejut gak bila masa diorg wat movie ni,. mcm takde promo je

kaklong32 Publish time 18-1-2019 12:13 PM

wow sebab bamjul berlakon so excited sket nk tgk

buragazz Publish time 18-1-2019 12:17 PM

KLu citer seram kat Malaysia ni kenapa kene start dengan.. Pasangan pergi bercuti di sebuah rumah/tempat pastu tempat tu berhantu..

Aku belum tonton movie ni tapi sinopsis sedikit potong bagi aku utk menonton di panggung

grouper Publish time 18-1-2019 03:42 PM

Tertengok trailer filem ni kat wayang satu je nak komen cite ni mmg bising sakit telinga.

melnanzz Publish time 18-1-2019 03:56 PM

I have very high hopes for this movie. Sebab utamanya ialah pengarah Syafiq Yusof. Budak ni memang kreatif, dengan jalan cerita yang lebih menarik berbanding abangnya Sol. Contoh baru2 ni ialah KL Special Force. Sebelum ditayangkan, ramai kritik kata filem tu tiru filem HK, US dsb. Tapi bile tengok filem KLSF, nampak banyak idea dan multitwist plotline yang sangat kreatif.

Jadi I yakin Misteri Dilaila pun akan macam tu jugak nanti. Sinopsis nya nampak macam klise, tapi I rasa Syafiq will have something planned up his sleeve.

melnanzz Publish time 18-1-2019 04:01 PM

I suka dengan sinopsis Misteri Dilaila ni. Lebih kurang macam episod dalam Twilight Zone. Imagine Dilaila tiba2 bertukar menjadi orang lain. Kenapa hanya Jefri sorang saja yang nampak. Kenapa semua orang lain, termasuk lah photographer yang ambik gambar Dilaila masa dia tengah naik kuda tu, pak imam, polis dsb, tak nampak Dilaila bertukar menjadi orang lain? Ke Jefri yang saikotik? Atau dia sebenarnya antagonist?

Haha... filem SY memang pasti ada plot-twist.

Nana_Man Publish time 18-1-2019 09:25 PM

annehuda replied at 18-1-2019 08:57 AM
tetiba terkejut gak bila masa diorg wat movie ni,. mcm takde promo je

Bulan april 2018 dorang shooting movie ni..

Ferr_Remy Publish time 19-1-2019 04:58 AM

Poster filem mcm inspired dari poster citer Korea The Sisters. Bukan tiru yer... INSPIRED.

https://m.media-amazon.com/images/M/MV5BNTYwOWNjMGQtMzYzZS00NWU0LWE4YzctMTZhOGEzNmFmYzY5XkEyXkFqcGdeQXVyNTAyODkwOQ@@._V1_SY1000_CR0,0,808,1000_AL_.jpg


anakmak Publish time 6-2-2019 02:13 PM

grouper replied at 18-1-2019 03:42 PM
Tertengok trailer filem ni kat wayang satu je nak komen cite ni mmg bising sakit telinga.

Bukan mmg cerita 2 beradik selalu membingitkan telinga?

r_innalif Publish time 6-2-2019 04:22 PM

Syafiq pnya mvie aku lg suke dr samsol. Dia cerdik geliga. Lain feel mvie dia. Plus ada twist yg x jgka. Akan tonton Inshaallah

JiEunTak Publish time 7-2-2019 09:21 AM

Bagi aku, ceta sol ada isi, and ada kala nya garapan penceritaan tu smooth and steady....syapiq pula, pilem2 ada cerita yg menarik, tp penceritaan tu kdg2 rather jumpy and x berapa smooth, kecual Abang Long Padil 2... :)


Apa2 pun...dua2 beradik nih mmg raja plot twist, ada saja menda x terjangkau dek akal depa serve kita yang menonton, which is why aku follow hasil kerja dua2 beradik nih.

bedahmenjuyah Publish time 14-2-2019 09:33 PM

Mlm ni ada tangan perdana. Pasni bileh la tengok review dr penonton

Nana_Man Publish time 14-2-2019 11:09 PM

Yg dah tgk, bole kasi review tak? Thank you...

cikuduku Publish time 21-2-2019 06:56 PM

not bad cerita ni. ada surprise utk penonton semua. aku x nak bg spoiler. tapi tengok ok. nak kata horror mcm tak cukup horror. lebih pada thriller & misteri lah ni.

cikuduku Publish time 21-2-2019 06:58 PM

melnanzz replied at 18-1-2019 04:01 PM
I suka dengan sinopsis Misteri Dilaila ni. Lebih kurang macam episod dalam Twilight Zone. Imagine Di ...

memang kene twist bila tgk. hehe

nitty Publish time 21-2-2019 08:46 PM

tak sabar nk tgk...part yg mana plot twist tu
Pages: [1] 2 3 4
View full version: MISTERI DILAILA [Zul Ariffin, Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan]


ADVERTISEMENT