hijau88 Publish time 17-1-2019 07:15 PM

MULAI 29 APRIL 2019: MEGADRAMA: CURI-CURI CINTA [ZAHIRAH MACWILSON, AIMAN HAKIM

Edited by hijau88 at 30-4-2019 05:25 PM

Akan datang drama adaptasi Novel CURI-CURI CINTA.PENGARAH: RAJA AHMAD ALAUDDINPENULIS SKRIP: REHAL NUHARISPENULIS NOVEL: SITI ROSMIZAH
PENERBIT: SR ONE SDH BHD & DEAR CREATIVE MEDIA SDN BHDPELAKON-PELAKON:ZAHIRAH MACWILSON - INTAN RAIHANA
AIMAN HAKIM RIDZA - DANIEL HAKIMTALHA HARITH - ISKANDAR
UYAINA ARSHAD - FARIZAMELANIE TAN - PEGGY
ADAM LEE - BADRULIZZUE ISLAM - SURATMAN
FAUZIAH NAWI - PN ASMAH
KU FARIDAH / LAILA NASIR- MAK LONG SAPIAH



Sinopsis
“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar Tuhan panjangkan umur Abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari Abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

“Saya akan bertanggungjawab, Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan Abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta, hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua…


pics credit to: ig bambam studios n fammy.

hijau88 Publish time 20-1-2019 01:03 PM

Pic ni lak neeya edit haritu. :loveliness:https://www.instagram.com/p/Bs16rZ_BILY/

hijau88 Publish time 21-1-2019 11:02 AM

INTAN RAIHANA.https://www.instagram.com/p/Bs4XCgBBypO/

hijau88 Publish time 5-4-2019 10:01 PM

https://www.instagram.com/p/Bv4ES0ch1CN/

hijau88 Publish time 8-4-2019 11:11 AM

https://www.instagram.com/p/Bv-m3xvhwTs/

hijau88 Publish time 15-4-2019 08:37 PM

New teaser lgi.
https://www.instagram.com/p/BwRqy_qBfy-/

monitor4 Publish time 26-4-2019 03:24 PM

Lg teaser CCC. Aku suka 2 yg latest ni. Cantik. Baca kat komen pun ada yg ckp mcm teaser movie.
https://www.instagram.com/p/BwrW5P1hXqd/

https://www.instagram.com/p/BwrXk8ohsdI/

hijau88 Publish time 28-4-2019 05:39 AM

0EIaLRu4GzA

hijau88 Publish time 3-6-2019 03:53 PM

Congrats. {:gambateho{:loveo
https://www.instagram.com/p/ByO6E_IBoVU/

hijau88 Publish time 17-1-2019 07:15 PM

Edited by hijau88 at 17-1-2019 07:17 PM

https://www.instagram.com/p/Bsud8hEFeHI/

https://www.instagram.com/p/BsueFKile9g/

https://www.instagram.com/p/Bsuf-OnlQOB/

https://www.instagram.com/p/BsuiiFclZ30/

https://www.instagram.com/p/Bsui5e3FZiC/


credit to: tukang upload. tq.


hijau88 Publish time 17-1-2019 07:17 PM

Edited by hijau88 at 17-1-2019 07:18 PM

https://www.instagram.com/p/BsulgHUlC-1/

https://www.instagram.com/p/Bsunan1F03L/

https://www.instagram.com/p/Bsuscg2FBaf/




hijau88 Publish time 17-1-2019 07:18 PM

Edited by hijau88 at 18-1-2019 02:29 PM

Senarai Pelakon.

https://www.instagram.com/p/Bsw-FPAheGB/

Choc-chip Publish time 17-1-2019 10:20 PM

Check in... :lol:

Hijau!!! Bila citer ni?

jijana Publish time 17-1-2019 10:24 PM

Check in..tq hijau tuan tanah..

monitor4 Publish time 17-1-2019 10:44 PM

hijau88 replied at 17-1-2019 07:15 PM
credit to: tukang upload. tq.

Serious sungguh masing2.

Semoga shooting berjalan lancar & please be good drama. Aiman, tolong memenangi hatiku dgn lakonanmu.

melnanzz Publish time 18-1-2019 02:30 AM

Wow... this has got to be one of the most anticipated drama this year!

hijau88 Publish time 18-1-2019 07:13 AM

Choc-chip replied at 17-1-2019 10:20 PM
Check in...

Hijau!!! Bila citer ni?

Kemungkinan besar, CCC tyg tym Ramadhan. Itu yg rehal ckp la.

hijau88 Publish time 18-1-2019 07:15 AM

jijana replied at 17-1-2019 10:24 PM
Check in..tq hijau tuan tanah..

Nnti leh la lepak cni. :loveliness:

hijau88 Publish time 18-1-2019 07:21 AM

monitor4 replied at 17-1-2019 10:44 PM
Serious sungguh masing2.

Semoga shooting berjalan lancar & please be good drama. Aiman, tolong ...

InsyaAllah. Semoga semuanya berjalan ngan lancar.
Mmg akan hadap drama ni demi Ira.

jijana Publish time 18-1-2019 07:44 AM

hijau88 replied at 17-1-2019 11:15 PM
Nnti leh la lepak cni.

Yeah..lepak sini ngan umah tingkat ira

saaya Publish time 18-1-2019 07:57 AM

Check in! Lama menanti gandingan ZahirAH sejak zaman drama sendu Demi Cinta Ain tu..

Harapan Ai agar drama Siti Rosmizah kali ni tak sendu hasilnya macam sebelum ni...

hijau88 Publish time 18-1-2019 08:19 AM

Edited by hijau88 at 18-1-2019 08:21 AM

saaya replied at 18-1-2019 07:57 AM
Check in! Lama menanti gandingan ZahirAH sejak zaman drama sendu Demi Cinta Ain tu..

Harapan Ai a ...

Yeszaaaa. Antara wishlist nak Ira bgandingan ngan hero lebih tinggi banyak dr dia.

Hope so la, olahan drama ni helok.
Sbb storyline novel ni agak berat, melampau... tau la kan penulisan SR mcm mana kan.

saaya Publish time 18-1-2019 08:40 AM

hijau88 replied at 18-1-2019 08:19 AM
Yeszaaaa. Antara wishlist nak Ira bgandingan ngan hero lebih tinggi banyak dr dia.

Hope so la ...

Kannn. Dan Aiman antara calon yang sesuai wlpn Ai nampak ada beberapa komen kt ig xboleh nk terima Aiman jd hero... Xmenepati kriteria kesepetan Danial gitu...

Actually Hijau. Novel ni Ai baca pun skip2 sbb olahan melampau Siti Rosmizah tu. Heheee... Kdg2 susah nk masuk kepala otak Ai yg x complicated ni. Hahahaaaa

hijau88 Publish time 18-1-2019 09:29 AM

saaya replied at 18-1-2019 08:40 AM
Kannn. Dan Aiman antara calon yang sesuai wlpn Ai nampak ada beberapa komen kt ig xboleh nk terima ...

Aku pun rasa Aiman antara calon yg sesuai utk watak Daniel Hakim.
Sepet ke tak sepet. X kesah.
Takkan nak alvin chong lak nak bawa watak tu? Nmpk lak mcm budak2.

——

Itu yg aku hrp rehal dpt olah dgn baik utk drama. Tp dah producer ni merangkap penulis novel confirm tak byk beza. Tp itu aku hrp yg bila didramakan akan lebih menarik, wardrobe pastikan helok jgk.
Ost? Pliz jgn guna lagu lama.

Tp apa2pun aku tetap hadap jgk CCC ni. :loveliness:

hijau88 Publish time 18-1-2019 09:35 AM

jijana replied at 18-1-2019 07:44 AM
Yeah..lepak sini ngan umah tingkat ira

Yeszaaaaa. Harus.

saaya Publish time 18-1-2019 10:10 AM

hijau88 replied at 18-1-2019 09:29 AM
Aku pun rasa Aiman antara calon yg sesuai utk watak Daniel Hakim.
Sepet ke tak sepet. X kesah.
...

Ada je Ai tgk komen2 kt IG bambam nak Alvin Chong jd Danial uols. Cukup sepet gitu. Hahaaaaa... Kalau nk ikut 100% dalam novel makanya ciptalah hero sendiri ye.

Kannn, Ai pun harap wardrobe, ost tu lebih helok drp drama keluaram sbelum ni. Hero heroin dah helok dah. Kalau xde kemajuan jugak, nangis bucu katil lah sambil menangis layan drama ni. Hahahaa

Kfsyaaa Publish time 18-1-2019 10:54 AM

cak cak cak. masih belum tahu lagi full cast?

syidasaleh Publish time 18-1-2019 11:07 AM

saaya replied at 18-1-2019 08:40 AM
Kannn. Dan Aiman antara calon yang sesuai wlpn Ai nampak ada beberapa komen kt ig xboleh nk terima ...

Siti rosmizah ni kalau novel tak melara sedu sedan memang tak sah. Masa dulu suka jugak dia nih. Lama2 eh merengsa.
Btw tak kira la mata sepet ke tak. Janji pasangan mewangi. Dr tok parid kepam. Rambut bulu jagung. Lagu zaman 90an.adoiii.seksa
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: MULAI 29 APRIL 2019: MEGADRAMA: CURI-CURI CINTA [ZAHIRAH MACWILSON, AIMAN HAKIM


ADVERTISEMENT